Saturday, 20 June 2020

Cuti PD : Mengidam Laut




I love PD. I love kerang.

👻👻

Tadi lepas buat detail scan, hajat hati yang mengidam nak tengok laut masih tak padam. Lepas makan, baru decide nak ke mana.. PD or Morib. Last2 decide ke PD je la sebab lebih familiar. Kol 3.30 gerak, dalam pukul 5 lebih sampai PD. Plan asal cuma nak balik hari tapi ntah macamana terbook hotel.. hahaha. Nasib baik tak jem.. ada juga la kejap tadi. Kalau trip ke selatan, memang kena bertabah le tuk bertarung dengan orang ke belah N9. Lepas N9 inshaAllah jalan clear.. 

Since kitaorang datang sehelai sepinggang, kenala pegi mencari baju. Nasib jumpa kedai baju murah.. beli la apa yang patut. Konon nak singgah pantai skali sibuk pula shopping beli barang mandi dan skincare semua. Plan nak cari Watson tapi kat Teluk Kemang macam takde so decide ke bandar. Dari Telok Kemang ke bandar PD punyala lama rasanya.. sampai bandar boleh kata hampir semua kedai tutup. Aduii... meriah lagi kedai kat Teluk Kemang tadi. Lepas Watson, decide nak pegi makan. Macam biasa la, kedai makan Rezky menjadi pilihan semata-mata kerana kerang bakar. Ow I love kerang!!

Lepas kenyang baru la menuju ke hotel. Kali ni kitaorang decide tuk duduk di Klana Beach Resort. Maybe sebab booking lambat harga semalam dalam RM200+ lepas guna diskaun digi 8%. Kitaorang ambik bilik superior. Hotel ni hotel proper cumanya bilik dia guna tiles putih. Aku pun tak tahu tapi I have something against hotel yang guna tiles putih ni.. ahahaha..


Wednesday, 17 June 2020

Percutian Di Wad

Kau pernah masuk wad kol 2 keluar balik kol 5? Haa.. itu la yg berlaku dekat aku hari ni. Sungguh x patut betul dan ini kali kedua aku kena. 1st kena dulu masuk wad nak operate, alih-alih tukang bius tak de so batal operation. Sabau je la!

Tulah doktor ni degil tanak caya. Aku dah bagitau ini semwa salah durian musang king tapi dia nak jugak aku masuk wad. Aku siap cuba kawtim minta tak boleh ke monitor dulu tapi di bolayan nya aku. Nasib baik aku amik rekod gula full day tuk semalam. Bila doktor tengok balik result gula tu cam cantik, tu yang doktor review balik decision nak start insulin. Mula-mula doktor yang rawat aku kat klinik tu bagitau since bacaan aku cantik dorang nak monitor je dulu dan tak start lagi insulin tapi datang sorang lagi doktor maybe senior or bos dia kot suruh aku pilih nak discharge tak. Kalau tanya aku, op kos la nak discharge kannn!!

So doktor tu kata ok la bagi aku discharge tapi kena monitor reading gula lebih kerap compare sebelum ni. So ok la. Since aku dah hangin dengan doktor klinik tu dari hari tu, tak larat dah nak marah. Lagipun kalau fikir dari sudut positif doktor tu buat untuk kebaikan aku juga kan. So biarlah.. tapi yang aku nak marah hari ni doktor yang amik darah tadi. Dah la tak kompiden.. cucuk sekali tak dapat aku dah hangin. Dia try lagi nak cucuk tangan yang sama tapi dekat tangan instead of lengan. Aku kata biasa memang amik kat lengan, takde pun amik kat tempat lain. Kalau sebla tak boleh sebab dah ada bekas cucuk tadi.. napa tak try lengan sebelah je. Last2 tu dia suh kawan dia buat.

Antara benda yang aku hangin kalau masuk wad is bila kena amik darah. Kalau yang amik darah tu doktor, masak la kau dicucuk-cucuk banyak kali tapi konpem belum tentu dapat darah. Doktor-doktor muda ni suka nak amik jalan mudah je.. cucuk mana2 dia senang nampak vein ko. Ada sekali tu sampai tertumpah darah atas tilam. Sakit kot kalau tempat lain selain pelepat lengan tu. Kalau yang amik tu nurse, sambil mulut sibuk menceceh pun tak sampai berapa saat selesai. Takde nak tepuk2 bagai or cucuk banyak kali sampai lebam-lebam kita dibuatnya. Kalau yang terror tu langsung takde kesan pun. Tengok le tangan aku ni haaaa
                                                     


Tuesday, 16 June 2020

Child Labour?!!!

