Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Wednesday 22 November 2017

Tinggi Darah

Ini bacaan tekanan darah aku petang ni.. alhamdulillah tak macam semalam. Petang semalam lepas peristiwa berdarah kunci kereta tu aku ambik la bacaan darah. Mau la tinggi darah aku, 133 ke 143 ke.. huhu

Sunday 19 November 2017

Gym Day

Hari ni berkobar-kobar g gym. Before 8 tercongok tunggu pintu gym buka. Konon nak join kelas yoga. Makanya kol 8 aku start lari, pastu guna la semua mesin yang ada sambil menunggu jam 9 kelas mula sampai 9.30 pun masih takde... apakah!! Last-last aku balik angkut geng pegi midvalley lagi baek!

Tuesday 7 November 2017

Sarapan Baru


Kalau dulu rutin sarapan pagi aku kalau tak nasi lemak, mee goreng, bihun or sometimes kuih jenis bergoreng tapi now aku dah tukar habit. Sejak-sejak bacaan gula aku tinggi aku cam seram pula. So antara menu sarapan aku skarang is museli or roti dengan peanut butter tanpa gula ni. Dari Sogo ke Aeon aku mencari, last2 kat Hero juga ada peanut butter ni. Rega sebalang ni RM18 oke! Berapa kali makan je agaknya ni.. huhu Apa rasa dia? Kalau peanuts butter biasa tu memang sedap kan.. sebab manis la kan op kos. Yang ini pada aku ok je.. a bit salty tapi tak manis la pastinya. Since lidah aku dah kurang disuakan dengan makanan manis, oke je taste dia pun. 

Saturday 4 November 2017

Anak Gemuk?

Kalau tengok budak kecik yang demok dan debab.. ya ampun geram sebab comellll dan kiut sangat kannn. 

Tapi aku tak suka! 

Bukan la aku tak suka budak tu sebab dia gemuk tapi sebab kesian tengok budak tu nak bawak badan especially yang dah sekolah. Ada 2 jenis yang aku nampak, 1 yang high confident dan 1 lagi yang mudah rasa rendah diri. Apa2 pun.. dua-dua bahaya. Yang gemuk + mudah rasa rendah diri tu terdera dari segi emosi. Kau tau la bila budak-budak ni, semborono je cakap kalau kau gemuk. Kau yang tua pun mudah terasa, apa lagi budak. Takat kulit itam pun malu, apa lagi kalau kena ejek gemuk! 

Yang gemuk + confident tu pun masalah.. macam aku. Orang nak cakap apa aku bukan ambil pusing. Badan aku, bukan badan kau! I am so positive about being fat! Wth! Alih-alih bacaan gula naik.. kolestrol pun dah berbunyi. It is all my fault, my own doing to my body sebab aku tak jaga baik-baik selama ni.

Thursday 2 November 2017

Gym Day

 
Semalam aku masuk gym for the first time. Lama sangat dah tinggalkan gym sampaikan nak start thread mill pun mengagau nak tekan butang apa.. hahaha. First aktiviti aku op kos la cardio, berlari. 15 minit lari macam nak mati. Tu pun lari 1 minit, jalan 4 minit… hahahaha. Lepas tu aku intai-intai mesin apa yang aku reti guna. Aku try leg curl.. lutut sakit. Guna shoulder press dan chest press.. angkat 12kg.. lepas 2 round, cramp! Tangan tak boleh nak bengkok. Sakit la oiii!!! Padan la muka.. gatei sangat nak angkat berat-berat sampai cramp. Lepas tu nak beskal.. lari lagi satu round then balik la. Apa lagi! Lepas buang 100 kalori singgah mamak makan roti cantai. Now kau faham kan kenapa aku demok!

