Friday, 27 October 2017

Cuti Putrajaya Lagi

Lepas jumaat tadi aku ke Putrajaya untuk ambik waran.. dah alang2 sampai, op kos la ambil kesempatan untuk melancong sedas lagi ke putrajaya. Destinasi pertama, pantai. Haaaa.. tau ke kat Putrajaya tu ada pantai? Ahahkssss..


Ada kan!!! Actually pantainya kecik je dan bukan la pantai pun. It is a tasik ya dan property of Pullman kot ni. Tapi dorang buat macam pantai. Kalau nak berkelah tu memang boleh la sangat cuma tak boleh mandi je la. Gila kau nak mandi.. dalam kot tasik tu. Kat situn juga ada toilet dan shower oke! Caner nak pegi ke pantai putrajaya ni? Kitaorang mula-mula ingat kena masuk through Pullman. Masa nak parking depan hotel, in between Pullman dengan Heriott-Watt University tetiba nampak ada anjing gila kejar kereta. Uishhh.. kalau keta pun kena kejar apa lagi manusia. Mau kena ratah kot!! 

So we keluar parking dan menuju ke water sport complex. Thanks anjing, sebab korang kitaorang berjaya jumpa pantai tu. So klau nak p pantai, route ke water complex ye. Dari situ memang dekat je. Memula ko sampai macam tak nampak la juga rupa pantai sebab kocik je kawasannya. 

Dari pantai kitaorang gerak p makan kat Umai, a restoran yang terletak dekat area Monuman Alaf Baru dan in between the monument dengan Masjid Sultan Mizan. Sate dia best jugak! Seringgit secucuk. Before makan tu sempat la pusing naik monumen tu. Kalau nak enjoy sunset, memang cantik view dari situ. Ble tengok view Ayer@8, Masjid Sultan Mizan dan Masjid Merah juga.  
 
 
Malangnya the whole petang tadi hujan so tak berapa lawa sangat nak tengok sunset. Memang cozy gila makan dekat Umai.. ada surau juga dan harga pun average. Aaarghh.. cantiknya Putrajaya!!! Takyah nak p melancong jejauh la.

Tak jauh dari Umai juga ada kawasan food truck park. Kalau nak rasa hipster sket ble la lepak kat situn...

Dah tapau kopi dan roti john kat park ni, kitaorang berkelah dekat dataran depan pejabat PM lak. Hari ni PM bentang bajet kan, yang best antaranya dapat la bonus RM1500. Sikit la memang tapi alhamdulillah la juga.