“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Wednesday, 30 August 2017
Hulk Pun Nak Tengok Suka SEA
Aku ingat aku sekeluarga je yang eksaited nak tengok penutup sukan Sea sebab nak tunggu PM announce esok cuti.. rupanya mamat ni pun menyebok gak!
Tuesday, 29 August 2017
Uniqlo Online
Selalu sangat browse online, last2 terbeli pulak dari uniqlo online. For those yang tak tahu, yes ada uniqlo online. Oder je, nanti deme hantar. Macam aku, 26hb aku oder, hari ni sampai umah. Parcel aku dorang hantar pakai Gedex.
Ini le yang aku oder.. seluar drape. Kalau beli kat kedai RM49.90 dengan saiz up to xl je tapi kalau oder online ble dapat dalam RM29.90 selai plus size sampai XXL. Masa aku oder tu ada offer free delivery for first time oder. Kalau tak silap oder lebih RM80 ble dapat free delivery. Kalau orang plus size macam aku ni kira memang seswai sangat la beli online. Udah le tak yah susah2 nak g kedai dan bersesak2 dengan orang, pulak tu ada saiz besar dan delivery pula free.
Monday, 28 August 2017
Sunday, 27 August 2017
Autumn In KL
Saturday, 26 August 2017
Hannah Love Osaka
Plan pagi ni parking dekat stesen Taman Midah yang katanya dekat dengan my house. Ikutlah kata si Waze, jalan la ikut HUKM then pusing2 dalam kawasan perumahan Taman Midah before sampai dekat stesen dia. Adik aku kata ada jalan baru ikut Hospital Rehab tapi aku saja nak ikut jalan yang Waze tunjuk. Dalam 15 minit sampaila kitaorang kat parking bertingkat MRT. Sampai2 gate, ada brother tahan.
Dia bagitau kalau nak parking kena pakai Touch & Go je.. puhh!! Nasib baik kad tu ada isi. Memula ingat nak parking bawah je, last decide naik atas je la terus. Parking ni separated dengan stesen, dihubungkan dengan elevated ramp. So cari punya cari, yang direct ke ramp tu is parking kat tingkat 5. Seram tak tengok ramp dia? Hahaha. Harus la seram. Tingakt 5 kot! Happy la naik MRT ni.. rindu pula dekat Tokyo T_T Stesen dia canggih la wa sakap lu. Tengok je la wajah eksaited kitaorang ni ha
Masa sampai kat Stesen Bukit Bintang tu hujan. Si Hannah siap dengan baju hujan, lagi la buat aku rasa rindu gila nak p Tokyo.. uwaaaaa
Ingatkan tertipu la dia da sampai Osaka.. sekali dalam keta nak balik rumah tadi dia meraung kuat. Adih, nak airport.. nak aeroplane.. nak Osaka.. aaaarhhh sudahhhh!!!
Thursday, 24 August 2017
The Five Years Of Marriage
Sebelum jumpa si Chemba aku pernah bercinta lama. Pernah kecewa sampai aku tak terfikir la nak bercinta lagi. Kalau bercinta pun aku listkan senarai KPI yang memang ridiculous untuk dicapai tapi tuhan lah yang mengatur segalanya, kita manusia hanya merancang je. Suamiku, you are not my first love, but you are my true love. Semoga kita kekal bersama hingga ke Jannah. Amin.... Macam pasangan lain, weols juga ada ups and down. Ada silent treatment, tapi belum ada pinggan melayang. Ada berselisih pendapat, tapi belum ada tinggi suara atau terpukul di mana2. Semoga perbezaan2 itulah yang menjadi kekuatan kita. InshaAllah...
Celebrate tak? Laki aku lupa oke! Selalu dia yang ingat, now dia pun dah jadi macam aku pula. Tapi aku tak kata apa2 la untuk remind dia sebab it is just a date. Aku bukanlah jenis yang kisah sangat pasal date dan celebration ni. Pada aku, selagi seseorang itu masih dalam ikatan perkahwinan so celebration of marriage itu memang celebrate every day in their life. Tapi hari ni dia belanja makan steak.. ahakss. So lupa pun tak pe, janji makan ada.. hahaha
Aku suka juga makan dekat NYC Steakhouse ni. Selalu stik ni + 2 side dishes reganya RM35 hengget sepinggan. Tapi bulan ni dorang ada buat offer, steak + 2 side dishes + soup + eskrem dengan rega RM28+ je. Sedap ke? Pada aku ok la.. aku suka.