Sunday 29 October 2017

Chi X New Member

Semalam lepas berjoli tengok Thor dan makan sushi, kitaorang sambung jalan-jalan dalam SVM. Ntah la macamana tersinggah dekat gym Chi X dan ter’sign up as member. Hohohoh!! Chi fitness di Klang Valley ni ada 3 jenis outlet, Chi fitness , Chi-X dan Chi Signature. Kalau dekat SVM dorang ada Chi-X, which is middle type. Yang ini kalau nak jadi member RM149 sebulan tetapi ada privilege untuk akses all Chi Fitness dan Chi X gym dalam Klang Valley. Amat berbaloi for those on the move but for those yang tak ke mana-mana, sign up untuk home membership je la. Home membership ni meaning kat satu gym je yang korang ble masuk. So aku sign up untuk home membership, 129 sebulan. Dengan bayaran 129 tu, ble dapat free akses untuk gym, loker dan kelas tetapi tak de disediakan towel.


Kalau lah MidValley tu tak pening nak cari parking, aku lagi prefer sign up Celebrity Fitness gym. Lagi besar, luas, banyak range of equipments dan mind you, ada kolam renang oke! Kalau tak silap monthly RM165 je kot or RM185. Tak ingat dah. Malangnya walaupun midvalley tu dekat je dengan rumah aku, tapi aku tak sanggup nak bertarung parking unlike SVM, anytime pegi parking memang banyak dan murah of course. Kat Chi X SVM ni, gym dia alahaiiii… kecik!  Tapi boleh la.. aku rasa dia lebih tekankan pada kelas kot. 

Ada bayaran lain ke apart from RM129 tu? Ada! Masa registration ada RM99 fee yang kome kena bayar once in a life-sign-up. Tapi since aku guna maybank, ada la offer 50% dari RM99 hengget tu. Ok what! 50 hengget sapa nak kasi free oii.

Why sign up? Aku akhirnya sedar diri yang aku perlu turunkan berat badan sebab nak turunkan gula. Samada dah kena diabetes or sipi dah ni T_T

Tuesday 24 October 2017

Hannah Da Sihat

Semalam lepas dinner kat mamak, inilah kerja yang 2 orang ni. Habis le kapet gue!!

As of yesterday si Hannah nampak lebih ok dan malam tu dia da start kembali beraksi seperti selalu walaupun masih tak 100%. Hannah ni seorang anak yang banyak sangat tenaga.. she could dance and jump for 20 - 30 min tak berhenti. She could run, tricked you and laugh the hardesd tapi kali ni dia demam she looked really fragile and sick. Alhamdulillah hari ni she nampak macam dah 100% recover.

Alhamdulillah..

Sunday 22 October 2017

Hannah Masih Tak Recover

Tadi kitaorang ke HUKM lagi, nak amik darah. Alih-alih nurse kat Emergency tu cakap tak yah dah lah amik darah sebab kalau tengok trend darah dia menaik. Aku tengok tadi bacaan platlet dah naik semula ke 160. Makanya balik la kitaorang dan terus menuju ke Ikea. Nurse tu cakap kalau demam lagi malam ni bawa dia datang semula ke Hospital.

Kalau ikut nak je suruh dia amik darah tadi tapi dah si Chemba akur kata nurse tu, aku ikut je lah. Denggi tu risau juga tapi the most yang aku worry if anything worst than denggi. She looked so tired that I never saw that face before. The whole night pun dia masih tak kencing. Tapi massa dekat Ikea tadi, nak la juga dia jamah nugget dan fries sikit.

Kalau semalam mamme belanja akuarium, hari ni adih pula belanja playdoh. Huntunglaaaa

Saturday 21 October 2017

Hannah HUKM Visit

Semalam masa ke klinik, doktor kata bacaan darah yang lain dah ok tapi bacaan platlet pula turun dari 161 ke 149.  Doktor kata boder sangat so tak boleh rule out denggi atau sebaliknya so esok.. kena p lagi ambik darah. 

Makanya hari ni ke HUKM la kami.. dari zuhur ke asar di sini.

Apa platlet tu? Secara bahasa kasarnya platlet tu lah sel yang membantu dalam proses pembekuan darah. Kalau luka ke apa ke.. so kalau platlet kome rendah.. which is di bawah 150 (=150,000 per mikro liter) makanya takulah boleh berlaku pendarahan luar atau dalaman dan serius, boleh bawa mati.

