Thursday 9 April 2009

Cuti cuti

Semalam aku tercekik kulit udang! Ha ha ha.. Semua ni gara-gara kelam kabut nak balik la ni. Time kitaorang nak balik baru nak buat menu udang, sebelum ni balik-balik ayam... One of the main reason aku nak balik is because of the food.. sikit-sikit makan.. sengal aku. Aku tau la takde siapa paksa aku makan..ha ha ha.

Dalam jam 12.30 kitaorang bertolak ke Seremban. Yati nak melawat cousin dia dekat Hospital Tunku Jaafar. Aku sampai KL dalam jam 3 lebih. Aku minta Yati campak aku dekat LRT station jer, senang... Lagipun barang aku tak banyak. Aku kalau nak travel by kenderaan selain kereta aku sendiri, aku takder problem tapi kalau travel bawa kereta sendiri, mulalah aku nak bawa barang satu rumah..

Hari ni aku tak kerja..nak kata gembira sangat, hati aku berada dekat ofis. Bukanlah ada jejaka emsem yang boleh aku tengok pun dekat ofis,memang tak ada langsung.. he he he.. tapi selain duduk rumah...ofis pun aku suka duduk juga. Senang aku ni, semua aku suka..ha ha. Aku ingat nak ajak ibu lunch & terus masuk ofis tengahari, tau ibu jawab apa? Dia kata, tak payah la ko pegi ofis..rajin bebenor.. Duduk jelah dekat rumah tu diam2! Chet!

Aku bukan apa..aku punya report ni nak tunjuk dekat bos.. kot2 pengarah nak kutuk aku lagi pasal gambar..at least ada masa nak pegi ambil gambar baru. Dulu pun masa dekat Labuan, mind aku dah memang kena set. Isnin sampai Jemaat tempat aku hanya dekat ofis, sabtu half day sampai ahad... mesti duduk rumah. Kalau aku kena ot, terpaksala aku pura2 gembira..huhu. Kalau aku amik cuti pun, jiwa aku tetap gelora nak fikir pasal ofis walaupun kerja aku taklah banyak mana pun. Kadang2 kalau aku call koncho2 time dorang tahu aku cuti, diorang siap suruh aku pergi bercuti sungguh2. Memang manusia ni problem kan.. time kerja nak cuti tapi time cuti nak kerja. Mental!

Aku melawat ke Berjaya Times Square petang tadi... end up bukan pegi cuci mata tapi pegi digi centre. Aku pun tak paham la dengan diri sendiri. Balik aku singgah beli belah nak memasak laksa Sarawak yang taklah nak Sarawak sangat. Dah crime partner aku susah2 pos dari Labuan.. Thank u laling...

Jenuhnya aku nak cari Kerang dalam tin... org dekat sini ni tak makan yang dalam tin kot. Sampai2 rumah, aku singgah dekat kedai kat umah aku sebab aku terlupa nak beli bihun. Ada ke patut aku boleh lupa bihun. Sungguh la tak faham kenapa aku hari ni. Dua tiga langkah lagi nak sampai rumah, baru aku sedar aku tak beli santan pulak dah. Oh mai gud! Aku memang bengong.. clap! clap! Terpaksalah aku patah balik pegi kedai...nasib baik kedai tu dalam 20 langkah jer!

Ayam ada, udang ada... kerang tiada.. telur pun aku lupa.. tauhu kering takder... memang tak semeriah aku dekat Labuan lah! Merajuklah dengan KL nih! hu hu... Sebenarnya aku yang malas nak cari, salahkan orang pula.

Malam berjayalah aku masak dengan bersungguh2. Sibuk masak... sibuk YM... nasib kuah aku tak kering.. Sempoi! Inilah kali pertama dalam sejarah rumah ni aku memasak. Ha ha... malas gila. Dulu duduk Labuan senang sebab aku tak payah nak bertarung dengan jem & buang2 masa aku tuk tunggu train. Sekarang, kalau aku balik masak sungguh2 pun, aku bukan ada laki & anak pun..(adik akuuu yang cakapp) buang karan aku jer... baik aku singgah kedai mamak dekat rumah. Dorang pula kalau nampak muka aku jer, bihun goreng aaa... kalau time dorang pandai2, adekk.. dua aaa bihunn... cheh! ingat perut aku ni recycle machine hape. Tapi memang hari2 la aku order bihun. Bukan salah uncle2 tu ponn...

Wednesday 8 April 2009

Home

Aku rasa aku dah out of my mind... tapi ayat ni takder kaitan dengan entry hari ni.. huhu

Semalam aku tidur dalam kol 12 lepas iron baju. Petang tu aku bangun nak turun g meeting, cari iron dalam lemari... aik... dah takder iron tu.. Mesti dorang selongkar lemari nak cari iron tu... aihh... Aku call room service, tunggu dalam 20 minit tak sampai2. Aku hangit2 gak, tapi belum la tahap terbakar.

Aku g makan dengan Yati. .. lepas habis meeting dalam jam 11 tu, aku call lagi room service. Aku tanyala pasal iron.. Mamat tu jawab.. We tried to deliver to your room before but there was no one... haaa... aku jawab dengan bahasa Melayu yang memang sangat aku fasih macam ni... yelah... dah awak lammmbat sangatttt kannnnn... (tekan sikit time baca tu)... tapi nada lembut la..

Pagi ni meeting start jam 8.45. Rasa macam sangat bahagia dapat bangun selewat jam 7.30..heh. Sarapan memang meriah...esp tang lontong. Teringat lontong dekat Boulevard hotel. Tapi lontong ni pun sedap juga..pedas la tapi. Rindu gilo nak makan masakan orang kat N9 ni. Aku rasa, dalam banyak2 masakan... aku berkenan masakan orang sini..hehe. Nasib aku pompuan, kalau tak aku dah cari wife orang sini... tapi mesti yang pandai masak ler... ataupunn.. apa kater kalau aku cari mak mertua orang sini nanti... ha ha ha.

Nak dijadikan cerita, encik yang kata dia tara ayah aku tu buat lawak lagi. Tadi dia datang dekat aku, suruh aku berdiri seblah. Aku yang blur ni pun berdiri la...owh... nak sukat tinggi rupanya pokcik ni.. ha ha ha... memang aku tinggi lagi la sebab kasut aku da 3 inchi kannn... Dah dia duduk tempat dia kat depan, dia tanya aku umur berapa. Aku jawab la 28, pastu dia kata umur dio 28, sayo 40.. tah apa dia mengomel..tiba-tiba terkeluar ayat dalam slang Kelantan dia.. ok tu... macam siti dengan Datuk K... Aku macam nak guling2 nih lagi sekali.. Nasib ada 3 orang je dalam tu.. ha ha ha ha ha.