Wednesday, 23 August 2017
Hannah Dan Airport
Dah dekat sebulan lebih kot si Hannah ni merengek nak pegi airport. Nak aeroplane, nak p Osaka katanya.. sabar je la! Dia ingat Osaka cam p KL kot. Adoii la anak.. so semalam kitaorang decide untuk tunaikan hasrat dia p airport, ambil aku balik dari Kuching. Bawa la ke anjung tinjau. Malangnya ada pula playground dekat situ so dia main playground instead of tengok aeroplane. Sudahnya bila dah balik dia nangis, nak aeroplane nak aeroplane. Kau rasa?!!!
Tuesday, 22 August 2017
Morning From Kuching
Good morning Kuching!! Awal aku bangunan pagi ni. Lepas solat subuh, tido kejap tadi. Pastu cam lapar.. so aku decide untuk turun sarapan awal. Jam 7.30 dah terpacak dekat restoran. Menu pagi ni? Ini yang paling fenting skali dalam menu aku pagi ni, dimsum!
Kol 9 kitaorang gerak ke Poli. Hari ni ada taklimat tender. Yang bagi taklimat op kos la bos aku.. ahaksss.. aku plak? Aku sekreteri ya!
Lepas selesai taklimat, aku n the gang bergerak ke Kuching whilst bos2 aku bergerak untuk program lain, which aku tak involve. Sebelum gerak ke Kuching.. geng2 aku sempat la p beli kek lapis. Kat Sarawak ni, kek lapis yang pemes ada 3 rasanya. Mira, Warisan dan Dayang Salhah. Kali ni kitaoang try Warisan. Kedai dia terletak kt seberang sungai. Kalau dari side hotel Pullman, nak menyeberang ke sana paling sebang naik bot. 50 sen per trip kalau tak silap.. kalau naik keta jauh la kena pusing. Since kitaorang naik keta, so takde masalah.
Kat sini ada terubuk masin gak tapi since aku tak minat terubuk, aku tangkap gambar je la. Since masih ada masa, driver bawa makan ayam penyet paling sedap katanya.
Kat mana? Ntah la pula. Nama kedai dia kecik je papan tandanya. Yang aku tahu area Satok. Sedap? Sedappp wa sakap lu! Lagi sedap dari semalam dan reganya baru RM7 je sepinggan. 4 pinggan ble dapat oke klau compare harga ayam penyet Pullman semalam. Apa2 pun.. ayam penyet Sarawak terbaik!!.
Monday, 21 August 2017
Kuching I Come!
Tengok keadaan si Hannah macam ok, aku decide untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja. Si Chemba akan bawa dia ke klinik pagi ni. Dalam kol 7 lebih aku naik grab teksi je g TBS. Malas nak fikir kena menapak naik lrt. Hari ni driver teksi aku lady driver yang friendly. Jam 7.30 aku sampai.. plan asal nak naik jetbus je direk ke KLIA tapi aku decide naik ERL je considering kalau naik bas aku kena tunggu lagi 30 minit kat TBS sebab bas jalan jam 8 pagi. Walaupun sempat actuallynya.. aku malas nak buang 30 minit aku tu kat TBS. Lebih baik naik ERL then lepak dekat KLIA.. lagi selesa. Flight aku fly pukul 11.30 pagi, dalam pukul 2.30 sampai hotel. Kiranya ada la masa lagi tuk rilex2 dalam bilik before sesi discussion yang dijadualkan pada jam 4.30.
So.. inilah venue discussion kitaorang petang ni, dekat restoran Dayang Salhah, The Hills, Kuching. Bos decide buat secara santai je.. sambil2 melantak.
