Sunday, 3 January 2021

Goodbye Note 9

Hari ni hari terakhir si Samsung Galaxy Note 9 bersama aku.. goodbye Note 9 yang banyak berjasa. Aku dapat phone ni for free. Masa tu Celcom ada buat campaign if ko sign up untuk pelan RM190 dorang bagi free Note 9 oke! Padahal masa tu phone ni baru jugak la keluar di pasaran. Kalau tak kerana tak happy dengan performance battery, phone ni kira one of the best phone juga aku pernah pakai. Camera memang lawa dan tak nampak selfie ko fake, saiz dan thickness pun cun, spek dan performance pun ok. Dan yang paling best pada aku personally op kos la S-Pen dan S-Translator. 

So, as of jam 6.45 petang maka rasmi sudahlah phone ni bertukar tangan kepada pemilik baru.

3 Feb

Hshs

Saturday, 2 January 2021

My 1st Nasi Lemak Sambal Sotong

Aku memang suka makan sotong putih tapi dalam banyak-banyak masakan sotong aku tak pernah lagi masak sotong sambal. Tak tahu la kenapa tapi sambal sotong memang bukan kegemaran aku. Hari ni aku masak nasik lemak tapi malas pula nak buat sambal bilis... so aku suh udang ngan sotong osom siapa kalah kena sambal. Since sotong kalah maka kena sambal le si sotong πŸ‘» Op kos laki aku makan bertambah-tambah tadi hoiii!

Friday, 1 January 2021

Happy 2021

Happy new year 2021! Walaupun 2020 da cancel.. hopefully tahun ni lebih baik dan cepat-cepat la cobit pergi. Sempena new year ni kami duduk rumah je la. Nak keluar pun takde tempat nak pegi. Kalau tak mesti dah duduk hotel semalam sebab nak tengok bunga api.. huhu

Wednesday, 30 December 2020

Tak Boleh Susukan Bayi

Tadi aku ada appointment dekat klinik primer PPUKM. Nasib baik datang petang, kalau tak mau kena beratur panjang. Dah setahun kot tak jejak KPPPUKM ni since my last appointment. Time kobit ni macam biasalah kena screening dulu dekat pintu masuk. Then nurse akan bagi ko nombor dan suh ko terus je pegi ke area bilik rawatan kat belakang nun. Kat nombor tu ada la nombor bilik doktor ko. Sebelum nombor naik kena pegi bilik nurse dulu tuk ambik tekanan darah. As expected la darah aku sipi-sipi lagi dah nak darah tinggi. Tah la apa pasal since lepas bersalin tu tak turun-turun plak tekanan darah.

Masa jumpa doktor macam biasa la. Doktor tanya aku, aku susu ibu ke si kecik. Aku kata campur sebab susu tak banyak. So aku tanya doktor tu ada ke ubat tuk banyakkan susu walaupun actually kakak ipar ngan abang ipar aku yang doktor dah prescribe dah either nak ambik Domperodone or Maxolon kalau aku bercadang nak banyakkan susu tapi saja la aku tanya. Doktor tu diam kejap pastu dia tanya aku.. puan ambik Lipiduce kan.. a.k.a ubat kolesterol. Aah kataku.. tapi sepanjang pregant aku memang stop. Then doktor tu minta aku tunggu jap while dia pegi mana ntah.

Bila dia masuk balik dia bagitau aku yang ubat kolesterol tu tak boleh aku ambik kalau menyusukan anak. Dalam kes aku walaupun bacaan kolesterol aku normal tapi aku memang tetap kena ambik ubat tu.. kiranya maksud doktor tu aku tak boleh susukan si kecik dah la. Terdiam jugak la aku sebab actually lepas jumpa doktor ni memang bercadang nak singgah farmasi beli ubat banyakkan susu tu. Tak pe la susu sikit janji ada tapi bila ko tak boleh bagi dekat anak tu aku rasa sedih la. Kalau si kakak dulu ok la sebab dia memang tak suka direct feed tapi si adik ni memang mencari susu badan. Aku tanya doktor boleh ke aku delay ambik ubat tu tuk susukan anak dulu. Doktor kata sorry la puan.. puan memang kena ambik ubat tu balik sebab kes puan.. tak boleh delay. Katanya tadi dia ada cek juga tapi malangnya memang takde ubat kolesterol yang selamat untuk diambik untuk ibu yang menyusukan anak. Longlai rasa aku keluar dari klinik tu.......... anak atau aku?

Saturday, 26 December 2020

Cuti Krismis Tamat

Bangun tadi lepas siap packing aku mandi dan ajak di kakak breakfast since si Chemba tak lalu nak sarapan katanya. Lepas breakfast ngam jam 10 kmi terjojol depan pintu masuk mall. Nak masuk ke mall ada direct pintu dari hotel ni. Kena turun dekat main lobi tingkat 1, then naik escalator dari situ. Akses ni dekat area Couture Wing.. dekat area TWG Tea.


