Thursday, 6 August 2009

Period memang menyakitkan

Tahukah lelaki betapa sakitnya seorang perempuan itu di kala period datang. Masa sebelum dan tengah period adalah masa yang kritikal. Selain sakit perut yang sememangnya sangat sakit, pelbagai lagi sakit lain yang mengiringi kedatangan period seperti sakit kepala yang amat sangat, pening, muntah-muntah, suhu badan yang tinggi dan emosi yang terganggu disebabkan hormon serta perasaan tidak selesa. Malah, seluruh badan terasa sakit sekiranya disentuh.

Setiap bulan mengalami situasi sebegini, sememangnya para wanita sangat tabah. Belum lagi sakit ketika melahirkan. Apakah hak seorang lelaki mengatakan bahawa mereka dan perempuan seri? Seorang perempuan yang bekerja, memikul tanggungjawab di tempat kerja sama seperti lelaki malahan kadang-kadang lebih hebat lagi serta perlu mengurus rumah tangga. Menjaga kebajikan anak-anak dan si suami, memastikan makan dan pakaian terjaga serta kebersihan dan keselesaan tempat sekeluarga berlindung setiap hari. Perlu juga menyara dan melindungi keluarga. Di manakah hak lelaki mengatakan bahawa mereka dan kaum perempuan perlu memikul tanggungjawab yang sama padahal hakikatnya kehidupan adalah berat sebelah?

Tidak dinafikan masih ada lelaki yang benar-benar jantan tetapi untuk mencari golongan ini pada zaman kita aku umpamakan seperti mencari butir padi di dalam beras. Kasihan sungguh kaum hawa namun yang paling kasihan adalah mereka yang tidak mampu mengasihani dan menghormati diri sendiri. Masih bertahan di belakang seorang lelaki yang tidak layak di panggil lelaki kerana takut menghadapi kehidupan sendirian. Takut menjadi bahan bualan dan mulut orang.