Sunday 8 November 2020

Pantang Ada CL Day 9

Hari ni CL aku start lambat.. dalam jam 12 baru dia sampai. Hari ni aku request nak makan siakap goreng je. Petang kami ke Digi lagi uruskan line si Chemba sebab semalam tak selesai urusan port out. Since dia pakai nama aku time apply Celcom dulu makanya kenala dia angkut aku skali tuk sahkan termination. Abaikan fashion sense aku time pantang ni.. kelam kabut je tadi nak keluar. Malas nak tukar baju dan iron tudung πŸ˜›
Semalam oder aku dari famsymall.com sanpai. Aku oder barang tu si kecik dua orang tu. Salah satunya bedung yang ini selain beg yang custom made nama. 



Saturday 7 November 2020

Pantang Ada CL Day 8


Semalam prop tuk begambo dia ni sampai.. apa matcam.. cumil kan catterpillar hakak. Bukan senang nak capture gambar dia ni sebab dia senang terjaga dan tergezut.

Hari ni aku request CL nak makan ayam masak kicap.. nyammm.. petang tu kami keluar kejap tuk terminate line Celcom si Chemba dan transfer line ke Digi. Kat rumah aku line Celcom memang teruk betul. Bar banyak tapi nak loading website tak lepas apa lagi nak buka Youtube. Tengah menunggu urusan port out tu dapat wasap dari J&T. 

Kau tengok kuang hajar delivery company sekarang ni. Ini belum Pos Laju lagi kuang hajar. Dia call ko pun tidak kadang tu or call sekali je terus dia suh collect kat Pos Laju. Aku tunggu masa je nak complain kat J&T ni. Mentang-mentang sekarang ni orang semua pakai servis pos bukan main lagi perangai masing-masing. 

Friday 6 November 2020

Pantang Czer Day 15


Bangun tadi aku tengok nasi lebihan semalam masih ada lagi so aku pun goreng la tuk yang dua orang tu. Since aku masih berpantang makanya aku makan nasi kosong saja la nanti time lunch. Boleh je kalau nak makan tapi tah la selera time pantang ni lain maciam sikit. Tak de teringin sangat nak makan macam-macam. Bukan sebab takut pantang tapi tak lalu. Yang aku gilakan sekarang ni makan oren, biskut cream cracker dengan milo padahal kalau hari biasa harem la nak sentuh milo dengan cream crackers tu. Oren pun sama.. memang tak makan biasanya. 

So hari ni CL aku masak menu ikan. Ikan ikan ikan. Ikan pula ikan tenggiri dengan ikan siakap. Sayur pula lobak, broccoli dan cauliflower. Aku steady je.. aku rasa CL aku yang nak muntah masak benda sama setiap hari. Hahahaha. 


Tengah berurut tadi tiba-tiba si kakak bagitau ada nurse datang. Eh! Datang lagi rupanya.. ingatkan dah habis. Nurse tengok luka tadi elok je katanya. Alhamdulillah.. seram nak tengok sendiri actually. 

So far sakit tu kalau buat aktiviti seharian dah tak rasa sangat cuma cabaran nak bangkit dari katil tu masih ada. Time tu terasa la sengat-sengat kat perut tu. Kat tempat jahitan tak rasa apa tapi kat dalam.. cam perit sket tapi takde la sampai sakit sangat. So far batuk pun dah boleh macam biasa cuma kita la takut-takut.. kot-kot tebukak kang naya. Lagi satu cabaran nak bangun tidur. Badan macam kena hempas tu masih terasa walaupun dah kurang dari hari tu. Selalu aku jenis yang cergas, bangun pagi terus bangkit je tapi sekarang ni nak bangkit tu memang cabaran bukan sebab sakit je tapi mata dan badan cam tak bagi ko bangun tapi otak ko suruh bangun pegi tengok anak. 

Hari ni dah hari ke 15 kelahiran si kecik dan hari ke 14 aku amik suntikan Clexane. Makanya inilah hari terakhir nak suntik.. esok dah berakhir dah derita menyuntik. Walaupun dah 14 hari sakitnya masih sama hoi especially kalau ko tersalah pilih tempat nak suntik. 

Thursday 5 November 2020

Pantang Czer Day 14


Tengok si kecik tu bukan main hangin dia kena mandikan. Tapi lepas mandi ni dia boleh tidur sepanjang hari. Hari ni aku suh CL masak tengiri goreng masak kicap campur sayur mayur skali dalam tu. Dah masuk 6 hari ni memang masakan dia maintain sedap. 

Kalau ikut based on scan doktor, patut hari ni lah EDD si kecik 5 November 2020 tapi since aku diabetik so kena lahirkan @38 minggu. Kalau swasta ble la request bila nak lahir.. kalau dapat date 20.10.20 hari tu lawa juga. Ahaksss.. apa-apa pun yang penting semua selamat. Alhamdulillah...

Wednesday 4 November 2020

Pantang Czer Day 13


Hari ni si kecik macam meragam sikit. Biasanya kalau lepas mandi dia akan tidur sampai ke petang dan bangun untuk susu je. Tapi hari ni dia asyik merengek.. mungkin sakit perut agaknya. Petang tu lepas lap badan dia, sapukan minyak yuye baru nampak dia lega sikit. Pastu dia berak, tenang akhirnya. Kesian tengok bila dia duk nangis je sebab biasanya kalau pampers bersih dan dah susu dia akan diam-diam.

Monday 2 November 2020

Pantang Czer Day 11

Tadi si kecik mandi dulu so dia boleh terus g klinik dengan bapak eh. Lepas si kecik mandi baru aku berurut. Si kecik dengan bapak eh pegi berdua je sebab nak cek balik kuning dia naik atau tak. Lepas je siap CL masak aku terus makan. Menu hari ni sup sayur dengan ikan tenggiri goreng. Biasa aku suh CL tu tinggalkan dalam kuali je lepas masak. Nanti nak makan aku amik kemudian. Menu wajib aku oren tu.. sehari mesti aku kendurikan dua atau tiga bijik oren tu.. manis nak mampus.. mana tak sedap. 

Lepas lunch, tengah sedap-sedap goyang kaki tiba-tiba si chemba wasap susu dia tingal dan dorang masih tunggu nombor naik. Adoiiii.. karang sampai keras-keras badan tu si kecik tu kalau tak dapat susu dia. Makanya laju-laju la aku tukar baju dan sarung tudung then oder grab g klinik. Nasib baik la klinik tu dekat. 

Ada nampak muka mamme happi?!! 

Sunday 1 November 2020

Pantang Czer Day 10

Hari ni sama macam semalam juga, CL urut, mandikan baby dan masak. Hari ni aku minta CL masak sup ayam. Satu yang aku suka dia masak sedap. Si kecik lepas mandi tadi tidur lena betul. Bangun nak susu je lepas tu zzz balik.

Tengah urut tadi tiba-tiba nurse KK datang. Klinik kata  isnin nanti baru datang, alih-alih tercongok depan pintu awal pagi. Nurse tu kata dia cam ada kuning lagi sikit so esok kena pegi klinik lagi.. adodoiii.. takpe la janji kamu ok nak..