Jam 10 lebih, dia kata hari ni boleh balik. Excited la semua orang. Before dia nak balik, inchik tu g la salam dengan yang lelaki & kata orang pompuan tak boleh la. Tiba-tiba da dekat tempat aku, dia panggil aku & hulur tangan pula pura2 nak shake hand.. Yang lain pun gelak..nasib diorang tak dengar lawak dia pagi tadi.. Kalau tak.. heh

Tapi tadi macam best pula. Baru je kitaorang nak berkenalan, dah nak balik pula. Ada yang ajak pegi mandi laut, ada yang nak buat sukaneka, g Teluk Kemang makan ikan bakar.. BBQ pun ada. Yang datang ni semua sporting. Siap dah tukar2 no telefon. Nanti Rabu depan kitaorang akan jumpa lagi. Separuh je yang balik, separuh lagi balik besok. Rugi sebab dah bayar sampai malam ni, tapi dah hati nak balik rumah gak.. Hajat nak g fish spa & amik gambar pun tak kesampaian. Semalam member2 tu tanya, kenapa tak turun, kitaorang tunggu2 gak dekat kolam sbb korang kata nak g mandi... huhu

Adik aku tanya kenapa aku nak balik gak, baru berapa hari aku tinggalkan rumah, lagipun aku bukan ada husband or anak pun dekat rumah. Ha ha ha.. soalan tipikal yang selalu orang tanyakan. Mmm.. Each person has different opinion and way of handling their life, this is for sure...

Tuesday 7 April 2009

2nd day of isolation

Semalam aku dapat kawan baru gara-gara tersalah call. Nasib baik perempuan... he he he. Dalam pukul 6 petang aku turun round2 dekat bawah. Kol 7.45 aku dah janji nak g makan dengan kawan tu. Malam ada sesi pengenalan. Encik tu lepaskan kitaorang sebab dia tengok mata pun semua dah merah.

Time makan,jumpa lah team yang hadir meeting ni..bila aku bagitau umur aku 28, dorang tak percaya plaks. Haihhh...tua dah aku nih.. Makan not bad juga... tapi kalau hari2 macam ni, bule gila aku + gemuk gila..

Tadi time edit report, incik yang incharge tu buat lawak. Dah abis kitaorang gelak, dia katalah, suker dia... tiba2 dia sambung ayat and kata kat aku specifically... awok jangan suka kat saya, saya ni tara2 ayah awok... ha ha ha ha... kalau lah aku boleh berguling2 dekat situ... Yang lain gelak giler. Aku kater kat inchik tu, saya rasa teraniaya nih inchik... Dorang gelak jer..

Kol 6 aku jalan2 dekat bawah... amik gambar. Aku nak dedicate satu gambar untuk ibu... he he he.. Nanti aku nak bagitau ibu aku suruh baca diari aku nih.

Malam ni, kol 11 baru balik bilik... hu hu... tak penat tapi bosan. Ada few things la yang aku quite hangit cikit dengan resort ni. Luckily report yang aku buat, inchik tu takder komen langsung. Tadi pun sama, dia panggil aku g depan.. and not to mention aku lupa C. kesihatan tu refer tu aku... ha ha. Aku sampai depan, dia kata ok dah, buleh duduk... chet! rugi calorie aku berjalan 5 langkah.

Petang konon nak pergi jalan2 & tengok fish spa.. dah masuk bilik, malas pula nak keluar. Lagipun panas dekat luar. Member tu pula belum siap buat kerja & aku macam tak cukup tidur.. so aku tidor la sejam.. besok la kitaorang g jalan2. Dekat sini ada karaoke juga. Tempat ni sesuai kalau bawa family. Beach takde, but they do have man-made beach 5x Olympic size swimming pool (konon) with sand castling area, waterslide, jacuzzi and fountain...

They also have karaoke room, video games room, open air theatre/ stage, bicycles and many more... Apsal tiba2 omputeh... hu hu... Bilik aku studio room yang boleh 4 orang duduk... fuh!



Monday 6 April 2009

Oh! Tidaaakkk

Before subuh aku dah perasan air tak de.. .ni kalau air takde sampai pagi ni macamana. Tak pernah pula happen macam ni before. Time aku nak try bangun lambat g kerja, air pula takde. Aku rasa teraniaya nih.

Seperti yang aku jangka memang jadi, subuh tu aku bangun air memang takde juga. Aku fikir, naya ni kalau aku nak buang apa2. Last2 aku terus bangun, mandi dengan segala baki air yang tinggal dan turun pegi office. Oh! Tidak.

Sampai office, aku call ibu.. dia pun pelik kenapa aku wujud pagi ni. Dalam jam 11 setengah, aku ajak ibu turun. Terserempak pula dengan para bos, ibu la yang gelabah. Siap mengaku tu dia just nak temankan aku turun je.. ha ha. Sorry ibu..

G merayau dekat kedai fevret ibu lepas singgah farmasi. Train aku sampai dalam jam 12.59. Saja nak naik train, malas nak panggil driver. Aku ni ntah hapa2... kemudahan ada tanak guna, kan... ;) Takpe la... as long aku boleh arrange sendiri, should be ok.

Aku sampai seremban dalam jam 2 lebih. Tengah2 aku order makan, ada adik ni duk interview aku... kakak kerja mana... bla bla bla. Dia puji2 la aku sikit...nak bagi laku kedai dia lah tuh! He he

Belum kes aku tersalah tunggu train. Tak tahula, aku selalu ada problem tang train ni. Aku tunggu train g rawang! nak g mana!! Nasib train g Seremban lewat 2 minit...sempatlah aku tukar train dengan muka poyo macam biasa.

Aku sampai resort dalam dekat2 kol empat. Nasib abang bawa teksi tu ok. Terhibur juga hati aku yang lara tapi tak berapa nak lara nih. Huhu... Luckily juga aku amik kamera tempat adik tadi... dapat lah aku snap gambar bilik yang tak berapa nak lawa nih!





Saturday 4 April 2009

Sabtu datang lagi

Semalam adik ajak aku pegi karaoke join dia dengan housemate. Hmm... tiba-tiba aku rasa sangat malas.

Hari Sabtu hari aku bangun lewat. Biasa hari Sabtu nih hari aku bersembang @ belajar sambil basuh baju. Hari ahad plak, aku settle semua hal untuk Monday selain dari membelek buku. Banyak yang aku kena belajar sekarang ni, both technical and management aku kena cover sebab team aku jaga projek. Time jaga projek ni sure lah ada macam-macam involving both aspects. Aku macam takder life eh? Ha ha ha.

