Friday, 11 August 2017

Serang Sushi King

Tadi tetiba bos aku sibuk mengajak kitaorang p Sushi King sempena meraikan dia yang sah jadi profesional enginiur. Makanya beramai2 kitaorang menyerang Sushi King.





Thursday, 10 August 2017

Ultrasound Leher

Hari ni aku appointment ultrasound. Kalau kau ingat ultrasound tu cam ultrasound perut masa mengandung yang takat urut-urut manja je dekat perut kau.. kau silap. Sama macam aku silap. Apa yang aku ble cakap is aku lebih rela duk dalam mesin mri yang bising tu dari kena ultrasound lagi lepas ni. Sakit weih leher aku.. dia tekan macam nak penyek rahang aku dibuatnya. Kalau tak jumpa apa yang dicari.. merasa la kau duk melangui kepala macam aku kena.. setengah jam ok! Bantal kat leher.. pala dongak ke atas sambil tu doktor tu sedap la tekan dan penyek2 tulang rahang ko. Sakit kott!!! Dah la aku dapek doktor pompuan yang suka mendengus. Panas dia mendengus.. tak nampak benda yang dia cari kat leher aku dia mendengus.. stress pula aku dengan perangai dia. Hahaha.. macam nak je aku suh p belajar adab dan sopan santun.

Wednesday, 9 August 2017

Hari Semakan Buku Servis

Geng2 aku tengah sebok cek buku servis masing-masing sempena hari memgecek buku servis. Bukan main ceria lagi masing-masing pose nak bagi bos tengok. Hahah. Tahun ni kiranya masuk tahun ke sembilan aku servis kat gomen ni. 4 tahun kat swasta, 9 tahun kat gomen yet aku masih lagi dilategorikan sebagai young engineer. Kau rasa?!!!

Tuesday, 8 August 2017

Lari Dari Doktor

Hari tu aku escape appointment tapi hari ni aku pegi la appointment aku dengan ENT. Nasib doktor comey tu tak marah.. haha. Kali ni pun macam before la.. masuk hos dalam idung. Doktor kata ada improvement tapi still swell. Lagi 6 bulan ken datang balik.. phewww!!! Selamat!!! Tapi ubat gastrik ngan sembur idung wajib amik. Kalau before ni ubat sembur tu 1st can je ko kena bayar.. now hospital da kuarkan dari lust subsidi T_T kena beli sendiri.. walau tak la sampai beratus harganya tapi mahal le juga oi!

Monday, 7 August 2017

Gold Kitchen

Akhirnyaaaa.. berbekalkan ongkos tak sampi RM100, dapur aku dah bertukar rupa jadi gold. Ahaksss!!! Thanks Kaison sebab jual wallpaper lip lap kaler gold & black ni. At least boleh la tenangkan hati aku yang dah gelora tahap gaban sangat nak cabut kitchen kabinet tu. Kalau aku la yang pasang kitchen kabinet tu kompom aku akan psang yang simple & small in size punya. Rumah kecik, agak-agak la kan tapi yang ni pemilik rumah lama yang install. Malas nak renovate, pakai je la temporarily. Tapi lama2 dah makin buruk la op kos.. sakit hati tengok! Dulu kaver ngan lapik merah hitam tu lawa la juga.. tapi now da bosan.

Amacam? Ok tak? Wallpaper tu 10m x 1m kosnya RM26, label amaran tu dalam RM9 hengget satu.. menu beli kat Ikea.. sudip suma tu.. yang tu bukan hiasan oke! Itu betul punya! Dedaunan nan ijau tu produk Ikea ngan Kaison. Macam ni la kalau kau tak kaya.. kena jadi innovatif demi tuk menikmati keindahan dan ketenangan pikiran.. phuiii!!! Hahaha

Sunday, 6 August 2017

NSK Visit


Bosa-bosa ikan eh! Macam-macam jenis ada kek NSK ni. MIL aku kata baru bukak sometimes last month kot. Meriah sunggoh.. tinggal sedia duit je la nak beli. No money no talk! Sekarang ni RM50 hengget macam RM20 je kot.. apa pun tabley.

Saturday, 5 August 2017

Mee Sakit Hati

 
Apsal mee sakit hati? Memang sakit hati aku dibuatnya makan mee ni. Katanya mee sup ayam.. memang betul2 ada sup dengan mee je dol! Secebis ayam pun takde oke! Kobis ngan bawang goreng pun berapa keping je. Tau berapa laki aku bayar rega dia ni? RM7.90!!

