Thursday, 30 April 2009

Sengal

Malasnyaaaa... tengah membaca buku ni sambil tengok American Idol... hari ni tak banyak aktiviti sangat... tadi g meeting ngan ibu dekat hq. Punya la bosan... mesti ibu nyesal ikut aku.. ha ha... ampun bu!

Kebetulan kitaorang memang nak pegi BEM.. before tu pegi tebalkan muka minta inginiur disiplin lain tulung sahkan sijil... before ni susahnya aku nak g cari ir2 ni... Time belajar dulu tak hirau sangat nak register ni... tapi kalau sekarang ni aku tak daftar... haa... malu kerajaan Malaysia hire orang cam aku.

Lepas dari BEM.. pegi meeting yang bosan tu... pastu melawat Sogo yang bosan juga tu. Yang paling aku suka dekat Sogo cuma uncle india yang jual muruku dekat bawah tu jer.. hu hu. Lega sangat rasanya hari ni.. BEM registration, laporan tahunan & claim p PD hari tu dah settle... tinggal borang tapisan keselamatan je la lagi.

Kat tv ni... aku macam berkenan plak tengok [Adam Lambert... tapi Jamie Foxx ni memang macam emsem la... kadang2 suker gak tengok orang yang kunun mcm emsem ni... tapi kadang yang over tu annoying plak. Pastu nampak Tomok plak.. bagi la Tomok menang... sengal aku tengok yang pompuan tu...

Wednesday, 29 April 2009

Gadis what?

Semalam aku rasa letih yang amat sangat... Lepas maghrib aku terus tido... nasib aku tak tido pakai telekung... baknya hosmate aku bukak pintu... silap2 ada yang pengsan tengok aku putih jer... ha ha ha... Pastu isyak aku kol 5 pagi... aaa... jangan tiru! Ustaz tak penah ajar kat skolah ni tau.

Senin tu aku pakai sopan jer... ala2 innocent aku tu lah.. ngan baju kurung, tudung bawal yang tutup dada + spek pink kesayangan aku tu (sayangla sebab belum calar kannn)... budak2 kater aku ala2 awek soleha... ha ha ha... pooodahhh! Nak dijadikan jugakcerita, pasal TA aku... incik ni baya2 ayah aku ni... rindu ayah plak.. chet! Tengah2 aku menyuap meehoon... tiba2 dia dtg dekat aku kat food court tu & kater *can you maintain this type of dressing... aku*haaa (sambil poyo & tersipu2 -kunun)

Sebenarnya biasa je pon... sebab dorang ni tak biasa tengok aku dressing mcm ni je. Tadi ader taklimat dari mitsubishi... time beratur nak amik makanan... Fad kater kat ibu*aku ketuk ko karang, nanti ko bertambah pendek.. Aku*ko berani tak ketuk kepala aku Fad... Ibu*ah la Fad... ko berani tak ketuk kepala dia.. asyik aku je kena.. Daus*E*#3# pompuan suci... dia tak berani nak buat dekat perempuan2 suci ni... Aku*haaaaaaaaa? kunun aku ni ala2 gadis2 ayu la maksud dorang tu... pelizzzzz! Tak pernah la selama 28 tahun aku hidup ni aku dengar orang kata macam ni dekat aku... ha ha ha... Tapi mungkin aku dah tak macam dulu kot... da tuha... hehe... tapi rasanya aku memang macam ni aper. Aku memang baik ngan budak pompuan tapi ngan budak lelaki aku jahat... he he.

3 Mei ni aku akan disahkan memiliki usia 28 tahun... tua dah... aiyoookkk! kaciannn deh loh...

Monday, 27 April 2009

Aku sooookaaaaaaa

Letih semalam masih terasa hari ni. Dari pagi aku dah kelam kabut nak settlekan report yang aku tak sedar rupa2nya nak kena submit hari ni. Meeting dekat hq pukul 9.30. Bos aku nampak aku kelam kabut siap gelakkan aku & pesan dekat member ni jangan kacau aku... chet!

Aku ajak ibu temankan aku. Dalam pukul 10 kitaorang turun le nak pegi tahan teksi konon. Baru jer nak melangkah kuar dari mv, Yati call bagitau meeting dah habis. Laaaa... buang masa dan tenaga jer la. Khamis ni nak kena submit yang final kononnya. Aku nak kata aku pemarah niee... tapi tak sampai hati aku nak marah pula. Diorang ni ingat orang teknikal ni banyak masa ke nak layan dorang. Panggil meeting jauh2... tapi bukan meeting. Sekadar nak submit benda tuh, elok panggil despatch jer (bak kata Yati)! Ni yang aku geghamm nih.

Dah tak jadi nak pegi.. aku dengan ibu tukar plan pula. Malas rasanya nak naik... kitaorang decide nak rest awal la.. so kol 12 nanti tak yah la kitaorang turun. Pegila makan dekat mcD.. pas tu pegi round2 dekat bawah kejap tengok cd.

Hari ni connection dekat ofis dah block fb, mb dan seangkatan dengannya.. hari tu aku dapt gak la menembusi api-dinding tapi hari ni dah block terus.. Yang aku bengang... even website yang ble tulung aku translate report pun dorang block. Block la... aku macam tak boleh guna digi data aku... ha ha.. full bar tu dekat opis. Even tak la selaju mana... boleh juga la kalau takat nak download lagu tu.

Sunday, 26 April 2009

L.E.T.I.H

Penatnya... semalam aku dah sungguh2 berjalan dengan adik dan hosmate dia pegi Alamanda tengok citer Cop Mall.. oke juga la cerita tu... cerita lawak.

Dah nak balik tu... adik tanya, nak pegi Danau Kota tak... since hosmate dia tu tau jalan nak pegi... bole la pegi. Call kakak aku dekat umah...tanya kot2 dia nak ikut tak. Before pegi tu... singgah ambil dia dulu. Danau kota ni besar lagi la dari downtown... Dapat la long dress sehelai.. sesshii you! .. aku kan memang hantu dress. Balik tu ntah pukul berapa dah... singgah makan dekat gerai mamak dekat area umah sambil tengok bola. Aku dah mengantuk gila time tu. Dari pagi aku dah sungguh2 mop lantai... laundry day aku kan hari ni... aku basuh dengan tangan jer baju2 aku sebab dalam mesin tu kakak aku rendam baju.

Tadi tengah sedap2 aku tido, kakak aku panggil ajak g Midvalley pula. Adoiii... letihnya aku. Malam ni sure tido awal.

Saturday, 25 April 2009

SKALA

Jam dah pukul berapa ni tapi mata tanak juga tutup. Takpela... besok pun tak kerja. Luckily bilik aku sangat gelap... matahari tak masuk langsung. Pukul 12 tengahari pun still rasa macam kol 12 malam tu... Oh! Sungguh gumbira.

Lepak2 dekat ruang tamu ni sorang sambil layan website SKALA... owhh... aku dihantui SKALA. Punyalah teruk aku cuma dapat marah 3/15 jer time first quiz. Apala bijak sangat aku nih... hu hu. Final quiz dapat 10/15... oke la. Masih kategori be***** la juga pon. Sampai ke malam pon aku menghantukan diri aku pasal hal opis. Aku patut keje malam gak macam member aku sorang tu. Sejuk lagi tenang... konpem mengantuk la yang aku tahu. Tau je la aku ni jenis yang pantang nampak langit gelap jer... sibuk la fikir tang tido... apala nak jadik.

