Tuesday 23 February 2016

Hong Kong Part 2 : Day 4

 

Hari ni nak balik dah.. yeayy. Kol 10.45 check out, pastu g jalan-jalan dekat Kowloon Park. Around kol 1 kitaorang gerak ke airport. Ingatkan sampai airport awal dapat la lepak makan dekat Popeye halal outlet dekat Hong Kong International Airport... skali tutup kadai suda rupanya... adodoiiiiiii

Saturday 20 February 2016

Hong Kong Part 2 : Day 3

Hari ni pelan kitaorang cuma melawat The Peak & ke festival Light Rose Garden dekat Tamar Park, on the island side. Hong Kong ni terdiri dari 2 bahagian utama, which is tanah besar yang connected to main land China, the other part is pulau. Not just pulau, tapi pulau-pulau macam Hong Kong Island,  Lamma Island, Lantau Island dan beberapa pulau lagi.

Before 9 kitaorang dah bergerak keluar dari hotel lepas sarapan. Untuk ke The Peak, kena naik train sampai central Station which is 2 station away dari Tsim Tsa Sui Station. Kuar exit J2, jalan sket pass by  Charter Garden, pass by Bank Of China & City Bank Plaza up to sampai jumpa Peak Tram Low Terminus. Kalau last visit kitaorang singgah visit Bank Of China yang offer free observation tower, kali ni malas la nak singgah. Since kitaorang agak awal, makanya tak yah la tunggu lama for tram naik atas. Naik tram, 8 minit sampai atas.

Aktiviti malam, kitaorang kononnya nak ke Admirality Station for Tamar Park. Sekali ramai pulak umat ala2 cam tawaf konon. Puiii... buang tenaga betul. Dahla bersesak2 cam taik, jalan pulak jauh nak mampus due to dorang tutup route ke Tamar Park to for traffic arrangement. Padahal masa last time kitaorang datang, kuar2 jek exit A terus sampai Tamar Park. Sekali kali ni sebatu jalan. Kalau clear takpe juga, ini bersesak2 macam semut! Last2 kitaorang decide balik hotel lagi baik daaaaaaa!

Friday 19 February 2016

Hongkong Part 2 : Day 2

Percutian ke Hongkong kali ni memang aku tak prepare proper itinerary & tak bawak apa2 pun untuk reference. Kali ni trip gamble jek sebab ala2 dah terer la konon kan! Itinerary hari ni cuma 2 jek, pagi ke Disneyland & petang ke Tsim Tsa Sui harbour untuk tengok symphony of light & Pulse 3D.

As early as 5.30 kitaorang bangun, solat dekat atas katil oke! Prepare masak nasi tuk sarapan & another set tuk makan malam kang while bawak roti jek tuk bekal ke Disneyland. Waktu solat dekat Hong Kong ni cam waktu dekat Sabah, maybe sebab sama garis kot. Cuaca hari ni agak sejuk, avarage dalam 15c. Nak kata sejuk sangat tu tak la juga, tapi kalau disertai angin kuat memang la memang sejuk. So, kalau nak g Hongkong & merasa sejuk, pegi la hujung bulan Januari ke bulan Februari. This is the coldes month of all. Aku kalau bercuti memang suka g tempat sejuk sebab pada aku kalau nak bercuti tempat yang sama panas dengan Malaysia lebih baik aku cuti-cuti Malaysia jek. Bukan tak hado tempat cantik kat Mesia oi!

Thank god kitaorang pergi hari Jumaat, merasa la dapat main tanpa perlu bersesak-sesak!

Cam real je gajah tu
Larva berapi kunu
It's A Small World - Inside
It's A Small World - outside
Hannah & Mak Wan
Disney Castle
Toy Story Land
Malam kitaorang ke Tsim Tsa Shui harbour. Selain The Peak, this is one of my favorite spot di Hong Kong. Malang kali ni kitaorang pegi Tsim Tsa Sui Promonade tutup la pulak! & lagi malang, hari hujan. Sudahla tu, si Chemba pulak tertinggal pasport dekat bilik. Adodoiiiii...... potong stim betul la! Kalau ikut kitaorang beruntung pegi kali ni, sempat tengok pulse 3D show, lantern show.. huhu

Thursday 18 February 2016

Hongkong Part 2 : Day 1

As early as 8.30 am kitaorang gerak ke TBS naik teksi. Since aku asyik ulang alik ke toilet masuk 10 kali pagi ni, risau pulak kang kat lrt terjadi kejadian yang tak dihingini. Makanya kitaorang decided tuk amik teksi which cost us RM11.00 instead of RM2 jek kalau naik lrt. Fine.

Sampai-sampai TBS, intai2 rupanya sempat naik bas. Tengok-tengok aktiviti jamban aku cam dah stop makanya gamble la ambil keputusan tuk naik bas. Kalau naik ERL, cost dalam RM90 la jugak tapi kalau naik bas baru RM28 termasuk tambang si Hannah. Naik kol 9 pagi, 9.45 dah sampai dekat KLIA2. Perghhh!! Memang pasni g apot naik bas jek la nampaknya. Bas ni as early as 3am pun ada ok. Ada satu operator jek yang serve ke KLIA2, JetBus.