Antara sebab platlet turun yang aku bacan is jangkitan virus macam denggi contohnya, leukimia, masalah sistem imun dan kesan sampingan ubat. 

Risau? Op kos la risau!

Ngam2 asar, no Hannah naik. Doktor kata bacaan platlet dia da naik ke 160. Tapi esok still kena ambik darah lagi untuk tengok trend darah dia. Harap-harap esok ada improvement. So far hari ni she look better walaupun muka tu masih nampak tak sihat. Da she still letih.. even bawa ke playground pun dia taknak main tadi. Cumanya masa masuk ToysRUs dia nampak happy sikit tengok-tengok toys. Pastu dia makan nasi sushi 4 ketul.

Tapi masa balik rumah tadi cek lampin dia kering. Dari kol 12 sampai kol 9 malam kering?!! Semalam pun tak minum air juga tapi takde la kering pampers dia. Alahai.. 

Friday 20 October 2017

Hannah Demam Day 4

Pagi tadi badan masih suam. So aku bagi makan ubat sedas. Alhamdulillah dah besar sikit ni walaupun menangis meraung tapi ubat tu nak juga dia telan. Tak macam dulu masa kecik, tak diludah.. dimuntahkan je. Hari ni aku kerja tapi aku dah dapat izin bos uruskan Hannah pagi so petang aku terus pegi mesyuarat je dekat Putrajaya.

Si Chemba pun cuti so dia dan Hannah hantar aku ke Putrajaya. Badan Hannah pun nampak macam dah tak panas lagi dan she look better than yesterday. 
Aku habis mesyuarat pukul 4.30, alang-alang sampai Putrajaya makanya terus la kitaorang melancong. Mesyuarat aku dekat KPT, kat Presint 5 so bila google kat situ yang paling dekat ada Taman Sri Empangan.. dalam 4km je. What a nice place to lepak





Kat sini ada tempat makan, restoran udang galah katanya tapi tak la kitaorang nak makan udang galah. Makan yang goreng-goreng je la.

Dari sini next destination ke Ayer@8. Kat sini pun tepi tasik juga, banyak kedai-kedai dan tempat makan. Pun a nice place untuk lepak juga.

Dari sini nampak plak Monumen Alaf Baru nan sebatang tu. Since rasanya kalau tengok sunset dari area tu lagi lawa, kitaorang bergerak la ke seberang pula. Malangnya sampai sana ke dah tutup la pula. Tapi tak pe.. yang penting dapat gak tangkap sket gambar lawa. Kat sini pun ada juga tempat makan. Kat area ni lah kome boleh pegi kalau nak naik belon panas. Masa aku pegi tu semua dah tutup, so dapat tengok sun set je la. Kat sini dekat je dengan Masjid Tunku Mizan..





Sesi melancong kitaorang tak habis lagi. Last destination ke Masjid Merah pula.. g solat, main di dataran dan makan nasi beryani.. ahaksss. Malangnya kat sini tak amik gambar sebab dah gelap so gambar kompom tak cantik.

Thursday 19 October 2017

Hannah Demam Day 3

Macam ni la muka dia as of semalam.. alahai.. kesian betul dia. Moga cepat sembuh la kamu anak ku..

Hari ni aku ambik cuti je.. walaupun aku sendiri rasa nak pitam petang tadi maybe sebab kurang tidur jaga Hannah demam, aku gagahkan je drive ke klinik. Beratur panjang masa nak ambik no, tunggu lama nak jump doktor dan tunggu lama juga untuk ambik ubat sebab sistem problem. Aku benang dengan si Chemba.. aku suruh dia bawa ke klinik petang dia kata ok. Tapi dah pukul 2 lebih masih nak golek-golek macam nak tido. Aku memang pantang kalau orang slow ni.. aku siap kan semua terus bawa Hannah keluar je.  Sakit hati.

Macam nak pengsan juga la aku tadi tapi aku gagah juga demi anak. 