Management kalau tak tahu, pening juga since tak tahu work flow and how it is to be done actually. Technical part memang sure kena kaw-kaw la kalau tak tahu. Kalau sampai kena tanya, are you sure you are mechanical engineer, mana pula aku nak letak muka nanti. Heh. Ala... we grow with time... one day bila teringat balik time2 sekarang, mesti gelak :)

Aku ni memang sangat suka duduk rumah, macam-macam aku boleh buat... memasak, menjahit.. petik gitar tua aku... Dulu Sabtu aku kerja... balik kerja aku mesti berkasih dengan keyboard. Rinduuuunyaaaa.... lama dah tak main. Hari tu ada tengok dekat Yamaha, model higher sikit dari keyboard aku, dalam seribu lebih juga. Tunggu la... kalau aku dah tak boleh tahan, beli juga tu nanti.

Sekarang, macam orang lain yang duduk KL ni yang membuang masa dua tiga jam sehari untuk berada di jalan sahaja. Duduk KL bagi aku biasa je. Orang tanya, macamana duduk KL, ok tak, culture shock tak... Mmmm... for me, walau di mana aku berada, it is still up to diri sendiri. How you adapt and deal with your environment and current life. Tak ada hal la culture shock kalau kita sendiri tahu apa kita mahu. Depend samada nak ikut orang atau nak orang ikut kita. Give and take itu bagi aku sangat penting.

Aku dah siap iron baju and packing. Besok aku nak kemas bilik pula.

Friday 3 April 2009

I always love Friday

Friday hari yang paling aku suka antara banyak2 hari sebab hari ni tanda bermulanya hujung minggu, bagi aku la... Urusan nak pegi PD dah settle pun.. Isnin sampai jumaat la aku duduk PD.

Petang aku balik naik cab. Dalam pukul 7 adik aku call tanya nak pegi tak tengok Fast & Furious. Ok juga... dalam pukul 8 lebih dia datang ambil aku. Jenuhnya nak cari parking dekat Midvalley.. dekat setengah jam pusing-pusing kat citu jer. Pukul 9, dekat2 kitaorang nak sampai dekat reception kaunter GSC, ader announcement kata tiket tuk F&F dah habis. Gadis dekat kaunter tu kata show yang ader cuma tinggal yang kol 1.45 pagi... hu hu...

Dengan hampa dan keciwa... aku dengan adik keluar la dari Midvalley menuju ke Shah Alam. Adik aku ni dulu duduk situ, pegila jumpa member dia. Kitaorang pegi makan dekat seafood restaurant dekat tasik Shah Alam. Teringat Labuan...

Member dia mati2 ingat kitaorang ada apa2. Aku ngan adik pula memang sporting... berlakon la kadang-kadang tu. Ha ha ha. Adik pun faham aku anggap dia macam adik, sama macam dia anggap aku macam kakak.

Tapi aku memang percaya pada love at first sight. Kadang-kadang bukan sebab wajah @ penampilan... when there is something about someone, hati ni lebih tahu... cheeewahhh!

Dah makan, kitaorang pegi round KL. Macam takder aktiviti sangat dah kitaorang. Tiba-tiba aku teringat kisah aku dengan member kena tangkap jabatan agama time jalan-jalan dekat area rumah, bawah lampu depan rumah orang yang ramai orang pun boleh kena tangkap... kelakar pula kalau aku ingat.

Thursday 2 April 2009

Demam la pls...

Semalam aku tak dapat tidur... jam seblas aku sampai rumah.. bila nak lelap jer, mata aku segar... adoiih! Kol 1.30 aku bangun makan ubat.. kebetulan kakak aku sorang ni terjaga, dialah teman aku dekat ruang tamu nih. Siap membebel tu suruh aku masuk tidur dalam bilik, kat luar ni banyak nyamuk, nanti kena denggi katanya.

Lepas telan panadol, dlm kol 2 lebey aku tidor. Better la daripada tadi... tapi aku bangun sikit la punya awal. Story dekat adik, adik kata, awat, aku duk teringat kat mamat semalam ker. Chet! Adik ni kesitu pulak.

Harap-harap sangat aku demam... jadi tak perlulah aku nak g PD.. hu hu. Tapi aku sihat dan kuat pulak nih T_T

Wednesday 1 April 2009

April ini...

Hari ni aku jumpa pengarah regarding laporan tahunan. Selama beberapa bulan ni, ni kali pertama aku jumpa puan ni.

Bos aku tunjuk la hasil kerja yang aku submit untuk laporan tahunan. Kaw-kaw aku kena kutuk nih sebab gambar yang kitaorang ambil tak lawa. Bos aku tak terkata la sebab puan tu arkitek, kitaorang ni saper la. Engineer... kalau awam tak pe lagi, ni mekanikal. Bos aku gelak, dia kata kalau bagi saya ni puan dah cukup cantik dah ni. Ha ha ha..

Aku kena pegi PD seminggu next week. Aku malas nak pegi, dahlah sorang2.. kalau ibu ader x pe juga. Pengarah nak arkitek senior pegi dengan aku... hu hu. Seminggu tu... lemah aku!

Tuesday 31 March 2009

Bengkel kaedah mengingat.

Soalan first yang aku tanya pada diri aku, aku dah kurang ingatan ker sampai nak hadir kursus ni... ha ha ha

Kursus ni biasa je, tapi yang best attend ramai-ramai dengan geng. Aku duduk sebelah ibu dan ayah. Member dua orang ni aku panggil ibu dan ayah sebab dorang berdua je yang dah kahwin antara kitaorang 6 orang yang baru masuk. Ibu dengan aku, yang empat lagi lelaki. Aku dengan ibu dan ayah ni sebaya, tapi aku tak kahwin lagi la.. hehe. Yang lagi tiga adik kitaorang la.

Geng yang masuk seangkatan dengan aku ni memang best & gila-gila. Ibu memang selamba dan ikut sukahati dia jer.. ibu ni kawan aku masa sekolah.Memang geng rapat, tapi lost contact time U. Dorang panggil dia Ezy, tapi aku sorang je panggil dia dengan nama timangan. Nasib ader dia...

Ayah plak, macam ayah & skema. Dia belum ada anak lagi, so, aku tolonglah jadi anak angkat dia sementara. Nanti anak dia aku boleh panggil cucu kot. Dia dengan ibu memang seswaii... skema tapi boleh main kejar-kejar tu dalam ofis. Kalau jalan dengan dorang dua ni, memang rasa teraniaya la aku. Ayah jalan laju gila, ibu pulak slow.. aku tersepitz dekat tengah2..