Kol 1.15 pm fly, dalam kol 5.30 kuar dari arrival. It took 20 minit la jugak dari arrival gate naik train ke main arrival, pass through imigresen & amik beg. Boleh pula on the way naik tren tu kitaorang sesat. Main building tu sepatutnya 2 stations dari arrival gate, alih2 kitaorang turun dekat the 1st station which is untuk transfer. Puiiii! Buat letih jek. Ni gara-gara nak cepat la ni, sampai sign pun lupa nak tengok. Makanya kena board the train semula to next station.

Masa kitaorang sampai dekat main building tu, thank god tak la ramai sangat orang. Imigresen HKIA ni divided into 3 part, kiri dan kanan gate tuk foreigners while gate yang paling tengah for local. Masa kitaorang sampai tu kitaorang direct ke gate belah kiri, alih2 tutup & reroute ke gate belah kanan. Panas jek hati, bukan ada sign apa, Yang ada cuma the staff terjerit2. Apa kau ingat aku pahammmmm! Kitai. Aku panas sebab jauh la jugak nak jalan oke! Buang tenaga! Pas imigresen pas baru amik beg, which is berdepan jek dengan kaunter imigresen. Pas amik beg, kuar & singgah jap dekat kaunter jualan tiket Airport Express which is on theright side, just after imigresen counter. Kuar2 terus cari sign Airport Express, which is on the same floor dengan arrival.. a lil bit on the right side.

Tadi dah sesat kan, masa naik Airport Express plak ada jugak kejadian hampeh dimana aku ngan Hannah terpisah dengan si Chemba & my mother in law due to pintu train tutup while si Chemba tengah sibuk amik bag dari trolley. Masa tu agak cemas, lupa pula rules kalau terpisah stop at the next station. Aku suh jumpa direct dekat Tsim Tsa Sui Station only terlupa that kalau nak gi TTS Station kena tukar either dekat Tsing Yi Station which is the next station from the airport then amik MTR or stop dekat Hong Kong Station, 3rd station after Tsing Yi & Kowloon. Aku decided untuk turun dekat Hong Kong Station sebab kalau turun dekat Tsing Yi kena tukar MTR 2 kali while turun dekat HK Station jalan jauh sket tapi tukar train sekali je. Since aku tadak tiket or duit, I cant go out from the station. Huhuhu.. Aku berdoa2 la si Chemba cukup bijak tuk pick up yang kitaorang akan turun di HK Station.

Pengalaman si Hannah jadi PATI di HK
Thank god la jugak di HK ni banyak wifi free, unlike Seoul or Tokyo. Dekat MTR station memang ada wifi free, makanya boleh la kitaorang berhubung. Sepanjang menunggu tu, dah  2 3 kali train sampai tapi kelibat si Chemba & MIL masih tak kelihatan. Rupanya dia turun dekat Kowloon Station which is tadak kaitan pun dengan line ke TTS Station. Sabar jek la laki aku ni!

Last2, kol 8 lebih la baru dapat check-in hotel.... adodoiiiiiiiii

Gumbira akhirnya dapat jumpa addi

Wednesday 17 February 2016

Pre Hong Kong Part 2

Bangun pagi tadi aku rasa cam pening. Dah lebih 2 minggu la jugak aku alami pening & muntah teruk sebab gastrik, aku ingat biasa2 jek. While on the way ker office aku tidor. Pas sarapan aku bagitau dekat my colleague aku nak tido jap if bos cari. Aku dah inform boss yang aku pening. Tutup lampu ofis & tido la aku kejap. Bangun2 tu masih gak pening & sendi lutut dah start sakit. Lepas kerja-kerja aku siap, makanya aku decided g klinik je la.

Time aku sakit ni ramai la pulak yang sakit, adoiiii! Tunggu la.. time tu aku dah tak larat sangat. Aku suh si Chemba tunggu dalam klinik kot2 nama aku naik while aku g tdo dalam keta. Tnak god masa tu ada parking dekat2 area klinik tu. Masa jumpa doktor, doktor kata tekanan darah aku ok unlike semalam 160, cuma aku didapati demam. Memula tu cam tak caya aku demam sebab badan aku tak panas pun. Doktor takut aku kena viral infection sebab aku mengadu sakit perut & muntah so dapat MC. Sampai2 jek umah dari klinik tetiba badan aku panas gila. Adodoiiiii... esoknya nak di Hong Kong dah ni.

Tuesday 16 February 2016

Pemeriksaan Kesihatan

Tadi while on the way nak keluar ke kereta untuk ke meeting di Putrajaya, si Chemba call & bagitau ada free health checking anjuran Jabatan. Makanya kitaorang amik la peluang g buat pemeriksaan kesihatan. Memula cek tekanan darah, pas tu cek gula. result? tekanan darah aku tinggi 160 lebih dari 140 normal level while Chemba pula gula 15 which is dah lebih 8 yang considered normal level lepas makan. Adodoiiiiiiii!!!

