Tuesday, 1 June 2010

Diam bukanlah bererti aku mengiyakan apa yang kamu buat. Diam tidak pernah bererti aku suka. Tidakkah kamu terfikir aku hanya cuba mengelakkan konflik? Sedarkah kamu bahawa aku berdiam untuk menjaga air muka dan hati kamu? Pernahkah kamu terfikir yang kamu agak keterlaluan dan perilaku kamu sebenarnya menjengkelkan?

Apakah kamu mahu menguji tahap kesabarana aku? Kerana aku rasional dan berfikir panjang, aku tidak pernah kehilangan sabar walaupun aku sebenarnya kurang sabar. Aku juga mampu jadi seperti kamu, tapi aku tidak memilih untuk berperilaku seperti kamu kerana aku tahu berfikir. Dan aku kasihankan kamu kerana kamu cuma nampak diri kamu.