Kat mana ni? Kat restoran Dapur Penyet, Palm Mall Seremban. Sedap? Op kos la tak sedap mana pun.. trai tengok gambaq menu ni. 

Kau rasa?!!! Cam kena tipu oke! Bukan main menarik tertarik lagi gambar kat menu dia. Tapi bila dapat secarik isi ayam pun nan hado.. apa lagi asam ngan dedaunan sup tu. Hampeh tol! Restoran dia memang cozy & santai tuk lepak tapi fail gila. Mula2 jejak kaki pun ko dah rasa cam hampeh. Belum sempat nak jejak kaki ke area meja, cashier kat kaunter tu dah tahan ko. Oder dulu baru boleh masuk dow! Oder dulu oke!! Baru ko ble masuk duduk. Pastu bila ko nak oder.. yang ada katanya lauk2 je.. nasi tak de. Lunch time kot time tu.. nasi tak de?!!

Gini punya restoran pun ada. Dulu aku berbulu dengan restoran burger bakar abang burn kat area umah aku ni.. now dah tutup ya. Pastu aku berbulu dengan restoran Burger Byte.. pun dah tutup ya! Bukanla aku nak kata kalau aku berbulu restoran orang akan tutup... ahaks!! Satu orang berbulu  tak de la jadi apa.. tapi kalau ramai yang berbulu memang padan la muka. Jual nak untung je tapi servis dan customer tak di jaga!

Friday, 4 August 2017

Panaskan Kuih Guna Tefal Airfryer


Apa jadi kalau panaskan semula kopok lekor pakai air fryer? Thorbaikkk!! Kopok lekor kembali rangup dan sedap. Tapi yang paling best kalau panaskan guna air fryer is pizza. Domino Pizza hand tossed tu especially. Lagi sedap dari yang asal wa sakap lu!

Wednesday, 2 August 2017

Free Kids Pool!



Tadi masa scroll facebook feeds, nampak la post pasal free swimming pool for kids somewhere dalam KL ni. Oh! This pool dekat Taman Pudu Ulu rupanya.. dekat la kalau nak pegi. Nanti dah cuba aku story!

Monday, 31 July 2017

Food Panda Sushi Delivery



Semalam malas nak keluar ke mana2, tapi perut lapar. Teringat pula dekat apps food delivery, Food Panda. Godek2, wah! Now dah ble oder Sushi King la! Rega sama, cuma ada delivery charge RM3 kalau tak silap. So aku pun terai la oder. Dalam sejam sampai.. puas ati! Next time boleh cuba lagi nampaknya..

Sunday, 30 July 2017

Back To Karpet Finally

Tadaaaa...

Inilah yang aku dapat kat Spotlight semalam. Sekeping lagi kapet idaman dengan rega RM84 tu la. Last piece oke! Last piece! nasib baik ada. Kitaorang pun apa lagi.. sampai rumah je teruss operasi pasang kapet. Kalau masa 2 keping tak ble nak cover penuh.. now da ada 3 keping just nice je saiz dia untuk ruang tamu. Amacam.. cun ke? cun ke?

Tak cun pun bukan umah kome, umah aku! Hahahaha

Saturday, 29 July 2017

Pie Face

Tadi aku cam letih.. cam tak larat nak kuar ke mana2. Tapi mulut gatei nak makan pie face ni. Google punya google, yeayyy ada kat Ampang Point. Kalau nak g BHP kat tol Sungai besi semata2 nak beli benda alah ni cam tak berbaloi2 plak. Google punya google lagi, outlet Spotlight pun ada dekat AP ni.. aku pun apa lagi.. laju la mengajak si Chemba ke AP.

Finally dapat gak! Thanks boss sebab perkenalkan this pie yang sedap la jugak!



Tapi bukan ini je yang menggumbirakan aku hari ni.. teka aku dapat apa dekat Spotlight???

Friday, 28 July 2017

Akhirnya Beli Juga

Lama dah aku teringin nak beli track ni. Kat umah dah ada 2 jenis track tapi yang jenis motorized belum ada. Since adik aku racun2 sket, bagitau harga murah.. aku punnnnn... balik koje terus la ke Parkson SVM angkut benda ni dengan rega RMN159.90 satu. Yang gumbira op kos la si Hannah chan!

