Bagi ibu bekerja macam aku ni, op kos la dilema kalau kau kena outstation time anak kau demam. So aku sampai hari ni masih tak check in sebab tak sure boleh ke tak ke aku fly esok ni. Bergantung la pada keadaan si Hannah malam ni. Si Chemba pula esok ada mesyuarat.. huhu. Aku minta si Chemba bawa juga Hannah p klinik esok pagi, by hook or by crook sebab dia nampak macam letih dan sakit sangat malam ni. Ikut hati nak je aku bawa p emergency Hukm tapi si Chemba kata esok je la. Dia bagi ubat bontot, tampal cool fever & kitaorang monitor dia sepanjang malam.
“I am a daughter, a wife, a mother, a full time housewife, a part time engineer and vacation is my life”
Sunday, 20 August 2017
Hannah demam
Hari ni berweekend dua orang je dengan Hannah sebab si Chemba p taklimat saham. Nak kaya katanya.. amin. So aku tinggal la dengan si Hannah yang demam since jumaat malam tu. Panas on off.. basib baik dia masih nak menyusu. Since semalam dia tak nak makan apa2, aku bawa la dia jalan pegi makan dekat SVM. Aku tanya dia nak makan roti kegemaran dia dekat Family Mart tu tak, taknak katanya. Dah tu nak makan apa apa, pizza katanya. Well.. pizza at is.
Alhamdulillah memang dia makan la juga pizza tu. Walaupun sikit janji ada yang masuk dalam perut. Kalau bibir aku merah sebab lipstik, bibir si Hannah tu pula merah sebab sakit. Aku rasa tonsil dia bengkak kot ni. Nasib baik dia masih nak minum air, kalau tak mesti perit dan lagi teruk.
Friday, 18 August 2017
This Is My Color
Apa cerita aku hari ni? Today busy siapkan fail untuk audit dalaman. Since monday dah nak ke Kuching, harusla aku segera memastikan fail2 aku tip top. Kalau tak, kompom2 gegendang teling aku berdengung kena ceramah bos nanti. Nasib sempat siap before lunch time.. makanya dapatlah p melepak lunch dekat luar.
Thursday, 17 August 2017
Android Box
Wednesday, 16 August 2017
Fatah.. Nagapain Kau Dustai Ako
Tengahari tadi aku n the gang beramai-ramai p buat baju korporat baru. Kalernya biru amat oke! Blue is not my color.. especially biru muda. So not my color! Baru je ari tu p buat baju korporat baru dekat Pertama Complex.. alih2 keluar design baru. Huhu...
Petang tu kononnya Fatah Amin datang ke acara dekat Dewan ofis. Walaupun ahkak ni bukan la peminat dia.. teringin la juga nak tengok mamat tu life. Alih2 kansel!!! Haremmm. Sia2 je tenaga ahkak berjalan dari opis ke dewan tu semata2 kerana Patah. Kenapa dik!? Kenapaa?!!!
Tuesday, 15 August 2017
Ke Hulu Langat Kitaa
Hari ni aku ada koje dekat Hulu Langat.. makanya seawal pukul 6.30 pagi aku tercongok dekat Terminal Bandar Tasik Selatan sebab aku nak tumpang my bos. So inilah keadaan dekat TBS seawal jam 6.30 pagi..
Aah.. tempe. Sampai 3 kepinh gak aku sebat sebab sedap. Since kitaorg sampai awal sangat, bos ajak aku ronda2 dulu. Walaupun takat lalu je & tak dapt turun sebab hujan sepanjang hari, sampai la juga aku ke pantai morib & lalu depan Gold Coast Resort. Selalu la terjumpa promo GCR kat tenet.. tapi bila lalu tadi nampak macam buruk je dari luar. Jalan punya jalan sambil melayan bos yang duk mengimbau kenangan lalu masa dia bertugas dekat sini, dah nak dekat kol 10. Nasib baik sampai bilik mesyuarat ngam2 je. Pas miting kitaorang g makan nasi ayam penyet. Sedap ooo! Pastu baru la kitaorang gerak lawat skolah yang berhampiran situ. Kol 5 sampai TBS balik.. nasib la TBS to my house tu dekat je & ble lalu jalan dalam so takde la kena menempuh jem yang mencabar.