Semalam Hannah kata goodbye dekat aku. Takde pasal2 tetiba je.. mana lah hati ibu aku tak berkocak. Ibu ni memang suka kot fikir bukan-bukan, tapi itulah ibu. 

Lagi la aku susah hati sebab aku tengok result darah Hannah, ada few yang di bawah range normal. Bila jumpa doktor, doktor pula kata di suspected denggi! So esok kena ambil darah lagi.

Alahai.. tadi pun dah meraun nak ambik darah.. esok kena lagi..

Wednesday 18 October 2017

Hannah Demam Day 2

Pelan asal untuk hari ni is bercuti di Melaka tapi since si kecik demam so bercuti di rumah je la. Badan dia panas, tak tinggi tapi panas tu tak hilang. Risau la juga sebab dulu masa kecik kalau demam dia masih nampal sihat dan bertenaga tapi now dah besar ni kalau demam lemah je dia. Kali ni lagi la pula.. asyik nak baring je katanya. Bagi makanan kegemaran dia pun dia tak nak. Kalau masih demam juga esok nampaknya kena la aku ambil cuti.

Tuesday 17 October 2017

Hannah Demam Lagi

Aku pun tak paham anak aku ni, bulan 20 Ogos ari tu demam bengkak tonsil sampai kena makan antibiotik, 26 sept pula demam satu malam.. dan since semalam dia demam lagi. Adoiii la.. kenapakah. Risau pulak dibuatnya.. Semalam masa tidur berapa kali dia terjaga sambil menangis.. kesian betul.

Sudahnya aku tak masuk kelas langsung hari ni. Pagi aku bawa dia g farmasi je beli ubat. Memang lemah sangat dia sampai nak jalan pun dia tak nak. Dia nangis kata nak tido je. Sudahnya tengahari tu kitaorang balik KL. Pelan awal aku nak masuk kelas jal petang tu tapi Hannah macam makin teruk pulak so balik je la KL. Dan kalau ikut pelan asal, malam ni kitaorang nak lepak dekat Melaka lagi. 

Sampai Kl, terus bawa dia g klinik. Doktor kata tonsil merag je tak la bengkak mana. Selsema takde, tonsil tak bengkak, batuk pun takde.. tp dia demam. Risau aku dibuatnya.. Mata pun bengkak.. bibir kering. Suh makan dia taknak pun makan.. minum nasib baik masih ok lagi. 

Tuesday 26 September 2017

Tengok Wayang Woiii!!!

Dulu masa bercintu wayang saja kerjanya.. tapi lepas dah ada anak belum pernah lagi la merasa g dating kat pawagam berdua. Tadi kursus aku habis awal, since hari tu aku dapat free tiket tgv masa sopping kat SPM.. inilah masanya nak redeem. Tengok citer Kingsman... ahakssss.

Best ke? Syok la juga. Syok sebab dapat balik awal, dapat tengok wayang free, dapat dating dan dapat temgok Kingsman. Kalau ada Hannah tak dapat nak baws p tengok sebab citer ni tuk 18 above je. Hannah pula demam lagi hari ni.. adoila.. baru je deman last month, ni demam lagi.. huhu

Sunday 20 August 2017

Hannah demam

Hari ni berweekend dua orang je dengan Hannah sebab si Chemba p taklimat saham. Nak kaya katanya.. amin. So aku tinggal la dengan si Hannah yang demam since jumaat malam tu. Panas on off.. basib baik dia masih nak menyusu. Since semalam dia tak nak makan apa2, aku bawa la dia jalan pegi makan dekat SVM. Aku tanya dia nak makan roti kegemaran dia dekat Family Mart tu tak, taknak katanya. Dah tu nak makan apa apa, pizza katanya. Well.. pizza at is.
Alhamdulillah memang dia makan la juga pizza tu. Walaupun sikit janji ada yang masuk dalam perut. Kalau bibir aku merah sebab lipstik, bibir si Hannah tu pula merah sebab sakit. Aku rasa tonsil dia bengkak kot ni. Nasib baik dia masih nak minum air, kalau tak mesti perit dan lagi teruk. 