Kalau dah namanya sampai Kuching, wajibla kan makan menu orang Sarawak.. laksa Sarawak. Apa matcam? Mengancam tak? Pss.. memang sedap tapi sedap lagi kot yang aku masak sendiri guna paste laksa beli kat apot ari tu.. ahakkksss!!
Lepas habis discussion, aku balik bilik. Bos ajak dinner tapi aku malasss. Aku nak cover penat tak tidur sebab monitor si Hannah demam. Lagipun biarlah dorang kuar dengan aman sesama lelaki je. Nak tengok bola ke.. tengok apa ke.. tak yah la ada aku sang perempuan ni nak nyibuk bagai. Sudahnya oder room service je. Harga makanan untuk room service kat Hotel Pullman ni boleh tahan juga mahal. Range from RM28++ ke RM70. Untuk malam ni aku oder ayam penyet spesel. Sedap tak? Sedapppp dan puas hati.
Kalau dah namanya sampai Kuching, wajibla kan makan menu orang Sarawak.. laksa Sarawak. Apa matcam? Mengancam tak? Pss.. memang sedap tapi sedap lagi kot yang aku masak sendiri guna paste laksa beli kat apot ari tu.. ahakkksss!!
Sunday, 20 August 2017
Hannah demam
Hari ni berweekend dua orang je dengan Hannah sebab si Chemba p taklimat saham. Nak kaya katanya.. amin. So aku tinggal la dengan si Hannah yang demam since jumaat malam tu. Panas on off.. basib baik dia masih nak menyusu. Since semalam dia tak nak makan apa2, aku bawa la dia jalan pegi makan dekat SVM. Aku tanya dia nak makan roti kegemaran dia dekat Family Mart tu tak, taknak katanya. Dah tu nak makan apa apa, pizza katanya. Well.. pizza at is.
Alhamdulillah memang dia makan la juga pizza tu. Walaupun sikit janji ada yang masuk dalam perut. Kalau bibir aku merah sebab lipstik, bibir si Hannah tu pula merah sebab sakit. Aku rasa tonsil dia bengkak kot ni. Nasib baik dia masih nak minum air, kalau tak mesti perit dan lagi teruk.
Bagi ibu bekerja macam aku ni, op kos la dilema kalau kau kena outstation time anak kau demam. So aku sampai hari ni masih tak check in sebab tak sure boleh ke tak ke aku fly esok ni. Bergantung la pada keadaan si Hannah malam ni. Si Chemba pula esok ada mesyuarat.. huhu. Aku minta si Chemba bawa juga Hannah p klinik esok pagi, by hook or by crook sebab dia nampak macam letih dan sakit sangat malam ni. Ikut hati nak je aku bawa p emergency Hukm tapi si Chemba kata esok je la. Dia bagi ubat bontot, tampal cool fever & kitaorang monitor dia sepanjang malam.
Friday, 18 August 2017
This Is My Color
Apa cerita aku hari ni? Today busy siapkan fail untuk audit dalaman. Since monday dah nak ke Kuching, harusla aku segera memastikan fail2 aku tip top. Kalau tak, kompom2 gegendang teling aku berdengung kena ceramah bos nanti. Nasib sempat siap before lunch time.. makanya dapatlah p melepak lunch dekat luar.
Thursday, 17 August 2017
Android Box
Wednesday, 16 August 2017
Fatah.. Nagapain Kau Dustai Ako
Tengahari tadi aku n the gang beramai-ramai p buat baju korporat baru. Kalernya biru amat oke! Blue is not my color.. especially biru muda. So not my color! Baru je ari tu p buat baju korporat baru dekat Pertama Complex.. alih2 keluar design baru. Huhu...
Petang tu kononnya Fatah Amin datang ke acara dekat Dewan ofis. Walaupun ahkak ni bukan la peminat dia.. teringin la juga nak tengok mamat tu life. Alih2 kansel!!! Haremmm. Sia2 je tenaga ahkak berjalan dari opis ke dewan tu semata2 kerana Patah. Kenapa dik!? Kenapaa?!!!