                                        
Ini bukan child labour ok! Ini atas rela hati ni.. Anak aku sorang ni rajin nau mengemas. Hampir setiap hari dia akan minta izin nak mengemas tapi level mengemas dia tu ikut tahap rajin dia tuk hari tu la. Kadang-kadang siap suku, kadang-kadang separuh. Bertabah je la kalau bertambah sepah pula dibuatnya.


Monday, 15 June 2020

Masuk Wad?!!!!!!

Tadi aku g appointment dekat PPUKM. Macam biasa la nak tunggu nombor naik akan ambik masa sejam cuma kali ni by the time ko sampai dorang terus bagi nombor giliran unlike macam 1st time datang hari tu. At least tak la ko menunggu sampai sudah.

Sebelum nombor naik aku siap-siap pegi timbang. Kali ni berat turun lagi ke 87kg. This is the only time berat turun time pregnant tapi tak kena ceramah doktor sebab ko memang dah sedia obese.. hahaha. Lepas dapat nombor dorang bagi kertas kuning. Nurse dekat kaunter saringan akan saring bacaan tekanan darah serta berat ko tadi dan isi dalam kertas kuning tu. Lepas tu kena g kencing dan serah kencing kat kaunter tuk dip test kencing ada albumin dengan protein tak dan officer yang jaga kaunter kencing akan tick kat kertas kuning tu juga. Lepas tu tunggu nombor naik la.

Jumpa doktor tadi dia tengok bacaan gula yang aku rekod tak cantik. Aku kata ini sebab makan durian tapi dia tak nak dengar dan suh aku masuk wad tuk start insulin hari ni juga. Segera! Adodoiiiii.. masuk wad oke! Dia nak aku masuk hari ni juga tapi aku bagi macam-macam alasan so rabu pagi aku masuk. Stress betul dengan doktor ni.. aku tanya tak ble ke monitor je dulu. Tak boleh katanya.. hangin betul!!! Terus keluar angin kus-kus aku.. heiiiiiiiii la haiii

Friday, 12 June 2020

Mari Berpopia

Lepas sesi hangin seround dengan si kecik yang asyik main tepon je, teringin pula makan popia tadi.. marilah kita buat sendiri sebab bekalan sardin tin ada banyak lagi. Popia la kuih yang paling senang nak buat sebab ko boleh letak apa saja inti dalam tu sesuka hati. Aku suka ayam atau sardin. Ini kali aku pilih sardin. Potong bawang dan goreng, campak paste cili, campak sardin dengan makarel goreng dan cili sos then lepas tu adjust rasa. Kalau nak sedap, kena manis sedikit baru naik rasa lepas digoreng nanti. Kalau aku, suka yang ada kuah sket supaya tak rasa dry masa makan.

Pastu potong la sayur yang ada.. aku buh sengkuang je sebab xde lobak. Time menggulung tu anak aku datang.. tanya boleh ke dia tolong. Nak ambik hati le tuh 🥰🥰

                                                     

Thursday, 11 June 2020

1st DIY Shell-Out

Tadi tetiba teringin sangat nak makan shellout. Tengok kat grab kol 11 baru buka. Lepas tu harga dia sendiri mau ingat la range dari RM200 ke atas. In term of harga tu oke acceptable la kot cuma masalahnya antara yang ko bayar tu tuk benda yang bukan aku makan sangat pun contohnya jagung ke, pahat ke.. kepah ke... brokoli ke. Semalam pula kebetulan ada oder bekalan seafood dalam peti.. bila fikir-fikir balik try masak sendiri la lagi senang kot. Makanya aku goreng celup tepung semua sotong, udang, ketam dan cendawan tiram since itu je pun yang aku akan makan kalau g makan shellout.. boleh je rebus tapi kitaorang lebih suka yang goreng-goreng. Untuk sayur aku add on salad, cendawan butang dengan potongan tomato je.. jadiklah kan.

Untuk kuah, ini yang paling penting sekali sebab kalau kuah ko out, maka the whole set tu fail rasanya. Since ini 1st time masak makanya ikut la citarasa sendiri. Aku cincang bawang putih dan goreng dengan daun kari dan sikit rempah kari tuk bagi wangi.. lepas tu tuang cili kering, tomato, kunyit idup (aku jadi hantu kunyit idup sekarang.. semua mesti ada kunyit hidup) dan bawang-bawangan yang dah diblender. Adjust masam masin manis.. selesai! Maka inilah hasil dia tuk 1st timer... aku tabur hidang atas alum foil..