Paly.. mamat ni sangat kelakar. Imagine badan besar dan kepala botak. Ibu selalu kutuk kater dia muka mcm gengster tapi jiwang & dia pula kutuk ibu ketot sebab ibu rendah. Memang sakit perut la kalau dorang dua ni start sesi mari mengutuk sesama sendiri. Mamat ni sangat 'comel', bukan muka oke, tapi gaya dia... tak payah nak suruh dia buat lawak, teringat dia jer aku dah nak ketawa.

Dauz.. yang ni badan besar juga. Dia pun kelakar, tapi cool. Xla budak-budak sangat mcam adik yang lagi sorang tu. Dia ngam kalau kawan tu ader, kalau tak dia ni macam bersopan santun jugak.

ZA.. yang ni pendiam. kadang-kadang tak perasan pun dia ader sebab dia duduk terselindung dari yang lain.

Time kursus tu, aku rasa macam ibu dengan aku jer yang paling kesoh, esp ibu. Incik tu siap tahu nama kitaorang. Ayah duk kutuk adik yang dua orang tu bersopan santun gila masa kursus sebab duduk depan awek comel. Ha ha ha.. Nasib la kursus tu setengah hari jer. Aku rasa sama jer ingatan aku sebelum dan selepas kursus pun.

Monday 30 March 2009

Siapa ni?

Biasa aku pergi kerja dengan tudung jaring kaler hitam aku tu. Aku suka ikat tudung & pakai spek mata aku yang bingkai itam, tapi hari ni aku pakai baju kurung biasa & sarung tudung bawal kaler putih dengan spek mata pink aku ala2 gadis innocent. Dah lama aku tak pakai tudung bawal nih. Aku suker pakai tudung jaring sebab senang & tak payah iron.

Aku nampak ibu masuk office dari pintu belakang. Bila aku tegur, dia buat poyo jer & say hai dekat aku and terus je pergi dekat cubicle dia. Biasa dia pandai tu datang cari aku lepas letak barang-barang dia. Seperti yang aku jangka, dia datang meja aku.. Panjang bebenor laaa dia sebab dia almost tak dapat recognize aku tadi.. ha ha ha. Padan lah dia buat bolayan time aku tegur.

Nak turun breakfast, terserembak dengan 2nd bos aku. Ibu kenalkan dekat incik tu yang konon2nya aku ni staff baru. Dia sengih jek. Bila dia  da start pandang aku dengan penuh kompius, ibu terus gelak. Encik tu terkena sebab tak cam aku rupanya.

Lepas breakfast, aku duduk la dekat cubicle aku sambil baca paper. Tiba-tiba Paly masuk dari pintu seblah tepi. Dia tengok aku sekali pandang, pastu dia toleh lagi. Aku senyum la...Pastu baru di perasan itu aku. Gelak dia.

Dauz ngan koncho2 yang lain-lain pun sama gak terkompius. Mati2 ingat aku staff baru. Tu belum makcik cleaner yang selalu tegur2 aku. Dia kata kalau aku tak tegur dia tadi, memang dia tak kenal itu aku. Hahaha.. hari yang kelakar.

Wow! Ha ha ha.. Dorang kata aku macam cikgu, panggil aku cikgu Agnes. Ayah la ni..mentang-mentang wife dia cikgu. Ibu siap kata, ini bukan gaya engineer. Dia kata aku pakai macam ni lebih teruk lagi dari kerani. Kaw-kaw tu kutuk aku.. hampeh budak2 nih! Ibu la paling teruk, dia kata ko jangan jalan dengan aku kalau pakai macam ni lagi. Hampes!

Last sekali, bos aku pon terkena jugaks. Awal2 pagi tu dia dah panggil aku, da petang baru terbukak citer yang dia pon kompius. Padan la aku tengok muka dia blur time aku masuk bilik dia tadi.

Sunday 22 March 2009

Shuo Hao De Xing Fu Ne

Shuo Hao De Xing Fu Ne

你的回話凌亂著.
在這個時刻.
我想起噴泉旁的白鴿.
甜蜜散落了.

情緒莫名的拉扯.
我還愛你吶.
而你斷斷續續唱著歌.
假裝沒事了.

時間過了走了.
愛情面臨選擇.
你冷了倦了我哭了.
離開時的不快樂.
你用卡片手寫著.
有些愛只給到這真的痛了.

怎麽了.你累了.說好的.幸福吶
我懂了.不說了.愛淡了.夢遠了
開心與不開心.一一敘說著.你在不捨
那些愛過的感覺都太深刻.我都還記得

你不等了.說好的.幸福吶
我錯了.淚乾了.放手了後悔了
只是回憶的音樂盒還旋轉著.
要怎麼停呢

你的回話凌亂著.
在這個時刻.
我想起噴泉旁的白鴿.
甜蜜散落了.

情緒莫名的拉扯.
我還愛你吶.
而你斷斷續續唱著歌.
假裝沒事了.

時間過了走了.
愛情面臨選擇.
你冷了卻了我哭了.
離開時的不快樂.
你用卡片手寫著.
有些愛只給到這真的痛了.

怎麽了.你累了.說好的.幸福吶
我懂了.不說了.愛淡了.夢遠了
開心與不開心.一一敘說著.你在不捨
那些愛過的感覺都太深刻.我都還記得

你不等了.說好的.幸福吶
我錯了.淚乾了.放手了後悔了
只是回憶的音樂盒還旋轉著.
要怎麼停呢


your reply is in a mess
at this moment in time,
i thought of the pigeon beside the fountain,
the sweetness is scattered.

a mysterious tugging of my emotions
do i still love you?

but you continued singing
pretending that nothing has happened.

time has passed and left,
love is faced with a choice.
you've become cold and i've cried
the unhappiness you felt when you left,
you just wrote them down on a card.
sometimes love can only be like this and it's really painful.

what happened, you're tired, where is the happiness that we agreed on?
i understand, don't say anymore, love has weakened, my dreams have drifted.
being happy or not, narrating them one after another, you cant bear it.
those feelings of loving were way too deep, i can still remember them.

you're not waiting anymore, wheres the happiness that we agreed on?
i was wrong, tears have dried, we've let go, we've regretted.
only that musical box of memories still continue to turn,
how can it be stopped?

.... and there were tears....

Friday 20 March 2009

Red Box

Aku dengan ibu dah determine nak g Red Box hari ni. Time nak turun tu, senior kitaorang call, tanya macamana plan tengahari nih. Owh... ingat lagi rupanya dia pasal ni. Book la bilik untuk 4 orang.

Ibu la kelakar, siap berduet nyanyi satu lagu tu sampai dua kali ngan member tu. Yang best ni, makan dia sedap. Lagipun tempat ni open. Kitaorang dapat bilik besar, sofa sorang satu..heheh. Aku rasa lagi berbaloi g sini dari makan dekat luar. Makan dekat secret recipe, paling koman 15 ringgit gak habis. Duduk plak takkan nak lama2..

