Pagi tadi time aku turun kerja, hujan agak lebat juga. Since semalam aku tak dapat nak temankan budak ofis lama aku tidur dekat hotel... pagi ni aku janji la nak breakfast dengan dia. Alkisahnya semalam dia sms aku dekat2 jam tujuh. Biasanya aku "wujud"lagi time2 gitu. Tapi semalam aku makan banyak sangat. Starting from 3 jenis kek, salad2 sotong, udang & ketam, lemon chicken...fries... dll.. aku rasa mata aku berat. Pula tu dah nyanyi lebih dari 10 lagu. Ha ha.. Sedar2 je dah pukul 9. Kalau hitung2 aku nak mandi & bersiap2... 45 minit pun ada... belum masuk nak sampai dekat mv. Kesian juga dekat dia... nasib la reti juga pegi turun & cari secret recepi.
Pagi tadi... 7.53 aku tunggu dia dekat lobi hotel... dah dekat 8.20 tak turun2 juga..last2 aku cabut, kebetulan aku ada meeting dekat hq..aku menapak la pegi komuter station. Aku rasa tak ramai orang yang sanggup menapak macam aku ni walhal kereta ofis ada. Ala...setakat 1 ringgit jer... nak berkira sangat..kann! bak kata member aku.. takkan penolong pengarah nak menapak... ha ha... aku mana kesah benda2 tu. Janji kerja aku jalan & orang tak pijak kepala aku, sudah. Lebih2 kang aku s***k kang.. (Baca dengan ganazz! aummm)
Sampai2 jer... laaaa... meeting tak der. Sungguh2 diorang tulis dekat surat dari 9.30 till 4.30. Ooo.. rupanya encik yang perasan datuk K tu ada operation. Last2 kitaorang sembang ramai2. Da kenal konon.. da macam geng baik tu. Tadi sorang member ni sungguh2 ajak g berjalan dekat Sogo...katanya tak pernah pegi. Aku on je. Inchik ni keje satu ofis dengan aku, tapi cawangan lain la.. sebelum ni memang tak pernah berlaga bahu pun even keje tempat yang sama.
Tumpang one of this inchik pegi sogo... cucuk2 Yati suruh ikut sama.. hehe.. Pegi la round2 Sogo bertiga..pastu g makan dekat atas.. Sembang sikit punya lama... tak sedar da 2 jam lebih kot dekat Sogo. Baru terhegeh2 nak balik. Inchik ni nak khawin lagi beberapa minggu... macam2 la story.. aku memang cukup suka kalau kawan yang ala2 kawan lama ni... @ sebenarnya aku jer yang anggap semua orang yang baru aku kenal macam kawan lama... ha ha ha. Yati punya ofis dekat je denga Sogo..so aku balik berdua la dengan inchik tu.. kalau bos jumpa ni sure query.. ni g dating ker g meeting... orang pegi meeting naik keta kompeni..kitaorang pula naik komuter.
Ada sorang ni memang sangat peramah..orang utara la katakan. Semua dia macam tahu jer..Yati suh la aku tanya berapa lama dah dia ni keje. Aku suh la Yati tanya sendiri.. Yati tanak.. so aku katala dekat inchik tu.. Aku *Ijan.. Yati nak tanya soklan*.. Ijan * soklan apa*.. Yati *Soklan cepu emas*.. pastu Yati bisik kat aku.. *tanyalah dia da ada awek belumm*.. ha ha ha ha ha.
Dia ni sebaya Yati.. muda la dari aku.. muka dia aku teringat pemain badminton yang nama apa ntah tu.. comel juga.. tapi gamat la kalau dia ada. Ijan *soklan apa yang cepu emas?* sambil ulang banyak2 kali. Aku cerita la tadi aku jumpa dia dengan awek dekat kantin.. so aku tanak la tegur kot2 makan penampar ke..Yati*oooooo.. tu la soalan kitaorang*. Sungguh2 la dia explain.. tu bukan awek dia. Aku ngan Yati *oooooo*... ha ha. Itu belum tang Yati nak kenenkan inchik tu dengan aku.. Aku*muda la..tak rela* Yati*Zaman sekarang tak kesah* Aku*aku kesah!* Yati*ha ha ha*
Hari ni baru aku ada kesempatan nak upload lukisan Tera... ha ha ha.. Kejam nye Tera buli aku melukis gambar2 pelik2 nih.. Aku boleh layan dia buat ABC.. 123.. aku memang patut buka nursery ni rasanya. Tapi memang one of aku punya cita2 tu.. tah bila nak tercapai. Rumah anak2 yatim pun aku belum jumpa ni... padahal ada da nampak dalam google map dekat2 area rumah.