Internet connection dekat rumah ni yang gila atau laptop aku yang dah gila... aku pun tak tahu. Tak dapat ler aku nak menjalankan aktiviti donlod hujung minggu. Rugi aku bayar megaupload premium bulan ni! Haihhh
Hari ni hari pertama puasa bagi semua umat islam.. tapi malangnya hari ni bukan hari pertama aku... mungkin besok ataupun lusa. Tak sangka dah puasa... terasa macam baru sangat lagi sambut hari raya yang lepas. Kalau dikira, lagi sebulan genap setahun dah aku putus ngan inchik ex.. wah! macam baru semalam jek.. hahah.. orang bergembira di hari raya, aku plak menyambut ngan putus "tunang".. sedih & kelakar at the same time. Aku ni tak normal ker atau terlebih sangat aura positif? aku sendirik pon kompius... hahah
Aku tengah tengok rancangan masakan chinese dekat tv 7 nih. Malaysian chinese.. kelakar gila minah yang host rancangan nih. Aku suka tengok rancangan2 yang dia host tapi tak tahu nama dia until now. Memang bersepah lah minah ni.. bising gila tapi kelakar. Suka hati dia je nak marah makcik jual sayur dekat pasar sebab makcik tuh jual harga mahal kata dia. Ada one time tuh, chief tu nak beli sayur yang imported pastu dia paksa chief tu beli yang local. Tapi bila tahu yang imported tu lebih murah, dia suruh chief tu beli yang import punya plak.. hahaha..