Kat situ juga ada buat pap smear.. makanya aku pun singgah la buat pap smear. Last buat dulu lepas bersalin, tahun 2013. Nurse tu kata kena buat sekali setahun oke! Kuang kuang kuang... Kali ni nurse dia buat tak sakit, masa buat kat klinik Cheras tu adododoiiii.. masih teringat2 ngilunyaaa

Sunday 7 February 2016

Goodbye Digi

I've bee a loyal user of Digi since the day I had a hand phone almost 16 years ago. Pernah jadi pengguna Celcom, Maxis and U-mobile yet it is Digi that satisfied my expectations, especially on the internet part. Digi used to be cheaper if compare to Maxis or Celcom, but now it no longer is so I am saying goodbye to it.
 
I'm currently subcribe to Celcom RM38 plan for 3gb internet & 50 minutes free call and soon to be arwah Digi at RM45 plan for 2gb & 50 minutes free call. So I decided to migrate Digi to U-mobile at RM28 plan for 3gb internet & 50 minutes free call. If talking about internet, Digi undeniably the definite best. Faster and reliable if compare to lousy and slower Celcom. I used to use U-mobile broadband, also slow tapi I can still tahan to pay RM28/month until Digi find its way back to me. If campur all my subscripgtion, it would sum up to unlimited P1 Wimax data + Celcom 3gb/ 50 minutes free call + U-mobile 3gb/ 50 minutes free call. Can these satisfied me??!!

Saturday 6 February 2016

Anak Mamme

Tadi masa jenjalan cari hal dekat Mid Valley, anak aku ni boleh pula dia terpesona dengan orang yang tengah jem dekat jedai Rhapsody ni... alahaiii anak. Nampak sangat la memang anak aku!! Dia cam terpegun gila tengok orang tu main dram ngan keyboard. Lama oke dia tak mau berganjak.

Aku cam tu la kot! Hahaha.. my late dad memang born musician. He played instrument by heart. Be it flute, guitar, keyboard or kulintangan, memang makanan dia apart from suara dia sedap. So among kami adik beradik ada lah yang dapat his gift. Antara kami 5 orang, 1st, 3rd ngan yang 5th kulit gelap macam my mom whilst yang 2nd & 4th putih macam my dad. Tapinya yang mewarisi bakat my dad tu kami yang gelap2 ni... hahaha. Aku tak pernah amik kelas formal, tapi tah camaner boleh play by ears. Aku dapat tangkap note so boleh play by ears keyboard ngan flute. Takat tu je la, idok la hebat mana pun. Menyanyi pun bole2 la, tak la sedap tapi idok la lai pitch. Tapi aku failed main gitar sebab dia tak de note doremi unles ko tekan2 banyak tali... i define it like that! tekan2 tali banyak... ahakasss

Friday 5 February 2016

Puding Raja


Puding raja Kuantan, first time merasa. Orang kata sedap tapi aku tak ble masuk oke! A combination of buah pisang masak goreng as base, telur kuning as toppings, buah2 dan kuah kastad, not my food type. Kata si Chemba mahal reganya. Hmmmmm...

Thursday 4 February 2016

Beg Moto

Finally, sampai jua kau dang! Oder kemarin ni hari sampai. Bagus betul seller ni. I got this bag for RM164 instead of RM299. Yang eksaitednya emak si Hannah, bukan si Hannah oke!

Saturday 30 January 2016

NETFLIX

I so love Netflix. Thanks to my unlimited 1Mbps/month P1 Wimax that now I can tonton whatever I want to tonton. Kalau tonton You Tube tersekat2, Netflix will offer much smoother streaming. Memula aku ingat kena tunggu loading sampai pitam mcm AOD... rupanya idak. Smooth gila walaupun internet aku cuma 1Mbps which is considered slow la juga.
Requirements untuk Netflix is minimum 0.5Mbps, with this speed da boleh stream dah kata si Netflix. There are three packages, RM33 for single user without HD, RM42 for 2 user with HD or RM51 for 4 user with HD and Ultra HD. So far Netflix ni memang designed for me sebab movies yang dia simpan memang selera aku. They even offer a month free trial so for those yang belum cuba, I recommend lah this one!
For those yang ada Android tv, memang ngam la sangat. Kalau takde pun takpe, still boleh tonton dekat Android devices or IOS.

Lenovo Phablet

Jalan-jalan dekat Lowyat, tetiba terbeli phone baru. Miahahaha!!! Ada dah intai-intai phone screen besar since beberapa bulan lepas. Memula tu berkenaankan Sony Ultra, tah macamana la pulak terberjumpa dengan Lenovo Phablet ni. Dengan saiz 6.8", which is 0.5" lebih besar daripada screen Galaxy Mega... op kos la sangat sangat la puas hati.
And now, pairing it with Bluetooth keyboard, memang la memang pueh hati sangat sangat sangat. Phablet ni comes with two models. Yang satu phablet dengan rega RM799 didatangkan dengan ram 2Gb & rom 16GB while the other is Phab Plus @RM1199 dengam 1Gb ram, Full HD Camera dan 32 Gb rom. Camera belakang 13 Mp, camera depan 5 Mp. Aku beli yang phablet biasa jek considering da macam-macam gejet da aku ada to satisfy my internet experience, screen experience, camera experience dan pelbagai la yang seangkatan. Aku beli for the sake untuk baca ebooks due to ipad mini aku both dah kena hijack oleh Hannah & juga sebab dua2 mini tu tak bleh tambah memori.
The best about phablet ni is battery dia. Sampai ke petang tak yah charge walaupun guna bagai nak rak.