Dekat Red Box.. makan + minum + 3 hour baru cost RM17.25 je. Kalau makan dekat luar, belum campur kos shopping lagi sebab nampak barang2 ;D Nak datang sini sekadar nak makan jer pun tak per...

Wednesday 18 March 2009

Ntahapahapa

Pukul 3 baru bertolak g ministry tuk submit report. G naik komuter jer, malas nak panggil driver. Lagipun bukan jauh sangat. Turun2 je dekat station, komuter pun sampai. Taklah wasted my 20 minutes for waiting.

Sampai dekat stesen KL, aku panik ;) lalu turun lah aku dari train. Aku tengok pelik semacam je, then aku masuk balik dalam train. Tapi aku tukar gerabak la... pandai pulak aku malu. He he... nasib baik sempat.

Before pukul 4, urusan aku selesai. Aku nak balik office malas sebab aku balik kerja jam 4.30. Lagipun, tunggu train pun dah cukup buang masa aku. aku shopping la dekat Sogo tu. Hmm...

Monday 16 March 2009

Picture taking trip

Tadi aku berjaya minta tolong senior aku dapatkan driver tuk trip ambil gambar dekat HKL & bangunan dekat Jalan cenderasari. Aku pergi dengan adik & ibu.. Kejap je pun sebab dekat.

Aku masih tunggu gambar2 yang state akan email. Rabu aku dah kena submit dekat bahagian korporat, aku ada besok sahaja lagi untuk settle semua nih.

Thursday 12 March 2009

Aku dan ibu

Patutnya aku hadir kursus aircond semalam sampai khamis ni... Rugi i..

Tapi takpe lah... Hari senin tu went bowling with ibu, daus & ZA.. Ha ha.. kelakar gila la c ZA ni. Ada skill tu baling bola bowling. Aku siap rakam tu video dia, tapi malangnya time rakam tu skill dia x keluar plak. Daus targert 100 poibts, dia juara la hari ni. Aku 2nd.. ha ha ha. Hari tu aku main dengan ibu, baling bola bowling ala2 baling bola baling.

Da puas kitaorang main bowling, aku dengan ibu race pulak. Yang dua worang tuh lapar, so dorang g makan. Hari ni ibu kalahkan aku level beginner, tapi aku plak kalahkan ibu time level advance :D

Biasa aku memang tak pernah menang sebab aku aku bawak auto.. he he he. Buat malu jerr...

Inilah kerja aku dengan ibu dekat midvalley ni. Tahu saja mana nak habiskan duit. Aku rasa ni nak cover almost 10 years yang kitaorang hilang sebab lost contact. Ibu pun dah ada anak satu.. Aku juga yang ada anak tekak je..ahah.

Tuesday 10 March 2009

Naushore...

We left for Temerloh at 8 am. My boss driving skills made me nausea.. naushore ker kalau mabuk darat? *blur*

Singgah makan jap... time tu dah rasa lain macam... Sampai2 hospital jer, terus cari bilik air untuk mengeluarkan segala isi perut. Silap2 bukan aku melawat hospital, tapi orang datang melawat aku dekat hospital. Huhu..

Tadi before bertolak dah makan ubat gastrik. Selalu kalau travel memang aku makan ubat gastrik. Bukan sebab gastrik, tapi perut aku memnag problem. Kadang-kadang tengok mcaman drive tu bawak kereta gak. Bukan salah driver tu sebenarnya... heh.

Seram plak time masuk wad psikiatrik tadi... wad tu jer ada orang karaoke. Kuat pulak tu... Adala makcik tu datang dekat aku ngan ibu sambil kat tangan dia bawa air sambil senyum-senyum & puji-puji kitaorang. Supspen gila aku, mana la tahu kot2 dia simbah kitaorang dengan air tu... bukan-bukan jer aku nih ;D

Sunday 8 March 2009

My Beloved The Rock

Adik kata nak datang hari ni. Adik ni aku kenal dari dia form 3 lagi. Dulu kecik, sekarang pun masih kecik.. he he he...

Aku g tengok my beloved The Rock dengan adik. Cerita dia macam bosan juga... tapi takpe la demi kasih ku kepada The Rock. Yang paling aku suka tentang The rock ni senyuman dia. Aku ingatkan dia ni dah tua sangat, rupanya baru 36 tahun. Mmm... boleh lagi nih.. ;)

Balik2... adik nak kuar lagi g jumpa member. Tiba-tiba member yang nak ajak aku g kenduri khawin besok sms aku. Dia tanya, jadi tak aku nak ikut dia g Gemas *edit - ke Gemencih? * besok. Aku kata kalau dia takde bawak member, aku g la dengan dia. So, besok dia akan datang ambik aku la. Supspen juga, dahla tak pernah jumpa. Ok kot... dia ni member kawan skolah aku dulu. Yang kelakar, dia siap bagi no telefon member aku tu kot2 aku takut nak g ngan dia. Member tu pun g gak besok.

Tengah2 aku lena, member tu call pula. Kata dia ada member dia nak ikut last minute. Aku kata takpe lah, better dia g ngan member dia je. Nanti kekok pula, dahlah kitaorang kenal, nanti nak jawab apa pula dekat member dia kalau kena querie.

Friday 6 March 2009

Karaoke

Dekat jam 10 malam... adik sms aku ajak makan sate dekat depan. Dia kata nanti dia ambik ngan keta. Aik mamat ni nak g makan kat maner sampe nak collect aku ngan keta.. ha ha ha.

Dlm kol 1o aku tunggu dia kat depan... eh.. member dia yang come tu pun ada. Aku suka budak ni, nak kata comel sangat tak la pun, nak kata handsome pun tidak tapi dia come, macam adik adik.. aha.

Makan sate dekat bistro dengan sorang lagi housemate adik aku sambil tengok final Raja Lawak. Budak ni semua elok-elok perangai, tu yang aku berkenan tu dan terasa pula aku muda kembali ;) Habis makan, adik aku bising nak pergi... aku pun tak tahu mana budak ni nak pegi. Aku pun ikut saja... naik kat satu tempat ni... aaahh.. karaoke!

Aku tak pernah pula pegi karaoke sepanjang aku hidup ni.. ni la malam first. Karaoke dekat sini bersih, tak de binatang ayam macam dekat tempat aku dulu. Itu yang member aku yang ala-ala ustaz terasa dirinya tercemar. Aku gelak bagai nak rak dengar kawan tu mengadu.

