Aku? Yang bad? Ada banyakk kot...
1. Aku tak penyabar orangnya. Bagi aku yg ada dalam hidup cuma Ya atau Tidak, leave or take it. Lain2 hal, aku fail nak consider. Orang lembab- yang tak ble buat decision penting (yang tak penting tak per.. buekkk!) - yang ragu2 dan tak tahu apa yang dia mahu dalam hidup - tak tahu nak hormat masa & hormat orang - yang malas nak manfus adalah golongan yang bule buat darah aku tinggi, tapi bukan darah tinggi.
2. Walaupun aku bukan pemburu, aku jenis yang agak terburu-buru orangnya. Tapi nak menyesal atas apa yang dah jadi, tak terjadilah dekat aku. Ego or telampau "pandaiii" sangat,aku dah tak dapat nak beza.
3. Aku nampak gagah you, tapi aku sangat shenshitif. Tahap fragile aku tahap gaban esp dengan orang yang aku sayang. Takper, sekarang dah takder. Tapi between Gaban ngan superman,aku tak taww saper yang lagi gagah.
4. Aku sangat macho kononnya, tapi kehidupan dibelakang tabir menyembunyikan hakikat bahawasanya aku sangat manja. Itu mengada2! Tapi dah tak boleh nak buat apa. Bukan salah aku rasanya? Daaa?
5. Aku sangat boros. Keborosan terhadap handbag, kasut or baju or kosmetik or makanan bukan dalam list berproblem tapi kalau kater pasal cd, dvd, buku nota kecik yang kuit2, buku language, atlas, ensiklopedia... aku akun kalah awal2. Gadget problem pun aku ada.
6. Aku kurang bereaksi terhadap persekitaran. Aku lembab. Kena sindir pun aku akan ambil masa range dari beberapa minit ke beberapa hari or boleh mencapai lebih lagi dari sekadar hari or bulan or tahun sehinggalah ke tahap tak perasannn langsungg!
7. Aku kurang mampu menghadapi teguran. Aku akan rasa down tapi malangnya tahap recovery aku sangat memberangsangkan.. macam watak Claire dalam citer heroes tu, tak reti2 nak mati. In case on the spot aku tak ble digest.. besok tu lah baru aku insaf. Yang harunya tuh, time kena tegur aku tetap rasa aku betul...besok aku insaf la pula. Aku pun tak paham lah!
8. Aku rasa tuhan dah bagi aku kelebihan, tapi aku pemalasss tahap dewa. Aku tak berusaha dalam hidup. Aku cuba, tapi tak berusaha which aku pun tak paham apa maksud kata2 aku nih.
9. Aku paling tak tahan rejection dari spesis yang mulut tak berkata tapi dari perbuatan dah dapat dibaca. Kalau tanak aku fikir bukan2 or terbalik dari maksud sebenar, bagitau je. Kalau time diberitahu aku tak dapat digest on the spot, paling2 maxium beberapa ari aku sure neutral balik. As long aku diberitahu. Even pahit ker, aku komplen ker, aku sedih ker hatta merembeskan air mata darah ker...still tak jadi hal. Life goes on.
10. Aku tak reti nak bagitau aku marah or kecewa dengan cara yang lebih efisien. Daaa?? Kalau orang yang aku tak rapat.. aku buat bodo je. Kalau yang aku rapat, aku buat bodo juga. Lepas di digest, aku ok dah. Kalau dengan cinta hatiku, aku tak boleh nak buat bodo pula tapi nak tengok aku luah cara berdepan, aku memang tak pandai tahap gaban. Nasib ada sms, kalau tak, jenuh la tangan aku menulis surat. Cuma yang aku pasti, marah tahap gaban or dewa whatevah, aku tak pula guna ayat2 yang rude mencarut. Selamat lah ngkorang sebab aku bukan golongan sesumpah.
Extra bad?
mmm... aku banyak cakap kott! kalau aku senyap & kurang bereaksi, orang ingat aku marah @ tak suka. I keliru you! Kasi lah aku rest kejap.
Lagi?
Aku fail bab menipu, tolong jangan minta tolong aku. Sah-sah akan kantoi. Aku kena berguru lagi.
Ada lagi...
Mmm.. aku tak suka bertanya, apa lagi nak meminta yakni membuat request. Biasanya aku mudah nak paham or imagine, so tak payah tanya. Aku suka berusaha sendiri, kalau tak der jalan lain sesangat baru aku tanya or minta orang tolong.
Kesimpulan?
Aku agak pelik. Fragile. Logik. Bendul. Serius. Dan apa2 lah. Whatevah!