Tujuan utama masuk mall awal pagi ni cuma satu, nak menyerang kedai Adidas selain nak mengelak orang ramai. Semalam aku lalu orang beratur panjang gila dow! Nasib baik kami datang terus masuk je tadi. Since pembelian di kedai Adidas MV dengan harga RM100 hari tu aku dapat kupon RM100 maka dengan gumbira aku nak tunaikan kupon tersebut. Kalau nak tunaikan kupon100  kena beli barang harga 200 so ini kali aku beli T-shirt si Chemba. Huntungglaaa orang tu dapat 3 helai T-shirt baru hoiii. Adidas buat gila pula hujung tahun ni. Hari tu offer 40% both kedai dan online. Kalau ko beli kat kedai, every purchase dapat balik kupon dengan harga yang sama. For say ko beli RM500, dapat la kupon RM500 dan boleh ditunaikan bermula semalam. Nasib kupon aku RM100 je.. kalau banyak ratus, banyak ratus jugak le duit keluar πŸ˜›

Punya main laju aku shopping. Kalau ikut nak duduk lama lagi kat kedai tu. Koman- koman terai la kasut kan πŸ‘» tapi mengenang check out laju-laju la aku balik ke bilik semula. Nasib hotel ni tak dekut bagi late check out sampai jam 1. 

Friday, 25 December 2020

Staycation @ Pavillion Hotel, KL

Kalau semalam di hotel 5 bintang, hari ni kami di hotel 5 bintang juga.. Pavilion Hotel, KL. Lama dah staycation di hotel ni ada dalam bucket list tapi hari ni baru terpangkah sebab ada offer baru mampu.. miahahaha.. Dulu rate hotel ni paling murah pun dalam 400 rasanya tapi ini kali kami dapat harga bawah RM300. Still mahal actually tapi demi untuk memangkah bucket list ku pejam saja mataku demi pengalaman. Dengan ini boleh kata kami dah duduk semua hotel yang ada di mall yg famous di KL ni yektu The Garden @The Garden Mall, Sunway Putra Hotel & SPM, Sunway Velocity Hotel @SVM, Pavilion Hotel @Pavi. 

Bilik hotel nak kata luas sangat, biasa je kot. Bilik kami dapat upgrade ke club floor di level 15 tapi tak le aku tahu apa nama bilik tu sebab si Chemba yang uruskan. In term of kebersihan dan keselesaan memang tiptop la. Dalam bilik hotel siap ada plate bagai. Dan view kami pun cantek, menghadap jalan raya depan Hotel Royale Chulan. 

Kalau pegi hotel 5 star, biasa tv kat bilik kau tu akan sambut kau dengan ucapan welcome. Selalu nama aku, ini kali nama si Chemba. Bukan main lagi nak mengabadikan nama dia kat tv. Hahahaha... Masa nak parking tadi konpius juga. Adakah hotel ni macam The Garden yang kena share dengan public parking dan ada bayaran. Thank god walaupun entrance parking sama dengan mall parking tapi kat dalam tu dorang dah divide parking untuk hotel dan it is free for hotel guess. Lepas ko touch masuk, kena touch lagi sekali tuk masuk parking hotel pula. Dari parking, ko kena naik lift ke main lobby di tingkat 1 tuk temperature screening. Pastu naik lift ke tingkat 8 tuk check in sebab kaunter check in dekat tingkat 8 yer. Pas check in op kos la kena naik lift lagi pegi bilik ko. Tang tu leceh sikit tapi check in was a breeze dan teratur. 

Hotel ni pool dia dekat atas skali. Malangnya kocik je dan membuatkan aku tak selera nak bagi si kecik berenang. Tapi time cobit ni memang kami tak bagi la p berenang pun.

Thursday, 24 December 2020

Staycation @ The Gardens Hotel KL


Hari tu si Chemba tiba-tiba ajak bercuti. Aku pun godek-godek Agoda jumpa lah destinasi percutian kami kali ni The Gardens Hotel & Residence, KL yang terletak dalam 7km je dari rumah.. miahahahahaha. No. We are not going there for  the pool since now pun musim cobit. We just went to have a relaxing night since ada offer 13% kalau guna Mastercard. Hotel ni biasa paling murah pun dalam RM200+ tapi. Mulanya aku book dengan harga RM198 tapi ada pula offer 13% so aku cancel dan book semula.. ahaksss

Kalau dulu masa bertiga kejap je da bole selesai packing tapi since da berempat ni, slow sikit. Haha.. dalam jam 4 baru gerak ke hotel. Adoiii! Parking hotel share dengan mall so pandai-pandai le cari parking. Paling senang pegi level paling bawah dan cari aksess yang dekat belah Robinson. Fyi Robinson tu dah tutup tapi signboard still there. The Garden Mall ni ada 2 wing masuk dari parking which is Robinson tadi dan satu lagi Isetan. Parking not free yerr.. RM5 per entry rate untuk hotel guess. Kira ok laaa... check in was a breeze. Kami je yang ada masa tu.. tak sampai 5 minit da selesai urusan.

Bilik kami di tingkat 21. Thanks hotel sebab bagi kami the best view! Bilik memang bersih dan terjaga. It live to its name la, 5 star hotel. Sangat puas hati lah kesimpulannya. 

Friday, 18 December 2020

My 1st Beryani Jadik!

First time aku masak nasik beryani dan ianya menjadik hoiii. Actually ini 2nd time aku masak. 1st time dulu terober rempah pulak nasik aku. Kali ni aku masak daging as lauk utama. Memula aku rebus dulu daging tu, air rebusan aku campur dalam nasik sket dan separuh aku buat sup. Jimat hoiii!

Aku masak nasik beryani ala aku la. Aku tak tahu camana orang masak tapi aku masak cuma tumis baawang, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis. Pastu aku bubuh 3 sudu rempah beryani untuk 2 put nasik. Then aku bubuh kiub ayam maggi. Once dah rasa masin dan sedapnya cukup, aku tekan je suis rice cooker tu. Pas dah siap buh kismis.. tadaaaa.. siap sampai bertambah-tambah yang dua orang tu makan. Daging tu macam biasa la, masakan pevret aku masak goreng kicap. 