Berbalik kisah aku. Budak-budak ni menyanyi macam tak ingat donia dah. Tapi budak yang come tu nyanyi tone suara dia sedap, macam penyanyi Indonesia. Dah la masa makan tadi dia bole tersedak. Bila dia perasan aku ternampak, boleh dia tutup mulut dengan muka yang merah. Budak ini... adik perempuan aku lagi macho tau!

Adik aku suara pun bole tahan juga, aku lupa nak puji. Ha ha ha.. Adik aku ni baik orangnya. Member aku kat ofis tu kata dia macam moody. Aku tak pula perasan lagi. Tapi member aku tu pun sejak kebelakangan ni asyik merajuk je.. ha ha ha.. Kenapa pula la. .

Thursday 5 March 2009

Trip to Seremban

Hari ni aku bertolak dari rumah lewat dari biasa. Train ke Seremban tiba lebih kurang jam 7 suku. Rasanya dah dekat 10 tahun aku tak menjejakkan kaki ke Seremban lepas tamat sekolah menengah. Seremban bagi aku masih sama walaupun banyak yang berubah. Tapi aku jauh lebih rindukan Batu Pahat..

Aku ke Seremban untuk meeting di Tampin. Nasib bos aku bagi aku pergi dengan member ni. Kebetulan dia duduk Seremban dan sesat adalah perkara yang paling menarik berlaku kepada kami hari ni. Tampin tak lah besar sangat, yang pelik tu kitaorang boleh sesat nak cari tempat meeting. Hu Hu...

Meeting start jam 10.30 tapi kitaorang sampai dalam jam 11 lebih... ha ha ha. Sampai-sampai, meeting pun dah nak habis. Habis meeting, singgah dekat gerai cendol. Pokcik kat kedai tu memang sangat suka sejarah. Bila orang bagitahu dia asal dari negeri mana, dia mulalah buka cerita sejarah negeri tu time zaman jipun... glemer ni pokcik tu... masuk tv... ha ha. Kat gerai tu yang bestnya, bayar singgit or 2 henggit... boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Minum sampai muak..

Lepas makan cendol..singgah dekat Lukut lawat site. Besar gila AHU dia. Padanlah tak boleh nak gantung.. hu hu

Tuesday 24 February 2009

Hari ni joint meeting dekat Shah Alam. Bos aku invite, aku datang saja-saja la. Tak sangka la pula meeting hari ni pun cancel, bukan takat tu jek.. malah ader insiden hari ini dalam sejarah. Bos aku ngan member siap gelakkan aku kata aku ni bawok malang sebab ini second meeting aku yang cancel macam semalam. Bukan tu jer, siap canang dekat member team yang juga dari HQ tu...

Selama ni biasalah kalau sub dengan men kon ni gaduh.. Bos aku dulu memang terror bab ni.. (Ampun bos) Tapi kali ni memang sungguh 'hari ini dalam sejarah' la..

Monday 23 February 2009

Room data

I joined room data interaction this morning for  nurse college.. it is scheduled for three days but the consultant were not ready yet so they have to postpone the meeting until next week. Fuhhh! Lega..

It is quite interesting to joint room data. Each drawings showed detail location of each equipments and some is mandatory to follow. My team will only involve after design stage has finished. Currently, we attended meeting to share the project current status and offer advise when required. Normally we just go there and keep quiet... ha ha. Wait till our turn come...

Meeting ended around 12 pm.

Sunday 15 February 2009

Sunway Pyramid second day

Hari ni janji dengan housemate yang sorang plaks nak pegi tengok beg dekat Sunway Pyramid.. ha ha. Ni gara-gara kakak aku sorang tu la duk tayang-tayang beg baru dia.

Pegi dari pagi, balik da dekat-dekat nak malam. Aku apa lagi, rembat dua beg baru. Jangan mare! Dulu masa pegi tempat ni tak best pun... dekat sini la aku jumpa orang saiko. Eeeee... ngeriii

Saturday 14 February 2009

Sunway Pyramid

I went to Sunway Pyramid with my housemate. Tension betul kalau stuck dalam jam ni. I almost throw up dalam kereta tadi, sempena Valentines Day. My housemate la ni drive civic tapi kalah merempit... ha ha ha.

Sampai-sampai terus makan dekat Secret Recipe. Housemate aku nan seorang ni memang menang kalau bab makan. Sama macam yang seorang dekat ofis tu, yang tensi aku! Ha ha

Shopping tengok kasut offer sampai 70%.. wow!

Friday 13 February 2009

Dental Chair

My girl friend went to fire fighting course until today and left me bored to death! I went down to CKM for dental chair introduction from one of this contractor.

What a bore!

Luckily I still have those four boy friends. Tempat dorang nilah akuy mengadu domba sepanjang minggu ni. Pegi makan kena teman, pegi mana pun kena bawak. Ha ha. belum part tadi dorang duk risau aku nak makan dengan siapa pula tengahari ni.

Hari ni kelakar. My senior engineer ni non-muslim, so tengahari tu dia ajak la pegi makan. Baru nak naik lift, tiba-tiba nampak ada caterer tu sorong makanan untuk meeting. Tersentap jantung si kawan tu... hee yahh!

Lift tu penuh dengan orang, nak discuss pula tak ble so tunggu la sampai LG. Baru nak keluar, mamat tu kater jum naik atas balik. Hadoiii!

Naik la balik tingkat 26! tunggu sejam baru dapat makan. Tapi memang sangat berbaloiii! Sedarppp!!!

Sunday 8 February 2009

MaulidurRasul

Mana adik aku ni... kata nak datang. Aku ni ramai adik.. ha ha. Adik yang ni pompuan... kecik jer tapi penguasa tu. Kata dia dia ada kursus induksi dekat Melaka.

Besok cuti MaulidurRasul. Mm... aku takde plan pula nak pegi mana2.

Sunday 1 February 2009

New House

I called the girl last night to confirm our meeting. I told her that i will come around 4.30 pm.

I finally met the girl and able to see the house. The room is quite small but nice. After a long discussion, I opted to enter the house starting today. He he..

Welcome!

Saturday 31 January 2009

House

I am still in house haunting mood. I called this girl on morning about her advertisement on the net. She sounds nice…

We went to Bandar Seri Permaisuri with my uncle’s friend. I accidentally laid my eyes on this condominium there. It was the one advertised on the net! The place was quite nice and totally facing the building that I will be living for the next few weeks I guess. I called the lady but we the reception was so poor till she cannot hear anything I said. I promised to call her back but since my aunt son already crying so loud and trying to push me out of the car, we went home. He was so mad at his dad for leaving him inside the car.

