Saturday, 4 April 2020

MammeToBe@39???

Tadi anak fruit aku datang umah sebab mak dia nak ke hospital untuk checkup, so tinggal kan dia kejap kat umah kitaorang. Dia datang bawak buah tangan dan salah satu benda yang mak dia bagi kat aku is kit ujian kehamilan sebab aku kata aku tak period2. Yang kelakar tu dia siap cakap slow kat aku, “auntie ibu kata ini untuk auntie”.

Since barang dah ada, saja la test dan takde la apa-apa expectation pun sebab dah biasa sangat sebelum-sebelum ni test semua 1 line je. Pulak tu aku tak bother sangat sebab memang jenis period lewat seminggu dua. Alih-alih aku test ada 2 line.. alapak!

Test lagi satu, 2 line juga.. alapaksss. Pastu order la kat grab yang brand Clearblue yang ada tulis berapa month pregnant tu. Yang ni mahal sket, kat grab dalam RM45 kalau x silap aku. Bila test terang-terang tulis 3++.. alapaksssss.. konfem la preggy. 

So bila dah 3 kit aku guna semua positif baru la bagitau si Chemba. Dia apa lagi, op kos la happy sangat. Tapi syarat aku dia tak ble bagitau sapa-sapa pun.. hahaha. Aku pun sama, bagitau adik aku je. 

Since umur nak masuk 39 ni, aku memang tak expect sungguh la nak pregnant lagi. 7 tahun kitaorang laki bini tak la merancang sangat, tapi takde rezeki. Aku memang tak pernah sentuh sebijik pun pill perancang, apa lagi inject dan yang seangkatan. Lagi pun bila fikir-fikir aku ni pesakit TIA yang masih on medication, pula tu diabetic dan macam-macam penyakit lagi.. rasa macam tak mampu pula kalau nak jaga baby. Jadi tak de la ke hospital untuk cek napa takde baby lagi. Tapi rezeki Allah tu tak pernah salah masa dan alamat, aku percaya yang tu. Tuhan lebih tahu..

So apa perasaan aku? Saspen la hohoiiiii!!!

Wednesday, 25 March 2020

Tumpi In The House

Hari ini hari tumpi.. apakah tumpi itu? Kalau sabahan bilang tumpi tapi sini bilang lempeng la kali or pancake kunu kalau omputih. Biasa orang sabah makan dengan madu, gula or susu manis.. kalau up sikit makan denga kuah kari baru terangkat. Kalau aku punya tumpi, aku suka letak sikit kari bagi wangi dan ada kaler sikit. Apa-apa la.. yang penting anak dengan laki aku gemar.

Friday, 20 March 2020

Sosial Distancing @Home

Bukan manusia je kena sosial distancing oke, toys pun tak terkecuali.. hahahaha. Bukan main lagi anak aku mengamalkan sosial distancing pada barbie dengan si Elsa. Jap.. yang baju biru tu si Anna ke Elsa tu? Mak pun tak kenai.. adoiii.. hahaha

Thursday, 19 March 2020

19.3.20 Main Masak-Masak

Duk rumah, kena rajin masak la nampaknya. Pagi ni sarapan roti pratha dengan sardin.. lunch pula makan mee goreng. Semuanya masakan simple je.. tak payah fening-fening nak pikir sangat.  

Wednesday, 1 January 2020

Shellout Kita

Lepas check out hotel, perut pun op kos la berbunyi minta diisi. So kami decide untuk lunch di Ayer@8. Pusing-pusing tak tahu nak makan apa, end up kami di Shellout. Harga kami makan hari ni dekat RM400 hoiiii.. adik belanja. Berbaloi ke? We ols agree tak berbaloi since rasa pun so-so je. 

Tuesday, 31 December 2019

Happy 2020 - Staycation @ Dorset Putrajaya



Hari ni kami nak memeriahkan sesi menyambut ambang 2020. Tahun-tahun lain aku tak amik port sangat tapi 2020 ni extra sikit sebab tahun ni la dicanang-canangkan akan berlakunya Wawasan 2020 di Malaysia, ada keta terbang dan pelbagai kecanggihan masa aku masih kanak-kanak ribena dulu. Tapi malangnya, kereta masih tak terbang. Yang canggih pun lebih kepada inovasi.. 