Saturday 31 October 2020

Pantang Czer Day 9

Hari ni CL aku start.. dalam jam 9 dia sampai tadi. Muda lagi orangnya.. dia bahasakan diri dia akak. Skali tengok aku tuha lagi.. ahaks. Ini perkhidmatan yang diberi hari ni..
  • Start jam 9 lebih
  • Urut badan, susu dan ikat rambut tinggi
  • Bersihkan luka
  • Pakai cream di perut dan kepala
  • Mandikan anak
  • Urut anak
  • Masak
  • Habis dalam jam 11 lebih
Aku amik pakej yang skali dengan masak untuk 14 hari dengan kos RM2430. Actually kalau amik pakej stay in pun harga sama. Kiranya sekali dia datang tu ko kena bayar dalam RM174 hengget la tuk 2 atau 3 jam untuk buat semua di atas. Worth it? To be frank agak expensive jugak la dengan masa dan servis yang diberi. Kalau tak kerana urut tu aku rasa aku cancel dah. Macam my sis amik yang stay in. Dapat la full day servise plus tolong jaga baby dan kemas rumah. Aku malas nak amik yang stay in ni sebab taknak ada stranger dirumah, tak selesa. Kalau mak jenis yang betul-betul nak rehat dan fokus pada pemulihan better amik yang stay in package. At least CL tu boleh jaga anak ko skali dan kemas rumah waktu siang dan malam je ko tengok anak ko. 

Untuk CL aku ni, tang menu yang nak dimasak depends pada apa aku nak makan. Hari ni aku nak makan ikan tenggiri so dia suggest masak kering campur sayur skali masak.. sedap jugak la. Lapar sangat tadi sampai lupa nak ambik gambar.

Friday 30 October 2020

Pantang Czer Day 8



Hari ni si kecik finally jumpa kawan dia, a.k.a sepupu dia. Sepupu dia ni lahir a month earlier dari dia, 24 Sep hari tu.. anak kepada adik aku. Siap bagi macam-macam hadiah lagi tuk si kecik. Tahun ni grandma dorang dapat 2 cucu lelaki malangnya tanah air gue dilanda cobit maka tak dapatlah jumpa. Silap-silap bebudak ni dah setahun dua kot baru dapat jumpa. 

Hari ni kami keluar ke klinik lagi. Tengok la macamana ibu-ibu sekarang ni nak rest.. hari-hari kena g klinik. Stress ok g klinik. Mana tak darah pun naik.. hohoii. Nasib baik bacaan kuning si kecik turun lagi ke 91. So doktor da discharge dia dari clinic visit. Isnin ni nurse akan datang lawat di rumah pula. Harap-harap hilang la si kuning tu sepenuhnya. 

Since kami keluar hari ni.. lunch beli di luar je la. Malam je baru si Chemba masak. Sepanjang aku pantang ni aku gila makan 3 benda which is biskut cream cracker, milo dengan oren. Ini menu wajib aku hari-hari tanpa gagal.. ahakss. Tengah pusing dekat kedai-kedai tu tadi sambil aku makan dalam keta (lapar oke!) tiba-tiba bunyi gedegangg. Bergegar la juga nasib tak kuat mana. Sial betul, kena langgar lagi. Masuk kali ni dah 3 kali keta kami kena langgar. Aku memang menyumpah sungguh dengan orang tu.. tak tahu khayal apa orang tu sampai langgar orang. Kalau aku tak sakit memang aku keluar sumpah dia kat situ juga. Kalau sorang takpe la.. ini dengan baby dan ibu baru czer ada dalam kereta. Nasib aku tak marah si Chemba sebab dia tenang sangat. Kalau ikut aku memang aku maki kat situ juga.

Masuk kali ni dah 3 kali kena langgar. All within 2 3 bulan ni. Hari tu masa drive dalam hujan mamat motor tergelincir dan rammed keta. Yang tu xde apa sangat, calar sikit. Pastu ada babi langgar masa parking dekat opis sampai terkeluar bumper. Yang sakit hati tu laki aku park tak menghalang lalu lintas, jalan pun tak sempit & ada banyak kereta parking dekat situ juga which is betul-betul depan opis. Udah nama depan opis op kos orang tak bawa keta laju-laju kan so memang takde sebab dia nak langgar keta kitaorang. Aku takkan redha dengan orang yang langgar tu selagi tak minta maaf.. aku doa moga tak berkat dan tak tenang kehidupan dia selagi tak minta maaf sebab keta kami memang sentiasa park around that area dan dia boleh je tinggal note etc. Seriously aku tak redha. Pastu tadi. Yang tu pun babi juga. 

Thursday 29 October 2020

Pantang Czer Day 7


Pagi ni dapat bangun lewat sebab tak payah pegi klinik. Lagi pula hari cuti umum so kita rilex. Hari ni aku baru start nak pakai pilis dan ikat rambut tinggi sikit.. ahaksss. Kalau ikut hari ni dah genap seminggu dah si kecik. Buat masa ni nama dia dah ada cuma belum finalize je lagi di JPN.

Wednesday 28 October 2020

Pantang Czer Day 6

Alhamdulillah turun lagi kuning si kecik ke 148 dan berat dia naik balik ke 3.01 kg. Since trend menurun, esok tak payah datang lagi.. jumaat je. Aku pula hari ni tekanan darah ok, tak payah sampai kena baring dah tuk ambik bacaan. Lepas tu kitaorang g tapau nasi ayam lagi. Tak tahu nak makan apa.. nasi ayam je lah.


See the face? Dari muka tu pun dah nampak kan kepenatan. U can wear makeup as tebal as you like tapi your eyes would not lie. Since berat aku naik 2.5kg je dari 1st buka buku merah.. aku rasa dah takde la kot berat yang aku boleh hilangkan lagi since si kecik pun dah 3 kilo dan plasentanya seberat 600g dah keluar.

Masa kat klinik tu nurse duk tanya.. penat ke?  Op kos la penat hoi. Tidur tak cukup.. semua kena buat sendiri. Tapi pandai buat anak pandai la bertanggungjawab kan. Pada aku, ok je dan kami boleh handle. At a time like this.. aku rasa badan penat tu still ok tapi yang kena jaga is the mind sebab we are in the most fragile state. Thank god juga PKPP ni.. tak payah nak deal dengan keluarga. It is good to have them around tapi sometimes tambah-tambah di masa macam ni i just want a piece of mind.. tak nak serabut dengan syor macam-macam & how to do that and this.  

Untuk malam ni si Chemba masak sup ikan.. hari ni sempat snap gambar.. selalu tak sempat sebab dah lapar sangat.. ahaksss

Tuesday 27 October 2020

Pantang Czer Day 5

Hari ni kena g klinik lagi.. alhamdulillah bacaan kuning si kecik turun ke 178 dari 214 semalam. Aku pula tekanan darah tinggi.. kena amik darah baring baru turun. So esok kenala datang lagi. 
Untuk tengahari kami tapau nasi ayam je dari kedai Dayang Sarawak. Aku makan nasi dengan lauk je op kos.. xberani la nak sentuh lada dengan kicap tu. Malam pula macam biasa la.. si chemba masak. Hari ni sama juga ikan siakap goreng kegemaran aku.

