Thursday, 24 February 2011

Terbaca tentang ANDARTU atau dikenali juga sebagai ANDALUSIA. Tidak dinafikan ia sememangnya perkataan singkat yang sangat ditakuti oleh anak-anak gadis. Bila merujuk kepada anak dara yang masih belum berkhawin walaupun usia sudah agak lanjut seperti aku, masyarakat pasti tidak lari dari mengatakan ah! Mungkin dia tak laku kot, ala.. Sebab dia tak lawa, sebab dia gemok, siapa suruh dia terlalu memilih dan bermacam- macam lagi yang boleh dikatakan hampir semuanya menyalahkan si gadis tadi. Sekiranya si gadis tadi memang tidak pernah bercadang mahu berkhawin, maka layaklah salah jatuh ke atas dirinya namun sekiranya dia mahu tetapi tidak bertemu pasangan yang sesuai, wajarkah dia disalahkan? Apakah dia tidak punya hak memilih? Berkhawin semata- mata takut akan mulut masyarakat adalah sesuatu yang sangat pathetic. Apa yang pasti, cabaran menjadi seorang wanita akan semakin bertambah dalam dunia yang semakin dipenuhi dengan golongan jantan berbanding lelaki ni. Ditambah pula dengan kewujudan lelaki patah yang semakin hari semakin bertambah bilangannya.