Tuesday 26 January 2016

School Bag


Masa aku naik lart hari tu, mata aku terpaku dekat bag budak sekolah ni. Adoi la nak, dah macam beg akademi fantasia dah beg kome jaman ini. Ini beg budak skolah rendah ni....

Monday 25 January 2016

Mainan Mamme

Anak aku nak kata suka main, memang suka la. Tapi dia cuma suka main lompat2, main tali beg dan jarang2 la dia nak menunggang her bicycle ke, membelai her stuff animal ke. Tapi ini lah kejadiannya bila dapat emak yang suka beli mainan. Sedar tak sedar dah setimbun. Ini baru half je ni... ada lagi saudara mara mainan ni bersepah merata.

Untung sangat la ada anak kecil, ada alasan nak beli mainan!

Saturday 23 January 2016

Si ASuS Kembali Beraksi


Finally si Asus kembali beraksi setelah jatuh sakit tak dapat nak connect ngan tenet. Kos free sebab masih ada warranty. Asus bagi warranty dua tahun so selamatlah duit ini kali. Service centre Asus ni dekat Lowyat jek. Senang la nak pergi kalau nak repair, tinggal sediakan ongkos jek.

Friday 22 January 2016

Cooking Not For Me


Kalau rumah aku, ini yekla antara bahan asas yang wajib. Mesti, tidak boleh tidak tiada. Antaranya lobak, isi ayam, cili giling, bawang besar, mee kering, tomato kecil, bihun, telur, lada botol, olive oil.. selain magi la tentunya. Cooking for small family,aku masak simple jek. Aku ni bukan le jenis yang rajin nak menerai makanan, apa lagi mencuba masakan baru. So my cooking is boring. Lucikily la husband aku jenis apa pun hentam jek, dia tak banyak songeh. Kalau makan ikan bilis ngan nasik dan lada potong pun dah cukup best da la tu pada dia. Anak aku pulak penggemar mee. Tak kira la bihun ke, spegeti ke or mee goring. Paling dia gemar megi.

Aku nak kata tak pandai masak, tak la kot tapi nak kata pandai masak tu memang tidak la. Biasa aku masak memang menu yang paling mudah. Bagi aku, masak lauk pauk sayur bagai + siap mengemas kena siap sebelum nasik masak, which is dalam 30 minit la. But most of the time aku menunggu nasi yang tak masak2 sebab aku ni memang ketahuan cakap laju, jalan laju, sah2 action & respond aku laju. Antara menu sonang yang aku jerang, masak lomek, kari, masak merah, masak kicap, goreng2 op kos, sambal2 op kos or sup kadang2. Selalunya aku masak sayur dalam lauk sebab kat umah ni kitaorang jenis makan 2 sayur jek.. tak lobak, sayur daun... maybe sometimes cendawan. Laki aku lagi sempoi, sayur xde pun tak pe.. timun je dah cukup.

Thursday 21 January 2016

What Is This GDex


Ini kategori posman malas atau apa ni GDex? Boleh2 dia tulis waktu delivery 5.30 konon padahal time aku balik rumah + siap rehat2 dan pasang tv baru pukul 5.15. Terset jam awal ke tipu time sheet ke apa ni. Konpius aku. Nasib aku call dorang tak angkat, mau-mau kena maki kot time aku panas-panas ni.

Tuesday 19 January 2016

Berakhir Hari Ibu Tunggal..

Bukan.. bukan aku tadak laki oke!

Makanya hari ni diterimalah khabar gumbira bahawasanya aku ngan laki aku akan duduk sebumbung semula setelah dua tahun juga dia jadi weekend husband.

Whuhuhuhu...

Pasni tiada lagi la aku nak kena mengendong si tecit tu tiap pagi sampai rasa ala2 nak patah pinggang la jugak dibuatnya.. wehuuu

Saturday 16 January 2016

Laptop Masuk Workshop

Hari ni kitaorang ke Lowyat menghantar laptop ke servis centre. Thank god masih dalam warranty. Tetiba jek laptop aku gila, tak ble connect internet. Asyik limited connection jek. Memang la memang, bikin stress ok kalau gejet rosak.

Laptop aku ni jenis 360 degree flip, bole ala2 tablet or laptop. Malangnya scree dia gajah sangat, 15 inci kot. So tak berapa selesa kalau jadik tablet. Nasib baik la ASUS ni warranty 2 taun, selamat duit ahkak.

Aku dah pernah pakai Dell Vostro, Acer netbook, Acer Ultrabook, ASUS ultrabook dan ASUS flip ni... my favourite so far Acer Ultrabook. ASUS ni pada aku jauh benor la ketinggalan kalau compare dengan Acer. Main attraction cuma rega yang affordable jek bagi yang tak beduit macam aku ni... huhu

Wednesday 13 January 2016

Vocab Si Hannah @ 2tahun 7 Bulan

Omma (Mak) , Adih (dadde), cat, star, tiger, penguin, book, bucket, one, two, three, hat, cow, pig, circle, mouse, snake, bee, shirt, queen, whale, fish, nak, mam (makan), cookie,  ball, monkey, frog, butterfly, duck, chicken, cock, shoe, shushu (susu), swing, kitty, moon, up, down, dog, sheep, ship, giraffe, chair, car, squirrel, apple, carrot, ball, no, flower, what's that, oh look, oo ow, oopsie, tractor, shrimp, tree, fly, snail, turtle, strawberry, bear, rabbit, spider,parrot, whale, eggs, kangaroo ...