Friday 30 January 2009

Near the engine

Today is Friday already. Days passed by so quickly and we only noticed it at the end of the day. As for this morning, I woke up earlier than yesterday. I looked outside the window and it was very dark and differed from Labuan. At this time, I will still be sleeping and perhaps snoring.

Regardless of the fact that today is Friday, I wore shirts and slack. I was stationed at projects unit so hopefully I will be out of the office often. I was on the health work department, which is involved with health care projects. I find it quite interesting when my seniors talked about our involvement with “bilik mayat”. Eeriee…. They even joked that contractors sometimes will sleep inside the “peti mayat” during testing. Eeee..

Well, Cititel and midvalley used to be my favorite spot during my vacation to KL. Now that I will be in there 40 hours a week, I will have to have another favorite spot ;)

My friend and I had lunch with our senior. He was nice and he willingly taught us many things even though he knew that were still blur and trying to figure out things. I was working with contractor previously, now that I have to dig my engineering skill from deep under, I will have to work real hard to catch up with everything.

Thursday 29 January 2009

My 2nd day at floor 26...

I woke up at 5.25 am this morning, just like yesterday. It took me one hour to reach KL Sentral station from here. Our eating out last night caused me to end up with sleepy eyes at noon. We have meetings with all senior engineers. It was more to introduction to our job scope. If we were lucky enough, we will have a chance to visit manufacturer's factory overseas. Wow! Ha ha.. This must be included in my goal duh.Our boss asked us to present about fire fighting. I only knew about this yesterday. Ha ha.. This is our seniors time to show us why they were called seniors. I thought it was boring at first, but i have to admit that it is not after i heard about 'rumah mayat' and 'hospital berkulat'.. Eee.. Yeah..Welcome to engineers zone!

Wednesday 28 January 2009

My first train

Hari ni aku bangun seawal jam 5.22 pagi. Kalau di Labuan, aku akan kembali beradu beralaskan selimut tebal sesudah solat subuh. Berada di stesen komuter seawal jam 6.30 membuatkan aku terkenang kereta, rumah dan segala-galanya tentang Labuan. Tapi aku positif. Aku masih muda dan masih banyak yang belum aku lihat. Terkandas dalam kehidupan yang mudah membuatkan seseorang berhenti berusaha. Definisi kehidupan yang sukar ini juga amat sukar untuk di takrifkan.
6.35 pagi - Aku berada di dalam 'train'. Ramai insan-insan yg bangun seawal aku demi sesuap nasi. Bersyukurlah wahai kita kerana masih terbuka pintu rezeki.

Sunday 25 January 2009

Till meet again

Today is the last day I drive my car. Sobs

See you later dear. Till we meet again!

Friday 23 January 2009

Hujan turun sangat lebat saat ini. Kilat juga sabung menyabung. Guruh ada masanya bagai menyentap jantung. Tatkala ini aku berada di tengah laut. Air hujan juga memenuhi lantai dek, malah kedengaran suara kanak-kanak riang menjerit banjir. Aku? Aku tidak sempat memikirkan keadaan sendiri. Sedih atau gembira tidak dapat lagi aku bezakan. Badan terasa amat letih, minda pula tidak mampu berfikir. Aku menanti bilakah hari hidup ku kembali semudah semalam. Aku seolah-olah kapal terapung tanpa kemudi. Walaupun enjin masih ada tapi motornya gagal berfungsi seperti biasanya.
Today is Saturday. I was lucky to get the ticket last night. And the trip was adventurous, a little. I went to Pasar Tamu with my mother and end up buying nothing. I have no desire for food or anything at the moment.

I will be going back to Labuan tomorrow.

Thursday 22 January 2009

Tax day

I went to Kastam to pay my car tax. The procedure was so simple.

First, I have to go to “Bahagian Cukai Dalaman”to estimate the tax.

Second, I have to go to shipping agent to type a form for me and pay them 50 bucks.

Third, I have to go back to Kastam and bring along my original car card and letter to prove that I am moving from Labuan (The rate will be different if I pay the tax but still staying in Labuan) The officer will process the request and check my car. Once I pass the inspection, I can proceed with payment. I can request for discount also ;0


We went to Dorsett Regency Hotel for my farewell on Spanish night.

Wednesday 21 January 2009

The Last Goodbye

I met my boss and told him that today will be my last day. I cannot believe it either!

I did not visit the site to say good bye to all my konchos. Sobs!

My boss handed me red envelope. Sobs! I used to give him empty envelope during Chinese New Years and I did it every year, except last year ;) I also did the same to all my Chinese co-workers at site.. ha ha. I always have extra money during CNY.. ha ha haaa

Sunday 18 January 2009

Sogo is a No No!

My mother and I arrived at the airport around 8.45 which gave me enough time to pursue my "McMuffin" dream. Ha ha.. I was informed by this ticketing officer our flight will be leaving earlier than scheduled. Wo hooo.. Yeah.. 12.30 arrival..

We stayed at Cititel Express at Jalan Chow Kit. I have no idea how far the PWD from here. The hotel located exactly on the main road and next to Kamdar. We went straight to SOGO after check in but ended up buying nothing and I personally think that I don't like it there.

At Jalan TAR, we entered this shop which offered a price that was totally cheaper then what we can get anywhere in Labuan or Sabah. I wonder how much is the mark up price.. It is not the price that matter, for me uniqueness and quality must come together. I dont want to wear or have something that almost every body have it. I am not the follower I guess...

Friday 16 January 2009

Masih Mood Laksa Sagahwa

* Rebus udang & ayam + serbuk perisa ayam, cili dan asam keping.
* Goreng telur + daun parsley kering.
* Goreng ikan bilis.
*Rebus perencah laksa Sarawak & tapiskan sesudah masak.
* Masukkan santan serta air rebusan udang /ayam dan kerang.
* Tambah garam & serbuk perisa ayam serta sambal tumis.
* Masukkan lagi 2 sudu perencah laksa Sarawak.
* "Missing"- Taugeh

Kuah Siap!

Bahan segera - Santan, sambal tumis & perencah laksa Sarawak.

Thursday 15 January 2009

Hikayat Bihun

Mahu dikatakan perut ini lapar, tidak juga. Namun aku tidak tahu mengapa minda dan hati seolah-olah sehati mengatakan bahawa ia perlu makan. Aku jenguk ke dalam peti ais, hanya ada bebola daging dan sayur di sana. Lalu aku terkenang tengahari tadi aku ada membeli rempah laksa sarawak dan bihun, sayangnya santan dan bahan-bahan lain pula tiada.