Thursday, 27 July 2017

Cerita Tukang Urut

Ahad lepas aku urut badan. Pergh!! Besttt!! Makcik tu dah 60 lebih dah tapi powerrr. Aku ni bukan la jenis yang suka g urut tapi sekali sekala tu ok juga. Kat KL ni aku pun tak tahu mana nak cari tukang urut yang pandai urutan orang lepas bersalin. Hari tu Si Chemba tanyakan dekat pengasuh si Hannah.. akak tu yang rekemen makcik tu. Makcik tu tinggal dekat apartment yang sama dengan umah pengasuh si Hannah.. kiranya dekat je la dia nak jalan kaki dari rumah dia ke rumah aku.  Op kos la nak urut dekat rumah sendiri.. kalau kat rumah orang tak selesa la nak buka baju bagai.. ahaksss

Kenapa urut lepas bersalin? Aku bersalin ke? Takk aih!! Hahahaha.. saja nak minta urut tuk naikan rahim. Aku pun tak arif sangat pasal rahim jatuh ni.. tapi makcik tu kata rahim aku jatuh.. tu yang aku sakit2 belakang.. sakit pale. Aku ye kan je la sebab masa kena urut tu aku tak fokus sangat. Mana tak.. sakit oke makcik tu bahan aku dengan tangan dia yang penuh tenaga. Adik aku kata kena urut beberapa kali baru badan rasa tak sakit sebab badan aku jenis jarang berurut.. tapi dah nak masuk seminggu dah ni.. ok je. Macam tak de apa je rasa. 

Wednesday, 26 July 2017

Ke Sabak Bernam Kita

Hari ni aku ke Sabak Bernam.. bukan la melancong ya. Ada miting dekat poli. Lepas episod bos aku hangin pada driver yang bertukar tapi tak inform kitaorang, dia pun decide tuk drive sendiri dan aku + waze selaku co driver. Thank god kitaorang selamat sampai pada masa yang ditetapkan tanpa sebarang episod sesat. Masa pegi tu bos aku ajak singgah kat Restoran jejantas Sungai Buloh.. nak g makan sate katanya. Malangnya kol 9 baru stat kedai pakcik sate tu. Hampa.. dia ajak g Burger King. Kat situ plak air pnas xde.. rosak katanya so ada minuman sejuk je. Hampa lagi.. last2 singgah KFC. Masa balik dari Sabak Bernam lak.. singgah beli kepek dan makan kopok lekor losong. Aku kalau g dengan bos ni.. makan je keje. Dia badan kurus xpe la.. aku yang dempol ni makin bertambah dempol dibuatnya. Adoii la bos!

Tuesday, 25 July 2017

Anak Engineer

Kipas rosak la pulopppp!! Lepas aku terai, bapak dia terai.. si Hannah pun tanak juga ketinggalan terai baiki kipas. Alahai anakkk.. kalau jadi engineer tak kaya nak oii!


Monday, 24 July 2017

MRI

Dalam banyak2 test, aku actually pernah la terlintas apa agaknya rasa kalau masuk dalam mesin MRI aka Magnetic Resonance Imaging scan ni. Well.. hari ni merasa la aku. Aku kena mri dekat kepala.. cemas juga bila adik operator tu kata sejam aku kena baring tak ble gerak2. Aku story sikit macamana buat scan ni.

Mula2 kena salin baju.. semua kena buka except spender. Dorang akan bagi persalinan baju hospital. Lepas tu masuk la dalam bilik mri tu.. baring kat katil & operator akan ikat ko. Macam aku kena kat kepala.. so merasa la aku kena pakai head cover yang ala2 pemain pedang punya. Pastu dorang tolak ko dalam mesin.. kalau ko jenis yang tak ble tahan dengan confine space..  sila la bersabar dan jangan nerves. Masa baring tu, ble sesak nafas dibuatnya kalau ko cam cemas. Mana tak cemas, rasa cam dalam kotak & distance between mata ngan wall mri tu berapa inci je kot. Masa mula2 baring, aku rasa cam pening sket. Tak tahu la sebab katil aku move ke apa ke.. kejap je la. Lepas tu ok. Dorang akan bagi ko panic button, so kalau panic boleh la tekam button tu untuk dorg tolak ko keluar dari mesin. 

