Friday, 3 April 2009

I always love Friday

Friday hari yang paling aku suka antara banyak2 hari sebab hari ni tanda bermulanya hujung minggu, bagi aku la... Urusan nak pegi PD dah settle pun.. Isnin sampai jumaat la aku duduk PD.

Petang aku balik naik cab. Dalam pukul 7 adik aku call tanya nak pegi tak tengok Fast & Furious. Ok juga... dalam pukul 8 lebih dia datang ambil aku. Jenuhnya nak cari parking dekat Midvalley.. dekat setengah jam pusing-pusing kat citu jer. Pukul 9, dekat2 kitaorang nak sampai dekat reception kaunter GSC, ader announcement kata tiket tuk F&F dah habis. Gadis dekat kaunter tu kata show yang ader cuma tinggal yang kol 1.45 pagi... hu hu...

Dengan hampa dan keciwa... aku dengan adik keluar la dari Midvalley menuju ke Shah Alam. Adik aku ni dulu duduk situ, pegila jumpa member dia. Kitaorang pegi makan dekat seafood restaurant dekat tasik Shah Alam. Teringat Labuan...

Member dia mati2 ingat kitaorang ada apa2. Aku ngan adik pula memang sporting... berlakon la kadang-kadang tu. Ha ha ha. Adik pun faham aku anggap dia macam adik, sama macam dia anggap aku macam kakak.

Tapi aku memang percaya pada love at first sight. Kadang-kadang bukan sebab wajah @ penampilan... when there is something about someone, hati ni lebih tahu... cheeewahhh!

Dah makan, kitaorang pegi round KL. Macam takder aktiviti sangat dah kitaorang. Tiba-tiba aku teringat kisah aku dengan member kena tangkap jabatan agama time jalan-jalan dekat area rumah, bawah lampu depan rumah orang yang ramai orang pun boleh kena tangkap... kelakar pula kalau aku ingat.