Agak lengang. Parking pun banyak yang kosong. Tadi aku dapat parking dekat tingkat 4. Kalau tingkat 4 ni takyah naik lift nak masuk dalam sebab ada akses terus. Kol 6.50 bos kolek aku, dalam 8 lebih kitaorg sampai Banting. Bos ajak singgah sarapan dekat kedai fevret dia, kedai Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa. Nasi lemak dia boleh tahan tapi aku plak pelahap benda alah ni..
Monday, 14 August 2017
Review Doktor
Hari ni lah harinya.. review doktor. Pukul 7 setengah aku gerak ke HUKM sebab takut takde parking. Sampi-sampai hospital, terus g kaunter pertanyaan tanya mana nak p kalau nak kena buat echo. Kena naik tingkat 5 katanya. Jenuh la aku masuk wad ke wad nak cari mana la tempat nak buat echo ni. Rupanya kat tingkat 5 tu ada kaunter khas tuk echo, stress test etc. Kol 8.20 letak slip appointment dekat kaunter, kol 9 lebuh baru kena panggil. Nasib baik yang buat echo ni ok.. tak macam makcik yang buat ultrasound ari tu.
Echo tu apa? Actually echo ni kategori ultrasound juga.. cumanya buat dekat area dada sebab nak yang nak di cek is jantung. Nanti doktor/ operator akan suh ko longgarkan bra dan baring mengiring. Pastu dia lekat apa benda tah kat dada ko dan sapu jel macam ultrasound biasa tu. Then nanti dia tenyeh la alat ultasound tu kat dada ko. Result dapat on the spot.
Next destination is Klinik Perubatan 2, nak jumpa doktor neurologi department. Alhamdulillah so far doktor kata result test2 yang aku buat semuanya normal. Tapi aku still dia kategorikan as young TIA patient dan kena continue ubat cair darah dan kolestrol. Cumanya ubat kolestrol aku reduce dos. 8 bulan lagi baru jumpa doktor semula.
Sunday, 13 August 2017
Toy Clothing Designer
Masa nak campak lam tong sampah.. terkenang plak patung si Hannah yang 2 ekor ni yang sokmo kehilangan baju. Selalunya tak sampai 5 minit aku sarungkan baju deme.. si Hannah da cabut2. So ini kali aku buatkan dorang baju. Berbekalkan jarum dan benang.. tadaaaaa.. amacam? Bergaya tak depa sekarang? Rare collection ni.. mana tak bergaya. Tapi abaikanlah muka si 'adik tu yang dah kena conteng si Hannah.
Saturday, 12 August 2017
Mamme & Hannah
Friday, 11 August 2017
Serang Sushi King
Tadi tetiba bos aku sibuk mengajak kitaorang p Sushi King sempena meraikan dia yang sah jadi profesional enginiur. Makanya beramai2 kitaorang menyerang Sushi King.
Thursday, 10 August 2017
Ultrasound Leher
Hari ni aku appointment ultrasound. Kalau kau ingat ultrasound tu cam ultrasound perut masa mengandung yang takat urut-urut manja je dekat perut kau.. kau silap. Sama macam aku silap. Apa yang aku ble cakap is aku lebih rela duk dalam mesin mri yang bising tu dari kena ultrasound lagi lepas ni. Sakit weih leher aku.. dia tekan macam nak penyek rahang aku dibuatnya. Kalau tak jumpa apa yang dicari.. merasa la kau duk melangui kepala macam aku kena.. setengah jam ok! Bantal kat leher.. pala dongak ke atas sambil tu doktor tu sedap la tekan dan penyek2 tulang rahang ko. Sakit kott!!! Dah la aku dapek doktor pompuan yang suka mendengus. Panas dia mendengus.. tak nampak benda yang dia cari kat leher aku dia mendengus.. stress pula aku dengan perangai dia. Hahaha.. macam nak je aku suh p belajar adab dan sopan santun.
Wednesday, 9 August 2017
Hari Semakan Buku Servis
Tuesday, 8 August 2017
Lari Dari Doktor
Hari tu aku escape appointment tapi hari ni aku pegi la appointment aku dengan ENT. Nasib doktor comey tu tak marah.. haha. Kali ni pun macam before la.. masuk hos dalam idung. Doktor kata ada improvement tapi still swell. Lagi 6 bulan ken datang balik.. phewww!!! Selamat!!! Tapi ubat gastrik ngan sembur idung wajib amik. Kalau before ni ubat sembur tu 1st can je ko kena bayar.. now hospital da kuarkan dari lust subsidi T_T kena beli sendiri.. walau tak la sampai beratus harganya tapi mahal le juga oi!