Malam ni kami menginap di Dorsett Putrajaya since tempat tapak pesta lampu tu start dari seberang hotel ni je. My sis pula kelewatan, so dorang duduk jauh dan mahal sket di Zenith Hotel. Tengok je lah muka yang 2 orang tu, punya happy. Aku bawak hero dulu sebab mak ayah dia keje.. maka pergilah kami berpesta lampu. Kawasan pesta lampu tu agak luas so kami jalan mana yang mampu je. Nak g makan pun susah sebab ramai bebenor orang.. padat sampai takde tempat nak duduk. Last-last2 kami duduk dekat kaki lima je mengalas perut. Penat bersesak, kami naik hotel berehat. Adik aku dah nak masuk jam 12 baru sampai.. jem nak mampus katanya. Dekat2 jam 12 tu kami turun semula tuk merasai kemeriahan counting malam tahun baru. Tapi kami duduk luar sket spaya bil dah habis counting nanti boleh berlaju-laju keluar dari situ & tak yah bersesak2 🤩

Sunday, 29 December 2019

Saturday, 28 December 2019

Anak Masuk Darjah 1

Alahai.. dah besar dah anak aku, darjah satu dah 😭 Teringat lagi masa lahirkan dia.. dari saiz tangan sebesar ibu jari tangan aku, now dah 7 tahun. Masih teringat pandangan mata dia 1st time aku panggil dia time baru lahir.. time tu dia senyap je tak nangis bila dengar suara aku.  

Hari ni hari orientasi.. anak aku cool je la. Maybe sebab dah biasa pegi tadika so xde la drama sangat. Yang aku tengok lebih berdrama is parents. Cikgu suh kumpul, dorang sibukkan anak sendiri sampai menghalang laluan budak yang nak berkumpul. Rasa nak je aku lepuk kepala sorang-sorang. Aku rasa mostly yang hantar anak ke mari ni kompom keja kerajaan, keja bank etc di sekitar area centre KL ni sebab penempatan rumah semua jauh dari sekolah ni. Tak yah investigate sangat la.. tengok beg budak-budak ni je pun boleh kata ko boleh bilang dengan jari je brand lain, hampir semua pakai Smiggle oke. Maksudnya bukan calang-calang orang la juga mak bapak dorang ni tapi perangaiiiiii. Taulah sayang anak, kalau sayang sangat elok simpan di rumah je la.

Thursday, 26 December 2019

Waterproof Kah?



Akhirnya sampai suda waterproof case untuk phone hakak. Ok ke? Belum la test lagi tapi so far nampak macam ok la. Hakak order dari China la op kos.. denga harga RM 99.. harap berfungsi dengan baik la ya.

Wednesday, 25 December 2019

Cuti Krismis

Inilah view dari bilik kami.. malam memang santek la. Walaupun menara KLCC tu just hanyalah bangunan semata tapi tak tahu what makes me happy everytime i look at it especially waktu malam. Kalau lepak area KLCC ni teringat Tokyo.. adoi rindu!

Walaupun view dapat separuh je KLCC.. masih kira oke la tu.. kalau ada duit lebih nak duduk sebelah KLCC tu, dekat Mandarin Oriental Hotel pula. Kena kumpul duit la lepas ni sebab rate bilik kat situ dalam RM400++ oke T_T

Tuesday, 24 December 2019

Jalan-jalan Malam Krismas - Staycation @ Corus Hotel KL



Malam ni kami melepak di Corus Hotel. Kalau area KLCC ni, this is one of the nearest to Suria KLCC dan offer affordable price. Last year kami pernah duduk sini.. old but still terjaga. Sebelah hotel ada hotel Le Apple, pastu seberang jalan ada K-Avenue Mall yang connected to SKLCC through underpass. Kalau nak tengok pemandangan, boleh seberang jalan je ke SKLCC. 

Malam ni malam krismas.. nak kata pegi memeriahkan malam krismas tak pun.. saja la sebab esok kan cuti. So ini malam kami lepak-lepak la di mall sambil menikmati water fountain show. Pegi kejap je la.. tak kuasa la nak beramai-ramai kan. Boleh tahan jugak la ramai malam ni.. semua pun tak melepaskan peluang untuk rilex-rilex sempena cuti esok kan. Walau kejap melayang jugak duit aku ke sk-11. Oh my stressssssss!!!

Sunday, 22 December 2019

22.12 Kenduri Kawen


Hari ni kami ke PJ menghadiri majlis khawin, sedara si Chemba. Lawa kan baju yang 2 orang tu.. dapat lah sedondon satu family beli dekat butik Ashura. Aku memang suka beli baju dekat butik tu walaupun selai baju si kecik tu murah RM10 hengget je dari baju aku oke! Kalau dah berkenan aku beli kaler je lain, pattern semua sama je.. hahaha.  

Saturday, 21 December 2019

The Brave Girl


Lepas puas berenang, kami cek it out dan pegi la berjalan-jalan dekat mall bawah hotel ni.. tersinggah pula dekat kedai barang perhiasan Lovisa. Udah tersinggah tu, tertindik la pula teling si kecik.. hahaha. Hebat anak aku ni, tak nangis pun masa kena tindik tu. It cost RM90 tuk tindik, plus subang zirconia. Aku pun tak tahu apa barang zirconia tu.. yang penting anak aku happy sudah. Siap dapat sijil oke! Masa tindik tu akan ada 2 orang tembak telinga serentak. Kos RM90 tu juga termasuk la ubat tuk sembur luka telinga.. oke laa.  

