Monday, 11 October 2010

Perut aku mogok pagi tadi. Aku kena turun site dekat putrajaya awal-awal pagi..bila da banyak kali pegi toilet, saspen la juga.. Sampai ke aku ke site tu. Tapi perut aku memang behave amat lah time dekat site. Aku da siap-siap sound kontraktor sepaya hantar aku cari bilik termenung kalau perut meragam. Bilik termenung dekat site tu jenis portable.. Ngeri ok! Anyway, thanks mr perut kerana kamu sangat memahami.

Letih juga meneman kanak-kanak sepetang hari ni. Itu pun tak ke mana sangat. Rindu plak time kecik-kecik dulu. Walaupun aku tak cakap, aku memang sangat berterima kasih to both my parents. Aku sensitif kalau tengok orang buat naya kat orang tua. Tengok drama sedih sket, mula la meleleh. Apo aku merapu ni.. Homesick la ni.. Tapi aku memang tak akan tengok cerita sedih sebab confirm tangkap leleh. Menangis itu satu terapi apa... Tapi memang relive amat la pas nangis. Rasa macam terlepas semua aura negatif.