Monday, 7 August 2017
Gold Kitchen
Amacam? Ok tak? Wallpaper tu 10m x 1m kosnya RM26, label amaran tu dalam RM9 hengget satu.. menu beli kat Ikea.. sudip suma tu.. yang tu bukan hiasan oke! Itu betul punya! Dedaunan nan ijau tu produk Ikea ngan Kaison. Macam ni la kalau kau tak kaya.. kena jadi innovatif demi tuk menikmati keindahan dan ketenangan pikiran.. phuiii!!! Hahaha
Sunday, 6 August 2017
Saturday, 5 August 2017
Mee Sakit Hati
Kat mana ni? Kat restoran Dapur Penyet, Palm Mall Seremban. Sedap? Op kos la tak sedap mana pun.. trai tengok gambaq menu ni.
Gini punya restoran pun ada. Dulu aku berbulu dengan restoran burger bakar abang burn kat area umah aku ni.. now dah tutup ya. Pastu aku berbulu dengan restoran Burger Byte.. pun dah tutup ya! Bukanla aku nak kata kalau aku berbulu restoran orang akan tutup... ahaks!! Satu orang berbulu tak de la jadi apa.. tapi kalau ramai yang berbulu memang padan la muka. Jual nak untung je tapi servis dan customer tak di jaga!
Friday, 4 August 2017
Panaskan Kuih Guna Tefal Airfryer
Wednesday, 2 August 2017
Free Kids Pool!
Tadi masa scroll facebook feeds, nampak la post pasal free swimming pool for kids somewhere dalam KL ni. Oh! This pool dekat Taman Pudu Ulu rupanya.. dekat la kalau nak pegi. Nanti dah cuba aku story!
Monday, 31 July 2017
Food Panda Sushi Delivery
Semalam malas nak keluar ke mana2, tapi perut lapar. Teringat pula dekat apps food delivery, Food Panda. Godek2, wah! Now dah ble oder Sushi King la! Rega sama, cuma ada delivery charge RM3 kalau tak silap. So aku pun terai la oder. Dalam sejam sampai.. puas ati! Next time boleh cuba lagi nampaknya..
Sunday, 30 July 2017
Back To Karpet Finally
Tadaaaa...
Inilah yang aku dapat kat Spotlight semalam. Sekeping lagi kapet idaman dengan rega RM84 tu la. Last piece oke! Last piece! nasib baik ada. Kitaorang pun apa lagi.. sampai rumah je teruss operasi pasang kapet. Kalau masa 2 keping tak ble nak cover penuh.. now da ada 3 keping just nice je saiz dia untuk ruang tamu. Amacam.. cun ke? cun ke?
Tak cun pun bukan umah kome, umah aku! Hahahaha
Inilah yang aku dapat kat Spotlight semalam. Sekeping lagi kapet idaman dengan rega RM84 tu la. Last piece oke! Last piece! nasib baik ada. Kitaorang pun apa lagi.. sampai rumah je teruss operasi pasang kapet. Kalau masa 2 keping tak ble nak cover penuh.. now da ada 3 keping just nice je saiz dia untuk ruang tamu. Amacam.. cun ke? cun ke?
Tak cun pun bukan umah kome, umah aku! Hahahaha
Saturday, 29 July 2017
Pie Face
Tadi aku cam letih.. cam tak larat nak kuar ke mana2. Tapi mulut gatei nak makan pie face ni. Google punya google, yeayyy ada kat Ampang Point. Kalau nak g BHP kat tol Sungai besi semata2 nak beli benda alah ni cam tak berbaloi2 plak. Google punya google lagi, outlet Spotlight pun ada dekat AP ni.. aku pun apa lagi.. laju la mengajak si Chemba ke AP.
Finally dapat gak! Thanks boss sebab perkenalkan this pie yang sedap la jugak!


Tapi bukan ini je yang menggumbirakan aku hari ni.. teka aku dapat apa dekat Spotlight???
Finally dapat gak! Thanks boss sebab perkenalkan this pie yang sedap la jugak!


Tapi bukan ini je yang menggumbirakan aku hari ni.. teka aku dapat apa dekat Spotlight???