Dalam bilik tu sejuk.. memang ada la dibekalkan selimut dan juga penutup telinga sebab mesin tu bising gila. Ada macam2 jenis bunyi dia persembahkan kat ko.. annoying ok! Aku bawa2 mengucap je time tu supaya temper aku tak spike.. hahaha. Aku ni jenis yang temper ble spike from 0 to 100 kalau diganggu dek bunyi2 ni. Bunyi dia cam orang mengetuk, cam kena karan, cam orang drill dan macam2 bunyi la. So.. memang kena bertabah sangat la duk dalam tu. Since aku dah bertafakur dalam tu.. bunyi bising pun tak dapat nak menghalang aku dari tidur.. hahaha. Berapa kali juga aku cam terlelap. Tapi tak de la pula kena kejut ke apa. Tetiba dah habis.. thank god. Tak la sampai sejam pun.. 20- 30 minit je kot. 

Pas da siap tu.. apa lagi, balik la! Result doktor tak bagi hari tu.. ko kena la tunggu sampai next appointment doktor ko. Mine is 14hb ogos.. till then.. bawa2 bertenang dan berdoa moga takde apa2 yang serius.

Sunday, 23 July 2017

Nak beli ke tanak?!

Apart from karpet, aku berkenan gak dengan mesin jahit ni. Alapak.. murah ni!!! Nak beli ke tanak? nak beli ke tanak? nak beli ke tanakkkkkk??!!!! Nakkkk ke tanak!!! Tolong oiiiiii

Aku tanya laki aku, dia kata beli je lah tapi kalau beli u nak jahit apa?

Sp, apa yang aku nak jahit actually? apa? apa??!!

Saturday, 22 July 2017

Cari Karpet

   
Tadaaa.. inilah rumah aku as of hari ni selepas aktivit menukar karpet malam jumaat tu. Tahu tak berapa rega kapet aku ni? satu RM84 je oi! ketawa guling2 aku!

Alkisahnya khamis tu aku g Tesco, tersinggah la dekat abam bangla jual kapet yang ala2 kapet ikea. Saiz dan thickness yang sama ngan kapet aku ni reganya RM400 oke! Ampat ratusss!!! Kurang punya kurang dia bagi aku RM270. Masa tu nasib baik ada satu je, so aku tak jadi nak beli sebab aku nak 2 or 3. Pastu ari jumaat petang, gatei plak nak g My Town, Cheras. Jalan punya jalan, tersinggah kat kedai Spotlight. Terjumpa plak kapet ni. Masa gulung tu cam tak lawa, tapi bila dah orak nampak cam ok plak.. ada 2 keping. Tengok rega asal RM299, offer jadi RM140. Sekali time bayar kat kaunter jadi RM84 je.. mana tak gumbira guling2.

Aku bajet nak tukar kapet kompom2 la minimum RM600.. mana tau less than RM200 ble dapat kapet dengan good quality & lawa lagi. Pastu try la google pasal kedai tu, kot2 ada outlet lain berdekatan sebab pasang 2 cam tak lawa. Rupanya ada online store.. malangnya online stock pun dah habis. Tak pe, takpe.. 2 ni pun still ok juga. Kalau dapat beli lagi satu, op kos la lagi cunn!!




Friday, 21 July 2017

Muka Kau Takde Makeup

Ini bukanlah takdak makeup 100%.. tadi buh la sikit concelar bawah mata tuk hide mata panda yang aku miliki sedari kecik. Kadang2 tu bila malas aku bare face je g koje.. ahaks! Lagi2 kalau pas solat tzuhur tu. Walaupun tak lawa.. kau faham jugak kan maksud malas tu. Malas tu kadang-kadang lalu macam angin, masa dia datang semua pun malas!

Nasib baik wa pakai glass, ble la bertopengkan cermin mata.. ye dok! Orang pakai glass ni huntunglaaa.. kalau malas makeup pun ble kaver ngan spek. Tapi yang tak pakai glass tu huntung laaa lebih sebab tak yah nak spend duit upgrade glass dua or 3 tahun sekali.. kan!!

Chop! angle aku baik punya sampai muka pun nampak lonjong.. hahaha

Thursday, 20 July 2017

Ododoiii.. belum pun 1 Ramadhan dah ada dah jual sekut raya ni. Semangat betul Jusco ni nak niaga raya ye.