Layan kuliah agama dekat TV 1 rasa macam insaf plak.. hu hu. Bicara mufti nih.. jangan main2. Alamak... baru nak insaf... dah habis pulak dah. Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Patut tadi aku confirm je dekat adik time dia ajak g downtown.

Besok adik ajak g Alamanda... tengok wayang. G tempat lain sure sesak gila time hujung minggu ni. Rasa-rasa aku la... macam tak jadi juga ni kalau gini gayanya. Keje aku nak buat translation laporan tahunan pon tak siap lagi. Aku dah la buat version BM... ni nak translate g BI lagi... PTD ni memang sengal. Aku suh bos aku check... dia awal2 dah pening. Adoiii...

Aku nak bawa keta datang sini... korek2 dari my mom... kalau aku nak bawa keta datang...my dad kata nak sponsor. Itu suda bagus! Dalam keadaan aku yang haru biru macam ni nih... cukup-cukup makan je lah. Tapi sebenarnya elok kerja dengan swasta dulu before masuk government bagi aku... benefits? masuk gomen pas dah keje swasta beberapa tahun kay!

Keja macam aku ni kena hati-hati. We are exposed to so many things yang bahaya.. sebab 2 dapat elaun kritikal kot.. hu hu. Itu belum terms kawan2 & orang2 yang nak rapat sebab ingat kita boleh bagi dia projek. Tang ni yang aku malas. Parasite! Dulu time dekat tempat lama... ada juga la yang approach aku konon2 aku boleh la tolong.. sorry geng... salah orang.

Da dekat pukul 3 setengah ni... kalau macam ni gaya... confirm la aku tak bangun nak tengok cerita fevret aku kol 9 pagi. Telinga pun rasa macam pekak semacam ni... apa pasal pula. Ni mesti gara2 badan nak minta bawak g tidur ni.... g tido lah.

Friday, 24 April 2009

My course is continued again today. Thank god our lecturer ni in rushed to finish the syllabus.. kalau tak mau aku kecik hati. Tadi aku pegi Sogo dengan sorang member... hari mari membuli member lelaki.. ha ha ha. Nasib la member ni sporting teman aku pilih baju kurung even dia non-muslim..

Aku sampai rumah dalam jam 5... terasa letih tapi macam nak pegi tengok wayang nih. Sms adik... adik ader program pula malam nih. Dia balik keje, sms aku ajak makan dekat depan... Nasiblah beberapa langkah jer da sampai. Adik tak cam aku sebab aku pakai tudung biasa ngan spek pink aku tu... hua hua. Hari tu adik tak der... so dia tak pernah nampak langsung la aku pakai macam ni. Tapi hari ni aku improve sket la ngan jubah sesshi... he he he.. Ibu kalau nampak mesti kutuk aku...

Speaking about ibu, dia pun ada kursus juga dekat Cheras. Dia call time lunch. Dari suara dia yang ala2 tak bermaya tu, membuatkan aku seolah2 terasa akan bosannya dia. Aku apa lagi... bagi api2 dengki la sebab aku dekat Sogo time tu.. padahal aku bukannya suka sangat dengan Sogo pun. Sesak sangat... esp time offer.. Takpelah... aku bayar lebih sikit pun tak pe dari bersesak2 dan berserabut. Lebih banyak... tak payah beli langsung la jawabnya.

Thursday, 23 April 2009

Mood

Mood aku dah beransur elok. Semalam aku rasa sangat2 lah takder mood. Adik kata dekat aku... jum g tengok wayang la... owahhh... tak de mood. Aku ajak dia pegi Melaka hujung minggu... banyak pula soal budak ni macam polis. Malam tu dia ajak aku g makan sebab dia tahu aku jiwa kacau. Aku sungguh la takde mood.. Pukul 8 lebih aku dah tidor.

Hari ni aku ada kursus dekat hq. Nak kata bosan, seronok juga... nak kata seronok... bosan pula.

Laparnya aku tengahari tadi... kursus tu punyalah pack. Lepas tu yang kelakar... sebab aku tiga orang... then time nak kena tukar2 data antara tiga orang ni yang confusing sikit. Kalau dua orang je tak de hal. Tadi group aku 3 orang... aku sorang pompuan. Balik2 ada problem sebab kitaorang bertiga dah bengong & confuse sapa buat kerja sapa. Data tu kena pass2 among us... tu yang pening tu. Yang sorang tu sebaya aku... punya la comel, comel gila... kecik je.. muka pula muka yang suci jek.. ahahah... Advantage orang kecik ni nampak muda jer kan.. tapi kalau comel la... kalau tak comel, tak de maknanya..

Besok ada kursus lagi... huaaaarrrghh...

Tuesday, 21 April 2009

Pantun 4 kerat vs cili padi

Hari ni food journey aku, ibu dan ayah bersambung. Kalau semalam dekat Tony Romas... hari ni pula dekat Italianese... Mmm.. Selain Chilis... Italianese ni pon aku tak berapa berkenan. Aku rasa better lagi Chillis kot... As for Tony Romas... yang ni recommended.

Order pasta... as usual la aku memang suka fetucinni type... spaghetti second choice while macaroni aku tak berapa minat sangat... then gravy of course la bolognese. Aku terasa hampa jugala dengan taste dia... aku rasa sedap lagi dekat pizza hut... pizza hut ni yang aku sengal sometimes taste dia pandai berubah. Tapi kalau aku terkenang Little Italy... memang kecur la air liur aku. Kenapalah dorang buka dekat kk jer... buka la dekat KL... pls! pls! pls!

Aku keluar ofis sharp jam 4.30. Turun beberapa tingkat... ada lah dalam 6 or 7 orang masuk... semuanya lelaki & aku sorang la pompuan dalam tu. Dalam ramai2... ada sorang inchik ni.. memang aku kenal la & since dia pun orang atasan juga.. Tiba2 inchik tu kata... korang nak request lagu Matahari... aku ada penyanyi ni datang dari Sabah sambil gelak2. Oooo.. kata aku tu! Memang dia nak kata dekat aku tapi buat2 bodo mcm aku takder dalam tu & tak langsung pandang dekat aku ni. Pastu siap perli sambil berpesan lain kali kalau nak buat jahat, jangan buat jahat sekali ngan bos sbb nanti semua orang tahu... tu tak pe lagi, kalau keluar pantun perli macam dekat lift ni kan naya... sambil gelak2... Dalam lift tu ada pantun menyindir orang2 yang tak pegi semayang jumaat... ha ha ha. Aku patut publish pantun tu...

Masak lemak cili padi...
Siapa tak makan terasa rugi...
Bas untuk pergi sembahyang jumaat dah disediakan...
Nak apa lagi..

Lebih kurang la... ha ha ha

Chet! Bila da nak dekat sampai destinasi dorang... inchik tu*Eh! awak* Konon buat2 baru perasan aku... Aku*sabar jer la (dalam hati jer tapi)*

Monday, 20 April 2009

THE CLIMB

Hari ini hari yang paling sunyi dalam hati aku. Disebalik tawa dan keriangan yang terpancar dari wajah, aku merasakan satu ruang isolasi terbina dalam hati. Aku sebenarnya kurang mengerti apa yang berlaku di dalam ruangan itu, namun kesunyian itu membuatkan aku berasa selesa.