Itu lah antaranya. Walaupun she is still unable to sambung ayat, at least she recognize. She also knew cow moo, cat meow.. ī believe she is progressing positively. InshaAllah...

Tuesday 5 January 2016

Happy 2016

Selamat menyambut tahun baru!!

Ok. Lambat. Tau.

Ini adalah hari pertama aku bekerja pada tahun baru 2016. Semoga 2015 yang aku tinggalkan dengan kenangan kehilangan dua orang ayah menjadi teladan dan sempadan buat aku. Kalau tahun sebelum ni aku takde azam, tahun ni aku nak ada target untuk aku capai antaranya

1. Jaga solat. Solat penuh dan awal waktu.  InshaAllah.
2. Perbaiki diri.
3. Jadi isteri, ibu dan anak yang baik.
4. Pertingkat kualiti kerja. Jaga masa kerja.
5. Jaga kesihatan.  Sihat. Fit.

Monday 4 January 2016

Flat

Hari ni aku cuti. Letih kenduri 7 hari tak hilang lagi. Kalau takat masak2 kenduri aku ok je tapi part yang paling malas tu bila nak mengemas. Letih oiiii! Sebab tu aku cukup tak suka kenduri kendara bila kita masak dekat rumah. Dari pagi sampai dah nak petang la juga baru selesai urusan mencuci bagai. Mak aku cenggitu la style dia.. mahunya kalau boleh kenduri kendara takyah pakai or pinjam barang orang. Makanya umah dia memang penuh dengan barang.

Sebab tu aku alergik dengan umah besar barang banyak. Aku tak mahu jadi cam umah parents aku. Peningggg!

Wednesday 30 December 2015

Alhamdulillah urusan kenduri 7 malam berturut-turut dah selesai walaupun aku agak kecewa sebenarnya. Tatkala kami adik beradik sepatutnya mengirimkan bacaan2 al quran dan tahlil buat arwah, sebaliknya kami sibuk dengan urusan kenduri. Bayangkan, pagi sebelum pengebumian.. jasad arwah masih belum dikebumi kami dah sibuk ke kedai membeli barang untuk dibuat pemasakan bagi menjamu saudara mara sekembalinya dari kubur. Jenazah masih belum  dikebumi dah sibuk memasak.

Aku kecewa sangat sangat sangat tapi tak mahu bertentang dengan my mom yang pastinya jauh lebih sedih dari kami anak-anak.

Aku lagi kecewa bila ada pulak advisor my mom suh buat jelah tahlil dan kenduri 7 malam berturut-turut. Idea bukan main hebat tapi takde pula hantar orang untuk tolong kami berterusan sepanjang 7 hari tu. Mak aku pula setuju, padahal pada awalnya dia kata nak buat hati pertama, ketiga dan ke tujuh je sebenarnya. Sudahnya 3 hari tu je orang datang tolong, yang lainnya kitaorang adik beradik yang masing-masing beranak kecil ni la yang sebok membeli belah, sibuk memasak, mengemas, menyuci periuk belanga bagai sampai anak pun ntah ke mana. Sakit hati kitaorang adik beradik. Siap boleh demand pula nak makan hidangan nasi je oke, yang lain cam bubur or mee goreng tanak. Kalau bagi idea cukup dengan bantuan dan duit, tak kisah la. Ini bagi air liur je. Bayangkan kalau bapa aku tu takde simpanan bagai, nak mati pun tak senang.

Aku lagi sakit hati bila sepatutnya mak aku sibuk uruskan hal pencen, pemilikan harta etc sementara anak2 yang duduk jauh ni masih ada tapi dia sibuk nak kenduri. Sampai ada satu hari tu aku memang hot sangat. Kitaorang semua duduk jauh. By jauh i mean nak balik kampūng kena naik flight 2 jam setengah, nghabis beribu duit dan berjam perjalanan tapi mak aku cuma risaukan nak bagi makan. Kami ni kematian bapa, sedih. Tapi kami seolah2 berpesta pula meraikan kematian dia, siap order khemah bagai. Aku memang sakit hati sangatlah. Lusa aku ni dah nak balik, satu hapa urusan tak selesai. Nasib baik ada dua adik aku tinggal lagi. Dapatlah urus mana yang patut. Padahal kalau tak sebok nak sediakan makan minum bagai, dah selesai dah semua urusan.

Ada one night tu pula, ada VIP datang. So ada la mulut2 yang bagi arahan itu ini. Suh pasang itu ini. Aku adik beradik buat bodoh je. Bapa aku mati, apa ada hal aku kisah VIP Menteri Sultan ke nak datang pun. Masuk kandang kambing sila mengembek. Selalu kalau macam tu, yang VIP tu takdak apa pun.. yang side kick ni je lebih2. Dah la tu, air liur je dibaginya!!