                                 

Lepas dah siap masak, aku send gambar kat laki aku as umpan suh dia balik lunch. Dia kata laaagi sedap dari makan kat shellout 👻🤪🤪🤪 Kan hakak dah kata.. bab masak ni hakak memang berbakat cuma malas je.. ahahahahaha

Tuesday, 9 June 2020

Early Present

                                                 
Walaupun birthday dia in few days lagi.. sabtu hari tu lagi dah dapat hadiah. Hahahahah.. kali ni paw adih dia. Sebelum ni dah ada rumah dan castle frozen.. ini kali castle pony pula. Nasib baik ada offer.. harga asal dalam RM200 tapi offer member RM145 je. Masa bayar tu laki hakak boleh tak perasan ada offer.. nasib suh dia cek balik ngan cashier tu. Kalau tak rugi banyak oooo...

Monday, 8 June 2020

Bubur Kacang Musang King

                          
                       

Since banyak benar durian musang king di peti.. kita bikin bubur dulu. Adoi sedap sangat la memanggggggg. Sedap memang sedap tapi harga sepinggan ni kalau ko makan di luar memang tak boleh bawak runding. Belum kira gula lagi.. hohoiiii. Potong kaki

Sunday, 7 June 2020

Teringin Nasi Lemak Sabah

Teringin sangat nak makan nasi lemak bungkus yang selalu makan di Sabah. Aku tak tahu la kenapa tapi ada 2 benda di tanah malaya ni yang tak kena dengan selera aku, which is nasik lemak dengan roti canai! Sepanjang belas tahun aku duk sini belum jumpa lagi yang aku rasa sedap dan mesti ada je yang tak kena. Tak roti, kuah dal nya tak kena, takpun karinya hampeh.. nasi lemak pun macam tu juga. Seingat aku la.. last aku rasa nasik lemak yang menepati deria lidah aku selain di Sabah is di Labuan.. hohouiiu

Apa yang spesel nasi lemak sana Sabah?? sebenarnya biasa je pun tapi aku memang suka. Makanya kita cuba try test masak nasik lemak kuning pula la ini hari. Sedap ke? Mestilaaaaaaaaaaaaaa 🤪

                               


Saturday, 6 June 2020

Musang King Seulas RM30

                                       
Petang tadi mengidam durian lagi makanya terus la ajak laki hakak p mencari. Tak sabar punya pasal, makan dalam kereta pun jadik laaa. Ini harga makan seulas macam harga 2 set McD oke! Tak tahu bener atau laki hakak kena chong tapi harga sebijik ni RM150+. Kononnya sekilo RM 59.. makanya menjadikan berat durian ni sebijik lebih 2 kilo la tapi dalam tu ada isi 5 ulas je! 5 ulas je oke!!

Friday, 5 June 2020

Periuk Baru Beraksi

 
Akhirnya periuk gue yang baru suda tibe!!! Yeayyyyyy.. ini adalah hasil mengepaw laki hakak lepas si kecik buat hal suruh hakak tengok channel Wow Shop. Anak hakak memang suka sangat tengok WS la GS la.. siap promote lagi tu. Adoiiiii terjebakkk hakak.

Best ke? Best gilerrerre.. harga tuk 2 pot ni dalam RM379. Dapat 2 mangkuk bertutup kecik yang comey dan free kuali tu. Ala2 spesis LaCrussette la konon tapi yang ini LaCocotte. Op kos la lain both LCr dan LCt ni.. material berbeza sebab yang LCr tu guna cast iron yang ini cast alum so ringan sikit. Warna chantek so boleh hidang je terus dari dapur. 

Thursday, 4 June 2020

Raya PKP 2020 Lagi

         

Akhirnya semalam set rendang daging mangkuk tiffin kiriman Chef Wan dah sampai.. ayayayaya.. kita rayayayayaya. Sedap ke? Pada aku dengan harga RM109 tak masuk kos delivery dengan tax cam oke2 la sebab ko dapat mangkuk tingkat skali. Rendang dia daging seketui.. rasa biasa je.. lemang kureng sbb berderai. Yang lain tu bahulu, rempeyek, dodol, ketupat palas dengan serunding. Kalau order mangkuk tingkat ni dekat Shoppe mau RM99 jugak la yang 3 tingkat tapi ini kali bayar dalam RM125+ dapat makanan sekali so kiranya oke la.