Thursday, 10 December 2020

1st Time Kakak Tidur Bilik Sendiri


For the first time kakak akhirnya setuju nak tidur bilik dia sendiri. Kalau tak sebelum ni banyak nau alasan dia. Takut la, nanti dia sedih la apa la sampai ayah dia kena temankan. Dia kata dia tak takut sebab ada camera dan boleh panggil aku. Dia tak tahu aku padam screen tu.. hahahaha.

Buat masa ni tidur pakai lampu la dulu. Dia agree nak tidur tutup lampu lepas ni sebab aku kata kalau siapa tidur on lampu nanti jadi gemuk. Takut dia.. hahahaha

Wednesday, 9 December 2020

Beli Baby Chair Dari China



Sampai sudah baby chair si kecik. Aku placed oder di Shopee 6hb, hari ni dah sampai. Thank god si kecik suka. Biasa kalau dekat crib tu cepat je dia bosan tapi dalam baby chair ni dia steady je. Yang best tu ada roda so boleh si kakak sorong-sorong. 

Apa perkara yang perlu di pertimbangkan masa nak beli baby chair?
  1. Supported weight dan tenpoh pemakaian. Ada yang boleh pakai sampai anak umur 3 tahun je, ada sampai 6 tahun. Ada support weight sampai 20kg, ada sampai 100 oke! Mine ni made in China dan boleh pakai sampai age 6 tahun. 
  2. Safety. Dari segi material, testing, built dan stability paling penting. Masa nak beli tu rajin-rajin kan la diri baca review orang.
  3. Eases of use dan storage. Mine ni dah siap pasang, so no installation needed. Storage pula senang je, foldable. Seat boleh recline up to 160 degree. Height pun boleh adjust tinggi rendah. 4 swivel wheel c/w lock skali. Table tu removeable.
  4. Harga. Range harga RM180 ke atas depends on brand. Mine harga jual dapam RM208.. ini yang paling murah aku jumpa for this model. Ada seller lain jual 3 4 ratus.. so kena survey dulu harga. Total plus delivery cost me RM225.15 which is still ok la pada aku.

Saturday, 5 December 2020

Param, Tapel, Pilis Tu Apa Barang?

For those yang tercari-cari set untuk berpantang especially first timer mesti tak sure apa set pantang yang nak digunakan. Lain brand set pantang lain barang yang ada dalam set tu tapi yang paling biasa dengan is param, pilis, tungku, tapel.. nama pun pelik kan so apa barangggg tu?



Ini antara barang yang aku beli tuk pantang. Selain tu ada juga tungku batu sungai, herba untuk mandi dan calming lotion. Guna ke idok, itu yang aku nak highlight. Apa guna each of item tu dan perlu ke tak? Aku explain secara ringkas la ea..
  • Pilis. Ini untuk elak dan buang angin kat kepala so sapu di kepala. Kalau set Sari Ayu tu sama macam calming lotion. Perlu ke ada? Yang ni elok la ada especially kalau ko tak de minyak lain nak sapu kat kepala sebab kepala akan rasa best kalau sapu pilis. Aku guna yang brand Air Mancur tu. Brand Sari Ayu tu aku rasa cam takde apa-apa efek je. Kadang aku sapu minyak yuye je.. terbaikkkk!
  • Param. Yang ini untuk sapu seluruh badan kecuali breast dengan perut. Katanya nak bantu lancar peredaran darah. Kalau set Sari Ayu tu sama macam warming herbal tu. Perlu tak? Yang ini elok ada. Macam aku badan rasa sejuk lain maciam masa pantang so aku memang akan letak cream ni. Spesis lotion ni tak de cooling efek lepas pakai so rasa selesa. Aku tak pakai yang Air Mancur tu sebab leceh nak bancuh dan takut pula air bancuhan tu mengalir ke tempat luka.
  • Tapel. Ini untuk sapu dekat perut. Boleh buang angin dan bantu penyembuhan perut.. sama je macam body contour  herbal. Perlu ke? Aku guna yang lotion tu tapi aku tak suka sebab ada rasa sejuk-sejuk lepas sapu. Dah la badan memang da sedia sejuk so tak best.
  • Tungku batu sungai. Ini memang tak ble nafi kena ada la. Tak semestinya guna batu sungai, boleh je guna tungku spesis lain macam yang botol air panas tu ke, heat pack ke. Lepas tungku badan akan rasa selesa. Paling malas aku guna je botol isi air panas dan guling2 kat perut, peha dan seuruh badan. Selesa amat lepas tu!
  • Mandian herba. Aku beli yang serbuk. Perlu ke tidak? Tak yah la. Pada aku x de apa efek yang significant sangat pun.. tak tahu la kome kan. 
  • Jamu. Yang ni aku tak amik. Aku continue Obimin je dan make sure amii balance diet especially buah dan sayur plus air yang mencukupi. 
  • Bengkung. Aku pakai juga tapi nak kata perlu sangat tu tak la pun. Terpulang la. Pada aku pakai bengkung ni lebih kepada efek psikologi sebab nanti rasa macam bengkung tu bantu kempiskan perut dan bahagian yang mengelebeh padahal badan ko memang dah designed tuk self recovery. Kalau ko memang kurus dan disiplin jaga makan dan kesihatan masa pantang plus buat senaman, inshaAllah akan kembali la pre pregnancy body ko tu tapi kalau dah memang gemuk plus disiplin pun kelaut.. jangan harap la. Pakai bengkung ni elok untuk support badan especially yang czer kata orang. 
  • Stokin. Oke ini wajib!