Tuesday, 15 August 2017
Ke Hulu Langat Kitaa
Hari ni aku ada koje dekat Hulu Langat.. makanya seawal pukul 6.30 pagi aku tercongok dekat Terminal Bandar Tasik Selatan sebab aku nak tumpang my bos. So inilah keadaan dekat TBS seawal jam 6.30 pagi..
Aah.. tempe. Sampai 3 kepinh gak aku sebat sebab sedap. Since kitaorg sampai awal sangat, bos ajak aku ronda2 dulu. Walaupun takat lalu je & tak dapt turun sebab hujan sepanjang hari, sampai la juga aku ke pantai morib & lalu depan Gold Coast Resort. Selalu la terjumpa promo GCR kat tenet.. tapi bila lalu tadi nampak macam buruk je dari luar. Jalan punya jalan sambil melayan bos yang duk mengimbau kenangan lalu masa dia bertugas dekat sini, dah nak dekat kol 10. Nasib baik sampai bilik mesyuarat ngam2 je. Pas miting kitaorang g makan nasi ayam penyet. Sedap ooo! Pastu baru la kitaorang gerak lawat skolah yang berhampiran situ. Kol 5 sampai TBS balik.. nasib la TBS to my house tu dekat je & ble lalu jalan dalam so takde la kena menempuh jem yang mencabar.
Agak lengang. Parking pun banyak yang kosong. Tadi aku dapat parking dekat tingkat 4. Kalau tingkat 4 ni takyah naik lift nak masuk dalam sebab ada akses terus. Kol 6.50 bos kolek aku, dalam 8 lebih kitaorg sampai Banting. Bos ajak singgah sarapan dekat kedai fevret dia, kedai Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa. Nasi lemak dia boleh tahan tapi aku plak pelahap benda alah ni..
Monday, 14 August 2017
Review Doktor
Hari ni lah harinya.. review doktor. Pukul 7 setengah aku gerak ke HUKM sebab takut takde parking. Sampi-sampai hospital, terus g kaunter pertanyaan tanya mana nak p kalau nak kena buat echo. Kena naik tingkat 5 katanya. Jenuh la aku masuk wad ke wad nak cari mana la tempat nak buat echo ni. Rupanya kat tingkat 5 tu ada kaunter khas tuk echo, stress test etc. Kol 8.20 letak slip appointment dekat kaunter, kol 9 lebuh baru kena panggil. Nasib baik yang buat echo ni ok.. tak macam makcik yang buat ultrasound ari tu.
Echo tu apa? Actually echo ni kategori ultrasound juga.. cumanya buat dekat area dada sebab nak yang nak di cek is jantung. Nanti doktor/ operator akan suh ko longgarkan bra dan baring mengiring. Pastu dia lekat apa benda tah kat dada ko dan sapu jel macam ultrasound biasa tu. Then nanti dia tenyeh la alat ultasound tu kat dada ko. Result dapat on the spot.
Next destination is Klinik Perubatan 2, nak jumpa doktor neurologi department. Alhamdulillah so far doktor kata result test2 yang aku buat semuanya normal. Tapi aku still dia kategorikan as young TIA patient dan kena continue ubat cair darah dan kolestrol. Cumanya ubat kolestrol aku reduce dos. 8 bulan lagi baru jumpa doktor semula.
Sunday, 13 August 2017
Toy Clothing Designer
Tadi masa kemas-kemas, terjumpa la jaket lama aku semasa body masih nan nipis. Cuba la terai sarung.. kot boleh stretch memuati tubuh saiz xxxxl ku ini. Hampeh! Koyak sana sini oke!
Masa nak campak lam tong sampah.. terkenang plak patung si Hannah yang 2 ekor ni yang sokmo kehilangan baju. Selalunya tak sampai 5 minit aku sarungkan baju deme.. si Hannah da cabut2. So ini kali aku buatkan dorang baju. Berbekalkan jarum dan benang.. tadaaaaa.. amacam? Bergaya tak depa sekarang? Rare collection ni.. mana tak bergaya. Tapi abaikanlah muka si 'adik tu yang dah kena conteng si Hannah.
Saturday, 12 August 2017
Mamme & Hannah
Subscribe to:
Posts (Atom)