Minda mula berfikir, pati ayam pasti membantu. Ku rebus bihun dan mula memotong bebola daging, cili dan batang sayur. Aku toskan bihun sesudah ia masak. Ku rebuskan air di dalam kuali lalu aku campakkan bahan yang sudah aku potong bersama asam keping. Aku tambahkan pati ayam namun hati masih belum puas. Ku koyakkan plastik rempah laksa lalu ku picitkan isinya kedalam kuali yang sedang mendidih airnya. Sedap juga rasanya, aku mengomel sendiri. Ku masukkan sayur dan sedikit tepung jagung.

6851 km

Syntium 800 SM 15W/50 - 4L @ 98.00
Oil filter @ 12.22
Gasket - Plug - Oil Drain @ 2.52
Radiator coolant @ 12.36 x 2
Eng treatment @ 48.00
Screen wash @ 5.20

Total : 190.60

Monday 12 January 2009

X-chestray


X-ray adalah antara yang ko kena buat kalau mo masuk kerja gomen. Alhamdulillah, urusan aku selesai hari ni. Kenapa aku publish gambar x-ray ni? entah laaaa

Sunday 11 January 2009

Friday 9 January 2009

Nice doctor

I decided to go home to settle my medical check-up. I already get verbal permission from my boss yesterday. At 7.50 am, i arrived at the ferry terminal. Notes - speedboat passengers will have to wait for Kk express to depart at 8.30.

I arrived at Beu Fot Hospital around 9.45. The nurse at the counter told us that i need an appointment before i can see the doctor. To be told that all slots for appointment were no longer available until 21 January adding more disappointment to me. They suggested i try my luck at KP. My dad tried his by asking the doctor personally. Left with no choice when all the nurses were ok with it,he agreed. I have my appointment after lunch. I came back around 2 pm and my number was 7018. The doctor was nice and steady,not like the other doctor i met at klinik kesihatan Labuan yesterday whom very good at talking but fail miserably at listening. I wonder how he communicate with senior citizens with such attitude. It was almost 4 pm when i finished. I looked outside, it was very dark. The rain started pouring heavily on the way home. With weather like this, i don't think i can make it to Labuan.

Thursday 8 January 2009

Cerita aku dan Che DeT

Aku ingin bercerita tentang seseorang. Tentang seorang lelaki yang aku kagumi bernama Mahathir.

Tun Mahathir menjadi perdana menteri pada tahun yang sama aku di lahirkan. Aku membesar dalam kepimpinan dan ideologi beliau. Bila ditanya tentang tokoh yang aku hormati, dari sekadar seorang kanak-kanak kecil yang belum mengerti apa itu politik, sehinggalah usia aku sekarang, aku pasti menyebut nama beliau walaupun sehingga saat ini aku masih belum sepenuhnya mengerti erti politik itu melainkan membayangkan ia suatu yang kotor.

Bagi aku Tun Mahathir adalah seorang pemikir yang memimpin, beliau bukan hanya sekadar seorang pemimpin. Menjadi pemimpin sesuatu yang boleh dipelajari dan diwarisi dari seseorang namun kepimpinan ada sesuatu ciri yang dimiliki oleh satu-satu individu itu sendiri.

Beliau juga adalah contoh seorang manusia yang punya keazaman dan keinginan yang sangat tinggi, yang tahu apa yang beliau mahu dalam hidup. Banyak yang kita dengar tentang beliau, malah adakalanya kisah negatif menutup segala yang beliau lakukan untuk Negara selama beliau memimpin. Beliau bukan sahaja seorang ketua Negara, jangan kita lupa yang beliau juga adalah seorang ketua keluarga. Amat sukar bagi beliau memuaskan hati semua pihak kerana beliau perlu lakukan apa yang beliau perlu lakukan. Walau tiada kamus dewan untuk aku rujuk di saat ini, membayangakn maksud perdana itu sahaja sudah memadai kita merujuk sesuatu yang amat besar.

Untuk aku, apa yang kita perlukan bukanlah seorang pemimpin yang 'baik'. Bagi aku juga, sesebuah Negara tidak memerlukan pemimpin yang sempurna kerana tidak pernah ada kesempurnaan dalam seorang manusia. Membandingkan sikap pemimpin di zaman para Nabi bezanya seolah beza di antara kedudukan huruf A dan Z, bukan huruf di antaranya.

Wednesday 7 January 2009

Rehab


Baby, baby When we first met I never felt something so strong You were like my lover And my best friend All wrapped into one With a ribbon on it And all of a sudden You went and left I didn't know how to follow It's like a shot That spun me around And now my heart left I feel so empty and hollow
And I'll never give myself to another The way I gave it to you Don't even recognize The ways you hurt me Do you? It's gonna take a miracle to bring me back And you're the one to blame
And now I feel like, oh You're the reason Why I'm thinking I don't wanna smoke on These cigarettes no more I guess this is what I get For wishful thinking Should've never let you enter my door Next time you wanna go on and leave I should just let you go on and do it 'Cause now I'm using like I please It's like I checked into rehab Baby you're my disease It's like I checked into rehab Baby you're my disease I gotta check into rehab 'Cause baby you're my disease I gotta check into rehab 'Cause baby you're my disease
Damn,
Ain't it crazy
When your love slams?
You'll do anything
For the one you love
'Cause anytime
That you needed me
I'd be there
It's like
You were my favorite drug
The only problem is
That you was using me
In a different way
That I was using you
But now that I know
That it's not meant to be
You gotta go
I gotta wean myself off of you


Rihanna - Rehab


Tuesday 6 January 2009

Monday 5 January 2009

Fasting

I woke up at 4.18 am for sahur. I only ate kurma. I hate it when i have to go to the toilet every 30 minutes. My boss handed me a tender document. Remind me i have a site visit on Wednesday.

Headache

I am having this headache since last night. My CP invited me to a picnic with her family. I cannot go with a head like this. If you were a woman,this is what you have to deal with every month, sometimes :'( Mama....

Sunday 4 January 2009

Floating Restaurant Manja Rasa

Hari ni sesi menumpang kasih keluarga my Crime Partner, si kaka ai. Kali ni kitaorang p serang restoran terapun, Manja Rasa dekat Labuan Sport Complex. Oke ka food dia? oke laaa. Yang penting ngap perut kenyang...





Manja Rasa Restaurant
Labuan Sea Sport Complex
Call 087424935 for reservation
Adult - RM 20 nett
Children ( 8 to 3) - RM 10 nett


Friday 2 January 2009

NEW YEAR

HAPPY NEW YEAR!

It is 2009 and i am still here. Thank god for giving me the opportunity to be alive and for everything that came with it. As for this year, my new resolution will be not to have one at all. Every year I told myself that i want to be better,yet i am not the one judging it. I am not hoping for miracles. All i want is a simple peaceful life.

For those i was unable to forgive, it is only god who have the rights. For those i was unable to forget,it is only god who have my hearts.