Semalam  malas nak keluar, tapi teringin la pula nak makan McD. Makanya aku pun  guna la perkhidmatan delivery McD. Kalau Dominos or Pizza senang je nak  oder tapi kalau McD diva oke! Kau kena bagi dia masa 2 jam baru dia sudi  terima order kau. 2 jam tu bukan terus ble dapat makan oke, kena tambah  30 minit lagi baru la makanan kau sampai. 
Yang  aku bengkek tu, dah la tunggu lama… sampai-sampai aiskrim cair fries  pun sejuk. Hampeh kau McD! Kau nak ke aku doa kau cam Burger Byte  Permaisuri tu?!