Luka jahitan ok cuma nak tidur masih tak selesa especially perut belah kanan. So kalau tidur either menelentang atau mengiring ke kiri je. Nak bangun dari katil masih challenging juga la. Tang luka tu tolerable la cuma yang tak tahan sekarang ni sakit belakang dan sakit badan. Terasa badan ni macam krna hempas ke lantai sakitnya especially bila bangun bagi. 

Hari ni aku start suntik sendiri clexane a.k.a ubat cair darah. Udah macam penagih! Masa jarum masuk tu tak sakit tapi bila ko tekan tuk masuk ubat tu yang sakit. Nak kata sakit sangat tu tidaklah tapi sakit hati.. hahaha. Sakit dia cam kena gigit semut api tapi diiringi dengan sakit hati πŸ˜›

Monday 26 October 2020

Pantang Czer Day 4

Pagi ni masing-masing bangun kepala weng. Tu pun nasib baik dapat tidur kejap. Nurse klinik kesihatan call bagitau suh datang klinik terus, dorang takkan datang kerumah. Si Chemba dah hangin dah.. dah la kena bawak aku skali sebab nak cek luka dan tekanan darah.

Mula-mula tu ingat nak pegi esok je tapi takut pula kuning si adik tinggi so kami pegi jugak la petang tu. Mak aku dah bising tak yah pegi la katanya. Aku actually ok je tapi takut la juga bergerak dan berjalan jauh-jauh kang terbuka pula segala jahitan cuma annoyed sebab ko dah la masih tak sihat, tak cukup rehat... lagi mau kena pegi klinik. At least esok ke.. tapi klinik tak bagi takut kuning tinggi. Sampai klinik dalam jam 3 dah lenggang dah.. tunggu satu nombor je terus masuk bilik homecare. Si kecik amik darah dan memang kuning dia agak tinggi dalam 214. Adoii.. jangan masuk wad sudah la.. yang aku pula bacaan darah tinggi dan bila aku bagitau ada lump tepi breast, esok kena la datang lagi. Doktor tu pesan kalau bacaan tinggi lebih 140 dan 90 since aku ibu yang dikategorikan as high risk.. cepat-cepat pegi PAC balik. Malam tu memang darah aku agak tinggi juga.. tapi aku tawakkal je la doa moga tak de apa sebab tak de pula rasa kepala ke, mata kabur ke.. semua biasa je. Yang aku risau sikit aku miss dose ubat cair darah.. hopefully all goes well..

Bila berpantang ada mak jaga lain dengan pantang sendiri. Masa mak ada, boleh kata ada perkara-perkara yang ko tak bother pun contohnya bila anak nak mandi, nanti nak makan apa, macamana nak cuci pusat anak.. sebab mak aku yang buat. Kali ni pantang sendiri so kami berbagi task.. mandi dan cuci pusat anak tu aku buat.. masak si chemba kena buat. Paling aku seram sedari dulu bab cuci pusat anak tapi alhamdulillah ok je. Dari awal lagi aku dah siapkan mental.. ye lah.. mak pun dah tua takkan ko masih nak susahkan mak sedangkan ko pun dah tua juga kan.. pandai-pandai la. 

Yang penting husband & wife kena support each other. Bukan si emak je penat, si ayah pun penat juga dalam keadaan macam ni.. so 
  • Support each other tu paling penting antara semuanya. 
  • Next kena plan.. barang apa perlu, susun atur rumah sebab semua dah tak sama macam sebelum ada baby. Make sure semua mudah di akses untuk memudahkan tugas laki bini. Tuk kali ni aku siapkan baby station guna barang sedia ada kt umah ni.. senang keja kami laki bini. Yang bekas tu semua dapat dari Eco..

  • Untuk baby mandi, aku beli tilam waterproof di Mother Care. Buat masa ni belum lagi rendam dia dalam air.. takat lap2 je dengan air suam. 
  • Tang cuci botol apa semua tu si Chemba settle. Dia beli set all in one Tomme Tippe yang ada streilizer, warmer, set botol dan accessories
  • Katil, kami beli yang katil baby saiz kecik sikit dari playpen. Senang nak move around the house. Mandi lap-lap pun boleh dalam tu. 
  • Co-sleeper dia kami beli yang 2-in-1di Shoppee.. ble jadi seat kalau dia besar sket esok dan boleh jadi tempat tidur. Yang ble jadi seat ni jenis foldable so kalau nak susukan baby guna botol ble tinggikan satu side.
  • Pakaian aku asingkan masuk kotak-kotak transparent supaya even si kakak pun senang nak cari. 
  • Makanan pantang kami beli serunding, bawang goreng dan halia goreng.. sedapppp buat campur makanan.
Inilah sedikit sebanyak persiapan kami untuk berpantang sendiri.. tang makan pandai-pandai la adjust dan make sure setiap hidangan tu lengkap ada sayur, buah, kabo dan protein. 

Sunday 25 October 2020

Baby In The Time Of Covid 19 Part 5

Macam semalam, lepas subuh time doktor amik si kecik untuk cek aku curi masa untuk mandi dan siapkan diri. Kalau ada waktu melawat at least boleh minta tolong si Chemba tengokkan si kecik sementara aku mandi tapi since PKPP ni takde waktu melawat kena pandai-pandai la cari masa.. kalau tak masak la berkulat badan ko πŸ˜› Lepas mandi si kecik pun dah ada di cubicle so boleh la terus susukan dia. Pagi ni dapat berita baik, si kecik dah tak payah duduk bawah lampu.. alhamdulillah. Kalau takde apa inshaAllah boleh discharge. 

Untuk discharge kena dapat clearence dari paeds dan PAC. Paeds dah clear tunggu PAC pula. Dan alhamdulillah juga condoition aku semua ok makanya kami dibenarkan untuk discharge hari ni lepas PAC sahkan maklumat aku pasal TIA dulu-dulu tu dengan Neuro Surgery.  Dari jam 11, dekat kol 6 jugak la baru dapat keluar. Tak tahu la apa yang lama sangat nak cek out. Memandangkan PKPP, akses dari PAC tak dibenarkan lalu makanya kena la detour jauh sikit sampai ke lobi pelawat naik kerusi roda. 

Sampai rumah, mula la kami bersilat. Si Chemba pun sibuk kena masak untuk aku. Hari menu dia nasi, siakap goreng, serunding ayam dengan bawang putih goreng. Kami beli siap- siap dari baby shop hari tu sebab dah memang prepare untuk keadaan macam sekarang ni. Nak suruh CL datang dah takut si kecik kuning dan kena worst case sampai masuk wad ke apa ke pulak.. so kami fikir settle si kecik dulu. 


Malam ni kiranya malam ke 4 la bagi aku lepas pembedahan. Nak tidor tu memang derita la juga especially masa nak bangkit. Cuba baring dan bangun dari katil, tinggi la pula. Minta si Chemba buang topper tilam pun sama juga. Last-last kami semua tidur di luar kecuali si kakak. Nasib baik juga la dah transfer ekon ke luar ni jadi tak la kami kepanasan malam ni. 

As expected, memang malam yang panjang bagi kami malam ni...

