Sunday, 17 May 2009

Mid Valley The Gardens

Khabar angin yang bertiup kencang tentang perpindahan pejabat membuatkan aku juga tergolong di antara mereka yang berasa sedih meninggalkan Mid Valley. Kombinasi 430 buah kedai di Mid Valley megamall dan The Gardens sudah cukup untuk menzahirkan betapa tempat ini bagaikan syurga membeli belah. Sekadar menyatakan adanya pasaraya besar seperti Isetan, Carrefour, Jusco dan Metrojaya sememangnya tiada yang perlu disangkal lagi.

Khabar angin menyatakan destinasi perpindahaan adalah ke kawasan Ampang, ada juga yang menyatakan di Jalan Tun Razak. Semuanya masih samar lagi. Dalam pada khabar angin yang bertiup, rombakan juga akan dilaksanakan di tingkat 26 untuk membolehkan unit lain menduduki tingkat ini. Ah! tunggu saja saatnya tiba.

Apa yang mahu aku lakukan di hari ahad ini? Mahu menuju keluar, matahari menyakitkan kulitku. Terlebih tidur juga membuatkan kepala ku pening. Mahu bermain alat muzik, mood muzikal tidak menjiwai aku di saat ini.