Bagi ibu bekerja macam aku ni, op kos la dilema kalau kau kena outstation time anak kau demam. So aku sampai hari ni masih tak check in sebab tak sure boleh ke tak ke aku fly esok ni. Bergantung la pada keadaan si Hannah malam ni. Si Chemba pula esok ada mesyuarat.. huhu. Aku minta si Chemba bawa juga Hannah p klinik esok pagi, by hook or by crook sebab dia nampak macam letih dan sakit sangat malam ni. Ikut hati nak je aku bawa p emergency Hukm tapi si Chemba kata esok je la. Dia bagi ubat bontot, tampal cool fever & kitaorang monitor dia sepanjang malam. 

Monday 14 August 2017

Review Doktor

Hari ni lah harinya.. review doktor. Pukul 7 setengah aku gerak ke HUKM sebab takut takde parking. Sampi-sampai hospital, terus g kaunter pertanyaan tanya mana nak p kalau nak kena buat echo. Kena naik tingkat 5 katanya. Jenuh la aku masuk wad ke wad nak cari mana la tempat nak buat echo ni. Rupanya kat tingkat 5 tu ada kaunter khas tuk echo, stress test etc. Kol 8.20 letak slip appointment dekat kaunter, kol 9 lebuh baru kena panggil. Nasib baik yang buat echo ni ok.. tak macam makcik yang buat ultrasound ari tu.

Echo tu apa? Actually echo ni kategori ultrasound juga.. cumanya buat dekat area dada sebab nak yang nak di cek is jantung. Nanti doktor/ operator akan suh ko longgarkan bra dan baring mengiring. Pastu dia lekat apa benda tah kat dada ko dan sapu jel macam ultrasound biasa tu. Then nanti dia tenyeh la alat ultasound tu kat dada ko. Result dapat on the spot.

Next destination is Klinik Perubatan 2, nak jumpa doktor neurologi department. Alhamdulillah so far doktor kata result test2 yang aku buat semuanya normal. Tapi aku still dia kategorikan as young TIA patient dan kena continue ubat cair darah dan kolestrol. Cumanya ubat kolestrol aku reduce dos. 8 bulan lagi baru jumpa doktor semula. 

Thursday 10 August 2017

Ultrasound Leher

Hari ni aku appointment ultrasound. Kalau kau ingat ultrasound tu cam ultrasound perut masa mengandung yang takat urut-urut manja je dekat perut kau.. kau silap. Sama macam aku silap. Apa yang aku ble cakap is aku lebih rela duk dalam mesin mri yang bising tu dari kena ultrasound lagi lepas ni. Sakit weih leher aku.. dia tekan macam nak penyek rahang aku dibuatnya. Kalau tak jumpa apa yang dicari.. merasa la kau duk melangui kepala macam aku kena.. setengah jam ok! Bantal kat leher.. pala dongak ke atas sambil tu doktor tu sedap la tekan dan penyek2 tulang rahang ko. Sakit kott!!! Dah la aku dapek doktor pompuan yang suka mendengus. Panas dia mendengus.. tak nampak benda yang dia cari kat leher aku dia mendengus.. stress pula aku dengan perangai dia. Hahaha.. macam nak je aku suh p belajar adab dan sopan santun.

Tuesday 8 August 2017

Lari Dari Doktor

Hari tu aku escape appointment tapi hari ni aku pegi la appointment aku dengan ENT. Nasib doktor comey tu tak marah.. haha. Kali ni pun macam before la.. masuk hos dalam idung. Doktor kata ada improvement tapi still swell. Lagi 6 bulan ken datang balik.. phewww!!! Selamat!!! Tapi ubat gastrik ngan sembur idung wajib amik. Kalau before ni ubat sembur tu 1st can je ko kena bayar.. now hospital da kuarkan dari lust subsidi T_T kena beli sendiri.. walau tak la sampai beratus harganya tapi mahal le juga oi!