Wednesday, 3 June 2020

Putus Cinta Kali Kedua

Semalam aku mimpi aku bechenta dengan retis K-Pop.. astaga.. hahahaha. Poyos kann..

Nak kata aku ni peminat tegar retis korea tidak la pun. Aku memang suka dengar lagu korea berbanding lagu lain tapi minat spesifik artist u tak la sangat pun. Dulu aku gila SuJu, pastu skarang Ikon. Tu je la dua.. tapi nak kata extreme tu biasa2 je. Aku suka SuJu sebab gila2. Yang Ikon ni pula aku start jadi fan tahun 2018 sebab si Hannah punya pengaruh.

Ikon ni aku biasa dengar lagu dorang tapi tak la sampai minat betagar. 1st time dengar the whole album, semua lagu best. Dengar lagi next album pun semua best.. lepas dengar lagu Goodbye Road aku terusss jadi peminat. Aku ni ketahuan sangat2 memilih kalau mendengar lagu. Even minat SuJu tapi x semua lagu dia best pada aku. Lagu orang putih ke, lagu melayu ke yang sekarang ni semua menyakitkan telinga je lebih. Lagu K-pop pun sama juga tapi better than the rest. Lagu cina pun da tak best, lagi2 sejak J-Chou da xde lagu best.  

Back to minat Ikon, lepas dengar lagu GR tu aku terus layan video-video lama dorang dari mula grup ditubuhkan masa dorang trainee. Time nak debut tu dorang masuk program reality lawan other group yang akhirnya debut as Winner. Time tu hadiah dia sapa menang boleh debut. Dari time tu pun aku rasa dorang memang sangat talented dan sangat berazam. Lepas tu layan pula Bobby, one of the rapper masuk pertandingan SMTM dan menang. Bukan calang2 idol boleh menang SMTM tu. Lepas kalah dengan Winner, dorang masuk lagi program reality. Kali ni untuk pilih member debut. Kesian gila, punya mencabar la perjalanan dorang nak debut. Tapi dorang ni memang talented la.. be it menyanyi ke menari ke. Lagu2 pun hampir semua compose sendiri. Lepas tu kena hantar pula ke China tuk compete dalam reality program di sana. 2018 dorang siap menang Song Of The Year dan Songwriter Of The Year.

Malangnya tahun lepas leader dia terpalit dengan kontroversi dadah dan leave the group. Masa tahu tu aku rasa cam, alahai sedihhhhh amat dalam hati macam masa kecewa bercinta dulu2. Thank god aku pernah rasa kecewa sekali je walaupun aku sendiri yang punya angkara.. Dengan yang lain tu xde perasaan.. hahahaha. Back to mimpi aku semalam, aku mimpi berchenta dengan one of the member.. padahal dalam grup tu yang aku paling minat orang lain. Bercinta ala2 cerita korea la kunu.. tapi towards the end tu kitaorang clash. Perasaan sedih tu terbawa-bawa sampai ke bangun tidur. Merasa la aku kembali teruknya perasaan putus cinta yang pernah aku alami dulu.. hahahahaha. Sakitnya tuh di sini!!!

Tuesday, 2 June 2020

Cek Up PPUKM cont.

Semalam aku gerak dari opis dalam 8.30.. sampai ppukm dalam 9 cam tu la. Tahu kol berapa aku keluar? 3.30 oke! 3.30! Masa keluar tu tinggal aku je pesakit dalam tu. Tu pun nasib baik prof dr yang rawat aku tu reject cadangan dia nak combine clinic. Kalau tak idok la aku tahu pukul berapa dapat keluar dari hospital. Adoiiiiii!!

Lepas scan tu dalam sejam dapat jumpa doktor. Scan tak lama pun.. semua ok dan yang fibroid tu kena monitor je la. Lepas jumpa doktor kena assign pula jumpa dietition. Nasib baik dietition tu baik.. tak payah naik g jumpa dia.. dia datang jumpa kat bawah je.. lepas kena ceramah, aku kena g collect ubat. Nasib baik kat kaunter ubat sbla klinik ni je.. kalau farmasi utama silap2 mau kol 4 pun tak selesai lagi. Kiranya habis satu shift la aku dekat hospital semalam. Doktor bagi MC.. tapi aku masuk gak opis balik sebab ada hal nak settle. 

Masa aku nak keluar tu terdengar nurse yang tengah kemas-kemas tu berborak berapa orang patients hari ni.. dekat 200 katanya.. adoidoii.. patut la lama sangat. Kalau kat KKIA patient ada mak buyung dan baby.. tapi klau kt sini semua mak2 buyung je.. 