Memikirkan tentang aku dan kehidupan, terasa kerdilnya diri ini di sisi penciptaku. Segala apa yang pernah aku bayangkan seolah-oleh terbuka jalan menuju kearahnya satu demi satu setelah aku kehilangan sesuatu yang sungguh aku mahukan dalam hidup ini. Dan memang lumrahku sebagai insan biasa, aku hanya mengingini segala yang aku inginkan, tetapi aku lupa penciptaku lebih tahu apa yang terbaik buat aku.

Aku belajar untuk menimbang dan menerima...Aku juga mula memahami tangisan itu seolah-olah air yang menyucikan hati... Aku menyedari bahawa kesunyian itu hanya satu ilusi.... Dan keriuhan itu bermakna sunyi...
******* ******* ******** ******** *********
I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Somebody's you're going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

THE CLIMB - Miley Cyrus


Saturday, 18 April 2009

Satur Day

Saturday datang lagi... tapi kali ni datang dengan mood malas. Even so... hari ni masih hari laundry sedunia. Kakak aku sorang da balik kampung semalam while lagi sorang pegi PD. Yang tinggal of course la aku sorang.

Malasnya nak keluar. Weather pula macam seswai jer untuk tidur. Layan movie lagi best. Leng not chai dekat kedai tu dvd tu pun da kenal aku dah... aku kan memang pandai berkawan baik ngan orang2 dekat kedai... ha ha ha. Undiscovered talent..

Sejak dua tiga menjak ni... rindu aku pada kereta macam membuak2 jer. Aku macam nak g beli kereta baru jer gara2 da tak sanggup nak naik komuter & lrt. Nak arrange keta aku datang... mau2 sebulan dua kot... nak urus tu pun lepas juga duit deposit kereta baru. Tapi aku sayang kereta tu... esp tang plat dia. Boleh nak tukar... tapi nak urus tu aku malas.. bayar bill pun aku pakai online... atm pun aku benci nak pegi..

Friday, 17 April 2009

Paly dan E71

Hari ni hari aku kemas ofis... bos aku dari hari tu duk hint2 suh aku ngan ibu tengok2 kan opis yang bersepah ni... keje aku nak translate report tu sah2 tak siap lagi... tapi aku saja nak buat bodo. dari pagi aku rasa macam tak selera.. padanla... hujung bulan upernya.

Tadi aku dapat komputer... komputer tu komputer projek ayah tapi meja ayah memang dah ada komputer kann... so aku amik la.

Tadi aku lepak2 dengan Dauz dekat meja aku. Dia kata dia nak beli hanpon nokia yang E71 tu. Aku bukak lah lelong nak tengok gambar hanpon tu sambil survey harga... Mentang2 wide screen... besar la gambar hanpon tu kann.. Lama gak sembang2... Paly join kitaorang. Tiba2 budak ini tekan2 screen komputer aku konon2 dia tekan keypad handpon tu... aku tau la gambar dia besar... tapi yang aku muskeel... aku ngan Dauz siket punya lama tengok gambar tu tak pernah terfikir nak tekan2 macam yang dia buat... punya la kitaorang gelak sampai nak sakit perut bila aku persoalkan benda tu & Dauz respond dengan kata Paly spastik... ha ha ha ha ha.... Paly pun gelak... budak ini memang sangat kelakar... Time aku tulis entry ni pun aku masih boleh tergelak..

Dia story... bos suh dia buat perangai gila dekat opis baru nanti sepaya dorang nyesal hire dia, & pulangkan dia balik dekat cawangan kitaorang. Bos aku ni pun kadang2 lawak. Dauz plak suggest kat Paly *Time kat tempat baru nanti, ko slalu la main air macam orang sewel supaya tercapai hasrat ko nak bagi orang2 dekat ofis baru ingat, memang ada wayar putus dalam kepala ko*... ha ha ha.

Paly ni dah minta tangguh la nak daftar dekat opis baru dia. Yang kelakar... dia da awal2 usha awek2 dekat sana... dia kata kat sana raaamaaii awek... Awek yang dia dok usha dekat sini kata dia sekadar ranking No 20 jer kalau dekat sana... Suka ko lah dik! Tadi adik tanya dia... ko kan nak pegi dah... nanti ko tak rindu ker awek yang dekat sini...sambil gelak2.. tiba2 ayah sound aku... oi! dorang kata dekat ko la tuh! Laaa... apsal aku lembab sangat... dorang siap gelakkan aku... ha ha. Mentang2 lah aku ngan ibu jer dua orang pompuan dekat unit kitaorang kannn... Kalau time dekat Labuan dulu...aku selalu sound koncho2 aku... kamurang ni kalau tiang lampu pakai skirt pun kamurang mengorat.... sengih2 la koncho2 aku yang terdiri dari pokcik2 sampai la ke adik2..

Dauz macam 'terkesima' bila dengar aku panggil adik, ADIK.. boleh dia gelak. Aku kata memang la dia adik... muda 5 lima tahun dari aku tu...4 tahun dari Dauz laa. Aku story dekat Dauz... aku nak kenalkan adik ni dengan awek dari Labuan semalam tapi adik pula jual mahal. Dauz*dia nak kat ko tu* Aku*budak2 tu* Dauz*Budak sangat ea (sambil gelak2)*

Adik aku ni sakit kebelakangan ni. Duk kenyit2 mata dekat aku...itu aku tak heran lagi, biasa dah... tang kat orang yang aku tak kenal dia bagi tau aku kekasih dia tu yang aku sengal... Hampeh budak ini... jatuh saham aku. Nasib la aku ni jenis yang memang tak amik hati. Adik aku ni memang macam ni.. dah la mengorat awek time aku ada. Tunggu lah aku blah... mesti awek2 tu tak respond sebab nampak aku.. apa la budak ini.

Dauz tanya aku... siapa yang ko gelar ayah ni? Tu lah Dauz... ko tak tahu dekat ofis ni aku ada ibu, ayah, abang & adik2 lelaki yang ramai termasuk lah ko... satu family complete. Dia gelak je. Aku kata kat ayah... tanak la panggil ayah nama panggilan biasa dia eddie... aku kata nak panggil dia dengan nama belakang dia... hisyam... awww... adik aku gelak jer. Hari tu aku kenakan kakak aku kat umah ni... aku saja2 panggil dia kak ida instead of nama ayu dia tu... bengang jer dia... ha ha. Ampun yah! Ampun kak!

Aku panggil orang ikut suka aku kannn.. tapi orang pun panggil aku ikut suka dorang juga. Ni haa senior aku duk panggil aku matahari sebab aku nyanyi lagu matahari time karuke tu hari. Nasib aku tak buka story aku yang panjang berjela tentang betapa minatnya aku pada bunga matahari... bukan pada lagu matahari tu. Hari tu dorang duk panggil cikgu Agnes... tapi Paly la yang aku tak tahan bila panggil ibu si pendek... suka2 dia jer budak ini... ibu plak kalau balas gelar dia si botak. Seswaiii! Bila dia kutuk2 ibu rendah... ibu kata kat dia*aku doa2 ko dapat awek nanti lagi pendek dari aku* Ha ha ha ha... makbul tu doa seorang ibu.. Fad jer tak tahu ni kot!