Tak hengat masa aku tindik telinga dulu tapi lubangnya masih ada sampai sekarang walaupun last aku pakai subang masa sekolah rendah kot. Dah dekat 30 tahun lebih la kot tak bersubang.. sebab masa sekolah menengah start pakai tudung full so rimas gila kalau ada subang.

Friday, 20 December 2019

Staycation @ Sunway Putra Hotel


Hari ni kami menginap di Sunway Putra Hotel.. 1st timer la ni kiranya. Nice juga hotel ni.. terjaga. Time lunch tadi kami singgah check in dulu.. hahaha. Mentang-mentang hotel ni dekat je dengan area opis. Yang tatap happy of kos la si kecik. Lobi hotel ni dekat atas oke.. bukan dekat gf. 

Nak kata aku bayar murah sangat tidaklah pun.. hampir la RM200 juga tanpa breakfast. Tapi since kami tak pernah lagi duduk sini makanya takpe la.. kita cuba try test sebab antara bucket list aku is mencuba semua hotel dalam mall di KL ni.. hahahaha. Hotel ni kalau di Agoda rated 5 star start tapi tak tahu la star sebenarnya berapa. Overall stay, recommended la sebab mall kat bawah. Seberang tu PWTC.. kalau peminat Ariani memang seswaiiii 😛 Public transportation pun mudah so.. sila la cuba duduk di sini.

Thursday, 19 December 2019

Budak Happy


Kejadian kat atas tu berlaku selepas kejadian di bawah.. masa luch bukan main happy dia ikut aku jalan-jalan skali dah balik opis tengok-tengok dah tumbang.. hahaha. Dulu lagi kelakar masa dia baby.. tengah memanjat kerusi pun boleh tido dengan kaki terkangang satu kat sofa 1 lagi kat lantai. Nasib baik la tak jadi habit sampai ke besar.

Aku jenis kalau tidur memang kena proper. Takde tilam empuk, jarang la aku dapat tidur. Kalau laki aku memang juara.. di mana-mana pun boleh lelap. Duk sofa lelap, duk lantai lelap.. nasib lepas dia operate hidung hari tu ada oke sikit. Kalau tak sokmo lelap. Paling stress kalau dia mengantuk time drive.. rasa nak lepuk je.. hahahahaah

Sunday, 15 December 2019

Anak Jipun Dapat Castle


Comel kan kimono dia.. aku dapat masa jalan-jalan kat Somban ari tu, kedai apa nama ntah yang memang menjual semua barangan dari jipun. Selain dapat kimono.. dapat pula castle. Yang itu beli kat Jusco ajer.. harga asal RM300 lebih oke.. lepas diskaun dapat lah bawah RM200. Nasib baik ayah eh belanja.. muhuhahahahaha.

Dulu masa kecik si emak ni yang rajin beli toys.. tapi sekarang ni ayah dia pun rajin juga belikan. Mentang-mentang la anak sorang tu je yang ada. Hari tu baru je kena paw beli rumah.. ini beli castle pula.. lantak la kome dua.. yang penting bukan duit mamme.. mamme suggest je.. ahahahaha. Ayah dia kata ini hadiah dia sempena konvo dan sebab dia hebat buat persembahan dan pandai baca quran. Hari tu dapat toys.. harus la ada castle pula. Seronok sangat la budak tu. Walau tidak sebesar castle yang kami tengok dekat ToyRUs semalam, tapi still besar juga castle tu. Ble tutup dan angkut macam bag.

Saturday, 14 December 2019

Castle Idaman


Hari ni jalan-jalan dekat ToysRUs MV.. adoiii punya exsaited kalau dapat castle besar kat belakang tu. Tengok anak aku tu, muka ashem semacam. Merajuk dengan ayah dia la tu tak tahu apa kes. Mamme? Abaikan saja mereka.. yang penting mamme eksaited tengok castle tu. Hahaha

Thursday, 5 December 2019

Fire Fire

Hari ni abam bomba datang pejabat aku. Yes ini kali bukan fire drill melainkan adalah kebakaran sebenar. Nasib baik kejadian kecil-kecilan je.. hohoiii

Wednesday, 4 December 2019

Program Tamat Jumpa Angkasawan

Program hari kedua aku jumpa angkasawan negera. Dulu ensom rasanya, sekarang dah tak. Oppsss! Pandangan peribadi oke. Pastu ternampak Azhar Sulaiman yang nak naik ke opis dia. Budak-budak ni apa lagi, wefie la op kos. Hahaha.. bukan main masing-masing.