Pastu, baru je bapak aku di kebumi 3 hari. Ada pula yang pandai suh g pejabat tanah urus cepat2 tanah bapa aku supaya tak jatuh ke tangan adik beradik my dad. Memang aku buat bodoh juga, layan pun tidak. Yang aku sakit hati mak ikut je. Esoknya kelam kabut ke pejabat tanah. Hari tu la aku memang hot gila. Ingat harta ni suka2 ke urusan dia, takde hukum agama nak ikut ke. Lantak la pun kalau jatuh pada adik beradik my dad, kami anak2 takde hal apa pun ko kelam kabut apa hal. Ko ingat nak buh semua harta pada my mom & pastu tuntut hak sebab kitaorang ni semua perempuan.

Kitaorang ni cukup tahu, my dad punya intention clear sangat. Dia tingalkan harta pencarian dia untuk isteri dan anak2. Isteri dan anak2 sahaja, bukan orang selainnya. Tapi kalau cuma kata dimulut takde bertulis maka ikut je lah hukum dan peraturan yang berkuatkuasa. Kalau ada hak adik beradik my dad pada harta dia, so be it la. Takat harta je, biar beribu berjuta bukan boleh di bawa mati pun. Macam aku ni paling lama 20 or 30 tahun je, mati juga akhirnya. Kitaorang yang anak pun tak kesah, ada pula yang nak jadi lebih sudu dari kuah. 

Dah banyak kali aku taip perkataan sakit hati dalam entry ni kan. Memang. Memang la sebab aku memang sangat sakit hati.

Thursday 24 December 2015

Pasti

1st time aku berhadapan dengan kematian, 6 bulan lepas masa arwah ayah mertua meninggal. Kali ni bapa aku pula. Masa arwah ayah mertua meninggal aku tak la tengok dia mandi. Kali ni dapat la tengok macamana orang mandikan mayat. Lepas adik aku yang dari Johor sampai, terus mandikan. Lepas solat zohor, solat jenazah... terus ke kubur.

Alhamdulillah dah selesai kebumi dekat tanah perkuburan keluarga dekat rumah nenek.

Kematian bukan suaru yang mudah dihadapi tapi janji Allah itu pasti dan tiada siapa dapat lari. Yang hidup perlu teruskan perjalanan dan menbambil iktibar serta pengalaman dari sebuah kematian.

Ya Allah, kau tabahkanlah hati-hati kami.....

Wednesday 23 December 2015

Bapa.......

Pagi tadi aku decide untuk balik juga hari ni. Doktor kata my dad cuma ada 24 jam sahaja lagi untuk hidup. Can u imagine that?

Adik aku balik flight kol 2. Aku balik flight 4.20 which is delay sampai pukul 5.10. Lagi dua adik aku balik esok awal2 pagi. All naik business class, MAS. This is like a worry came true for me sebab December is kinda nightmare kalau nak cari tiket balik. Bayangkan tiket airasia, Malindo & MAS semua habis. Yang ada pun cuma Business Class. Itu pun 1 je kosong for each flight. Nasib baik manage untuk dapat tiket.

Sampai2 airport KK terus buka henpon. Berderu masuk mesej dan whatsapp dengan ucapan takziah. Rupanya aku tak sempat jumpa bapa. Adik aku kata dia dah tinggalkan kitaorang kol 6.20 petang tadi.

Innalillahiwainnailaihiraajiuun...

Bapa dah tinggalkan kami................................................................................................

Monday 21 December 2015

Tiket Nightmare

My dad dah masuk hospital since last week sebab tiba-tiba dia sesak nafas dan sakit sangat kaki. Doktor advise his condition is critical. Today we all agree for him to be send out to Queen E 2 Hospital, KK. Pada aku, untuk terima rawatan untuk sembuh mungkin harapan sangat tipis. For his condition, aku cuma harap dapat buat dia rasa lebih selesa. Selagi ada hayat, tak salah untuk kita berusaha kan.

Mula2 QEH2 taknak terima sebab baru je pun last week my dad ke sana untuk check up & everything is ok. Tak expect la kot his condition worsen... Makanya aku decide tukar tiket aku dari 30hb ke 25hb. Bulan 12 ni memang nightmare kalau nak cari tiket flight ke Sabah, aku memang tahu tu. Makanya kena tambah RM 13++ lagi dari tiket asal RM1k. Harap2 my dad ok....

Sunday 20 December 2015

Welcome New TV

Aku tau sangat kalau repair tv silap2 sama je cam kos beli baru. So masa aku bersiar2 kat Sen Heng, aku terbeli la pulak tv bari. Ahakssssssss.... kali ni beli 50 Inch LED Android tv + 5 tahun warranty. Pueh ati aku ging!!!!

Apa yang best LED-Android ni? Memang best gilossss!! Gambar memang cantik amat + ble donlod apps dari Google Play oke! Provided ko ada internet la. Perghhhh!!! Pueh hati samgat la. Pas ni remind myself kalau nak beli barang letrik, esp tv beli dekat Sen Heng jek. Aku beli tv yang rosak tu kat Jusco.. ngam2 habis setahun rosak. Siut je kan! So kali ni aku beli dengan waranty 5 taun cam tv 1st aku.