Sunyi ibu tak der... tadi senior aku ajak g makan dekat redbox... ulangan... makan oke... bukan nyanyi.. mmm... ibu takder ni... tanak la aku pegi sorang. Isnin ni ada audit... baru la masing2 sibuk2 nak tengok fail2 projek. Tadi aku sign petisyen yang mengatakan aku setuju ofis ni berpindah. Kata dorang nak tanak next year memang kena pindah juga. Aku follow jer majoriti unit aku... kang aku sensorang2... kecik ati aku :D

Thursday, 16 April 2009

Cerita Dauz dan telur

Semalam aku temankan budak ofis lama tidor dekat mv. Petang tu dia call aku... aku khusyuk sangat bertenet sampai tak perasan. Pastu aku call la dia balik... dia bagitau dia da sesat. Astaga budak ini. Dia kata dia da sampai dekat secret recepi... dekat coffee bean... dia kata dia da penat pusing2 dengan buku dia tapi tak jumpa jalan nak pegi hotel. Waduh! Padahal sebelah tu jer sebenar benarnya... Aku suh dia tunggu je dekat ctu kalau tak jumpa juga jalannya... Dalam 10 minutes aku call dia dia balik... nasib dia da jumpa la jalan yang hilang tu. He he...

Malam tu sungguh2 la dia pegi bershopping. Aku duk kutuk dia... kalau tak since the day before dia dah boleh shoppping..da takut punya hal. Aku tak salahkan dia kalau dia sesat..for those yang tak biasa... confirm boleh sesat la dalam ni. Esp tang dekat level bawah... aku nak kata kat aku ni sebenarnya. Member tu shopping sampai kedai dah turun pintu separuh... nak buat macamana... kalau ada kedai buka 24 jam dekat dalam mv ni takpe la juga. dekat jam 10 lebih.. kitaorang pegi makan dekat McD.

Sampai bilik hotel da dekat jam 11. Bau kupi yang crime partner aku kirim sungguh menusuk kalbu. Thanks laling.. Kupi tu memang kupi favorite kitaorang. Dulu duduk sebla2 meja... makan & minum, semuanya berjemaah. Hari2 sembang tak habis... sampai sekarang masih gak nak sembang tiap2 hari even dalam YM jer.. Ha ha ha... Nasib pes laksa Sarawak yang bos aku susah2 nak cari tu tak keluar bau... itu lagi menusuk... mau aku p cari dapur tuk merealisasikan impian aku berlaksa sarawak. Thanks Kak Suzy... marvelos!

Dalam pukul 7 lebih aku check out dari hotel.. sampai2 jer dekat little Penang... aku ble terjatuh dengan beg berat aku. Pulak tu aku jatuh siap dengan spesel pose... jatuh terlutut...tapi sebla lutut jer...sebla kaki lurus jer kedepan ala2 orang menari pun ada... aku toleh belakang..owh! nasib tiada orang... malu tu! apa la orang dekat restoran tu... even kelam kabut nak tutup restoran pun semalam... mop la lantai tu dulu. Kan aku dah tergelincir! Dorang patut tahu aku pakai kasut 3 inci... memang tak sakit kalau jalan berbatu2 pun.. tak juga sakit sangat masa aku jatuh tu... yang amat sakit adalah malu! M.A.L.U kalau orang nampak... ha ha ha... depan ofis aku tu.

Aku sampai ofis dalam pukul 7.22... punch kad.. tunggu nak ajak sepa pula temankan aku breakfast dekat hotel. Free kan... rugi tu tolak.. Since ibu takder... option aku semua inchik la... nak bujang ada... da kawen ada... pilih jer... he he he. TA masuk... mmm... inchik ni tara2 ayah aku... tak bule la... Dauz plak masuk... lalu tepi meja aku ala2 macam nak singgah... aku pun buka la mulut..*Jom* Dauz*Mana* aku tunjuk kad hotel... *bekfast dekat sini* Dauz*jom! tapi aku belum setup rambut* Tiap pagi jer dia mesti setup rambut dekat ofis... kata naik motor kan.. ha ha.

Aku turun la dengan Dauz... sampai2 aku terus g cari seat while Dauz g survey food.Aku bangun, balik g seat, makan dua tiga suap...baru aku perasan.. mana Dauz ni tak tiba2 lagi g meja. Aku toleh2...nampak dia dekat section atas. Aku ingat dia nak g amik apa ker... tiba2 nampak dia duduk plak... then nampak dia makan... aikk! Aku call dia. Aku*Aitt..knapa ko kat situ* Dauz*Eh! mamat tu tunjuk dekat sini la* Aku*manader... dia tunjuk dekat sini laa... Dauz*Taaak! dekat sinilah* Aku*Aaaaa... yelah... aku g sana la* chet!

Da naik ofis... Dauz kira berapa bijik telur da dia makan... kira punya kira... haaa! 3 buiji stengah... ha ha ha. Aku*Eh! ko ni nak bina badan ker Dauz* Dauz*ha ha ha*

Tengahari kitaorang dua2 tak lalu nak makan sebab pagi dah makan banyak.Turun juga pegi food court dekat bawah tu... makan cucur udang jer. Dauz*Jom (sambil tunjuk isyarat stereng keta* Aku*mmmmm*... Dalam jam 1.30 kitaorang kuar la dari situ... Dauz*masih sempat lagi nih* Aku*yelaaaaaa*

Pegila race dekat atas.. aku kalah 2 game. Main advance memang sah lah aku kalah sebab aku reti bawa auto jer. Sampai main game pun aku still tak reti2 bawak manual... ha ha ha... Aku memang sengall!

Aku upload gambar makanan time aku ngan ibu g redbox. Lupa nak mention ader bubur kacang...ada sup labu kots (oren).. ader pudings2... ader salad2... ader maaaasaaamm2... ha ha ha...


Wednesday, 15 April 2009

Tera dan hari ini

Pagi tadi time aku turun kerja, hujan agak lebat juga. Since semalam aku tak dapat nak temankan budak ofis lama aku tidur dekat hotel... pagi ni aku janji la nak breakfast dengan dia. Alkisahnya semalam dia sms aku dekat2 jam tujuh. Biasanya aku "wujud"lagi time2 gitu. Tapi semalam aku makan banyak sangat. Starting from 3 jenis kek, salad2 sotong, udang & ketam, lemon chicken...fries... dll.. aku rasa mata aku berat. Pula tu dah nyanyi lebih dari 10 lagu. Ha ha.. Sedar2 je dah pukul 9. Kalau hitung2 aku nak mandi & bersiap2... 45 minit pun ada... belum masuk nak sampai dekat mv. Kesian juga dekat dia... nasib la reti juga pegi turun & cari secret recepi.