Thursday, 3 December 2020

Pengalaman Guna Konny Baby Carrier


Yayyy.. my Konny finally arrived. Apakah Konny itu? Actually baby carrier je pun.. ahakss. This is my 1st order from Korea through Shopee. Biasa paling jauh oder dari China. It took less than 2 weeks dari date aku placed oder sampai ke delivery. Seller ni pakai Pos Laju.. nasib baik laju dan posman tak buat hal. Kalau tak jadi kerja nak kena pegi collect sendiri kat Pos Laju.

Apa yg spesial sangat carrier ni sampai sanggup oder dari Korea? Yang ini actually wrap style.. yang kain panjang lilit2 tu tapi this one instant. So tak payah nak lilit sangat la, sarung & go je. Kalau kat Shopee ada juga style macam ni dari China tapi fabric mesh yang aku nak habis stock. Yang tu harga less than RM50 manakala yang ini rega asal aku tengok dekat official website RM340++ dan offer dalam RM240++ tapi kalau beli dekat Shopee RM214+ je. Lepas da letih mengintai stock dari China yang tak kena restock maka dengan berpeluh-peluh aku click la oder yang Konny ni sebab aku nak juga ada wrap ni 😭
Kalau spesis kain lilit tu tak yah risai nak oder saiz apa tapi yang instant ni kena oder by size which is quite confusing sebab aku pun tak sure saiz apa. Tapi no worries sebab boleh je pegi dekat website Konny tu dan dorang akan guide tuk pemilihan saiz based on berat, tinggi, keselesaan pemakaian dan bentuk badan. Aku oder saiz 2XL tapi patut aku amik XL je rasanya sebab cam longgar sket. Tapi maybe baby dah besar esok da ok la kot. Kalau ikut brand ni kata carrier ni akan stretch selari dengan anak ko membesar so no worry kalau masa pakai tu ketat sikit. Tapi aku decide tak nak ikut advise tu instead aku ikut advise dari orang yang dah pernah beli yang recommend suh amik saiz besar sket. 

Ok tak pakai? Memang ok la sangat! 


Wednesday, 2 December 2020

Another Tudung Design Kucing Lagi


Yeay.. dah sampai dah oder tudung aku. Abaikan muka aku yang bersepah tu. Kali ni aku order dari Arzu Scarf, one and only yang ada tudung design kucing ni. Yang ini yang second, spesis bawal. Yang first I owned tu shawl. 

What is the fuss? Takde apa pun. It just that aku suka color dan design dia. Downside tudung ni the material is silk, susah nak jaga. Pastu mahal πŸ‘»πŸ‘» Harga asal RM284 tapi since aku bijak membeli aku tunggu Black Friday baru place order dengan harga RM85 je selai. Hohoiiiii.. Arzu Scraf ni memang mahal scarf dia.. sampai 5 ratus ++ pun ada. Tapi ok la tu kot sebab material scarfnya silk.  

Yang ini shawl.. masa beli tu pun tunggu offer half price baru beli. Kalau nak p kedai dia cuma ada di Mid Valley, KLCC dan Pavi. Dari kedai pun dah taw kan ini tudung spesis kayangan. So kalau yang marhein macam aku ni berkira-kita nak beli, kena tunggu harga kayangan turun dulu oke.