The Last Tako

Terasa rindu la pula nak makan sizzling noodles dan takoyaki, makanya petang ni melepaklah kami ke Tesco Cheras. Masa order takoyaki, ahkak tu kata bulan ni dia last beroperasi lepas ni dah tak jual lagi. Apaaaaaa? sedihnyaaaa.. takkan nak kena ke Osaka plak semata-mata nak makan tako... tidakkkkkk!!!!


Wednesday, 19 July 2017

Rindu Onigiri

 
Tadi masa jenjalan dekat SVM, tetiba rasa macam nak singgah tengok Family Mart yang baru je buka outlet. Sekali ada ini barang daaaaa... alamak! rindu pula dengan Tokyo dan Osaka. Kalau ke sana, inilah snek yang kitaorang berani makan. Kadang2 amik yang kosong, kadang2 amik yang ada tuna.
Tuna Onigiri
Si Chemba tanya la adik kat kaunter tu, halal ke. Adik tu kata halal.. inshaAllah. Bukan takat ni, dorang ada jual juga makanan tapau yang da siap pack, ada dim sum sedap gila wa sakap lu..p la visit website deme ni hah https://familymart.com.my/


Tuesday, 18 July 2017

Jamuan Raya 2017

Hari ni ada jamuan raya dekat ofis kitaorang so op kos la kena lawa-lawa.. ahaks. Mula2 tangkap gambaq make-up free face pastu sibukla kami sumua tepek kalaer kat muka...
Makcik lom makeup.. innocent ye
MUA in action
Kasi tonyoh satu kali.. hahahaha
Tadaaaa... apsal aku rasa elok lagi masa no make up tadi hah? Adodoiiii. Tapi aku rasa muka aku make up ngan tak make up sama je kot sebab aku pun bukanlah artis kan nak pakai makeup tebal or bulu mata pelesu se pelesu pelesunya macam Che Ta.. ye dok! Paling2 aku tepek foundation bagi nampak kulit muka fresh then lipstic sikit, light blusher dan kasi hitam kening yang maybe terkena foundation tadi. Kalau rajin tepek la eye shadow sikit, face shading kat idung... tak sampai 5 minit siap kalau make up biasa-biasa. Aku suka nampak natural je. Dalam banyak2 aku rasa yang penting 2 je, foundation dengan lipstik. Biar tak lawa at least kulit nampak fresh.
Final touch.. makcik2 terusss!!!
Ok.. itu citer makeup. Lepas dah makeup which is sebelum Bahagian aku hijack majlis.. hahaha. So inilah kekdahnya bila ko dah lama tak pegang mike kann! Dulu masa koje dekat MV selalu la aku g red box. Masa si eji ada, ada geng pompuan tapi lepas dia pindah aku g sorang je selalu pun for the sake of makan dan karok sedas la op kos. Pastu bila dah tua ni, guna Smule je la dekat jamban. Tadi ntah mana ntah datang keberanian aku nak menunjuk bakat suam2 kuku aku aku tu sampai nyanyi ampat lagu oke.. ampat!!! 4!!! Dari Shakira ke Beyoncee.. tapi itu sebelum majlis la.. masa sumer orang lain meeting dekat atas dan kitaorang ni pula escape sebab nak final touch majlis kononnya. Pastu ingatkan masa majlis aku tanak la gatei nak nuanyi kan sekali geng aku kenakan aku. Hampehh tol! Mula2 nyanyi lagi Aishah.. pulanglah. Pastu satu round lagi lagi Nicky Astria.. Mengapa. Boleh bayang betapa nyaring suara aku nyanyi lagi mengapa tu.. tak padan dengan saspek TIA oke!
Abaikan kegemukan gue!

Monday, 17 July 2017

Money Money Money

Inilah salah satu hadiah grand prize cabutan bertuah sempena sambutan hari raya esok.. money! money! money! money! Cash RM100 oke! Kalau dapat ni lepas la sepinggan steak & rib eye set dekat Tony Romas.. hahaha..

Saturday, 15 July 2017

Kerja Si Hannah

Adodoiii si Hannah.. patut la dia gelak sorang2 tadi rupanya dia guna apps snow kat phone aku. Apa binatang pun aku tak tahu ni.. alahaiii..
Hari ni tak kemana, tunggu my aunt je datang beraya di rumah. This is the first year aku tak masak langsung for raya. Kat umah mak mentua kompom la tak masak, kat umah my mom pun tak masak sebab adik pompuan aku dah amik alih tugas masak rendang bagai.. kat umah pun aku tak masak gak sebab aku cam letih semacam je so tadi si Chemba g je beli nasi lemak kat pasar sebab my sis dah masak2 dekat umah dia yang kitaorang akan serang lepas my aunt beraya kat umah aku.