Pagi tadi... 7.53 aku tunggu dia dekat lobi hotel... dah dekat 8.20 tak turun2 juga..last2 aku cabut, kebetulan aku ada meeting dekat hq..aku menapak la pegi komuter station. Aku rasa tak ramai orang yang sanggup menapak macam aku ni walhal kereta ofis ada. Ala...setakat 1 ringgit jer... nak berkira sangat..kann! bak kata member aku.. takkan penolong pengarah nak menapak... ha ha... aku mana kesah benda2 tu. Janji kerja aku jalan & orang tak pijak kepala aku, sudah. Lebih2 kang aku s***k kang.. (Baca dengan ganazz! aummm)

Sampai2 jer... laaaa... meeting tak der. Sungguh2 diorang tulis dekat surat dari 9.30 till 4.30. Ooo.. rupanya encik yang perasan datuk K tu ada operation. Last2 kitaorang sembang ramai2. Da kenal konon.. da macam geng baik tu. Tadi sorang member ni sungguh2 ajak g berjalan dekat Sogo...katanya tak pernah pegi. Aku on je. Inchik ni keje satu ofis dengan aku, tapi cawangan lain la.. sebelum ni memang tak pernah berlaga bahu pun even keje tempat yang sama.

Tumpang one of this inchik pegi sogo... cucuk2 Yati suruh ikut sama.. hehe.. Pegi la round2 Sogo bertiga..pastu g makan dekat atas.. Sembang sikit punya lama... tak sedar da 2 jam lebih kot dekat Sogo. Baru terhegeh2 nak balik. Inchik ni nak khawin lagi beberapa minggu... macam2 la story.. aku memang cukup suka kalau kawan yang ala2 kawan lama ni... @ sebenarnya aku jer yang anggap semua orang yang baru aku kenal macam kawan lama... ha ha ha. Yati punya ofis dekat je denga Sogo..so aku balik berdua la dengan inchik tu.. kalau bos jumpa ni sure query.. ni g dating ker g meeting... orang pegi meeting naik keta kompeni..kitaorang pula naik komuter.

Ada sorang ni memang sangat peramah..orang utara la katakan. Semua dia macam tahu jer..Yati suh la aku tanya berapa lama dah dia ni keje. Aku suh la Yati tanya sendiri.. Yati tanak.. so aku katala dekat inchik tu.. Aku *Ijan.. Yati nak tanya soklan*.. Ijan * soklan apa*.. Yati *Soklan cepu emas*.. pastu Yati bisik kat aku.. *tanyalah dia da ada awek belumm*.. ha ha ha ha ha.

Dia ni sebaya Yati.. muda la dari aku.. muka dia aku teringat pemain badminton yang nama apa ntah tu.. comel juga.. tapi gamat la kalau dia ada. Ijan *soklan apa yang cepu emas?* sambil ulang banyak2 kali. Aku cerita la tadi aku jumpa dia dengan awek dekat kantin.. so aku tanak la tegur kot2 makan penampar ke..Yati*oooooo.. tu la soalan kitaorang*. Sungguh2 la dia explain.. tu bukan awek dia. Aku ngan Yati *oooooo*... ha ha. Itu belum tang Yati nak kenenkan inchik tu dengan aku.. Aku*muda la..tak rela* Yati*Zaman sekarang tak kesah* Aku*aku kesah!* Yati*ha ha ha*

Hari ni baru aku ada kesempatan nak upload lukisan Tera... ha ha ha.. Kejam nye Tera buli aku melukis gambar2 pelik2 nih.. Aku boleh layan dia buat ABC.. 123.. aku memang patut buka nursery ni rasanya. Tapi memang one of aku punya cita2 tu.. tah bila nak tercapai. Rumah anak2 yatim pun aku belum jumpa ni... padahal ada da nampak dalam google map dekat2 area rumah.

Tuesday, 14 April 2009

Kotak merah lagi

Semalam aku keluar minum dengan adik lelaki aku. Dekat mana lagi kalau bukan dekat favorite spot dia.. Time aku keluar dari rumah tu... hujan la..sejuk amat sampai menggigil aku. Member adik yang come tu pun ada,cuma dia datang lewat sikit. Lama da tak jumpa budak ini. Kalaula aku ada adik lelaki macam ni... eeee... comeynyer dimple dia..

Dalam pukul 11 aku sampai rumah...lepak dengan hosmate layan cerita P Ramlee plak. Aku tak berapa minat tengok cerita dulu2 ni...tapi kakak2 yang dua orang kat rumah aku ni mmg minat la... aku rasa aku dah tido pun kakak ku sorang tu still layan lagi tengok cerita tu.

Adik cerita dekat aku... Paly kena transfer pegi Bomba after 16 ni... laaa... bila pula mamat ni dapat berita dia kena transfer.. alaaa.. sedih la lepas ni dah tak der pak lawak.

Time lunch aku g redbox ngan ibu. Pegi berdua je..gara2 nak makan punya pasal. Best! Nyanyi smua lagu bodo2 nih. Yang best hari ni kitaorg dapat baaanyak kek.. Biasa memang tak sempat..da habis.

Monday, 13 April 2009

SAYANG AUNTIE

Semalam budak comel tu datang lagi.. Nama dia Tera... Sibuk nak ikut mak ngah dia sebab nak mandi dekat swimming pool. Then merajuk2 sebab hujan dia tak dapat pegi mandi... he he. Pastu dia mandi juga...tapi mandi dekat shower room sambil lompat2 berangan dia mandi swimming pool. Aku masak magi... dia ble tambah tiga kali tu.. aku rasa mau sebungkus juga. Takpe... mak ngah dia bagi makan magi... skali skala... tapi tang sebungkus tu yang aku suspen. Selera betul dia... Badan keding jer.

Pastu aku layan dia tengok Shrek. Aku rasa since semalam, ni kali ke 4 atau 5 aku ulang tengok benda ni. Demand tu nak tengok dalam bilik aku. Tau la kat bilik tv 32"+ atas tilam... kat luar ader karpet jer. Aku layan la dia main cikgu2... borak2.. main geletek2... tiba2 dia peluk aku & kater SAYANG AUNTIE! Aku plak yang terpaku. Time tu aku rasa macam nak anak plak.. he he he.

Tadi aku bangun awal. Da siap2 semua.. aku tutup la lampu bilik, bawa semua barang aku keluar & tutup pintu. Oh! baru aku perasan yang handphone aku yang ada kunci tu tertinggal dalam bilik. Subuh2 lagi aku dah waste masa aku tuk try buka pintu. Ini da second time da nih! eeeeee...gerammmm! pula tu aku tak berjaya... bertambah la geramnya aku pada diri ku ini.

Aku sampai lewat 13 minit pagi ni. Nasiblah... aku tanya Dauz boleh tak dia tolong buka almari besi aku yang terkunci .. pastu ayah... dia tarik sekali ja dah terbuka. Bahaya giller.. senang jek nak bukak. Takut juga sebab aku selalu simpan barang2 espesel dalam tu. Tapi floor aku ni orang tak ramai sangat. Cleaner2  pon balik awal..just takut je la..

Tadi tengahari kitaorang lunch dekat RedBox.. Satu geng sudah mari serang RedBox. Ayah, Dauz, Paly, adik, ibu ngan aku. ZA cuti. Ni hari merdeka bagi kitaorang sebab bos takder, senior takder... so kitaorang semua keluar tanduk. Turun je yang awal tadi... masuk balik jam 2 juga. Nak buat nakal konon tapi skema!