Tuesday, 1 December 2020

Tips Berpantang Sendiri Di Musim Covid 19

Since sekarang ni PKPB merata-rata seluruh negara, semua aktiviti perlu dikawal tapi yang nak bersalin tu mana dapat nak tahan-tahan kannnnn.. kot-kot boleh bersalin lepas musim Covid 19 selesai, aku pun nak tahan 🀣 Kalau takde support langsung dari family macam aku, few things kena consider dan decide untuk bersalin di musim pandemik ni antaranya ;
  • Tempat nak bersalin. Ini lebih kepada samada ko sanggup bersalin sorang2 tanpa ditemani husband dan sorang-sorang juga uruskan diri sendiri dalam wad lepas bersalin atau tak. Laki aku da offer p hospital swasta tapi aku tolak mentah-mentah dengan alasan leceh. Buat apa pegi jauh-jauh dan perlu menempuh jem for the sake of keselesaan beberapa malam je padahal jalan kaki pun sampai hospital HUKM. Boi I was wrong this time unlike the first one. Kalau bersalin di HUKM at the time of cobit ni, husband tak dibenarkan langsung ye masuk ke labour room untuk teman ko. Bukan labour room sahaja oke, even nak melawat ko pun tak boleh. Kalau bersalin normal inshaAllah ok la nak uruskan diri sendiri dalam wad tapi kalau czer, ko kena kuat dan bertabah saja la. Nak harap nurse? U better dont put yout hope la!! Silap-silap kena kutuk manja la apa la. Lagi satu, kalau vaginal delivery di HUKM wajib pakai mask. Tak sure hospital lain macamana la. Kalau sanggup pakai mask masa separuh nyawa, boleh la book HUKM. Sampai mati la aku xkan lupa layanan doktor tu.. kalau diberi kesempatan dia rasa pengalaman buruk dia buat aku, aku ready ucap tahniah dan takziah pada dia. 
  • Confinement Service, CL. Ini pula lebih kepada urusan penjagaan kesihatan, makan dan bayi lepas berpantang. Aku suggest amik la CL kalau takde siapa boleh bantu. Nak harapkan laki 100% dia pun penat juga tu especially kalau dia pun kerja. Amik pakej stay in better, skali pakej jaga anak especially untuk yang ada possibility czer. Macam aku, walaupun aku duk kata aku ok je tapi sepatutnya kena kurangkan bergerak aktif sangat. Ini tak.. dari day one aku balik rumah dah sibuk mandikan anak la, kemas rumah la, masak la, cuci pinggan la, basuh baju la... Tu tak masuk lagi keluar g klinik dan jalan jauh nak ke parking. Merasa la aku sakit kat perut dan pinggang. Tapi apakan daya, terpaksa juga la buat semua tu. Kalau nak harap laki semua, silap-silap pitam pula laki aku tu. So, untuk CL ni kalau nak amik daily pun boleh saja. Terpulang masing-masing. Macam aku, priority aku untuk berurut so pakej daily dah ok dah. Kalau yang daily ni biasa 2 3 jam, ada juga yang full 9 to 5. Kena tanya la calon CL tu betul-betul sebelum amik pakej. Yang pakej 2 3 jam enough kalau takat nak fokus pada servis urut dengan masak saja.
  • Susun atur rumah. Ini untuk stress free time ko pantang nanti. Kalau takde orang bantu selain husband atau anak-anak yang da besar sikit, make sure dorang da familiar dengan susuan barang-barang yang akan/ perlu digunakan masa ko pantang nanti especially barang baby. Kalau tidak, jadi kerja pula nak kena menunjuk susun letak barang kat mana. Udahle sakit pastu kena lagi memikior barang letak mana, mau ko bertukar jadi ijau pulak nanti. Pernah dengar pepatah 'kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak'? Walaupun lari maksud asal pepatah ni, aku cuma nak highlight part gajah je oke 😜 Lelaki ni biasanya macam tu lah... benda depan mata pun dorang boleh tak jumpa.. semua nak tanya bini kannn πŸ˜‚
  • Sleeping arrangement. Kalau ada katil ok la tapi kalau takde katil dan ada possibility czer, elok la ada katil sebab bangkit dari tidur adalah perkara yang paling mencabar masa pantang ni. Even nak bangun dari sofa pun ko akan terkial-kial dan sakit oke. 
  • Makanan masa pantang. Yang ni boleh minta advise CL la kalau ada CL. Kalau laki yang tolong masak, kome la kena siap-siap plan apa menu yang hendak disediakan. Masakan pantang ni tak kisah la ko nak makan apa pun janji berkhasiat dan cukup zat yang membantu pemulihan badan. Toksah la dengar sangat pantang itu tak ble makan, ini tak ble makan, kena makan berebus dan grill saja whatsoever. Kalau nak jaga sangat bukan masa pantang je kena jaga makan bagai tapi kena setiasa la jaga nikmat kesihatan yang Allah beri. Yang penting makanan masa pantang kena berkhasiat dan badan cukup air. Kalau teringin nak makan yang mengarut macam kuih, kopok2 dll, makan saja tapi makan setakat nak merasa je la. Tak de salahnya. Masa pantang badan sejuk so make sure ko amik makanan yang panas.
  • Barang baby. Better beli online je la. Tak yah g kedai sangat time-time cobit ni. Kali ni dari crib, stroller, pakaian dll semua aku order Shopee. Antara yang perlu keperluan masa baby dekat wad seperti pampers dengan baju new born. Sabun tak payah  sebab nurse tak mandikan kan pun baby tu dalam wad. Pastu macam biasa la, tempat tidur, baju, barang mandi dll. Masa anak first dulu macam-macam benda aku beli tapi banyaknya tak pakai pun macam katil baby yang jenis kayu dan gabak saiznya, stroller besar yang susah nak angkat dan berat, pam mahal nak mampus dll. So untuk anak kedua ni aku beli benda basic je. Kalau perlu baru tambah. Kena make sure husband ko tahu mana nak cari barang baby kalau dah habis. Bukan semua barang perlu dibeli sebelum baby lahir so siap-siap la tunjuk dekat husband mana nak beli keperluan tu sebelum ko bersalin especially kalau laki ko spesis bukan kaki shopping.
  • Barang pantang untuk ibu. Kalau ada CL boleh minta CL advise kalau xde pandai-pandaila πŸ˜‚ Kalau czer, bertungku xble dekat tempat luka dalam dan luka jahit. Pastu bengkung kalau nak pakai boleh, tak pakai pun ok je. Takde la perut ko tu seksi kembali sebab bengkung. Bengkung tu elok pakai tuk support pinggang tapi macam aku, aku tak selesa pakai sebab sakit dekat perut walapun aku pakai bengkung yg memang dikatakan seswai tuk czer. Apa-apa pun listen to your body. Masa pantang badan sejuk so pakai la baju lengan panjang dan stokin jangan tinggal. Kalau makan pun ko jaga makan yang panas-panas plus air cukup, inshaAllah dipermudahkan penyembuhan badan. 
  • Manage your expectation. By manage aku maksudkan lower yout expectation on everything, at lease masa pantang. Jangan risau kalau rumah ko bersepah dan laki ko tak cekap uruskan umah dan anak-anak. Masa pantang tu fokus untuk penyembuhan badan je dulu. 

Monday, 30 November 2020

Anak Fruit Hari Jadi

Sabtu hari tu anak fruit aku datang melawat. Since si abang punya birthday baru je lepas 15 Nov tu, aku arrange la beli cake dari Coffee Bean, pastu beli kopi dari GG Coffee & donut dari Dunkin Donuts tuk celebrate kecik-kecik. Btw kek cekelat Coffee Bean tu sedap oke!