Adik Kici Mana Pigi


Friday, 14 July 2017

Balut Hadiah

Akhirnya siap juga aktiviti membalut hadiah. Kiranya ini la kesemua 7 hadiah grand cabutan bertuah tahun ni. Sumbangan?!! Pale ko la sumbangan ye. Ini sumbangan persendirian staf sendiri. Kitaorang ni tak main la sumbangan2 kontraktor ka apa ka.. nak makan pun semua bayar sendiri oke! Pulizzzz la!

Ok, emosi!

Hadiah-hadiah ni no 7 dapat wireless headphone, no 6 dapat steam iron, no 5 dapat beg travel, no 4 dapat cash RM100, no 3 dapat hamper, no 2 dan no 1 dapat handbag. Kalau kau tanya aku mana satu aku mahu, aku nak semua kecuali no 1 dan no 2 sebab aku kan bukan peminat handbag ;p

Thursday, 13 July 2017

Tudung Designer


Masa ke Kenanga aku borong bunga2 tudung sebab kalau beli 3 barang ble diskaun sampai 59%. Makanya kos tudung lip lap aku bawah RM13 je sebab selai shawl baru RM10 max.. pastu bunga tu dalam RM1 sebijik. Tali blink2 tu je yang mahal sket kot.. ahaks. Pueh hati woi!

Wednesday, 12 July 2017

Shopping?

Tadi aku g Kenanga Wholesales ngan my geng, nak beli hadiah untuk cabutan bertuah Majlis sambutan hari raya next week katanya. Aku ikutkan je. Alhamdulillah aku ok, cuma cam sedikit letih & lenguh rahang je tadi. Pegi KWS naik Grabcar je tadi, kos pegi balik sama je macam g SPM or Sogo, dalam RM6 per trip.

Tuesday, 11 July 2017

Work After TIA

Hari ni aku kerja.. so far ok je tadi. Cuma aku tak boleh cakap banyak, leher rasa lenguh. My immediate boss kata apsal g kerja kalau masih tak ok, knowing that our big boss sure berkobar2 cari aku lepas dah lama cuti kannn...

Sunday, 9 July 2017

Post TIA..

Dek kerana kasihan kan Hannah yang sibuk nak minta bawa jalan, kitaorang pun bawa la dia ke Mid Valley. Aku actually cam tak larat & letih je. Nak jalan pun macam tak berdaya je tadi. Kalau biasanya dari hujung ke hujung aku tawaf MV tapi tadi aku larat duduk je dan tak gagah menakluk macam selalu.

Benarlah, sedikit je tuhan tarik nikmat kita dah terkesan sangat...

Saturday, 8 July 2017

Post TIA

Semalam doktor bagi aku keluar hospital.  Hari ni aku plan duduk rumah je. Aku ok cuma sedikit letih & sakit rahang + macam sesak nafas sikit kalau terlebih makan. Aku rasa maybe juga due to tonsil aku yang enlarged + panic attack sebab takut berulang semula.

Kalau kira aku quite young, tak diabetic, tak hypertension & obesiti pun tak la tahap kritikal so macam impossible kan boleh kena strok, but it is not actually. It could happen to anyone and for those having pre conditions akan meningkatkan lagi risiko untuk terkena strok. 

So how about me now? How do i feel? Takut dan panic, of course. If I died, I wont be a problem to my family but if I am not & become an alive vegetables.. that would be unimaginable. My husband seems to understand my thought.. he said don't worry.. i'll sure to care of you but that was the least of my worry actually. What will happen to Hannah, that saddens me to think what if she have to grow up without her real mother? I cant even imagine if i, mysef be put into that kind of situation. But Allah knows best the fate of us.. what is or what is not meant for us and I trust Allah. I take this as sapaan kematian. Mungkin tuhan bagi aku merasa pengalaman ini untuk aku fahami dan ambil kesempatan perbaiki diri. Selama 36 tahun hidup, terlalu banyak dosa dan kesilapan yang telah dibuat. Semoga aku masih berkesempatan untuk sekurang-kurangnya dapat memperbaiki diri sebelum betul-betul pergi menghadap ilahi. 