Monday, 1 June 2020

Check up PPUKM

Kalau last month aku surrender, ini kali kena juga datang sini serah diri dekat O&G PPUKM. Appointment jam 9 pagi, 10.45 baru dapat nombor oke. Pastu baru kena bagi borang kuning untuk ambil bacaan tekanan darah, berat dan air kencing. Yang tu kejap je.. pastu kena tunggu depan bilik 11 untuk scan. Masa aku dapat nombor baru naik nombor 2.. aku dapat nombor 17. Skarang dah masuk 2 jam aku menunggu ada 4 nombor lagi di depan. Mau naik tekanan darah macam ni. Aku expect lagi sejam la baru dapat scan. Lepas scan kena pula jump doktor.. yang ni tak tahu pula berapa lama.. ya Allah sabar la wahai hati.

Sunday, 31 May 2020

Gila Pyrex?


Giler kan harga dia.. ini kalau aku jual pinggan mak kat kampung ni lepas dah keta  🤪 aku main-main suggest dekat mak aku skali free kena fire. Mak aku kata buat apa nak jual dorang payah-payah hangkut dari England ke Malaysia masa aku baru berusia 2 tahun++.. silap-silap pinggan mak aku tu jauh lebih tua dari aku.. hohoiiii

Saturday, 30 May 2020

Masak Ayam Tak Jadi

Hakak ni pemalas masak tapi skali masak konpem ko menjilat jari 👻👻 Tapi ini kali hakak masak tak jadi.. aarghhhh stressssss! Konon nak buat ayam bakar Noxxa tapi malas nak tunggu ayam defrost maka padan la muka ayam masak diluar tapi masih mentah di dalam. Nasik pun tak jadik sebab pakai beras biasa. Kiranya hari ni semua serba tak jadi.. aaaaarghhhhhhhh

                                               


Friday, 29 May 2020

King Of Fruit

                                       

King Of Musang dengan harga segram amas.. hohoiiiiiiii. Demi mengidam lakiku pasrah kan jua membeli semalam. Bersungguh-sungguh dia dengan adik ipar aku membeli sebab adik aku pun sama juga mengidam. Yang ni gred A kununnya.. biji kecik isi tebal. Ada satu tapau lagi gred B.. yang itu rasa sama je cuma isi tak setebal yang gred A.

Siap la mencanak gula aku hari ni 👻👻👻

Thursday, 28 May 2020

Mengidam Durian Dapat Moci

Semalam tiba-tiba mengidam durian musang king la pulak. Masa lalu balik dari hospital nampak la kelibat durian yang nan memanggil-manggil. Tapinya dah balik umah baru sibuk nak minta laki belikan. Nasib preggy kalau tak memang mengada sangattt. Suh laki hakak p cepat takut kedai tutup, tak pegi2. Dia keluar rumah dah lewat makanya tutup sudah kadai. Punya takut hakak sedih, merata la dia round nak carik ganti durian. Tak dapat yang betul, keturuan dia pun jadik la. So ini keturunan durian yang berjaya ditemui laki hakak..

                

Mochi dah eskrem potong musang king.. hohoiiii

Wednesday, 27 May 2020

Mengidam Mee Tarik

                                 

Punya lama menunggu akhirnya mee tarik berjaya juga masuk perut. Tak hengat dah apa nama menu yang ini tapi kalau berkunjung ke kedai Mee Tarik Warisan kat belakang rumah hakak ni memang tak pernah oder menu lain hatta sekali pun. Yang ni ada daging.. mahvelesssss oiii 

Tuesday, 26 May 2020

Raya PKP 2020 Day 3

                                
Untuk day 3 laksa kembali beraksi dengan tambahan popia sadap. Sadap oiii popia hakak tu 😝 Buh sadin dengan sengkuang.. layanzzzzz

Tadi kitaorang ke MV.. saja nak ke Aeon cari baju. Since saiz perut dah berubah kenala cari pakaian baru. Gini le keadaan dekat MV tadi.. meriah juga.

                                        
Before dapat tembus ke mall kena saring dulu depan pintu masuk MV dan amik suhu. Lepas tu ble la masuk dan kalau nak masuk kedai-kedai tu kena repeat benda yang sama. Kalau10 kedai ko pegi 10 kali la ko kena isi maklumat peribadi ko, ambik suhu dan pakai hand sanitizer. Since masih PKPB, kitaorang bergilir shopping sementara salah sorang tunggu dengan si kecik dekat keta. Hari ni aku masuk beberap kedai.. mula2 tu Aeon cari baju lepas tu dah alang-alang berdekatan aku termasuk la pula dekat Mothercare dan terbeli la pula baju baby. Malangnya tak tahu jantina lagi so beli la yang neutral. 