Tengok anak fruit aku yang no.2 tu.. adui geram tengok pipi dia. Beza dengan anak aku ngam sebulan.. dia lahir 22 Sept, si kecik 23 Okt tapi beza badan dia.. aduii jauh beza.

Sunday, 29 November 2020

Bersalin Normal Atau Ceaser?

Secara peribadi kalau diminta aku pilih nak bersalin normal a.k.a vaginal delivery atau czer, aku akan pilih normal walaupun pengalaman bersalin anak pertama aku tak indah dan it took me few years to recover. Since dah ada pengalaman ni boleh la aku share pengalaman aku. Untuk kes aku ni actually emergency czer, so aku dah lalui proses awal untuk bersalin normal. Dan kes aku juga kes induce @38 weeks sebab diabetik. Selain tu, kepala anak aku masih tinggi which is agak ke atas walaupun dah turun ke bawah. 

Fyi induce ni orang kata sakit tapi pada aku since ko kena bertarung dengan uncertainty yang beri kesan pada mental itu lagi 'sakit'. Tang sakit tu, satu sebabnya yelah sebab induce tu maksudnya kena paksa so op kos la lebih mencabar dari yang sakit bersalin secara alami sebab badan belum ready lagi untuk memulakan proses bersalin tapi ko paksa. 2nd sakit sebab kena seluk banyak kali, doktor memang akan seluk untuk tengok bukaan dan kalau tiada bukaan or bukaan kecil doktor akan seluk untuk assist buka jalan. Ini akan berulang beberapa kali sampai ada jalan dan i told u, ini memang sakit sangat bagai nak tercabut jantung sebab ko rasa la doktor tu masukkan jari jauh kedalam dan pulas-pulas jari dia dalam tu nak tambah bukaan. Seriously boleh buat menangis. Lepas tu kalau air ketubaan tak pecah, kena seluk lagi untuk pecahkan. Yang ini ok tak sakit macam buka jalan. Lepas dah pecah ketubaan baru kena tolak ke labour. Lepas tu kat labour room tu ko ada masa maksimum 12 jam kalau tak silap aku dari masa air ketubaan ko pecah sampai bersalin. Tempoh ni boleh jadi sekejap atau boleh jadi lama macam aku, all bergantung pada bukaan dan samada serviks ko dah lembut ke idok. Sebab air ketubaan dah pecah, samada bersalin normal atau czer akan bergantung pada bacaan jantung anak ko juga. 

Bercakap pasal bacaan jantung anak, ko akan kena pakaikan alat untuk detect bacaan. Yang paling siksa let say 12 jam ko masih tak bersalin, 12 jam tu juga la ko baring tak boleh bergerak-gerak langsung! Masa aku tu, 4 jam pertama aku baring terlentang so aku ok tapi lepas tak dapat detect bacaan, dekat 5 jam juga aku kena baring mengiring. Time ni la treshold kesabaran dan kesakitan aku dah over the limit sebab aku memang akan sakit kalau kena baring mengiring dan ditambah pula sakit contraction selain kena seluk banyak kali. Kalau tidur masa mengandung boleh la pusing kiri kanan tapi time ambik bacaan tu sedialah untuk kejong. Nurse tak kisah apa posisi yang ko selesa berbaring, dorang cuma kisah apa posisi yang boleh detect bacaan jantung anak ko. Time ni aku memang berpeluh-peluh, sakit betis dan sakit kat tulang belakang. 5 jam oiiiii belum kira sakit contraction lagi 😭 Masa aku tu tiba-tiba bacaan jangung baby tak cantik sudahnya doktor kena pasang alat untuk detect tu di dalam oke.. so kena la seluk lagi. Since kepala dia tinggi doktor tu kena seluk ke dalam. Adoiiii!! Sepanjang menunggu labor ada 6 7 kali or lebih kena seluk 😭 belum lagi 3 4 orang doktor pelatih tak de salam tak de apa nak acah-acah berlatih seluk. Nasib aku sound siap-siap. Kalau idok tak pasal-pasal je. Pastu tambah lagi sakit sebab berapa kali kena masuk tiub kencing sampai perit rasanya.

So apa beza bersalin normal dan czer?

Sebelum bersalin
Kalau normal dan tak yah induce or kena induce memang sama la sakit contraction juga. Kalau ko ambik epidural, boleh membantu kurangkan sakit. Adik aku kata dia amik epidural tak rasa contraction kecuali masa nak bersalin tu rasa macam nak buang air besar tapi dalam kes aku, aku memang rasa sakit contraction yang memang sakit la sangat! Both anak aku experiance sakit contraction ya amat walau ambik epidural. Kalau bersalin czer yang scheduled maybe takde la kot semua ni, ke ada? Yang ni aku tak sure.

Masa bersalin
Kalau bersalin secara vaginal delivery sakit la op kos. Sakit ko melahirkan tu, tunggu pula masa kena jahit. Lagi 'sakit'!! Pada aku la.. tak tahu la kome. Kalau czer ko tak rasa sakit. Macam aku, memang aku terasa bila perut kena toreh, kena tekan-tekan dan baby kena tarik sebab aku sedar. Rasa tak selesa sangat sangat sangat tapi tak la nak kata sakit sebab kena bius separuh badan. Masa aku tu doktor tambah lagi dos epidural 2 kali sebab aku duk merengek-rengek tak sudah. Siap kena bagi sedut gas lagi nak bagi aku stop merengek. Masa kena jahit pula tak de la rasa apa dah.