Friday, 28 July 2017
Akhirnya Beli Juga
Thursday, 27 July 2017
Cerita Tukang Urut
Ahad lepas aku urut badan. Pergh!! Besttt!! Makcik tu dah 60 lebih dah tapi powerrr. Aku ni bukan la jenis yang suka g urut tapi sekali sekala tu ok juga. Kat KL ni aku pun tak tahu mana nak cari tukang urut yang pandai urutan orang lepas bersalin. Hari tu Si Chemba tanyakan dekat pengasuh si Hannah.. akak tu yang rekemen makcik tu. Makcik tu tinggal dekat apartment yang sama dengan umah pengasuh si Hannah.. kiranya dekat je la dia nak jalan kaki dari rumah dia ke rumah aku. Op kos la nak urut dekat rumah sendiri.. kalau kat rumah orang tak selesa la nak buka baju bagai.. ahaksss
Kenapa urut lepas bersalin? Aku bersalin ke? Takk aih!! Hahahaha.. saja nak minta urut tuk naikan rahim. Aku pun tak arif sangat pasal rahim jatuh ni.. tapi makcik tu kata rahim aku jatuh.. tu yang aku sakit2 belakang.. sakit pale. Aku ye kan je la sebab masa kena urut tu aku tak fokus sangat. Mana tak.. sakit oke makcik tu bahan aku dengan tangan dia yang penuh tenaga. Adik aku kata kena urut beberapa kali baru badan rasa tak sakit sebab badan aku jenis jarang berurut.. tapi dah nak masuk seminggu dah ni.. ok je. Macam tak de apa je rasa.
Wednesday, 26 July 2017
Ke Sabak Bernam Kita
Hari ni aku ke Sabak Bernam.. bukan la melancong ya. Ada miting dekat poli. Lepas episod bos aku hangin pada driver yang bertukar tapi tak inform kitaorang, dia pun decide tuk drive sendiri dan aku + waze selaku co driver. Thank god kitaorang selamat sampai pada masa yang ditetapkan tanpa sebarang episod sesat. Masa pegi tu bos aku ajak singgah kat Restoran jejantas Sungai Buloh.. nak g makan sate katanya. Malangnya kol 9 baru stat kedai pakcik sate tu. Hampa.. dia ajak g Burger King. Kat situ plak air pnas xde.. rosak katanya so ada minuman sejuk je. Hampa lagi.. last2 singgah KFC. Masa balik dari Sabak Bernam lak.. singgah beli kepek dan makan kopok lekor losong. Aku kalau g dengan bos ni.. makan je keje. Dia badan kurus xpe la.. aku yang dempol ni makin bertambah dempol dibuatnya. Adoii la bos!
Tuesday, 25 July 2017
Anak Engineer
Monday, 24 July 2017
MRI
Dalam banyak2 test, aku actually pernah la terlintas apa agaknya rasa kalau masuk dalam mesin MRI aka Magnetic Resonance Imaging scan ni. Well.. hari ni merasa la aku. Aku kena mri dekat kepala.. cemas juga bila adik operator tu kata sejam aku kena baring tak ble gerak2. Aku story sikit macamana buat scan ni.
Mula2 kena salin baju.. semua kena buka except spender. Dorang akan bagi persalinan baju hospital. Lepas tu masuk la dalam bilik mri tu.. baring kat katil & operator akan ikat ko. Macam aku kena kat kepala.. so merasa la aku kena pakai head cover yang ala2 pemain pedang punya. Pastu dorang tolak ko dalam mesin.. kalau ko jenis yang tak ble tahan dengan confine space.. sila la bersabar dan jangan nerves. Masa baring tu, ble sesak nafas dibuatnya kalau ko cam cemas. Mana tak cemas, rasa cam dalam kotak & distance between mata ngan wall mri tu berapa inci je kot. Masa mula2 baring, aku rasa cam pening sket. Tak tahu la sebab katil aku move ke apa ke.. kejap je la. Lepas tu ok. Dorang akan bagi ko panic button, so kalau panic boleh la tekam button tu untuk dorg tolak ko keluar dari mesin.