Petang aku balik naik teksi..dah jiwa kacau gara2 bilik terkunci. Dekat sejam lebih gak aku cuba..sampai hampir nak give up dah..last2 terbuka juga. Tapi yang luka2 jari jemari aku nih.

Sunday, 12 April 2009

Babysitting

It is Sunday night and i am stuck babysitting a little girl.. But i looove it. She is 6 dan budak ini sangat comel lagi sangat manja. This is her first time meeting me tapi dia boleh selamba jer baring on my lap nih sambil tengok dvd. Bestnya jadi budak kecil... They don't have to worry about anything.Tapi kalaulah aku diberi peluang untuk jadi budak kecik, aku pilih umur aku sekarang. It takes like forever to grow up man!

I might not have my own family yet,like most of my friend about my age and nothing to be so damn pround of about my accomplishment in life too but i am happy with my life and i am full of positive energy. A friend of mine once told me that i must get married soon so that i can own my happiness. Personally, i think this people has narrow perspective on the true definition of happiness. Some even questioned my decision quitting the engagement.

For me, how we define the meaning of happiness depends on oneself. One should bear in mind a smile hides a thousand secrets that cannot be seen with bare eyes.

Huhu.. Layan my laling the Rock ni sampa tak perasan da lewat sangat da ni.. Daa

*Continue* - i received this sms..

*kak jangan marah ya. Saya tidak ingat d mana saya letak tu kamera. Lama udah saya tidak kacau tu camera. Time saya bertanding nasyid saya ada bawa kamera*

Alahai.. Nda sampai hati mo cakap apa2.. Budak ini... Ha ha.. Nasib bukan dslr aku tu yg dia tercicir.. Waaaaaa.. Rindu kamera...

Saturday, 11 April 2009

Me Saturday

I woke up quite early this morning because I didn't want to miss my favorite show. I turned the tv on and enjoying the watching from my bed. I felt so lazy to even lift my butt off this bed to visit the toilet. I was about to leave my room when i realized there was an envelope under my door. Oh! I remembered yesterday my house mate asked me to pay a bill at management office.

Saturday is laundry day, as usual. I cleaned the house and prepared nasi lemak. There must be something wrong somewhere about me at these past few days.. Ha ha. I am not telling.. And.. I cut my hair too.. I was thinking about going to saloon but i hate the idea of letting people touching my hair. I loved it when people touched my head, but no my hair *confused*

I went to mph after lunch yesterday and ended up buying four books. Worst than going to Red Box in terms of budget control ;)

I would like to honor my appreciation to opera mini. It let my W760 take over my browsing activities, ym, email, facebook etc from my laptop. Since it is similar to browsing via Mozilla.. all i have to carry is a phone, everywhere. But do beware of lubang jamban!

Friday, 10 April 2009

Kawan lama

Rindunya aku dekat mamat nih!!!

Tadi time aku nak clear list ym.. Tiba2 dia online.. Berkurun dah aku tak pernah 'terserempak' dengan dia dlm ym nih..tiba2 muncul. Aku kenal dia ni time zaman U..geng rapat tu.

Tadi bos lama tanya aku.. Ko nak tak temankan budak aku tidur dekat hotel..taula org pompuan ni suka bab takut2 ni termasuklah aku.. Ha ha... Dan aku juga memang suka tang temankan org ni asalkan breakfast aku free. 3 hari la aku betapa dekat midvalley next week..yeay!

Aku sangat mengantuk... Daaa..

Thursday, 9 April 2009

Cuti cuti

Semalam aku tercekik kulit udang! Ha ha ha.. Semua ni gara-gara kelam kabut nak balik la ni. Time kitaorang nak balik baru nak buat menu udang, sebelum ni balik-balik ayam... One of the main reason aku nak balik is because of the food.. sikit-sikit makan.. sengal aku. Aku tau la takde siapa paksa aku makan..ha ha ha.

Dalam jam 12.30 kitaorang bertolak ke Seremban. Yati nak melawat cousin dia dekat Hospital Tunku Jaafar. Aku sampai KL dalam jam 3 lebih. Aku minta Yati campak aku dekat LRT station jer, senang... Lagipun barang aku tak banyak. Aku kalau nak travel by kenderaan selain kereta aku sendiri, aku takder problem tapi kalau travel bawa kereta sendiri, mulalah aku nak bawa barang satu rumah..

Hari ni aku tak kerja..nak kata gembira sangat, hati aku berada dekat ofis. Bukanlah ada jejaka emsem yang boleh aku tengok pun dekat ofis,memang tak ada langsung.. he he he.. tapi selain duduk rumah...ofis pun aku suka duduk juga. Senang aku ni, semua aku suka..ha ha. Aku ingat nak ajak ibu lunch & terus masuk ofis tengahari, tau ibu jawab apa? Dia kata, tak payah la ko pegi ofis..rajin bebenor.. Duduk jelah dekat rumah tu diam2! Chet!

Aku bukan apa..aku punya report ni nak tunjuk dekat bos.. kot2 pengarah nak kutuk aku lagi pasal gambar..at least ada masa nak pegi ambil gambar baru. Dulu pun masa dekat Labuan, mind aku dah memang kena set. Isnin sampai Jemaat tempat aku hanya dekat ofis, sabtu half day sampai ahad... mesti duduk rumah. Kalau aku kena ot, terpaksala aku pura2 gembira..huhu. Kalau aku amik cuti pun, jiwa aku tetap gelora nak fikir pasal ofis walaupun kerja aku taklah banyak mana pun. Kadang2 kalau aku call koncho2 time dorang tahu aku cuti, diorang siap suruh aku pergi bercuti sungguh2. Memang manusia ni problem kan.. time kerja nak cuti tapi time cuti nak kerja. Mental!

Aku melawat ke Berjaya Times Square petang tadi... end up bukan pegi cuci mata tapi pegi digi centre. Aku pun tak paham la dengan diri sendiri. Balik aku singgah beli belah nak memasak laksa Sarawak yang taklah nak Sarawak sangat. Dah crime partner aku susah2 pos dari Labuan.. Thank u laling...

Jenuhnya aku nak cari Kerang dalam tin... org dekat sini ni tak makan yang dalam tin kot. Sampai2 rumah, aku singgah dekat kedai kat umah aku sebab aku terlupa nak beli bihun. Ada ke patut aku boleh lupa bihun. Sungguh la tak faham kenapa aku hari ni. Dua tiga langkah lagi nak sampai rumah, baru aku sedar aku tak beli santan pulak dah. Oh mai gud! Aku memang bengong.. clap! clap! Terpaksalah aku patah balik pegi kedai...nasib baik kedai tu dalam 20 langkah jer!

Ayam ada, udang ada... kerang tiada.. telur pun aku lupa.. tauhu kering takder... memang tak semeriah aku dekat Labuan lah! Merajuklah dengan KL nih! hu hu... Sebenarnya aku yang malas nak cari, salahkan orang pula.