Thursday 27 July 2017

Cerita Tukang Urut

Ahad lepas aku urut badan. Pergh!! Besttt!! Makcik tu dah 60 lebih dah tapi powerrr. Aku ni bukan la jenis yang suka g urut tapi sekali sekala tu ok juga. Kat KL ni aku pun tak tahu mana nak cari tukang urut yang pandai urutan orang lepas bersalin. Hari tu Si Chemba tanyakan dekat pengasuh si Hannah.. akak tu yang rekemen makcik tu. Makcik tu tinggal dekat apartment yang sama dengan umah pengasuh si Hannah.. kiranya dekat je la dia nak jalan kaki dari rumah dia ke rumah aku.  Op kos la nak urut dekat rumah sendiri.. kalau kat rumah orang tak selesa la nak buka baju bagai.. ahaksss

Kenapa urut lepas bersalin? Aku bersalin ke? Takk aih!! Hahahaha.. saja nak minta urut tuk naikan rahim. Aku pun tak arif sangat pasal rahim jatuh ni.. tapi makcik tu kata rahim aku jatuh.. tu yang aku sakit2 belakang.. sakit pale. Aku ye kan je la sebab masa kena urut tu aku tak fokus sangat. Mana tak.. sakit oke makcik tu bahan aku dengan tangan dia yang penuh tenaga. Adik aku kata kena urut beberapa kali baru badan rasa tak sakit sebab badan aku jenis jarang berurut.. tapi dah nak masuk seminggu dah ni.. ok je. Macam tak de apa je rasa. 

Monday 24 July 2017

MRI

Dalam banyak2 test, aku actually pernah la terlintas apa agaknya rasa kalau masuk dalam mesin MRI aka Magnetic Resonance Imaging scan ni. Well.. hari ni merasa la aku. Aku kena mri dekat kepala.. cemas juga bila adik operator tu kata sejam aku kena baring tak ble gerak2. Aku story sikit macamana buat scan ni.

Mula2 kena salin baju.. semua kena buka except spender. Dorang akan bagi persalinan baju hospital. Lepas tu masuk la dalam bilik mri tu.. baring kat katil & operator akan ikat ko. Macam aku kena kat kepala.. so merasa la aku kena pakai head cover yang ala2 pemain pedang punya. Pastu dorang tolak ko dalam mesin.. kalau ko jenis yang tak ble tahan dengan confine space..  sila la bersabar dan jangan nerves. Masa baring tu, ble sesak nafas dibuatnya kalau ko cam cemas. Mana tak cemas, rasa cam dalam kotak & distance between mata ngan wall mri tu berapa inci je kot. Masa mula2 baring, aku rasa cam pening sket. Tak tahu la sebab katil aku move ke apa ke.. kejap je la. Lepas tu ok. Dorang akan bagi ko panic button, so kalau panic boleh la tekam button tu untuk dorg tolak ko keluar dari mesin. 

Dalam bilik tu sejuk.. memang ada la dibekalkan selimut dan juga penutup telinga sebab mesin tu bising gila. Ada macam2 jenis bunyi dia persembahkan kat ko.. annoying ok! Aku bawa2 mengucap je time tu supaya temper aku tak spike.. hahaha. Aku ni jenis yang temper ble spike from 0 to 100 kalau diganggu dek bunyi2 ni. Bunyi dia cam orang mengetuk, cam kena karan, cam orang drill dan macam2 bunyi la. So.. memang kena bertabah sangat la duk dalam tu. Since aku dah bertafakur dalam tu.. bunyi bising pun tak dapat nak menghalang aku dari tidur.. hahaha. Berapa kali juga aku cam terlelap. Tapi tak de la pula kena kejut ke apa. Tetiba dah habis.. thank god. Tak la sampai sejam pun.. 20- 30 minit je kot. 

Pas da siap tu.. apa lagi, balik la! Result doktor tak bagi hari tu.. ko kena la tunggu sampai next appointment doktor ko. Mine is 14hb ogos.. till then.. bawa2 bertenang dan berdoa moga takde apa2 yang serius.