Lepas tu termasuk pula The Face Shop beli pencuci muka. Nasib birthday month maka dapatlah diskaun 30%. Biasa pencuci muka hakak tu memang takde offer jadi tunggu birthday baru beli. Next termasuk pula Clarins. Hari tu dah habis beratus beli online.. kali ni nak pegi redeem hadiah je. Malangnya produk yang nak di redeem tu takde stok la pula. Habis kat situ ingat nak pegi Machine tengok i-watch.. skali panjang beratur ya rabiii. Orang Malaysia ni memang kaya raya kot.. beli gajet macam beli ikan lagaknya. Pastu turun ke bawah pula nak ke parking.. ingat nak singgah Harvey Norman skali kat situ pun beratur panjang yang amat. Adoiii xpahammm..

Monday, 25 May 2020

Raya PKP Day 2

                                      
Menu day 2.. ada yang baru dan ada yang modified. Hari ni masak baru nasi tomato dengan telur tomato. Rendang daging tu dah bertukar jadi rendang hitam si hitam manis dan yang ayam tu dah jadi rendang ayam carik cili padi. Ahakssss.. nasib baik ada banyak daun limau purut.. wangi rendang hakak.

Sunday, 24 May 2020

Raya PKPP 2020

                                
So inilah hasil air tangan hakak. Seperti dijanjikan.. laksa, rendang2an, kuah kacang dan nasi impit. Rasa dia? Op kozzz la sedap bah! Laksa tu produk periuk Noxxa. Ikan tu hakak letak je dalam Noxxa dalam 60 minit.. so da tak payah susah-susah nak ceraikan tulang  time nak blender sebab memang hancur terus. Sementara tunggu selesai rebus ikan, hakak masak bahan lain siap-siap. Standard la segala keturunan bawang, cili kering or cili padi dan belacan diblender dan rebus. Lepas tu campak la daun kesum, bunga kantan, petis, asan keping, gula dengan garam. Boleh juga masak dalam Noxxa tapi dah alang-alang menunggu ikan selesai direbus.. baik proceed je masak bahan yang lain. Sambil-sambil tu boleh la potong cili, salad, limau, rebus telur, potong sengkuang dan apa-apa saja la yang kome suka nak bubuh. 

Apa yang ble buat laksa ko sedap? Pada hakak personally petis dan belacan tu la selain pemilihan ikan dan wangian daun. Kalau dua benda tu takdak, laksa terasa plain je. Apa-apa pun terpulang le cita rasa masing-masing kan. Since lambat bangun tadi, lepas tu ikan pula masih beku lagi makanya lambat la hidangan hakak siap sebab boleh-boleh laki hakak p masukkan terus ikan belum siang dalam peti hari tu! Makanya dalam kol 12 cam tu baru la selesai. Adoiii lapar sudaaa baru siap semuanya. Lepas tu baru dapat tangkap gambar raya. Ini tahun kita tangkap gambar raya paling savage... 

                               

Amacam? Hahahahahahaha.. apa la dosa laki hakak tu sampai kena pandang slack. Nak guna function timer tapi tak pandai.. merasa la ko kena tangkap gambar banyak kali sampai berjaya 😝

Baju raya tahun ni tak dapat nak sarung. Selalu orang tak dapat pakai baju sebab dah gems kan tapi hakak pula sebab dah slim. Miahahahahahaha... beli saiz besar konon nak muatkan perut skali bahu semua jatuh. Time PKP ni tak dibenarkan cuba try test baju kat kedai maka pakai agak-agak serba tak kena la jadiknya. Since hakak mengalami mual tak lalu sangat nak makan. Jadinya berat badan pun turun. Baju yang sebelum ni tak muat time pregnant hampir 4 bulan boleh masuk dan perut pun xketat. Cuba la bayang betapa gems nya hakak 💃🏻💃🏻

Saturday, 23 May 2020

Malam Raya PKPB 2020

                                   

Since esok dah nak raya.. kita masakkkkk duluuuu. Walaupun raya kali ni sendiri-sendiri saja namun sekurang-kurangnya makanan harus la meriah kan. Bukan apa, kesian dekat laki hakak. Selalu raya dapat la merasa mak dia masak lemang & rendang dan kakak eh masak laksa kuah kacang bagai. Tapi tak hapa, bini dia pun pandai jugak masak cuma malas je 🤪🤪