Malam berjayalah aku masak dengan bersungguh2. Sibuk masak... sibuk YM... nasib kuah aku tak kering.. Sempoi! Inilah kali pertama dalam sejarah rumah ni aku memasak. Ha ha... malas gila. Dulu duduk Labuan senang sebab aku tak payah nak bertarung dengan jem & buang2 masa aku tuk tunggu train. Sekarang, kalau aku balik masak sungguh2 pun, aku bukan ada laki & anak pun..(adik akuuu yang cakapp) buang karan aku jer... baik aku singgah kedai mamak dekat rumah. Dorang pula kalau nampak muka aku jer, bihun goreng aaa... kalau time dorang pandai2, adekk.. dua aaa bihunn... cheh! ingat perut aku ni recycle machine hape. Tapi memang hari2 la aku order bihun. Bukan salah uncle2 tu ponn...

Wednesday, 8 April 2009

Home

Aku rasa aku dah out of my mind... tapi ayat ni takder kaitan dengan entry hari ni.. huhu

Semalam aku tidur dalam kol 12 lepas iron baju. Petang tu aku bangun nak turun g meeting, cari iron dalam lemari... aik... dah takder iron tu.. Mesti dorang selongkar lemari nak cari iron tu... aihh... Aku call room service, tunggu dalam 20 minit tak sampai2. Aku hangit2 gak, tapi belum la tahap terbakar.

Aku g makan dengan Yati. .. lepas habis meeting dalam jam 11 tu, aku call lagi room service. Aku tanyala pasal iron.. Mamat tu jawab.. We tried to deliver to your room before but there was no one... haaa... aku jawab dengan bahasa Melayu yang memang sangat aku fasih macam ni... yelah... dah awak lammmbat sangatttt kannnnn... (tekan sikit time baca tu)... tapi nada lembut la..

Pagi ni meeting start jam 8.45. Rasa macam sangat bahagia dapat bangun selewat jam 7.30..heh. Sarapan memang meriah...esp tang lontong. Teringat lontong dekat Boulevard hotel. Tapi lontong ni pun sedap juga..pedas la tapi. Rindu gilo nak makan masakan orang kat N9 ni. Aku rasa, dalam banyak2 masakan... aku berkenan masakan orang sini..hehe. Nasib aku pompuan, kalau tak aku dah cari wife orang sini... tapi mesti yang pandai masak ler... ataupunn.. apa kater kalau aku cari mak mertua orang sini nanti... ha ha ha.

Nak dijadikan cerita, encik yang kata dia tara ayah aku tu buat lawak lagi. Tadi dia datang dekat aku, suruh aku berdiri seblah. Aku yang blur ni pun berdiri la...owh... nak sukat tinggi rupanya pokcik ni.. ha ha ha... memang aku tinggi lagi la sebab kasut aku da 3 inchi kannn... Dah dia duduk tempat dia kat depan, dia tanya aku umur berapa. Aku jawab la 28, pastu dia kata umur dio 28, sayo 40.. tah apa dia mengomel..tiba-tiba terkeluar ayat dalam slang Kelantan dia.. ok tu... macam siti dengan Datuk K... Aku macam nak guling2 nih lagi sekali.. Nasib ada 3 orang je dalam tu.. ha ha ha ha ha.

Jam 10 lebih, dia kata hari ni boleh balik. Excited la semua orang. Before dia nak balik, inchik tu g la salam dengan yang lelaki & kata orang pompuan tak boleh la. Tiba-tiba da dekat tempat aku, dia panggil aku & hulur tangan pula pura2 nak shake hand.. Yang lain pun gelak..nasib diorang tak dengar lawak dia pagi tadi.. Kalau tak.. heh

Tapi tadi macam best pula. Baru je kitaorang nak berkenalan, dah nak balik pula. Ada yang ajak pegi mandi laut, ada yang nak buat sukaneka, g Teluk Kemang makan ikan bakar.. BBQ pun ada. Yang datang ni semua sporting. Siap dah tukar2 no telefon. Nanti Rabu depan kitaorang akan jumpa lagi. Separuh je yang balik, separuh lagi balik besok. Rugi sebab dah bayar sampai malam ni, tapi dah hati nak balik rumah gak.. Hajat nak g fish spa & amik gambar pun tak kesampaian. Semalam member2 tu tanya, kenapa tak turun, kitaorang tunggu2 gak dekat kolam sbb korang kata nak g mandi... huhu

Adik aku tanya kenapa aku nak balik gak, baru berapa hari aku tinggalkan rumah, lagipun aku bukan ada husband or anak pun dekat rumah. Ha ha ha.. soalan tipikal yang selalu orang tanyakan. Mmm.. Each person has different opinion and way of handling their life, this is for sure...

Tuesday, 7 April 2009

2nd day of isolation

Semalam aku dapat kawan baru gara-gara tersalah call. Nasib baik perempuan... he he he. Dalam pukul 6 petang aku turun round2 dekat bawah. Kol 7.45 aku dah janji nak g makan dengan kawan tu. Malam ada sesi pengenalan. Encik tu lepaskan kitaorang sebab dia tengok mata pun semua dah merah.

Time makan,jumpa lah team yang hadir meeting ni..bila aku bagitau umur aku 28, dorang tak percaya plaks. Haihhh...tua dah aku nih.. Makan not bad juga... tapi kalau hari2 macam ni, bule gila aku + gemuk gila..

Tadi time edit report, incik yang incharge tu buat lawak. Dah abis kitaorang gelak, dia katalah, suker dia... tiba2 dia sambung ayat and kata kat aku specifically... awok jangan suka kat saya, saya ni tara2 ayah awok... ha ha ha ha... kalau lah aku boleh berguling2 dekat situ... Yang lain gelak giler. Aku kater kat inchik tu, saya rasa teraniaya nih inchik... Dorang gelak jer..

Kol 6 aku jalan2 dekat bawah... amik gambar. Aku nak dedicate satu gambar untuk ibu... he he he.. Nanti aku nak bagitau ibu aku suruh baca diari aku nih.

Malam ni, kol 11 baru balik bilik... hu hu... tak penat tapi bosan. Ada few things la yang aku quite hangit cikit dengan resort ni. Luckily report yang aku buat, inchik tu takder komen langsung. Tadi pun sama, dia panggil aku g depan.. and not to mention aku lupa C. kesihatan tu refer tu aku... ha ha. Aku sampai depan, dia kata ok dah, buleh duduk... chet! rugi calorie aku berjalan 5 langkah.

Petang konon nak pergi jalan2 & tengok fish spa.. dah masuk bilik, malas pula nak keluar. Lagipun panas dekat luar. Member tu pula belum siap buat kerja & aku macam tak cukup tidur.. so aku tidor la sejam.. besok la kitaorang g jalan2. Dekat sini ada karaoke juga. Tempat ni sesuai kalau bawa family. Beach takde, but they do have man-made beach 5x Olympic size swimming pool (konon) with sand castling area, waterslide, jacuzzi and fountain...

They also have karaoke room, video games room, open air theatre/ stage, bicycles and many more... Apsal tiba2 omputeh... hu hu... Bilik aku studio room yang boleh 4 orang duduk... fuh!



Monday, 6 April 2009

Oh! Tidaaakkk

Before subuh aku dah perasan air tak de.. .ni kalau air takde sampai pagi ni macamana. Tak pernah pula happen macam ni before. Time aku nak try bangun lambat g kerja, air pula takde. Aku rasa teraniaya nih.

Seperti yang aku jangka memang jadi, subuh tu aku bangun air memang takde juga. Aku fikir, naya ni kalau aku nak buang apa2. Last2 aku terus bangun, mandi dengan segala baki air yang tinggal dan turun pegi office. Oh! Tidak.