Saturday 19 December 2015

Driver Dadde


Anak aku buat hal.. tetiba mengamok nak duk kat lap dadde dia lam keta time memandu. Nasib la dadde dia jenis penyabar orangnya. Makanya stop la kejap tepi jalan bagi dia main stereng puas2. Luckily  mau juga akhirnya dia duk ngan aku. Alahaiii anak..

Saturday 12 December 2015

I Miss Tokyo!!!

Tokyo always is my favorite place to visit and I don't even mind if I go there all the time for vacation. What do you go Tokyo for? For me the reason will be watching. Be it people watching, nature watching what so ever. There are many things you can do there.
1. People watching
Japan people is fascinating to watch, especially their youth. Harajuku will be the perfect spot to people-watching. Don't lose a chance to encounter anime-wearing youngsters. Be it Naruto, Sailor Moon.. You will have your chance meetint them there. Just don't roll your eyes! Or you could go to Akhihabara for the same reason too or Shibuya for people-flooding-watching. There were so many people crossing the Shibuya Crossing every time the traffic stop. You'll be amazed by the view.
2. Nature Watching
Inside Tokyo itself, there are more than 10 beautiful gardens that you can visit like Shinjuku Garden, Hamarikyu Garden, . No. You don't have any idea how beautiful they were if you only have a vision of Malaysian garden inside your head. Go during Autumn... mahvelous!
3. Concrete Forrest Watching
Be it the view from Tokyo Sky Tree, Tokyo Tower or Tokyo Metropolitan Building, trust me. Wow will be the only words you say. Don't expect super-architectly-build buildings. No. They don't have it much in Tokyo. All you see is a simple building, small in size but fully functional, very clean and well maintained.
 
4. Anime Anime Anime
Go to Akhihabara. I've been to Tokyo three times and already meet Naruto, Doraemon, Bezita, Prince of tennis, Goku, Hello Kity, Otromen, Gundam.. All in human size or bigger. If you are not a fan of replica, do No.1.. You can also go to Odaiba to meet Gundam and Doraemon or Ikebukuro for J-World and meet Goku, Bezita, One-piece etc or visit Shonen Jump Shop at Tokyo Station and Tokyo Dome City.


5. Enjoy clean and small of everything.
Small building. Small road. Small lorry. Clean wet market. The cleanliness is too much clean, I tell you!!.
6. The Four Seasons Of Happiness
Winter is cold, summer is cozy but autumn colors will melt your heart. The yellow color of gingko and red color of leaves will mesmerized you. When comes to spring, the pink sakura... It will blow you mind!

Friday 11 December 2015

Les Oil Bihun For Toddler


Anak aku suka makan mi. Ko bagi nasik, sesudu dua jek la makanya. Kalau bagi mi, tambah2 megi bukan mainnn! Aku selalu cam stress la jugak, kalau makan mi selalunya goreng. Kalau namanya goreng kompom2 tak healty untuk kanak2 kecik kan so tertiba nak tercuba cara memasak tanpa or less oil menggunakan rice cooker baby. Rice cooker yang belinya mahal, gunanya cuma sekali dua oke!

Back to story asal. Aku masak tadi meehun goreng.

Memula cuci jek bihun keras tu, campak dalam rice cooker & buh air sikit. Campak la ayam yang dah diracik kecik2, tomato kecik2, lobak-lobakan, kicap, garam, sos.. tunggu lembut sikit gaul jek. Tengok2 kot2 kering sangat, boh air sket & minyak sikit kalau nak. Kalau tanak pun tak pe sebab aku rasa cam takde effek sangat pon minyak tu. Tunggu la sampai bihun tu lembut & dah boleh makan. serving untu sepinggan kejap je masaknya & lebih sehat berbanding dengan yang digoreng.

Itu le hasilnya....

Thursday 10 December 2015

Arwah TV


Kekira jam 6 setengah tengah aku layan Oh My Venus kat henpon sorang2 lam bilik, tetiba anak aku yang nengok katun kat luar bilik meraung. Sah la tangisan tertukar channel la tu. Bila aku g jengok, suara tv ada tapi gambar gelap gelita. Yang ada cuma bunyi bising jek.

Try2 tengok ada longgar or tercabut kat mana2 ke.. takde. Sah! memang sah la tv ni nak kena campak dari atas ke bawah. Eiiii! Time2 ini le dia rosak. Nak repair tv satu hal, silap2 sama harga dengan beli baru. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Sakitnya hati.

Wednesday 9 December 2015

Hannah Rajin Study


Minggu ni anak aku rajin gila study. Walau dibuka tv, dia masih gigih berlari2 ke dapur nak tunjuk gambar kat aku. Bila aku sebut gambar apa, dia lari semula ke ruang tamu then repeat bekali-kali sampai aku siap masak. Alahaiiiii... rasa cam berbaloi2 sangat spend duit beli buku2 tuk dia.

