Blogging dari lrt station, hari pun masih gelap dan mata pula masih mengantuk. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tidur lagi tapi apa pilihan yang aku ada? Kalau bangun lewat, jam dah tunggu aku. Org pun makin ramai. Mahu tak mahu terpaksa pula aku keluarkan skill menghimpit nanti. Buat mereka yang kurang tahu, menghimpit adalah satu perbuatan yang tidak salah tapi sangat menjengkelkan.
At the moment aku tengah tunggu komuter pula. Things yang aku tak suka dengan komuter ni, jalan dah la slow, schedule pula selalu tak sharp. Aku sedar diri aku yang tak de kereta ni.
Tadi aku g melawat kedai gitar dekat mv.. dia ada offer lesson nak belajar main gitar. Oke juga, 4 or 5 classes per month @ 110 for beginner. Aku nyer problem main gitar ni bukan apa... sebab aku malas. Note susah jer aku tukar g note major.. pandaiii! Main keyboard pon samer... aku tak tahu pown note apa yang aku tekan... as long aku boleh nyanyi lagu tu... boleh la aku main lagu tu. Tapi yang paling aku suker buat ngan keyboard, set dia main piano & aku just change tempo & note2 dia to make it sound like i played it. Sometimes tu bukan guna fingerings, guna finger jek.. ha ha ha. kunun2 macam aku lah yang main sambil menyanyi... ha ha ha.. velly the terrer.. paling aku sooka sekali main lagu jewel sambil poyo poyo ah nyanyi... ha ha.
Tadi aku balik naik teksi gara2 komuter delay 30 minit. Aku dah kata komuter ni memang sengall! Aku tahan la satu teksi nih, tanya kalau g umah aku berapa hengget. Dia kata kena tambah 3 ringgit in addition to meter reading. Aku terus tutup pintu teksi. Hampeh! Hari tu aku terkena dah sekali, indian guy juga. Suka2 hati mak dorang jer! Pastu dia hon aku... bule la, tak yah tambah kata dia. Dia ingat aku ni gepren dia haper nak main pujuk2 ala2 Kuch Kuch Hotak Hei! Nasib aku oke jer.. dalam hati hangit gak la.
Aku call Dauz kol 7 lebey tadi... dia g KK sebab ada meeting & balik Rabu ni. Ibu plak balik KK khamis... yelok la tuh. Aku hampir2 gak nak dengki tapi aku pon balik gak 22 hb ni kannn. Dalam ramai2 kat opis nih, aku selesa ngan Daus nih selain ayah ngan adik... ibu jangan citer la... tanpa ibu manada anak dia... kann... ha ha ha. Ayah sebab dia dah khawin, pastu sebaya... dia matured yang kadang2 tak berapa nak matured. Dia dengan ibu memang satu kapal. Kalau dengan ayah & Dauz nih... aku tak kisah nak lepak ngan dorang samader ada keje, borak2 kosong or diam je.. bagi aku suasana tu tak kekok langsung. Kalau dekat tempat lama dulu tak yah cerita... memang smua ok.
Story pasal ni.. ari tu budak2 nih borak2 pasal jodoh ngan orang muda. Aku bagitau la... aku tak dapat terima la benda tuh. Dorang tak puas ati... apsel pulak aku tak setuju walhal Nabi Muhammad ngan Siti Khadijah ok jer... ha ha ha. Aku*1st aku bukan nabi, 2nd sebab aku takder adik lelaki. Aku suker sangat budak2 lelaki yang muda2 lagi nih.. kadang2 aku rasa dorang comel... benda bodoh pon terasa macam comel dan kadang2 memang bodoh la kann. Ha ha ha... Setiap kali tu aku rasa macam nak adik lelaki jer. Aku nak cari bf yang ramai adik lelaki lah... ha ha ha.
At the moment aku memang tak boleh terima benda tuh... tapi aku tak menolak takdir, siapa yang tahu aturan Tuhan. Sebab tu dalam hidup kena sederhana je... jangan terlalu suka atau terlalu benci. Paly duk kenen aku ngan adik... budak ini.. berbuih dah mulut aku pesan dekat dia supaya dia buat benda lain yang lebih berpekdah. Tapi manusia ni memang macam ni lah... bagi aku, biarkan saja.. anggap jer as hiburan telinga. Sekarang aku dah gain attitude baru... aku dah belajar tuk tak payah nak bother explain apa2 dekat orang. Keep them wondering if they want to make themself wonder.. none of my business.. wah! kasar nih.. hehe .. Aku? kasar? Mmm.. aku tak kasar... agresif ye! You chop me, I divide u into two... dare ah? ha ha ha
Layan lagu Aizat. Hello! Bila masa aku minat Aizat? suka hati aku lah.