Hari ni turn beraya dekat rumah family sebelah ayah pula. Semalam dah serang 3 rumah... tu pun dah letih gila... tah aper2 tah... dah tua2 ni kan.
Tadi pegi rumah abang my dad yang 2nd then baru pegi rumah abg dia yang first. Rasanya pegi rumah dorang ni memang every year... tu pun boleh sesat... this year drive separately. My dad & mom ... anak2 plak 1 keta lain. Teringat zaman kecil2... bersesak2 lah dalam van my dad my sardin. Last year, my dad still manage to paksa kitaorang naik satu van sampai one of my sis kena duduk dekat kerusi plastik dekat bonet. Teringat lagi muka masam budak2 nih.. hahaha... Tahun ni, since keta aku pon ader dekat kampung & my dad plak dengan kereta barunya kannn... so... tak lah kitaorang naik van lagi... hehehe
My dad ni bolehlah dikategorikan jenis yang suka ikut kepala dia jek. Sometimes dia terlupa yang dia ader 5 orang anak gadis yang dah besar2.. & ada seorang gadis lagi yang dah mememani dia selama 30 tahun ni. Kadang2 dia buat ikut suka dia jek. Tak dinafikan, ada juga masanya hati tersentuh namun sebagai anak, baik @ buruk ibu bapa kita... janganlah sekali2 menyakiti hati mereka. Dua orang ni tak akan dapat kita tukar ganti macam berganti suami mahu pun isteri. Terimalah mereka seadanya...
Sambung cerita raya... before balik rumah, budak2 ni ajak g jalan2 cari pasal dekat pekan. Time nak balik dah, mom call bagitau dekat rumah dah penuh dah. Sampai2 rumah, gitar2 ngan keyboard semua dah ready dekat tangan abang2 sedara aku. Penyanyi pun dah dilantik... haha... sungguh2 dorang berkonsert... sumbang mambang tak payah cerita lah. Kalau anak2 abang sulung my dad ni, memang jenis tak de segan punya.. semua yang mulut bising. Lain pula ngan anak2 abang my dad yang 2nd, semua lemah lembut macam their dad.
My dad 4 beradik, & ada sorang jek pompuan. Semua adik beradik dia yang lain each ada sorang jek anak pompuan, except for my dad yang anak beliau (;p) semua pompuan. Same goes to my mother, 8 beradik cuma dia as yang sulung & yang bongsu tu jek pompuan.. yang lain lelaki.. tapi yang peliknya, my mom + my dad = anak pompuan semuanya.