Sorang-sorang melepak dekat ruang tamu subuh-subuh ni... rasa damai je. Pukul 5.30 tadi aku bangun, baru kelam kabut nak isyak.. oh! teruknya aku. Lepas tu sahur, then sampai sekarang aku masih tercongok dekat meja makan ni.. orang dekat masjid tu dah siap habis dah sembahyang jemaah.. aku juga yang belum menyubuh lagi.
Alamak... panggilan maut. Aku stop lah dulu sekejap...
Sambung balik...
Apa plan aku untuk hari ni... mmm... lepas ni... aku nak bermesra dengan keyboard aku.. dah lama tak main. Semalam main gitar.. sakit jari jemari i... dah lama tak main kan. Walau di mana aku berada, dua benda ni tak boleh tak der dalam rumah.. kena standby 24 hours.. haha...
Ada lagi dua, tv dengan dvd player.. so, kalau 4 benda ni tak der... tak sempurna hidup.. hawhawhaw. Dulu before pindah KL.. memang dah ada pun tapi bila dah pindah sini... aku terpaksa lah beli baru sebab malas nak angkut dari kampung. See.. betapa membazirnya aku.
Lepas tu.. nak tengok Rookies. Ini wajib... aku tak pernah la suka cerita sampai mampu nak tengok hari-hari. Yer.. aku memang tengok hari-hari.. kalau miss pun, dua or tiga hari paling lama. Dalam banyak-banyak cerita, aku paling suka cerita ni. Tiap kali tengok, tiap kali juga dapat goose bum padahal aku dah hafal pun jalan cerita dia. Even without subtittle pon aku dah boleh hafal kot dialog diorang.. haha. Aku tak sabar dah nak tunggu Rookies Sotsugyou ni release dvd.. Sah2 memang berkurun baru sampai Malaysia.. tapi aku tahu, mesti ada yang murah hati bagi link download kannn.. ;P
Mula-mula, aku tak mahu beli cerita ni sebab budak-budak dia semua tak comel. Tapi bukan salah diorang pon, dah mangga yang dorang adaptasi tu lukis watak2 yang memang tak comel. Aku terbeli hari tu pun sebab murah.. RM 36 ringgit ok! hehe.. At first, meluat tengok hero dia.. dah lah pendek dari yang lain, macam hampeh pula.. poyolah cerita nih.. cast pula tak comel... tapi lepas episode 1, semua yang negative tu ilang sama skali.. gone with the wind.
Barulah aku tahu betapa comelnya si hero inchik Aniya nih.. esp bila dia bercakap. There is something about his voice.. Dalam ramai-ramai jipun, "Baka" dia paling best sekali didengar. Baka ni means bodoh dalam jipun. Walaupon adalah juga part2 yang buat muka, tapi dorang tetap comelll.. hahaha... esp watak Wakana.. & Shinjo yang emsem.. & Mikoshiba yang suka sangat menangis.. belum tang cikgu dia yang poyo.. memang perfect lah cerita nih. Haihh... aku memang peminat tegarr lah!