Saturday 24 October 2020

Baby In The Time Of Covid 19 Part 4

Pagi-pagi nurse ni dah buat aku sakit hati.. tgh susukan si kecik dia sibuk tanya aku ni kain apa ni yang jatuh dari katil ni... elok ke tak elok. Jangan la campak-campak. Aku kalau tak sakit ni memang aku rasa nak sound setepek je. Ko ingat aku ni gila or xde civilisation ke nak campak-campak merata.. op kos la jatuh dari katil. Aku ni sakit dan tak cergas, kau ingat aku mampu la nak berkemas-kemas sangat. Tah apa-apa tah! Pastu sibuk nak kemas katil padahal nampak si kecik tgh menyusu. Dah suh aku bangun, suh pula p susukan anak kat kerusi dengan langsir terbuka luas kiri kanan. Aku buat bodo je..  kang ada pula yang kena lempang ni sebab banyak nau arahan. 

Pastu doktor pead datang.. alahai si kecik kuning teruk. Maka tidur la dia di bawah lampu biru. Si kakak dulu sebab keluar ada 41+ week so dah matang. Tak pe lah sayang.. yang penting kamu sihat. Kesian kan..
Dia macam stress sikit hari ni. Semalam dia cool sebab  boleh tengok-tengok tapi hari ni mata dia tutup.. sampaikan nak menyusu pun tak nampak.. alahai anak. Hari ni aku mengantuk je sepanjang hari.. si kecik pula nak melekat saja. Kesian dia tak selesa. Perut pula sakitnya makin terasa compare to semalam tapi masih tolerable la cuma masa si kecik menyusu tu paling tak tahan. Dia punya sedut ya rabbi kuat sangat sampai nak menangis aku.. pastu contraction kuat. 

Tadi merasa la aku kena swab test. Kalau bersalin normal tak kena tapi kalau operate memang tak ble lari la. Ada 2 kali swab, satu kat idung satu kat tekak. Sakit ke? Tak de la sakit pun.. cuma tak selesa je. Tapi kalau kau meronta memang la sakit!

Friday 23 October 2020

Baby In The Time Of Covid 19 Part 3

Hari ni memang mabuk.. tdo je. Doktor kata jam 9 dia akan dudukkan aku. Kalau jam 9 tu kira 7 jam la post off. Tapi nurse datang dalam jam 11 cam tu. Mula-mula dia suh duduk.. pastu jalan g kerusi selangkah je depan tu. Ya rabbi tak pernah aku rasa sepening dan tak semampu ini. Nak jalan tu rasa kaki tak jejak tanah.. kepala berat macam ada tukul thor dan mamai jangan cakap la. Nurse tu ingat aku mengada agaknya sebab asyik pening je. Pagi tadi aku nampak semua benda bergerak turun.. kali ni semua benda naik atas plak. Aku kata aku gigil ni.. sejuk sangat menggigil ni. Last2 ada nurse lain suruh aku duduk je atas katil. Pastu dia suh aku tido balik.

Dalam jam 4 lebih pening masih kuat, tapi tak tahan aku berpeluh-peluh sampai doktor kena tolong lapkan. Doktor pun tak tahu nak buat apa sebab suhu, gula, tekananan darah, luka jahitan all normal tapi aku menggigil macam nak mati. Nak bercakap pun terketar-ketar. Selimut dah masuk 3 selimut hospital, jaket lagi dan tuala balut leher. Doktor siap call sana sini tanya bos dorang nak buat apa dengan aku. Dorang rule out either epidural failure atau nak demam. Aku punya gigil memang tak boleh bawak bincang sampai katil bergegar kuat. Aku duduk menyandar di katil dan pakai selimut, that is the best i can do for making me feel better masa tu. Aku suh laki aku standby je.. kot-kot nak mati ke aku ni. Gila ko tak ingat ko nak mati.. badan berpeluh-peluh dan sejuk namatey. Gigil dia memang kuat gila. Dalam 30 minit macam tu alhamdulillah dah tak gigil lagi. 

Rasa dah ok sikit aku bangun.. try jalan 2 3 langkah. Pening memang masih ada tapi better. Meniti slow-slow meraba dinding ke toilet sampai akhirnya berjaya berjalan ke bilik baby. Aku bukan apa, aku risaukan si kecik. Seharian tak jumpa anak yang baru je ko lahirkan, mesti la naluri keibuan ko lagi kuat dari segalanya kan. Tengok dia tido dalan sedu sedan, adui sedih betul rasa hati. 

Ini lah wajah si kecik.. memang tak ada rupa aku la nampaknya.. hahaha. Rambut tu je la memang satu-satunya yang baka si Chemba tak dapat nak kalahkan baka aku.. hahaha. He was born at 1.50am @3 kilos. Unnecessary czer.. tapi gara-gara doktor semalam tu hakak kena putung. Mula-mula nak menyumpah tapi thank god.. sebab kena putung one of my fibroid dah been removed so I should thank her instead or a slap πŸ€“

Malam tu dah ok sikit.. takde gigil tak de demam so dapatlah aku tdur dengan si comel malam ni.. alhamdulillah..



Baby In The Time Of Covid 19 Part 3

Hari ni memang mabuk.. tdo je. Doktor inform jam 9 dia akan dudukkan aku. Kalau jam 9 tu kira 7 jam la post off. Tapi nurse datang dalam jam 11. Mula-mula nurse suruh duduk.. lepas tu jalan g kerusi selangkah je depan tu. Ya rabbi tak pernah aku rasa sepening dan tak semampu ini. Serasa macam kaki tak jejak tanah.. kepala berat macam ada tukul thor dan mamai jangan cakap la. Nurse tu ingat aku mengada agaknya sebab asyik pening. Pagi tadi aku nampak semua benda bergerak turun dengan laju.. kali ni semua benda naik atas pula. Aku bagitau nurse tu aku sejuk sangat. Last2 ada nurse lain suruh aku duduk je atas katil & berselubung selimut. Pastu dia suh aku tido balik.

Dalam jam 4 lebih pening masih kuat, tapi yang tak tahan part aku berpeluh-peluh sampai doktor-doktor muda yang jenguk aku kena tolong lapkan. Dorang pun tak tahu nak buat apa sebab suhu, gula, tekananan darah, luka jahitan all normal tapi aku menggigil macam nak mati. Nak bercakap pun terketar-ketar. Selimut dah masuk 3 lapis selimut hospital, jaket tebal lagi dan tuala balut leher. Doktor siap call sana sini tanya bos dorang nak buat apa dengan aku. Dorang rule out either epidural failure atau nak demam. Aku punya gigil memang tak boleh bawak bincang sampai katil ikut bergegar kuat. Doktor yang tengah menulis report time tu pun terpaksa stop. The only position yang selesa cuma menyandar di kepala katil dan berselubung selimut, tapi aku punya sejuk sampai ke tulang mengalahkan p main salji. Aku suh laki aku standby je.. kot-kot nak mati ke aku ni. Gila ko tak ingat ko nak mati.. badan berpeluh-peluh tapi sejuk namatey. Dalam 40 minit macam tu alhamdulillah dah tak gigil lagi. 

Bila dah rasa macam kurang sikit aku bangun.. try jalan 2 3 langkah. Pening jangan cakaplah. Meniti la aku slow-slow meraba dinding sampi ke toilet.. dan akhirnya berjaya juga meniti sampai ke bilik baby. Aku bukan apa, aku risaukan si kecik. Seharian tak jumpa anak yang baru je ko lahirkan, mesti la naluri keibuan ko lagi kuat dari segalanya kan. Tengok dia tido dalan sedu sedan, adui sedih betul rasa hati.. tapi sebab ko pun masih lemah, mampu tengok saja la..

