Semalam aku tercekik kulit udang! Ha ha ha.. Semua ni gara-gara kelam kabut nak balik la ni. Time kitaorang nak balik baru nak buat menu udang, sebelum ni balik-balik ayam... One of the main reason aku nak balik is because of the food.. sikit-sikit makan.. sengal aku. Aku tau la takde siapa paksa aku makan..ha ha ha.
Dalam jam 12.30 kitaorang bertolak ke Seremban. Yati nak melawat cousin dia dekat Hospital Tunku Jaafar. Aku sampai KL dalam jam 3 lebih. Aku minta Yati campak aku dekat LRT station jer, senang... Lagipun barang aku tak banyak. Aku kalau nak travel by kenderaan selain kereta aku sendiri, aku takder problem tapi kalau travel bawa kereta sendiri, mulalah aku nak bawa barang satu rumah..
Hari ni aku tak kerja..nak kata gembira sangat, hati aku berada dekat ofis. Bukanlah ada jejaka emsem yang boleh aku tengok pun dekat ofis,memang tak ada langsung.. he he he.. tapi selain duduk rumah...ofis pun aku suka duduk juga. Senang aku ni, semua aku suka..ha ha. Aku ingat nak ajak ibu lunch & terus masuk ofis tengahari, tau ibu jawab apa? Dia kata, tak payah la ko pegi ofis..rajin bebenor.. Duduk jelah dekat rumah tu diam2! Chet!
Aku bukan apa..aku punya report ni nak tunjuk dekat bos.. kot2 pengarah nak kutuk aku lagi pasal gambar..at least ada masa nak pegi ambil gambar baru. Dulu pun masa dekat Labuan, mind aku dah memang kena set. Isnin sampai Jemaat tempat aku hanya dekat ofis, sabtu half day sampai ahad... mesti duduk rumah. Kalau aku kena ot, terpaksala aku pura2 gembira..huhu. Kalau aku amik cuti pun, jiwa aku tetap gelora nak fikir pasal ofis walaupun kerja aku taklah banyak mana pun. Kadang2 kalau aku call koncho2 time dorang tahu aku cuti, diorang siap suruh aku pergi bercuti sungguh2. Memang manusia ni problem kan.. time kerja nak cuti tapi time cuti nak kerja. Mental!
Aku melawat ke Berjaya Times Square petang tadi... end up bukan pegi cuci mata tapi pegi digi centre. Aku pun tak paham la dengan diri sendiri. Balik aku singgah beli belah nak memasak laksa Sarawak yang taklah nak Sarawak sangat. Dah crime partner aku susah2 pos dari Labuan.. Thank u laling...
Jenuhnya aku nak cari Kerang dalam tin... org dekat sini ni tak makan yang dalam tin kot. Sampai2 rumah, aku singgah dekat kedai kat umah aku sebab aku terlupa nak beli bihun. Ada ke patut aku boleh lupa bihun. Sungguh la tak faham kenapa aku hari ni. Dua tiga langkah lagi nak sampai rumah, baru aku sedar aku tak beli santan pulak dah. Oh mai gud! Aku memang bengong.. clap! clap! Terpaksalah aku patah balik pegi kedai...nasib baik kedai tu dalam 20 langkah jer!
Ayam ada, udang ada... kerang tiada.. telur pun aku lupa.. tauhu kering takder... memang tak semeriah aku dekat Labuan lah! Merajuklah dengan KL nih! hu hu... Sebenarnya aku yang malas nak cari, salahkan orang pula.
Malam berjayalah aku masak dengan bersungguh2. Sibuk masak... sibuk YM... nasib kuah aku tak kering.. Sempoi! Inilah kali pertama dalam sejarah rumah ni aku memasak. Ha ha... malas gila. Dulu duduk Labuan senang sebab aku tak payah nak bertarung dengan jem & buang2 masa aku tuk tunggu train. Sekarang, kalau aku balik masak sungguh2 pun, aku bukan ada laki & anak pun..(adik akuuu yang cakapp) buang karan aku jer... baik aku singgah kedai mamak dekat rumah. Dorang pula kalau nampak muka aku jer, bihun goreng aaa... kalau time dorang pandai2, adekk.. dua aaa bihunn... cheh! ingat perut aku ni recycle machine hape. Tapi memang hari2 la aku order bihun. Bukan salah uncle2 tu ponn...