Sunday, 10 May 2009

Oh! Ibuku

Hari ini aku buat apa?

1. Bangun. Petik Gitar. Tekan keyboard.
2. Call mama. Wish Selamat Hari Ibu.
3. Gosok gigi. Masak air. Minum nescafe. Makan kerepek pisang.
4. Petik Gitar. Nyanyi. Tekan keyboard. Nyanyi.
5. Pakai baju lawa. Keluar beli makan tengahari.
6. Makan nasi. Makan ayam goreng. Kuah kari. Nescafe.
7. Layan facebook. Buka email. Bosan.

Semalam Dauz sms aku just tuk bagitau dia g Red Box. Ha ha. Pergi juga dia akhirnya. Melepas tekanan diri katanya. Apa dia ingat aku ini tak tertekan? Ha ha... memang tak pun. Aku payah nak tertekan ni. Hal-hal atau benda yang menyebabkan aku letih nak fikir atau layan, aku tinggalkan saja. Ulang lagi sekali. Aku tinggalkan saja!

Aku dah pasang tikar dekat bilik aku ni. Oh! Aku sangat suka sebab tak nampak rambut yang berguguran. Aku nak simpan rambut panjang aku ni. Sayang nak potong.

Semalam lepak ngan kakak dekat bilik aku tengok cerekarama Restu Mentua. Aku rasa, sepanjang dekat 5 tahun dekat Labuan dulu, aku pernah tengok dua tiga kali je cerekarama ni. Tapi dekat sini, baru dekat 4 bulan aku dah tengok berapa kali dah. Kalau kakak aku ni tak balik kampung, inilah aktiviti kitaorang. Kalau dia takder, tak de nye aku nak bersungguh tengok. Tengok dalam bilik ada tilam... tu yang best.

Kelakar aku tengok cerita Restu mentua ni. Sengal kalau dapat mak mertua macam ni,semua serba tak kena. Tapi sebab mak mertua dia ni single mother so aku rasa aku boleh faham la kot kenapa dia boleh jadi macamni. Selama ni dia sorang2 jer yang jaga anak2, anak tu lah harapan dan kekuatan dia. Kalau aku jadi single mother pun, rasanya aku "jeles" juga kalau anak aku khawin. Jeles in terms of takut perhatian dia dah beralih dan dah tak macam sebelum2 tu. Tambah lagi husband tak de & besarkan anak tu sorang2..mesti perasaan dia tu lain dari ibu yang masih punya suami. Jadi macam mak aku la senang, tak de mentua. Ha ha ha.

Semalam baru aku tahu, lepas suami, isteri kena utamakan ibu bapa suami dulu dari ibu bapa sendiri... mmm...

Bagi aku la, kalau bercerai dengan suami pun, selagi anak2 tu si isteri yang jaga.. si isteri pasti survive sebab anak-anak tu jadi tonggak kekuatan dia, kecuali la mak2 yang tak sedar diri ni & meletak kepentingan diri dia lebih dari anak2. Ada juga mak yang macam ni. Perempuan ni kan memang unpredictable!

Hari ni hari ibu. Aku dah call mak aku tadi. Aku rasa amat beruntung sebab aku masih ada kedua-duanya. Walaupun mak aku memang tak boleh dijadikan best friend sebab dia suka terkejut bila dengar things yang dia tak expect & ayah aku pula jenis garang ngan anak2, tapi dorang berdua nilah perkara terbaik yang aku ada dalam hidup, selain anak aku pula satu hari nanti. Walaupun nasihat mak aku selalu tak masuk dalam kepala & nasihat ayah pula macam pedang yang menikam jantung aku.. dan walaupun ada kalanya cara mereka menunjukkan kasih sayang tidak dapat diterima oleh akal aku, aku adalah anak yang sangat bertuah kerana mereka ibu bapa aku.