Ini lah wajah si kecik.. memang tak ada rupa aku la nampaknya.. hahaha. Rambut tu je la memang satu-satunya yang baka si Chemba tak dapat nak kalahkan baka aku.. hahaha. He was born at 1.50am @3 kilos. Unnecessary czer.. tapi gara-gara doktor semalam tu hakak kena putung. Mula-mula nak menyumpah tapi thank god.. sebab kena putung one of my fibroid dah been removed so I should thank her instead or a slap πŸ€“

Malam tu dah ok sikit.. takde gigil tak de demam so dapatlah aku tdur dengan si comel malam ni.. alhamdulillah..



Thursday 22 October 2020

Baby In The Time Of Covid 19 Part 2

Pagi ni dalam jam 5 or 5.30 pagi kena kena ambik bacaan CTG.. bukan sekejap.. lama la pulak lebih 40 minit kot. Pastu lepas solat kena cek bawah, pastu buat ctg balik, pastu cek bawah lagi. 2nd time ctg tu dalam jam 8.45 cam tu dan doktor insertkan foley cathether. Biasa benda alah ni guna tuk kes di urology tapi tuk labour pun ada. Benda ni consist of satu tiub dengan baloon. Baloon tu akan diisi dengan air saline rasanya. Kalau saiz bukaan dah 3cm or 4cm depends on berapa saiz baloon tu, dia akan jatuh sendiri. Ini la saiz benda alah tu.. houoiiii


Masa terkeluar tu aku ingat aku nak terberak, rupanya benda tu jatuh sendiri. Orang kata klau ko banyak jalan lebih cepat jatuh tapi time aku tu aku just tido je sebab nak qada tido semalam. Bangun-bangun g jamban, tu time la benda alah tu jatuh. Bila dah jatuh, doktor cek bukaan dah 3 ke 4cm tapi serviks masih tebal.. pastu dia bagi masa lagi 4 jam sampai jam 4. Kol 4 cek bukaan tetap 4cm. Doktor kata, saya nak hantar la awak ke labour room pastu dia pecahkan air ketubaan then terus hantar ke labour room. Maybe sebab katil tak penuh so terus tunggu je di LR No. 6 siap-siap. Sampai labour kena masukkan ubat berak. Mereput juga la dalam jamban kejap. Lepas tu kena pakaikan ctg dan cek bukaan.. sampai jam 8 masih 4cm.. doktor kata nak bagi chance sampai jam 12. Contraction masa tu masih tak kuat sangat tapi tak tahan bila yang seluk tu doktor lelaki.. dia seluk nak bukak jalan lagi la sengsara dibuatnya. Tadi dalam jam 7 lebih rasanya tiba-tiba alarm bunyi.. dorang semua kelam kabut.. aku tanya la apsal.. rupanya sebab tak jumpa bacaan jantung baby. Aku tak kisah aku, aku doa-doa je moga baby tak de apa masa tu. Sudahnya doktor terpaksa pasangkan alat yang detect reading jantung baby tu secara insertion.. maka ada la hose menyangkut keluar dari tut tut. Houoiiii. Kena seluk, kena drain kan air kencing dan kena masukkan alat nak detect jantung baby tu.. ko kira la berapa siksa oke jadi perempuan! Masa si kakak dulu kepala dia dah engage tapi si adik ni kepala dia masih tinggi so doktor tu kena seluk dalam lagi.. bayangkan le.. adoiii!!!

Jam 12 contraction dah makin kuat. Tang contraction tu aku boleh tahan lagi dengan teknik pernafasan.. yang tak tahan lenguh kaki pakai ctg sebab tak boleh gerak. Kalau menelentang 4 5 jam boleh tahan lagi tapi kena mengiring statik saja tu paling siksa. Bila doktor kata masih 4cm dan nak pantau sampai jam 2, aku dah nak surrender.. aku tanya doktor tak boleh ke terus operate je. Dia kata kejap je lagi 2 jam.. kita tunggu dulu ye. Dalam jam 1 cam tu, alam mesin bunyi.. then ada sorang doktor pompuan kerek masuk. Bersungguh2 dia suruh aku pakai mask dan teran. Balik-balik gak dia marah sebab aku tak pandai teran katanya. Pastu kata ini anak kedua kan.. tak ingat ke. Aku kata aku tak ingat la sebab dah lama 7 tahun. Teran punya teran.. nampak dah kepala baby tapi aku dah tak mampu nak proceed. Bayangkan doktor tu suruh ko teran dan bernafas dengan mask on! Bila aku cabut masi tu dia suh aku pakai balik. Ko gile ke apa.. kalau ko jalan-jalan kat kedai tak pela.. ini orang bersenam pun tak digalakkan pakai mask. Bayangkan ko nak curi nafas sambil tercungap-cungap meneran.. last2 fetal pun distressed terus dorang panggil si chemba masuk. Aku time tu da xde fikir apa. Actually dari mula nak bersalin tu aku memang xde fikir apa sangat. Pada aku 2 je yang ble terjadi.. either idup or mati.. so aku tak banyak fikir sangat sebab semua Allah dah tentukan.

Yang aku tahu masa kena pakaikan baju bedah tu aku menggigil gila-gila. Maybe sebab badan aku hypothermia ke apa ke. Bayangkan dekat 9 jam dalam bilik labour room yang panas. Udah berpeluh-peluh dan badan cool down, tiba-tiba ko kena hantar p tempat sejuk. Sepanjang aku dalam ot, aku menggigil makin kuat. Dos epidural aku tak tahu berapa banyak.. aku rasa 3 4 kali kot doktor tambah sebab masa aku kena potong tu memang terasa oke walaupun potong tak la besar mana pun. Dia tekan-tekan pun aku rasa.. apa lagi time dia nak tarik. Sakit juga hoiiii!! Ko tak de la rasa ketajaman pisau tu directly tapi ko rasa dia potong ko.. pastu masa tekan-tekan perut tu memang sakit. Mengerang-ngerang juga aku dibuatnya nasib doktor yang monitor epidural aku tu baik je. Selalu tanya aku ok ke, nak heater ke. Letak heater baru gigil ok. Sepanjang operate memang sedar.. dah sedut gas aku still steady tapi kaki dan perut dah mula tak rasa sangat. Time tu aku rasa bahu aku berat dan suara hampir tak dapat keluar sebab kesan bius kot. Kaki memang dah tak ble angkat langsung dah masa tu. Lepas baby keluar, doktor tunjuk dekat aku. Bagi kiss kejap dan tanya aku jantina apa. Sekilas aku tengok muka dia cam si Chemba esp tang hidung. Mula-mula menangis tapi bila dengar suara aku terus dia senyap. Lepas tu baby di bawa ke mana aku pun tak pasti. Then doktor tanya samada aku nak buang tak fibroid aku yang luar rahim tu so aku kata proceed saja la. Meaning ada satu lagi fibroid yang doktor tak usik.