So menu kali ni rendang ayam, rendang daging, nasik impit, kuah kacang dan laksa. Seumur hidup, kiranya ini kali ke empat la ni buat kuah kacang. Serius x tipu bah kalau kaw! Kalau masak rendang biasanya kisar saja la semua then masak tapi kalau kuah kacang nak kena goreng dulu semua bahan baru kisar. Lepas 4 kali masak kuah kacang ini kali yang terbaikkk.. hahaha 
                                  
 
Si kecik pun nak juga join memeriahkan raya ayah dia.. siap berbaju kurung bagai. Maknya? Kalau dah sibuk memasak tu bau bawang je laaaa.. Lepas siapkan bahan tadi baring dulu luruskan belakang. Padan la muka mak buyung rajin tak sedar diri yang badan hakak ni dah tak segagah sebelum ni

Wednesday, 20 May 2020

Almost Raya


Sikit lagi nak raya hoiii.. hari ni kita masak daging la pula. Mentang-mentang la rajin walaupun buyung. Alhamdulillah pregancy yang kali ni aku banyak tenaga dan rajin bebeno tambah-tambah bab masak.

Monday, 18 May 2020

Padan Muka

                                
Ini bukanlah result exam tapi result kencing. Haaaa.. kau ingat exam saja ada result ya.. kenchinggg pun ada oke! Skali kenching bacaan tak lawa, kena datang lagi jumpa doktor esok. Stresss hakuuu

Sunday, 17 May 2020

Kuih Raya Pertamaku

                                 

Nampak ada stok kopok Supering laki hakak tadi.. dari bagi dia makan sorang baik hakak bikin kudapan sekeluarga. Makanya ini la kejadian dia lepas hakak campak Supering yang dah diblender dekat kulit popia.   Tekstur dah cantik tapi rasa kureng sebab kurang manis. Patutnya hakak letak gula pasir skali time blend tu baru ngamsui. Kalau nak lagi sedap campur serbuk cheese..

Wednesday, 13 May 2020

New Pet

                                                
                                 
Akhirnya pet yang ditunggu tiba jua.. inilah dia robotic vacuum yang hakak oder dari Lazada dengan rega RM399. Apa yang benda alah ni boleh buat? Vacuum la.. apa lagi. Ok ke? Ok la untuk rumah kecik dan pemalas macam hakak ni. 

Benda alah ni full charge dalam 4 atau 5 jam.. tapi masa operasi dalam 45 minit je. Takat kaper dan lantai inshaAllah dia boleh settle tapi jangan la expect dia buat deep cleaning dan function cam vacuum yang bersaiz besar tu. Takat sampah dan habuk tu boleh la dia tapau. 

Secara overall? Aku rasa berbaloi beli sebab memang sesuai dengan kegunaan dengan rumah aku ni. Paling seswai untuk orang malas!

Friday, 8 May 2020

Penjaga Pintu

                                    
Kau ingat nak masuk kedai je kena saringan cobit.. nak masuk bilik kat rumah aku ni pun ada oiiii! Kalau tak lepas tido luar la kau malam ni 🤪

Wednesday, 6 May 2020

My Very 1st Selpie With Si 11

                                     

Komen? Oke oke la.. yang ni kena letak auto baru lawa sket.. ahakss

The thing i like about iphone is the camera. Aku suka how iphone camera can capture detail of your skin, your real skin. Aku tak suka gambar yang smooth cam kena edit dan nampak fake. Aku suka kalau muka ko berjerawat or ada biji-biji or whatever flaw you have captured dalam ur photo esp selfie. Pelik tapi benar! Aku memang jarang sangat sangat edit gambar-gambar selfie sebab takut kalau orang jumpa ko diluar tak ble cam 👻👻

Tuesday, 5 May 2020

Iphone VS Android

Today i received my parcel. My iPhone finally arrived.. yeayy.. The last iphone i used was iphone 7 before I changed to note 9. I actually love my note, still.. but.. we'll.. how long can one use one phone, right?! No right?!! Whatever!!

What is my comment? I already knew that i will lose some of my 'happiness' if i change back to ios like freedom of using FREE YouTube premium. It might not be a big deal but who wouldn't be happy using YouTube without any distraction from advertisers FOR FREE, right?! I am not sure will i still be able to use torrent or not. I called using android as young and adventurous while iOS is old and 'rich' because you need to pay for almost every thing that you were able to get FOR FREE when using android. How come FREE? Pandai-pandai loh!