Friday, 7 July 2017

TIA Day 2

Ini pulak bekfas aku hari ni.. semalam aku pindah wad dari wad surgeri kat tingkat 6 now turun ke wad mata tingkat 5. Bukan lah aku sakit mata pun.. since doktor cuma nak monitor aku, di mana boleh tidur di situ lah aku ditempatkan. Condition aku hari ni lebih ok cuma kalau terlebih makan aku cam sesak nafas. Nasib baik doktor bagi aku keluar petang tadi.. kalau tak masak la aku weekend di wad tanpa si Chemba dan si Hannah.
Before disharge, doktor dah bagi aku date2 appointment. Maka sibuklah aku Ogos ni ke hospital saja. Now aku kena amik aspirin (cair darah) & ubat kolestrol as prevention. Doktor kata walaupun kolesterol masih level ok, tapi aku kena juga makan ubat tu.

Thursday, 6 July 2017

TIA Day 1

Bihun sabar je lah
36 yo no make up face
Inilah bekfas aku dekat wad pagi  ni, bihun kurang garam. So far aku ok je cuma rasa letih. Tadi my boss, si Chemba boss & our colleagues datang melawat aku. Meriah bukan main wad dibuatnya sampai kena sound nurse.

Aku ok tak? Alhamdulillah aku ok2 je.

Macam biasa la duduk wad, nanti ada la orang nak amik darah ko.. cek tekanan darah. Kol 7 cam tu nurse datang kemas katil.. time tu boleh la kalau nak mandi ke apa ke.. masa kat wad besalin dulu aku mandi awal takut kang tak sempat mandi dah terberanak.. haha. Kat sini aku mandi kol 10 tadi.. nasib baik ada air panas.. hahahaha

Apa penyakit aku actually? TIA tu cuma suspekted, belum definite sebab aku kena buat MRI, ultrasound dan echo dulu. Apa tu TIA?

Menurut si wiki @https://en.wikipedia.org/wiki/Transient_ischemic_attack

"A transient ischemic attack (TIA) is a transient episode of neurologic dysfunction caused by ischemia (loss of blood flow) – either focal brain, spinal cord, or retinal – without acute infarction (tissue death). TIAs have the same underlying cause as strokes: a disruption of cerebral blood flow (CBF), and are often referred to as mini-strokes. Symptoms caused by a TIA resolve in 24 hours or less"

Simptom?
Symptoms can vary widely across people, and across brain regions. The most frequent symptoms include temporary loss of vision (typically amaurosis fugax); difficulty speaking (aphasia); weakness on one side of the body (hemiparesis); and numbness or tingling (paresthesia), usually on one side of the body. Impairment of consciousness is very uncommon. There have been cases of temporary and partial paralysis affecting the face and tongue of the afflicted. The symptoms of a TIA are short-lived and usually last a few seconds to a few minutes; most symptoms disappear within 60 minutes. Some individuals may have a lingering feeling that something odd happened to the body. Dizziness, lack of coordination or poor balance are also symptoms related to TIA. Symptoms vary in severity.

Penyebab?
The most common cause of a TIA is an embolus that occludes an artery in the brain. This usually arises from a dislodged atherosclerotic plaque in one of the carotid arteries (i.e. two of the four major arteries supplying the brain) or from the vertebral-basilar arteries. Another common cause is from a thrombus (i.e. a blood clot) that has originated from the (usually left) atrium of the heart due to atrial fibrillation.[citation needed] In a TIA, the blockage period is very short-lived and hence there is no permanent damage.[5] The cholesterol build-up is gradual and eventually narrows the lumen. With time, blood flow to that side of the brain is reduced and a stroke may occur as a result. In other cases, cholesterol particles from the atherosclerotic plaque may suddenly break off and enter the brain. In some people, these fragments come off from the heart and go to the brain. This often happens during a heart attack or an infection of the valves.[citation needed] [6]
Other reasons include excessive narrowing of large vessels resulting from an atherosclerotic plaque and increased blood viscosity caused by some blood diseases. TIA is related to other medical conditions such as hypertension, heart disease (especially atrial fibrillation), migraine, hypercholesterolemia, and diabetes mellitus
Diagnosis
TIA will usually be diagnosed after a doctor performs a history and a physical exam. There are several radiological tests that are done to evaluate patients who have had a TIA. These include a CT scan or an MRI of the brain, ultrasound of the neck, or an echocardiogram of the heart. In most cases, the source of atherosclerosis is usually identified with an ultrasound.