Kesimpulannya sepanjang tu aku memang sedar sampai la aku balik wad unlike masa bersalin si kakak. Yang aku tau ada masa2 aku lost. Kejap je proses nak keluarkan baby, aku rasa 30 minit je kot or less sebab operation aku tu 2 in 1. Yang lama dalam ot sebab nak tunggu nurse wad amik keluar ke wad. Masa nak transfer wad tu gigil badan aku naik balik. Si chemba sempat jumpa kejap je. Aku sarung selimut tebal dan jaket then tdo terus. Masa tu dah 4 pagi rasanya.

Wednesday 21 October 2020

Baby In The Time Of Covid 19

Jam 1 patutnya aku register di wad tapi dalam jam 2.30 jugakla baru masuk wad 1B sebab masa sampai tu macam-macam hal pula. Ingatkan kena register di main counter kemasukan ke wad PPUKM rupanya tak payah dan boleh terus ke PAC. Yang jaga kaunter tu pun haremmm bukan nak bagi tau. Buek ponek den menunggu number. Pas g PAC, PAC suh g makan dulu sebab lunch dah edar. Makanya pegi la kami makan di cafe A&E. Lepas makan baru ke wad. Yang boleh naik direct dari bawah tu pesakit je, waris kena naik dari lobi utama.-

Sampai-sampai wad penuh so aku kena duduk sekejap di isolation room. Dekat jam 6 baru dapat pindah katil 6. Sampai-sampai tadi terus ambik bacaan gula, darah dan cek jalan. Masa cek jalan tu ya rabbi macam nak melayang nafas aku dibuatnya. Ganas gila doktor tu padahal pompuan. Dia cek baru ada 2cm so malam ni kena cek lagi sekali. Malam tu cek sama juga bukaan tak tambah.. so doktor kata esok pagi kita masuk baloon. 

Malam time nak tido aku tak boleh nak lelap langsung sebab baby-baby dalam wad ni semua pakat menangis beramai-ramai seanjang malam. Adoiii... macamana nak bersalini esok ni..

Monday 19 October 2020

Thursday 15 October 2020

Check-up 37 Week

Hari ni aku ada check up minggu ke 37 di Klinik Kesihatan. Rasanya ini check up terakhir aku la ni since minggu ke 38 aku akan dibersalinkan. As of hari ni  HB aku dah 12.2 which is the best la among all bacaan yang aku ambik sepanjang test during pregnancy kali ni. First time aku test 12.1@ 10 week then the reading kept going down sampai reach below 11 which is not good but still considered ok sebab dalam range 10.7 @week 30. I was prescribed another ubat by the doctor tuk bantu naikkan HB which is Ferum apart from taking Zincofer juga. Masa tu kalau membuang memang seram tengok najis ko warna itam due to iron intake. That is not the worst.. paling tak best it cause sembelit oke! Inilah rupa ubat itewww. Demi nak elak sembelit I selalu skip the ferum one and took zincoffer on alternate day. I introduced meat and kerang into my meal, maybe that also help increasing my HB i guess.



Masa 1st pregnancy i was prescribed with Obimin by the Klinik Kesihatan tapi kali ni Zinc Coffer. Nurse tu kata Zinc Coffer lagi better. Not sure la. Tapi my sis yang check up di Hospital Pusrawi still taking Obimin. Not sure which one is better tapi masa ambik Obimin tak de la experience sembelit tu. 

So as of hari ni berat aku cuma 2.6 kilo lebih berat daripada the first reading masa bukak buku merah @10 week, while berat baby da 3 kilo... meaningnya instead of gaining weight, i lost it oke. Masa 1st pregnancy dulu naik almost 12 kilo compare to berat si kakak @3.48 kilo. Aku kurang makan ke? Muntah teruk ke? Nope! That is not the case for me. I ate not so healthy and even lied about my sugar test. Yes! I lied. White lie I called it. Dont simply tiru oke! It is not good for you & baby. I dared do it sebab result scan on berat baby & saiz still in the right track apart from detail scan also nothing unusual detected. The thing the doctor fear the most when you are a GDM mother is baby besar which bahaya for proses kelahiran. So dont do it.

Monday 12 October 2020

Saturday 3 October 2020

35 Weeks


Inilah wajah hakak @35 weeks.. lagi 2 minggu lebih lagi nak bersalin ni. Compare to 1 st pregnancy, kali ni idung tak kembang. Yang ini pun idung belah kiri tu  bengkak sikit sebab sinus. Muka pun tak gebu gebas sebab preganancy tapi lebih kepada obesiti.. muhuhahaha. Kaki pun sama, tak gajah sangat.. bengkak light2. Aku rasa maybe sebab berat badan aku tak naik banyak masa preggy kali ni. Kalau ko memang da obese, masa preggy cuma boleh naik 5kg sahaja. Sekarang ni aku baru naik 3kg dengan baby last scan dah 2.2kg. Kalau masa si kakak dulu.. 12kg oke naik sampai full term.. mana tak semua pun kembang semangkuk.


Thursday 1 October 2020

Jom Laksa Lagi



Hari ni kami singgah Jom Laksa lagi.. kali ni try laksa, nasi goreng kampung baru special, roti ular dengan cendol aiskrim. Sodap ko? Kalau tanya aku memang sedap la rasanya. Laksa tu kuah dia kaw, nasi tu cukup rasa dan yang roti ular tu memang da jadi pevret si kecik. Laksa tu dalam RM10.90 kalau tak silap, yang nasi RM13.90..



Wednesday 30 September 2020

Jom Laksa

Dah berapa hari duk sebut nak singgah kat kedai Jom Laksa yang baru bukak belakang umah aku ni, baru hari ni berkesempatan. Time nak g kedai Jom Laksa tu, jenguk jap ke dalam kedai emas yang berdekatan dengan kedai tu.. astaga.. ramai orang. Orang sekarang ni dinner dengan amas ka macamana ka ?

Masa decide nak singgah kedai Jom Laksa tu cam 50-50 juga tadi. Sebab nama kedainya Jom Laksa, ingatkan deme jual laksa semata. Bila masuk baru la nampak ada macam-macam pilihan juga dari goreng2 ke roti ke roti canai ke laksa ke mee kari ke lauk pauk. Layanan pun ok, pelayan ramai, SOP terjaga so inshaAllah jadi port dinner la ni lepas ni.. tak yah susah- susah mencari makan sampai ke mall bagai kalau nak makan kat kedai berekon. Taula laki aku ngan si kecik tu bukan boleh makan kalau kedai takde aircond πŸ‘»

Kami terai mee kari original, roti ular, roti sardin, roti telur, roti bakar butter kaya dan peanut butter thick toast. Rasa? Terbaikkkkk! Yang unik roti ular tu.. roti apakah? Actually roti canai je tapi bentuk ular. Layan la juga. Rega? In term or rega memang ada mahal sikit tapi takde la nak kata mahal sangat.. lebih kurang harga kedai mamak macam Q-Bistro la juga. Daripada sapot mamak, kita sapot bisnes orang melayu lagi baik kan..





Tuesday 29 September 2020

Ariani Ariani


Amacam? Mengancam kan harga sebenar tudung Ariani ni. Kalau aku cakap aku punya koleksi shawl diamond cukup la tuk 44 hari berpantang dengan Ariani.. ko boleh kira la berapa hebat aku invest dekat Ariani.. muhuhahah.. tapi itu kalau kira harga asal ka. Aku tak pernah lagi la beli dengan harga asal.. gilos apo!!