Post bersalin.
Haaa.. ini part yang paling crucial antara 3 ni. Mencabar sangat hoiiii!! 
  • In term of sakit kat tempat jahitan masa baru lepas bersalin tu, pada aku dua2 tak la sakit sangat cuma yang jahit bawah tu lebih sakit la sebab kalau tak silap seminggu juga aku makan ubat tahan sakit masa anak 1st dulu. Untuk anak kedua ni, aku hospital lepas czer hari ke 3. Aku makan ubat tahan sakit pun sebab nurse bagi.. ahahaha. Padahal kalau ko rasa ok tak payah pun ko makan ubat tu. So hari ke 4 aku stop ambik. 
  • Kalau bersalin normal ko tak yah amik ubat pencair darah tapi kalau czer merasa la kena suntik clexane. Maybe aku tak pandai so sakitttt la masa suntik tu esp masa ubat masuk. 
  • Kalau bersalin normal, 2 weeks tu inshaAllah ko dah rasa ok dah tapi czer hari ke 30 pun boleh jadi sakit ya amat. Dalam kes aku two weeks baru aku start rasa sakit, maybe sebab aliran darah tempat kena potong tu nak mula recover. Sakit tu could get worst tambah-tambah kalau aktif dan banyak bergerak. In term of sakit ni aku actually refer pada sakit luka dalaman which is aku rasa dekat kawasan atas sikit dari tempat jahit, yang tempat kena jahit tu sakit light2 je. 
  • Ko juga kena jaga luka czer tu make sure tiada jangkitan or terbuka sebab luka diluar tu pakai gam saja. Pada awalnya tak boleh sapu apa-apa dekat luka tu, cuma bersihkan dengan air dan kapas je dan kena make sure lepas mandi or hari panas kat area tu sentiasa kering. Selalu aku guna air dryer untuk cold blow dekat jahitan. Ada aku baca di internet luka jahitan lepas 2 tahun pun masih boleh kena jangkitan dan bernanah.. serammmmmm
  • Untuk pantang, ada few things ko tak boleh buat macam bersalin normal. Kalau nak berbengkung kena pakai longgar, kalau bertungku tak ble tungku tempat luka dan kalau nak berurut tak boleh urut kuat-kuat. Belum tang makan lagi.. 
  • Penyembuhan luka czer externally dan internally sepenuhnya took 3 ke 6 bulan.. could be longer orang kata esp kalau ko czer kali ke dua dan ke atas sebab doktor akan potong ditempat yang sama. Ada kawan aku kata bertahun-tahun pun dia still rasa sakit.. ada pula still rasa kebas. Berdoa la semoga aku cepat sembuh. Kalau luka episotomi mak aku kata lepas seminggu dia dah boleh main bola dah.. itu mak aku kata. Aku dulu sakit bertahun-tahun juga πŸ‘»
  • Kalau bersalin normal, pada aku yang paling mencabar masa nak duduk. Masa bersalin czer yang paling mencabar masa nak baring, masa tidur dan bila nak bangun katil. Ke kiri sakit, ke kanan sakit. Berjalan dan berdiri banyak sakit, duduk sakit, baring sakit. Menyusu anak paling sengsara. Hari ke 30 pun masih sakit hoi! 
  • Kalau bersalin normal dulu lepas kena tolak ke wad balik tu aku dah rasa ok dah tapi lepas bersalin czer ni aku rasa teruk sangat, maybe kesan epidural sebab dah tambah dos or kesan gas yang aku sedut tu. Seriously tak pernah seumur hayat aku rasa seteruk perasaan aku masa nak cuba bangunan dari katil. Pening ya rabbi tak boleh bawak bincang bila semua benda ko nampak bergerak macam orang menang kat mesin jackpot dan tak rasa kaki ko jejak tanah. Ini part paling mencabar masa dekat wad. 
  • Ko sakit kan lepas bersalin masa dekat wad tu? Tapi anak still kena susukan setiap 2 or 3 jam lagi-lagi kalau anak ko kuning. Ini pun mencabar juga sebab nak bangun dari katil tak kira mengiring dari kiri ke kanan ke semua sakit oi. It took me few minutes untuk tolak badan je. Bayangkan kalau kena bangun banyak kali.
  • Sembelit? Oke ini dua2 memang jaga. Tapi kalau sembelit dengan ada luka episiotomi aku rasa lebih senggsara kot compare to luka czer. Aku saspek sembelit ni la punca aku punca aku lama menanggung sakit dekat bawah tu lepas bersalin anak 1st dulu sebab masa seminggu awal tu ok je tapi lepas aku kena sembelit sakit dia lain macam menyengat.
  • Kalau bersin, bertabahlah la tuk yang czer. Sila tekap perut baru bersin oke!
  • Kalau bersalin normal, terhantuk ibu jari kaki katanya boleh sampai bentan tapi kalau bersalin czer takde hal tu. 
Apa-apa pun pilihan, kita hanya merancang dan tuhan yang tentukan. Nak kata mana yang terbaik, aku rasa itu subjektif. Dari segi risiko dua-dua pun sama. Mati, lumpuh, rosak saraf dll komplikasi tu memang antara risiko yang boleh berlaku tak kira la ko bersalin secara vaginal atau czer. Sebelum dan masa bersalin, pada aku lebih kurang je cuma untuk selepas bersalin ada beza la especially tempoh penyembuhan. Untuk yang czer maybe ambil masa yang lebih lama compare to vaginal delivery. Itu pun kalau takde komplikasi lain. Macam kes aku masa bersalin anak pertama secara vaginal delivery, to be frank it took me almost 4 years to completely heal from ngilu kat tempat jahit, kebas lubang munggung sampai ke tempat jahitan yang kerap datang2 dan sakit belakang yang teruk. Almost trauma juga aku actually. 