Sso what is my comments?? I am happy but not happy.. that is all that i can say for now. One of the thing that really disappoint me was the 'missing of camera roll folder. Now i wouldn't be able to sort all the picture taken on camera on ' camera picture folder only. As long as it is a picture regardless where the source form will be lump in one folder. Lousy!!

I might also won't be able to enjoy the joy of being able to filter and reject all call from non contact. I hate peoples call me! The biggest lost is i am no longer able to use S pen as bluetooth remote to capture my selfies, and point & shoot word translations. On the bright side, i love that i am able to enjoy faster network and some features like more systematic email, more sharp and realistic camera and smule apps like a pro singer yow!

If you are wondering why am i writing in English.. this is thanks to iPhone keyboard that allow me to speed write by swiping.. i am so lazy to write nor type nowadays.

Thursday, 30 April 2020

30.4.2020 Mengidam Rojak Mee Mama

Kalau hari tu mengidam kuih, ini kali mengidam rojak mee my mom la pulak. Makanya usahalah mak buyung ini memasak rojak beliau sendiri. Ini lah hasilnya mak buyung mo tapau untuk sorang lagi mak buyung. Walaupun x 100% dapat rasa kuah rojak my mom, jadiklaaaa daripada tiada. Cumanya kena take note.. kalau sejuk kacang tu akan memekat so berpada-pada la masa letak kacang tu. Pastu kacang kalau mo sedap jangan sangai.. goreng jak dengan minyak. Laaagi nyaman sebab nanti pun masa masak kuah ko bubuh minyak juga.

Lagi satu, kalau nak sedap before blender bahan-bahan kisar tu goreng dulu bagi masak. Lebih wangi dan kawww gitue. Kalau my mom punya kuah rojak mesti ada sikit kari untuk bagi wangi.. memang menjilat jari woiii!!

Monday, 27 April 2020

27.4.2019 Kuih Talam 1st Timer

Tah apa mimpi tetiba teringin mo makan kuih talam.. aka kuih lapis. Since ada pewarna makanan di rumah ni.. marilah kita bikin kuih talam. Thank god jadik la juga walaupun rasanya so-so saja. Yang penting manisnya kurang dan texturnya cair di mulut. 

Monday, 20 April 2020

Mee Time

Antara makanan kegemaran kami seisi keluarga dan yang aku mahir la nak masak, mee goreng. Tapi kalau makan selalu konfem tak lama sakit ni.. ahaksss. Dari makan mee goreng, baik la makan nasik je sebenarnya sebab mee kuning tu dah memang ketahuan tak elok sangat tuk kesihatan.. pastu dalam campuran mee tu kompom ada pelbagai penambah perisa terutamanya kicap dan sos kan.. semua tu gula gula gula. 

Tuesday, 14 April 2020

Potong


Amacam.. ok ke rambut si kecik ni hakak kerjakan? Boleh laa kan sementelaah tak boleh nak keluar ke salon ni kan. Nasib baik rambut lurus dan nipis.. senang nak potong. Rimas betul tengok rambut dia panjang sebab dia tak pandai jaga. Paling tak tahan kalau bangun tidur rambut dia terkena air liur.. busuk ya rabbi! 

Wednesday, 8 April 2020

Pink Book Day3


Macam semalam, hari ni sama la juga. Tapi sakit hati sebab tunggu sikit punya lama tak naik juga nombor. Kesabaran dah macam nak sampai hujung dah, aku bagitau si Chemba kalau kol 11 nombor aku tak naik juga aku memang balik je. Alih2 seminit nak masuk jam 11 nombor aku naik. Chehhh!! 

Kalau semalam dah interview panjang dengan doctor, hari ni repeat lagi dengan doctor lain. Eiiiii.. sabau je la!Next appointment lagi 2 minggu. Kiranya aku macam takde keje la lepas ni sebab berderet la appointment klinik aku. Maka selepas 3 hari, berjaya la aku selesaikan urusan membuka buku pink akhirnya..

Pada yang nak jadi ibu tu, beranak la time muda2. Jangan cam aku, penyakit dah banyak ni memang mencabar. Kalau 1st pregnancy, sebulan sekali je datang klinik. Jumpa doktor pun berapa bulan skali tapi kali ni setiap kali visit wajib jumpa doktor. So kalau jumpa doktor, faham-faham je la berapa lama masa yang akan diperlukan. Kalau g swasta dengan condition aku skarang ni takat sebulan sekali oke la.. tapi kalau hari2 kena datang pitam oi!