Aku perasan strategi jualan Ariani ni dorang letak price tag banyak itu tapi harga jualan half price.. sale nanti half price lagi. So bagi aku yang memilih kualiti berbanding fashion, aku cuma akan beli time sale. Kalau yang utamakan fashion tu dorang tak lalu le pandang koleksi lama.. mesti mau yang baru keluar punya. Aku ni pula memang spesis tak amik port fashion or style apa yang tengah in at the moment.. asal murah dan menepati kualiti yang aku mau.. aku oke je. Tudunh 298? Memang gilos la kalau aku beli kan.. ahaksss. Dari beli selai tudung dengan rega itu baik le aku beli 3 lai baju kurung saiz xxxxl.. ahaksss. Pada aku actually memang worth sangat la beli Ariani sebab tudung tak jarang dan boleh pakai labuh.. patuh syariah. 

Saturday 26 September 2020

New Anak Fruit


Ini koleksi terbaru anak buah aku.. eh!eh! Macam anak patung pula acik panggil koleksi.. hahahaha. Masuk yang ini aku dah ada 6 anak buah belah aku dan 7 belah si Chemba. Belah aku yang adik beradik semua pompuan anak buah boy mendahului buat masa ni.. 4 vs 2.. belah si Chemba pula yang cuma ada sorang je adik beradik pompuan dikuasi oleh geng gegel. 

Si kecik ni lahir 24hb, baru hari ni acik dia berkesempatan nak pegi tengok. Sama macam acik nanti, mak dia ni pun kena induce 38 minggu sebab bacaan gula x cantek. Acik ada lagi 4 minggu nak keluarkan geng kamu.. tungguuuu oke

Friday 25 September 2020

Baby Boy Gantian

Tadi masa si kecik masuk keta muka masam mencuka.. aku tanya si Chemba apa hal lagi si kecik tu kali ni. Bapak eh kata dia menangis bila si Chemba cakap adik pada abang sepupu dia dah lahir. Astagaaaa... Anak aku ni benda lain dia tak kisah sangat tapi bab adik ni di sensitip. Masa tahu abang sepupu dia bakal dapat adik dulu pun dia nangis dan persoal kenapa dia takde adik. Kami suh le dia doa moga dapat adik.. alhamdulillah ada rezeki dia bila mamme pun disahkan pregnant a month later. 

Nak memujuk punya pasal terpaksa bawak g ToysRUs.. janji dengan dia tadi jangan beli yang mahal. Pilih punya pilih dia pilih yang ini... rega? RM100+ oke! Nasib baik bapak dia sudi nak bayar walaupun si emak ni yang berjanji pelsu πŸ‘» Huntunggglaa anak sorang.. kalau anak ramai mungkin toys kat kedai Eco je la yang kamu dapat nak oi 😝



Tuesday 22 September 2020

Check-up Baby @33 Weeks

Tadi aku ke klinik kesihatan untuk appointment jam 2. Sampai klinik dalam jam 2 stengah dan macam biasa la lepas dapat nombor kena pegi kencing. Menunggu nak jumpa misi tu tak lama mana pun tapi malangnya kena doktor pula so lama la urusannya sampai gini haa keadaan dalam klinik..

Kusung yawww!!! Masa ni dalam jam 4 cam tu. Aku rasa aku la last patient tuk hari ini so doktor tu siap scan perut aku walaupun xde dalam jadual nak scan. Berat baby dah 2.2 kilo. Sebabnya aku cakap si baby kurang bergerak hari ni. Baby memang aktif malam tapi at least before 4 tu usually dah selesai dah count to 10 movement dia. Kalau aku minum air sejuk or makan biasa dia aktif tapi hari ni xde. Aku tolak dan tepuk pun senyap je. Saspen la juga. Udah kebetulan doktor tanya maka aku voice out la concern aku skali kena refer HUKM daaaa...

Sampai HUKM naik grab, aku terus ke PAC. 1st kena amik tekanan darah then g kenching. Lepas kencing kena suruh bukak kain dan baring dekat treatment room tu. Pastu nurse pasangkan alat ctg untuk cek jantung baby dalam 20 minit. Kalau adik aku citer masa dia kena buat ctg dekat Pusrawi hari tu nurse tak bagi dia mengiring sampai dia rasa nak sesak nafas, yang aku pula macam-macam posisi nurse suruh aku baring. Agaknya tak dapat capture bacaan cantek kot. Nurse tu kata baby banyak sangat gerak. Amboi-amboi.. dengan mamme dia senyap je tapi bila g hospital bukan main lagi. Actually masa scan tadi pun dah rasa gerakan baby tapi time buat ctg rasa lagi kuat gerak. Bukan gerak semata, siap tendangan ala berzikir oke which is konsisten tendang tempat sama berpuluh kali beberapa minit tanpa letih.. memang itu la antara hobi dia since 4 bulan lebih. 

Masa tengah buat ctg tadi ada la budak2 training. Kalau ada budak training.. merasa la nak kena menjawab macam-macam soalan. Patutnya aku siap-siap bawak carta grafik history semua penyakit aku dan edar as handout pada bakal-bakal doktor ni supaya takde la aku letih nak menjawab soalan yang sama balik-balik. Balik umah ni aku kena buat la carta tu gamaknya tuk persediaan πŸ˜…

Sunday 20 September 2020

Cuti Melaka : Moh Le Pulang



Inilah view dari hotel.. so for those yang nak bertumpu untuk melancong di area ni, boleh la memilih untuk menginap di sini. 

Pagi ni pun kami check out hotel awal, dalam jam 10 lebih. Masing-masing kelaparan so pegi la kami mencari sarapan. 1st restaurants yang kami tuju kedai yang sama kami breakfast semalam. Sampai-sampai kedai da rasa happy sebab kedai kosong, ingatkan kami awal la skali brother kedai tu cakap maaf kak sarapan dah habis. Yang ada lunch je tapi nasi pula tak siap lagi. Whatttt!!! Dengan hampa kami menuju ke restoran kedua.. Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Bila tengok lauk pauk dia memang menyelerakan. Tengok pelayan pun ramai.. dalam thinking aku ini mesti efisen ni cam kedai mamak. Lauk pauk dan sayur dihidang siap-siap dalam pinggan so pelanggan boleh boleh pilih sendiri. Funny thing is, laki aku tanya ada telur goreng tak dekat one of pelayan dari yang ramai-ramai yang ada kat situ. Mamat tu kata, yang tu kena tanya dekat depan. Bila tanya dekat depan, minah kat depan tu pula kata takde telur goreng. Macam itu la kalau ke kedai makan orang melayu.. mengecewakan! 