Dalam bilik tu sejuk.. memang ada la dibekalkan selimut dan juga penutup telinga sebab mesin tu bising gila. Ada macam2 jenis bunyi dia persembahkan kat ko.. annoying ok! Aku bawa2 mengucap je time tu supaya temper aku tak spike.. hahaha. Aku ni jenis yang temper ble spike from 0 to 100 kalau diganggu dek bunyi2 ni. Bunyi dia cam orang mengetuk, cam kena karan, cam orang drill dan macam2 bunyi la. So.. memang kena bertabah sangat la duk dalam tu. Since aku dah bertafakur dalam tu.. bunyi bising pun tak dapat nak menghalang aku dari tidur.. hahaha. Berapa kali juga aku cam terlelap. Tapi tak de la pula kena kejut ke apa. Tetiba dah habis.. thank god. Tak la sampai sejam pun.. 20- 30 minit je kot.
Pas da siap tu.. apa lagi, balik la! Result doktor tak bagi hari tu.. ko kena la tunggu sampai next appointment doktor ko. Mine is 14hb ogos.. till then.. bawa2 bertenang dan berdoa moga takde apa2 yang serius.
Sunday, 23 July 2017
Nak beli ke tanak?!

Aku tanya laki aku, dia kata beli je lah tapi kalau beli u nak jahit apa?
Sp, apa yang aku nak jahit actually? apa? apa??!!
Saturday, 22 July 2017
Cari Karpet
Tadaaa.. inilah rumah aku as of hari ni selepas aktivit menukar karpet malam jumaat tu. Tahu tak berapa rega kapet aku ni? satu RM84 je oi! ketawa guling2 aku!
Alkisahnya khamis tu aku g Tesco, tersinggah la dekat abam bangla jual kapet yang ala2 kapet ikea. Saiz dan thickness yang sama ngan kapet aku ni reganya RM400 oke! Ampat ratusss!!! Kurang punya kurang dia bagi aku RM270. Masa tu nasib baik ada satu je, so aku tak jadi nak beli sebab aku nak 2 or 3. Pastu ari jumaat petang, gatei plak nak g My Town, Cheras. Jalan punya jalan, tersinggah kat kedai Spotlight. Terjumpa plak kapet ni. Masa gulung tu cam tak lawa, tapi bila dah orak nampak cam ok plak.. ada 2 keping. Tengok rega asal RM299, offer jadi RM140. Sekali time bayar kat kaunter jadi RM84 je.. mana tak gumbira guling2.
Aku bajet nak tukar kapet kompom2 la minimum RM600.. mana tau less than RM200 ble dapat kapet dengan good quality & lawa lagi. Pastu try la google pasal kedai tu, kot2 ada outlet lain berdekatan sebab pasang 2 cam tak lawa. Rupanya ada online store.. malangnya online stock pun dah habis. Tak pe, takpe.. 2 ni pun still ok juga. Kalau dapat beli lagi satu, op kos la lagi cunn!!
Alkisahnya khamis tu aku g Tesco, tersinggah la dekat abam bangla jual kapet yang ala2 kapet ikea. Saiz dan thickness yang sama ngan kapet aku ni reganya RM400 oke! Ampat ratusss!!! Kurang punya kurang dia bagi aku RM270. Masa tu nasib baik ada satu je, so aku tak jadi nak beli sebab aku nak 2 or 3. Pastu ari jumaat petang, gatei plak nak g My Town, Cheras. Jalan punya jalan, tersinggah kat kedai Spotlight. Terjumpa plak kapet ni. Masa gulung tu cam tak lawa, tapi bila dah orak nampak cam ok plak.. ada 2 keping. Tengok rega asal RM299, offer jadi RM140. Sekali time bayar kat kaunter jadi RM84 je.. mana tak gumbira guling2.
Aku bajet nak tukar kapet kompom2 la minimum RM600.. mana tau less than RM200 ble dapat kapet dengan good quality & lawa lagi. Pastu try la google pasal kedai tu, kot2 ada outlet lain berdekatan sebab pasang 2 cam tak lawa. Rupanya ada online store.. malangnya online stock pun dah habis. Tak pe, takpe.. 2 ni pun still ok juga. Kalau dapat beli lagi satu, op kos la lagi cunn!!
Friday, 21 July 2017
Muka Kau Takde Makeup

Nasib baik wa pakai glass, ble la bertopengkan cermin mata.. ye dok! Orang pakai glass ni huntunglaaa.. kalau malas makeup pun ble kaver ngan spek. Tapi yang tak pakai glass tu huntung laaa lebih sebab tak yah nak spend duit upgrade glass dua or 3 tahun sekali.. kan!!