Sampai office, aku call ibu.. dia pun pelik kenapa aku wujud pagi ni. Dalam jam 11 setengah, aku ajak ibu turun. Terserempak pula dengan para bos, ibu la yang gelabah. Siap mengaku tu dia just nak temankan aku turun je.. ha ha. Sorry ibu..

G merayau dekat kedai fevret ibu lepas singgah farmasi. Train aku sampai dalam jam 12.59. Saja nak naik train, malas nak panggil driver. Aku ni ntah hapa2... kemudahan ada tanak guna, kan... ;) Takpe la... as long aku boleh arrange sendiri, should be ok.

Aku sampai seremban dalam jam 2 lebih. Tengah2 aku order makan, ada adik ni duk interview aku... kakak kerja mana... bla bla bla. Dia puji2 la aku sikit...nak bagi laku kedai dia lah tuh! He he

Belum kes aku tersalah tunggu train. Tak tahula, aku selalu ada problem tang train ni. Aku tunggu train g rawang! nak g mana!! Nasib train g Seremban lewat 2 minit...sempatlah aku tukar train dengan muka poyo macam biasa.

Aku sampai resort dalam dekat2 kol empat. Nasib abang bawa teksi tu ok. Terhibur juga hati aku yang lara tapi tak berapa nak lara nih. Huhu... Luckily juga aku amik kamera tempat adik tadi... dapat lah aku snap gambar bilik yang tak berapa nak lawa nih!





Saturday, 4 April 2009

Sabtu datang lagi

Semalam adik ajak aku pegi karaoke join dia dengan housemate. Hmm... tiba-tiba aku rasa sangat malas.

Hari Sabtu hari aku bangun lewat. Biasa hari Sabtu nih hari aku bersembang @ belajar sambil basuh baju. Hari ahad plak, aku settle semua hal untuk Monday selain dari membelek buku. Banyak yang aku kena belajar sekarang ni, both technical and management aku kena cover sebab team aku jaga projek. Time jaga projek ni sure lah ada macam-macam involving both aspects. Aku macam takder life eh? Ha ha ha.

Management kalau tak tahu, pening juga since tak tahu work flow and how it is to be done actually. Technical part memang sure kena kaw-kaw la kalau tak tahu. Kalau sampai kena tanya, are you sure you are mechanical engineer, mana pula aku nak letak muka nanti. Heh. Ala... we grow with time... one day bila teringat balik time2 sekarang, mesti gelak :)

Aku ni memang sangat suka duduk rumah, macam-macam aku boleh buat... memasak, menjahit.. petik gitar tua aku... Dulu Sabtu aku kerja... balik kerja aku mesti berkasih dengan keyboard. Rinduuuunyaaaa.... lama dah tak main. Hari tu ada tengok dekat Yamaha, model higher sikit dari keyboard aku, dalam seribu lebih juga. Tunggu la... kalau aku dah tak boleh tahan, beli juga tu nanti.

Sekarang, macam orang lain yang duduk KL ni yang membuang masa dua tiga jam sehari untuk berada di jalan sahaja. Duduk KL bagi aku biasa je. Orang tanya, macamana duduk KL, ok tak, culture shock tak... Mmmm... for me, walau di mana aku berada, it is still up to diri sendiri. How you adapt and deal with your environment and current life. Tak ada hal la culture shock kalau kita sendiri tahu apa kita mahu. Depend samada nak ikut orang atau nak orang ikut kita. Give and take itu bagi aku sangat penting.

Aku dah siap iron baju and packing. Besok aku nak kemas bilik pula.

Friday, 3 April 2009

I always love Friday

Friday hari yang paling aku suka antara banyak2 hari sebab hari ni tanda bermulanya hujung minggu, bagi aku la... Urusan nak pegi PD dah settle pun.. Isnin sampai jumaat la aku duduk PD.

Petang aku balik naik cab. Dalam pukul 7 adik aku call tanya nak pegi tak tengok Fast & Furious. Ok juga... dalam pukul 8 lebih dia datang ambil aku. Jenuhnya nak cari parking dekat Midvalley.. dekat setengah jam pusing-pusing kat citu jer. Pukul 9, dekat2 kitaorang nak sampai dekat reception kaunter GSC, ader announcement kata tiket tuk F&F dah habis. Gadis dekat kaunter tu kata show yang ader cuma tinggal yang kol 1.45 pagi... hu hu...

Dengan hampa dan keciwa... aku dengan adik keluar la dari Midvalley menuju ke Shah Alam. Adik aku ni dulu duduk situ, pegila jumpa member dia. Kitaorang pegi makan dekat seafood restaurant dekat tasik Shah Alam. Teringat Labuan...

Member dia mati2 ingat kitaorang ada apa2. Aku ngan adik pula memang sporting... berlakon la kadang-kadang tu. Ha ha ha. Adik pun faham aku anggap dia macam adik, sama macam dia anggap aku macam kakak.

Tapi aku memang percaya pada love at first sight. Kadang-kadang bukan sebab wajah @ penampilan... when there is something about someone, hati ni lebih tahu... cheeewahhh!

Dah makan, kitaorang pegi round KL. Macam takder aktiviti sangat dah kitaorang. Tiba-tiba aku teringat kisah aku dengan member kena tangkap jabatan agama time jalan-jalan dekat area rumah, bawah lampu depan rumah orang yang ramai orang pun boleh kena tangkap... kelakar pula kalau aku ingat.

Thursday, 2 April 2009

Demam la pls...

Semalam aku tak dapat tidur... jam seblas aku sampai rumah.. bila nak lelap jer, mata aku segar... adoiih! Kol 1.30 aku bangun makan ubat.. kebetulan kakak aku sorang ni terjaga, dialah teman aku dekat ruang tamu nih. Siap membebel tu suruh aku masuk tidur dalam bilik, kat luar ni banyak nyamuk, nanti kena denggi katanya.

Lepas telan panadol, dlm kol 2 lebey aku tidor. Better la daripada tadi... tapi aku bangun sikit la punya awal. Story dekat adik, adik kata, awat, aku duk teringat kat mamat semalam ker. Chet! Adik ni kesitu pulak.

Harap-harap sangat aku demam... jadi tak perlulah aku nak g PD.. hu hu. Tapi aku sihat dan kuat pulak nih T_T

Wednesday, 1 April 2009

April ini...

Hari ni aku jumpa pengarah regarding laporan tahunan. Selama beberapa bulan ni, ni kali pertama aku jumpa puan ni.

Bos aku tunjuk la hasil kerja yang aku submit untuk laporan tahunan. Kaw-kaw aku kena kutuk nih sebab gambar yang kitaorang ambil tak lawa. Bos aku tak terkata la sebab puan tu arkitek, kitaorang ni saper la. Engineer... kalau awam tak pe lagi, ni mekanikal. Bos aku gelak, dia kata kalau bagi saya ni puan dah cukup cantik dah ni. Ha ha ha..

Aku kena pegi PD seminggu next week. Aku malas nak pegi, dahlah sorang2.. kalau ibu ader x pe juga. Pengarah nak arkitek senior pegi dengan aku... hu hu. Seminggu tu... lemah aku!