Anak aku macam tu lah, rasanya budak at her age dah petah sangat dah bercakap tapi anak aku petah bercakap dalam bahasa yang hanya dia sendiri faham. Cumanya lately dia dah ada improvement. Gara2 banyak sangat tengok Mickey Mouse kat Disney Junior Channel, dia da kenal dog, cat, frog, monkey, snake, butterfly, ducky, cake, fly kite, ball, star, cow, pig, shirt.. itu la tu semua apart from omma, pa, ayah, adih. Padan la selama ni dia tak paham cakap kitaorang, upanya dia cakap omputih! Hahahahaha

Tuesday 8 December 2015

Shawl Senang Solat


Kalau dulu, antara cabaran aku kalau pakai shawl yekla nak lilit balik lepas cuci muka or solat. Idak la susah mana tapi leceh. Malas tol! So now aku dah terjumpa cara pakai tudung yang takyah buka langsung masa nak amek air semayang. Buka pin atas, amik air semayang then pin balik... selesai!

Macamana?


Monday 7 December 2015

Bayar Saman DBKL


Pagi2 tadi si Chemba da g bayar. Settle! Bayar within 15 hari 150, tapi kalau through kaunter rayuan dapat la RM50. Sukurrrr tah nak! Kalau aku belanja beli baju pun ble dapat selai RM50 tu. Makanya ini dikira pengajaran le ni... pengajaran yang berharga!

Si Chema kata, tak payah le kome nak memikior ayat apa nak di goreng masa merayu, katanya kat situ memang ada kaunter rayuan. G sana, officer dia cop... tada... dapat la kome diskaun!

Sunday 6 December 2015

Oh My Venus Ku Terjebak


Akibat terjebak, ku gagahkan jua!

Lama gila da tak terjebak citer Korea ni.. tahun ni terjebak semula. !st tu terjebak tengok drama 132 episode.. lama gila tapi hari2 main. Yang ni 16 episode jek, tapi seminggun 2 kali jek main. Stress ok tunggu! Gara2 tak sabar, makanya aku tonton online baru puas hati. Bagus tol online streaming sekarang ni. Malam ni citer ni main kat Korea, dalam bebeapa jam dah kuar siap dengan subtitle sekali oke!

Yang ni heroin di Shin Min Ah & hero dia So Ji Sub. Si Mina tu aku kenal, si Ji Sub ni tak kenal. Nak kata best sangat cerita dia, tak de la sampai cam citer My Girl yang menjadi kegilaan aku swatu masa dolu tapi boleh la layan. Citer pasal si Mina ni dedolu kuruih, cantik ala2 model. Da koje gemok ala2 dugong. Pas tu kena tinggai dengan boyfren sedari zaman sekolah. Makanya dia berazam le nak kurus semula & jumpa si Jisub. Anak orang kaya yang jadi personal trainer. Si Jisub last jatuh cinta plak dekat si Mina.. kuang kuang kuang.. lebih kurang gitu le jalan ceritanya!

Saturday 5 December 2015

Bad Big Wolf!

Saya sudah, anda bila?

BBW datang lagi!! Kalau last year aku tak pegi, this year aku kembali beraksi membeli buku dan menghabiskan duit yang nan hado. Macam before, buku2 dia agak menarik la  juga tapi this year dah takde sangat dah buku 5 hengget or 8 hengget untuk buku dewasa. Mostly the book start at RM10, RM12. Yang paling berbaloi ke BBW ni kalau beli buku kulit keras. Yang jenis gini kalau beli dekat MPH or Borders, mau ratus2 tapi kat BBW serendah RM18 hengget boleh dapat. For those yang hantu buku, memang seswai sangat la berkunjung ke pameran BBW ni.

Stressfull Parking


Pagi tadi kol 10.30 baru si Chemba kata jom kuar. Aku dah agak dah, kalau kuar umah after 10 pagi, mesti akan berlaku kejadian stress somewhere along the way ke destinasi. So cerita hari ni, we went to Mid Valley. Jalan agak lengang, sengih! Masuk parking MV pun agak lengang, sengih lagi. Kebiasaanyan kalau ke MV kitaorang akan keluar as early as 9.30 pagi so boleh masuk underground parking kat Visitor Park yang membolehkan aku terus masuk dari Jusco. Makanya hari ni malang memang berbau tak jumpa parking hatta sebijik pun. Yang ada cuma yang jauh ntah dekat mana.

Makanya berlakula kejadian stress & terus aku suh balik je.

Laki aku yang memang dah masak dengan temper si isteri senyap je. Drive kuar balik ke area umah & dia kata jom ke Berjaya Times Square. While on the way, jem macam haram babushitto! Nasib sempat turn kiri & stop jek la dekat Viva Home mall while nak u-turn.

VH ni banyak kedai perabot. Tapi aku kureng gemar ke mari walaupun dekat je dengan rumah sebab mall ni tak moslem friendly sangat kedai2 makan eh. Ada la Old Town, Subway, Keny Roja.. yang lain sumer la bukan tuk kita2 ni. Mall ni cater more of house perabot & anchor tenant dia Giant. Ada pangggung wayang gitu tapi memang kalau dah tak de option sangat le baru kitaorang kemari.

Si Hannah tadi bukan main lagi, singgah Mr. Diy terussss beli topi ala2 befdey kunun.