Saturday, 28 November 2020

Roti Boi Sedap Kembali


Apakah ini? Ini yeklah Roti Boi yang aku beli semalam. Biasa kalau roti ni tak dimakan habis time panas memang tak lalu dah nak jamah tapi ini kali takde masalah dah. Makan sejuk, masuk je air fryer.. settle! Rasa dia macam baru keluar kedai oiii.. berbaloi-baloi beli air fryer ni. Ini pula gambar masak ayam goreng. 



Friday, 27 November 2020

Pantang Czer Day 36

Hari ni dah hari ke 36 selepas czer.. apa perasaan? Today rasa macam sihat dan sakit sikit-sikit je kat perut tu. Nak bangun katil pun dah tak semencabar 2 days ago. Makanya aku ajakla so Chemba ke MV, nak g tengok carrier dekat Mothercare. Maybe sebab banyak sangat bergerak dalam kereta duk amik letak amik letak si kecik yang tanak tido dekat car seat dia.. rasa sakit balik pula dekat dalam tu. Adoiiiiii!!!! So balik rumah mandi dan terus bertungku. Maybe sebab aku sembelit pagi tadi pun antara punca jugak ni. Tulah.. orang bilang jangan minum nescafe mau jugak. Hari tu pun sembelit sebab nescafe juga.

Aku sepanjang pantang ni minum Milo, tak tahu datang mana selera nak minum Milo padahal hari biasa itulah minuman yang paling tak lalu nak minum. Ketahuan la kan milo tu manis ya rabbi. Silap2 naik pula bacaan gula aku. At least minum nescafe aku minum kosong dengan susu je so kurang la sikit manis compare Milo. 

Back to kisah aku ke MV, 1st time laa masuk MV aku cuma singgah 2 kedai je.. ahahahaha. Kalau tak, boleh kata habis semua kedai aku nak lawat. Aku cuma pegi MC seperti dirancang dan Chicco yang tibe-tibe termasuk πŸ‘». Beli la baju si kecik selai dua sebelum singgah pula dekat kedai Roti Boi depan Chicco tu. 

Friday, 20 November 2020

Guna Air Fryer Kelen Munoz


Tibalah air fryer yang gwe nanti-nantikan.. gwe place oder rabu, hari ni dah sampai. Kalau orang duk sibuk nak cari air fryer besar, gwe cuma mau yang kecik. Lagi kecik lagi baik. Survey punya survey dalam Shopee tu.. brand Kelen Munoz ni offer antara saiz yang paling kecik dengan kapasiti 2L dan yang paling penting harga RM138.88 tu aku rasa ok la. Masa survey tu fikir-fikir juga, beza harga dengan air fryer jenama Khind yang 7.7L cuma RM100+. Baik amik yang besar. Tapi bila fikir balik, orang kat rumah aku ni 3 orang je dan makan tak la banyak mana so aku decide amik yang kecik.

Dari mana brand Kelen Munoz ni? Kalau tengok website tu macam dari Malaysia, claimed to be internet based  business. Tapi since 'the world is made in China' aku rasa ini barang China jugak la. Kenapa aku berani beli? Selalu kalau barang elektrik aku memang akan beli well established brand sahaja macam Philips, Electrolux dan seangkatan. Tapi kali ni aku try yang local punya la. The good thing is ada warranty 2 tahun, cuma kena tambah sikit la kos. If the brand willing to offer 2 years warranty, aku rasa dorang memang kompiden la dengan barang dorang. That's what I tot la.

Ok ke idok performance air fryer ni? Belum cuba lagi. Aku rasa mana-mana air fryer pun sama je, yang beza cuma fizikal. Air fryer aku ni memang cute sangat dengan kaler merah shining. In term of operation amat senang sebab all you have to do cuma buka tray, masukkan benda yang nak di masak, laraskan suhu dan pusing je timer, done! Nak tarik dan keluarkan tray pun senang.. once ko tarik keluar tray while in operation, dia akan stop sendiri dan resume balik bila ko insert semula the tray. Dalam tu ada main tray dan 1 removabile tray jaring-jaring.. grill tray rasanya πŸ€ͺ tak tahu apa nama sebenar benda alah tu. 

Thursday, 19 November 2020

Tali Mask Ku Mana Pah!

Ini yeklah tali mask.. asalnya mereka ini yeklah gelang tangan yang telah aku modified. Tambah je 1 claw hook dekat hujung maka jadiklah tali mask.

Saturday, 14 November 2020

Pantang Czer Day 23


So hari ni dah hari ke 23 lepas aku melahirkan dan genap 14 hari kontrak dengn CL. Hari ni aku minta CL aku masakkan kari bersantankan susu segar. Orang pantang la katakan. Tapi orang yang konon pantang ni lak g masak sambal telur.. muhuhahahaha. Pantang la sangat!

Thursday, 12 November 2020

Order Dari Shopee Missing


Hari tu aku ada oder 5 set background cloth ni.. konon nak buat sesi fotografi la dengan si kecik. Punya main happy dan berkobar-kobar aku buka parcel dari Shenzen, China only to find out one of my order is missing. Adoiiii.. sepanjang menjadi pengguna tegar Shopee, ini kali kedua happened. Memang la boleh refund tapi kecewa oke bila benda yang ko nak tu tak dapat. Yang 4 lagi design aku terima tu, kain dia memang good kualiti. Actually sangat puas hati except for the part yang order tak sampai tu 😭