Saturday, 4 April 2009

Sabtu datang lagi

Semalam adik ajak aku pegi karaoke join dia dengan housemate. Hmm... tiba-tiba aku rasa sangat malas.

Hari Sabtu hari aku bangun lewat. Biasa hari Sabtu nih hari aku bersembang @ belajar sambil basuh baju. Hari ahad plak, aku settle semua hal untuk Monday selain dari membelek buku. Banyak yang aku kena belajar sekarang ni, both technical and management aku kena cover sebab team aku jaga projek. Time jaga projek ni sure lah ada macam-macam involving both aspects. Aku macam takder life eh? Ha ha ha.

Management kalau tak tahu, pening juga since tak tahu work flow and how it is to be done actually. Technical part memang sure kena kaw-kaw la kalau tak tahu. Kalau sampai kena tanya, are you sure you are mechanical engineer, mana pula aku nak letak muka nanti. Heh. Ala... we grow with time... one day bila teringat balik time2 sekarang, mesti gelak :)

Aku ni memang sangat suka duduk rumah, macam-macam aku boleh buat... memasak, menjahit.. petik gitar tua aku... Dulu Sabtu aku kerja... balik kerja aku mesti berkasih dengan keyboard. Rinduuuunyaaaa.... lama dah tak main. Hari tu ada tengok dekat Yamaha, model higher sikit dari keyboard aku, dalam seribu lebih juga. Tunggu la... kalau aku dah tak boleh tahan, beli juga tu nanti.

Sekarang, macam orang lain yang duduk KL ni yang membuang masa dua tiga jam sehari untuk berada di jalan sahaja. Duduk KL bagi aku biasa je. Orang tanya, macamana duduk KL, ok tak, culture shock tak... Mmmm... for me, walau di mana aku berada, it is still up to diri sendiri. How you adapt and deal with your environment and current life. Tak ada hal la culture shock kalau kita sendiri tahu apa kita mahu. Depend samada nak ikut orang atau nak orang ikut kita. Give and take itu bagi aku sangat penting.

Aku dah siap iron baju and packing. Besok aku nak kemas bilik pula.