Chop! angle aku baik punya sampai muka pun nampak lonjong.. hahaha
Thursday, 20 July 2017
The Last Tako
Terasa rindu la pula nak makan sizzling noodles dan takoyaki, makanya petang ni melepaklah kami ke Tesco Cheras. Masa order takoyaki, ahkak tu kata bulan ni dia last beroperasi lepas ni dah tak jual lagi. Apaaaaaa? sedihnyaaaa.. takkan nak kena ke Osaka plak semata-mata nak makan tako... tidakkkkkk!!!!
Wednesday, 19 July 2017
Rindu Onigiri

![]() |
Tuna Onigiri |
Tuesday, 18 July 2017
Jamuan Raya 2017
Hari ni ada jamuan raya dekat ofis kitaorang so op kos la kena lawa-lawa.. ahaks. Mula2 tangkap gambaq make-up free face pastu sibukla kami sumua tepek kalaer kat muka...
Tadaaaa... apsal aku rasa elok lagi masa no make up tadi hah? Adodoiiii. Tapi aku rasa muka aku make up ngan tak make up sama je kot sebab aku pun bukanlah artis kan nak pakai makeup tebal or bulu mata pelesu se pelesu pelesunya macam Che Ta.. ye dok! Paling2 aku tepek foundation bagi nampak kulit muka fresh then lipstic sikit, light blusher dan kasi hitam kening yang maybe terkena foundation tadi. Kalau rajin tepek la eye shadow sikit, face shading kat idung... tak sampai 5 minit siap kalau make up biasa-biasa. Aku suka nampak natural je. Dalam banyak2 aku rasa yang penting 2 je, foundation dengan lipstik. Biar tak lawa at least kulit nampak fresh.
![]() |
Makcik lom makeup.. innocent ye |
![]() |
MUA in action |
![]() |
Kasi tonyoh satu kali.. hahahaha |
![]() |
Final touch.. makcik2 terusss!!! |
Ok.. itu citer makeup. Lepas dah makeup which is sebelum Bahagian aku hijack majlis.. hahaha. So inilah kekdahnya bila ko dah lama tak pegang mike kann! Dulu masa koje dekat MV selalu la aku g red box. Masa si eji ada, ada geng pompuan tapi lepas dia pindah aku g sorang je selalu pun for the sake of makan dan karok sedas la op kos. Pastu bila dah tua ni, guna Smule je la dekat jamban. Tadi ntah mana ntah datang keberanian aku nak menunjuk bakat suam2 kuku aku aku tu sampai nyanyi ampat lagu oke.. ampat!!! 4!!! Dari Shakira ke Beyoncee.. tapi itu sebelum majlis la.. masa sumer orang lain meeting dekat atas dan kitaorang ni pula escape sebab nak final touch majlis kononnya. Pastu ingatkan masa majlis aku tanak la gatei nak nuanyi kan sekali geng aku kenakan aku. Hampehh tol! Mula2 nyanyi lagi Aishah.. pulanglah. Pastu satu round lagi lagi Nicky Astria.. Mengapa. Boleh bayang betapa nyaring suara aku nyanyi lagi mengapa tu.. tak padan dengan saspek TIA oke!
![]() |
Abaikan kegemukan gue! |
Monday, 17 July 2017
Money Money Money
Saturday, 15 July 2017
Kerja Si Hannah
Adodoiii si Hannah.. patut la dia gelak sorang2 tadi rupanya dia guna apps snow kat phone aku. Apa binatang pun aku tak tahu ni.. alahaiii..
Hari ni tak kemana, tunggu my aunt je datang beraya di rumah. This is the first year aku tak masak langsung for raya. Kat umah mak mentua kompom la tak masak, kat umah my mom pun tak masak sebab adik pompuan aku dah amik alih tugas masak rendang bagai.. kat umah pun aku tak masak gak sebab aku cam letih semacam je so tadi si Chemba g je beli nasi lemak kat pasar sebab my sis dah masak2 dekat umah dia yang kitaorang akan serang lepas my aunt beraya kat umah aku.
Hari ni tak kemana, tunggu my aunt je datang beraya di rumah. This is the first year aku tak masak langsung for raya. Kat umah mak mentua kompom la tak masak, kat umah my mom pun tak masak sebab adik pompuan aku dah amik alih tugas masak rendang bagai.. kat umah pun aku tak masak gak sebab aku cam letih semacam je so tadi si Chemba g je beli nasi lemak kat pasar sebab my sis dah masak2 dekat umah dia yang kitaorang akan serang lepas my aunt beraya kat umah aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)