Yang pelayan tu langsung takde usaha nak offer customer service. Apa la salah dia tolong tanyakan untuk pelanggan. Bukan kami minta steak or pasta ke.. kami minta telur goreng. Pemilik or manager kat restoran tu patut groom budak-budak ni macamana nak handle kalau customer request benda yang diluar 'kotak' or mungkin takde dalam menu. Bukan semua customer yang datang tu berkunjung ke kedai ko hari-hari, or pelanggan tetap. Some yang datang maybe outsider, tak familiar pun dengan restoran or menu dalam restoran ko tu. Kalau pegi McD of KFC minta gorengkan telur tu memang la pelik dan annoying sebab McD dan KFC memang ada di seluruh negara. Mustahil orang tak tahu apa menu yang dijual di sana unless 1st timer. Tapi kalau kedai makan biasa yang tak berangkai or tak ada franchise seluruh negara, jangan la ko expect orang tahu menu kat kedai ko tu kalau menu pun takde atas meja. Aku tak kisah kalau takde pun telur goreng sebab yelah, itu restoran bapak kau so suka hati kau la kan. Tapi customer service mamat dan minah yang melayan tu memang la out. Sekurang-kurangnya cakap la maaf kak, bang, telur goreng takde kat kedai ni. Ini tak, dijawabnya TAKDE je. Yang sorang tu pula langsung xde usaha. 

Aku mushkeel lagi satu perkara, kalau makanan customer amik dan bawa sendiri ke meja,  yang pelayan ramai-ramai tu buat apa. Some aku tengok bersidai dekat pintu masuk berborak & gelak-gelak, some berdiri-diri. Customer tanya pun suh customer yang pegi tanya sendiri dekat kaunter. Ate buat apa la ramai-ramai tu ea. Walaupun makanan dia agak sedap tapi I dont think la kami akan datang lagi ke sini.

Lepas makan kami terus chow chin chow balik KL. Akhirnya sampai sini.. 

Adoiii.. punya happy. Kat area rumah aku ni Klebang mari, Kelantan Terengganu mari, Sabah Sarawak mari.. semua inshaAllah ada la di sini. Durian pun tak de musim, sentiasa ada. Meriah mengalahkan pasar tani kalau yang kat gerai-gerai tu. Kalau kedai makan pun dah ada/ bakal ada yang baru dekat lot kedai yang baru naik sebla umah aku tu such as Jom Dimsum, Jom Laksa.. 2 ni belum bukak lagi. Ada Dayang Sarawak, Polpero, Marrybrown, My Kori dan beberapa lagi yang masih tengah renovation kedainya. Takat fast food bersusun KFC, Pizza Hut, Dominos, Burger King.. yang takde cuma McD je.. itu pun dalam lingkungan 5km ada 2 McD rasanya. Sorga makanan sungguh sebab tu kami gemuk tak hengat 😝


Saturday 19 September 2020

Cuti Melaka : Jalannnnnn Lagi

Pagi ni semua bangun awal untuk check out hotel. Yes.. bangun awal sebab nak check out hotel oke.. bukan pegi breakfast. Tadi masa turun lift pun ada gak manusia bangang nak berhimpit dalam lift semata-mata nak pegi berenang. Op kos la kena sound setepek juga oleh aku dan op kos la dorang spesis pekak. Ini spesis yang kalau kena cobit baru insaf kot ni.. mask pun tak pakai. Aku faham lift limited, orang ramai so lift asyik penuh. Tapi tulah aku heran juga.. boleh mati ke dorang dengan anak-anak tu kalau tak pegi terus je pool tu???? Mati ke??? Kalau let say boleh mati la if tak capai hajat nak ke pool tu, aku no komen la. Udah tahu lift tu asyik penuh, patut plan la turun awal.. breakfast awal. Orang islam kan bangun subuh.. kejut semua anak peranak tu bangunan makan sarapan dan pastu g pool. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.. no excuse! Sekarang ni masih PKP.. da masuk bulan ke berapa dah ni tapi masih ramai yang bangang.

Dalam jam 10 cam tu kot kami tinggalkan hotel untuk misi mencari sarapan dekat area hotel yang bakal kami duduk hari ni, The Explorer Hotel. SOP? Takat amik suhu dan check in tu memang ada tapi dalam restoran tu kerusi melekat wa sakap lu. Nasib masa kitaorang datang tu tak ramai mana. Kalau kat mall aku dah adukan dah.. kat tempat-tempat macam PD, Melaka nak adu kat penguatkuasa? Tok sah buang masa laaaaa

Habis makan kami mencari tempat lepak seterusnya pula sebab masih awal lagi. Last-last kami pilih melepak di area Porte De Santigo.. tahu ke kat mana? Kat A Famosa tu la.. Aku pun baru tahu itu nama kawasan tu 😝 halal la muka aku yang interframe dalam gambar tu ea.. xde pula gambar pemandangan semata.. 



Lepas sesi melepak, kami singgah makan cendol dan magi pula kat situ juga. Sedap juga cendol eskrem kat situ. Letih melepak, banyak masa lagi rupanya. Jadi kami melencong ke area Melaka Raya pula. Hari tu tak singgah ke area hotel Riviera tu.. so ini hari kita singgah la.

Since nak masuk zuhur dah.. kami ke Masjid Selat Melaka. Kalau hari tu pegi tak singgah solat.. kali ni ada alasan nak masuk tuk solat.. ahakss. Cari parking baek punya.. ngammm.. 

Ini kalau dapat shot time maghrib ni kompom lawa berabis. Si Chemba je singgah solat, aku tunggu dengan si kecik dalam keta sebab budak tak dibenarkan masuk. Guard tu kata masuk solat then terus keluar.. tak dibenarkan berkeliaran dalam tu. Lepas solat kami menuju ke hotel. Hotel ni berdepan dengan area Menara Taming Sari dan Dataran Pahlawan, sebla je dengan Mahkota Parade. Hotel jenis yang attach dengan lot kedai. Rasanya sebelum PKP macam mahal juga harga bilik dia. Kami dapat kali ni dengan harga RM70+ je semalam through Trip.com. Aku tengok kat Agoda harga dalam RM120 dari harga asal yang kena slash which is RM400+ untuk bilik Standard Twin Room.

Masa kami sampai hotel dalam jam 2.. jam 3 baru boleh cek in. Maka melepak la kami di dataran pahlawan. Semementara si Chemba mencari baju, aku ngan si kecik melepak dekat Secret Recepi je sebab dah tak mampu nak berjalan. Laki aku tu bawa baju ngam-ngam je.. macam tak tahu pula bini dia ni suka extend cuti πŸ‘» Yes.. ini hari tak masuk dalam plan asal

Lawa kan dorang hias plate kek tu. Aku tengok kedai-kedai makan kat Dataran Pahlwan tu memang meriah.. meja rapat dan penuh orang macam tak de kesah pun penjarakan. Secret Recepi ni je yang meja nya jarak jauh dari satu meja ke meja lain.



Lepas makan kami menyeberang jalan ke hotel. Biliknya kecik mengalahkan kecik bilik kat Tokyo nun. Nak solat memang kena solat atas katil. Kami ambik bilik Standard Twin Room, ada 2 katil single. Dalam tu takde fridge dan closet tapi disediakan tempat menggantung baju terbuka. Ada meja solek kecik. Pada aku ok la dengan harga yang aku bayar. Kat Melaka ada banyak hotel. Nasib baik dapat hotel proper dengan harga budget bawah RM100. Hotel ada pool pun boleh dapat dalam bawah RM80 macam Temasek Hotel, Casa Bonita Hotel. Apa-apa pun kena book awal je la. Sekarang ni hotel kat Melaka tak mahal sebab pelancong tak masuk. Market Melaka ni tourist rasanya unlike PD yang ramai local. Weekend pun masih banyak bilik kosong tapi kalau PD, kt Agoda tu aku cek mostly fully book hotelnya.