Tuesday, 3 December 2019

Staycation @ Komune Living KL

Hari ni tibalah hari program, Hari Teknikal Negara dan aku yeklah salah sorang urusetia. Tah macamana tah boleh terlibat.. nasib baik pejabat aku cuma urus pendaftaran je. Itu pun ada juga pengalaman kami terjumpa diva oke.. agaknya dia tak puas ati cara kami handle pendaftaran, dia sound awak tahu ke saya ni siapa.

Perghhh!! Dia ingat kami ni memang penjaga kaunter profesional agaknya..  sombong tak hagak-hagak. Malas la nak bising kan sebab kami urus pendaftaran je, geng lain yang urus usherer dan VIP. Kami ni engineer, engineer ni lah manusia yang paling sempoi dan paling tak kesahkan orang selagi ko tak buat onar runtuhkan bangunan, salah design, cause building system failure dan seangkatan. Adoiii.. macam ni pun ada.

Selain pameran teknikal, ada jugak la dijemput tokoh-tokoh untuk knowledge sharing. Ada antara tokoh yang dijemput tu retis kegemaran aku suatu masa dulu. Ketepi! Ketepi! Gergasi sudah kembali! Dari 92 hingga 7 tiba... apa lagi, KRU la. Abang Norman saja yang hado tapi ok la. Siap tangkap gambar lagi oke! Muhuhahahaha.. 

Program kami ni berlangsung 2 hari so malam ni aku stay di hotel depan venue majlis which is Komune Living. Konsep hotel co-living concept space. Ada bilik hotel, co-working space, community spaces & facilities inclusive of self servis dobi, bilik iron, cafe, gym dll. Siap vending machine jual nasik lemak kalau kome kelaparan. Kat atas ada infinity pool mengadap menara TM. Aku ambik bilik Thinker Studio 2 dengan harga RM87.77 semalam termasuk breakfast. Biliknya agak kecik tapi smart. I dont have any complaint about the hotel, the only turn off yekla perjalanan dari venue majlis ke hotel yang cuma 1km took me 1 hr oke. Nasib baik aku tumpang member, kalau tak nanges la kena tekan brek sejam sebab jem nak mampos!


Thursday, 28 November 2019

Karaoke Manekineko Di Sunway Putra

Masa jalan-jalan dekat SPM sebelum2 ni, ada ternampak iklan Karaoke Manekineko yang popular di Japan akan dibuka. Kini dah buka dan ada opening offer RM10 sekepala untuk 3 jam sehingga 14 November. Yes, you hear me right. RM10 tuk sorang tuk 3 jam plus minuman dan snek. 
Since hari ni jumaat dan si Chemba g solat jumaat, aku pun nak la cuba book bilik. Sementara tunggu dia balik solat, at least ada gak tempat berteduh.. muhuhaha. Masa q tu, ada sorang mamat kat depan dan nak bilik tuk 2 orang. Adik tu kata kat mamat tu bilik tuk dua orang yang ada cuma boleh guna 1 jam setengah instead of 3 jam sebab dah ada orang bookpukul 2 nanti. Aku cam nak hampa la juga sebab dengar bilik penuh. Tiba turn aku, as expected adik yang jaga kaunter tu kata bilik tuk 2 orang dah penuh la kak. Aku tanya lagi, takde ke bilik lain. Ahakss.. lagi pula nama kitaorang sama so dia bagi muka la kat aku. Dia bagi kids room.. by means of kid room tu memang room tu seswai untuk kids sebab ada play area oke dalam tu!


Kalau tupin ada ni baru happening!! Bilik dah best dah, besar. Malangnya ada plak see through tingkap kat situn yang ble nampak ko dalam bilik tu melalak! Potong stim betoll tapi tak pe la. Yang penting ble melalak sepuasnya. Tingkap tu bukan orang dalam karaoke je boleh nampak ko, orang yang tengah makan kat luar dan yang lalu lalang tu pun bole nampak ko oke!

Kat situn bukan takat ble melalak dan memenuhkan perut dengan minuman ringan or minuman panas, ko juga ble order makanan. They dont sell pork tapi fyi kat situ ada jual beer. Kitaorang cuma order fries dengan takoyaki..




Lagu best2 tak? As for me semua lagu yang aku suka ada dalam tu so, best la. Maybe sebab kids room, sound system cam tak best sangat. Bilik lain oke kot... Kat luar bilik tu ada beverage & snack counter tuk korang minum sampai munta. Snek yang ada is kopok2.. bole la buat kudap2an. Makanya dekat 2 jam setengah jugak la aku melalak.. hahahaha