Sunday 28 June 2009

DVD days

Ahad pun tiba... Hari Ahad skarang dah jadi hari menonton dvd.. Eh! Rasanya kebelakangan ni hari2 pun hari menontön dvd.

Dari smalam tengok cerita Mei Chan Butler.. Cerita ini amat BEST! Kalau la aku ada sorang butler emsem mcm Rihito nih.. Muhuhaha! Butler dorang memang la emsem! Citer ni citer fiksyen.. tak heran la kalau cerita dia agak mengarut. Tapi hero dia memang chantik & heroin dia pula.. boleh la tahan.

Saturday 20 June 2009

Yamada Taro Monogatari

This is a drama about a smart, athletic and adorable young guy adapted from Japanese manga by Ai Morinaga. Peoples at his school kept rumoring that he came from a very wealthy family while the fact that he unintentionally hide was, his poor family. The main character in the drama played by two members of Japanese boy band Arashi, Ninomiya Kazunari as Yamada Taro and Sakurai Sho as Mimura Takuya, his best friend.

This is a story about family. I rated this drama as avarage but i like all Taro siblings.. they were all kawaii!!

Friday 19 June 2009

Nobuta Wo Produce



... Shuji Kiritani (Kazuya Kamenashi) is a very popular high school boy who is close to Mariko Uehara (Erika Toda), the most popular girl in school, but whom he does not actually love. Akira Kusano (Tomohisa Yamashita), his classmate, does not really have any friends - something that is attributed to the fact that he cannot read the atmosphere well. One day, a very shy girl, Nobuko Kotani (Maki Horikita) transfers to their school and is instantly picked on by a group of girls for her shyness. As a testimony to their youth, Shuji and Akira team up and decide to "produce" her, to make her popular. They nickname her "Nobuta"
The various episodes deal with the pair's attempts at making Kotani popular by making her more appealing. Amidst this, a mysterious person insidiously attempts to waylay all of Kiritani and Kusano's efforts. Fortunately, the trio always manages pulls through with ingenuity.
Kiritani has to cope with his loss of popularity after he is caught out lying about Uehara and does not assist when a classmate is beaten up. Despite this, with the knowledge that his two true friends, Kusano and Kotani, will always be there for him, Kiritani gets over it. There is also the revelation of Aoi, Kotani's first friend besides Shuji and Akira, as the mysterious antagonist of the story. In the final episode, Kiritani discovers that he and his family must move out of Tokyo because of his father's job. Kusano follows Kiritani to his new hometown and surprises him by showing up at his new school. Kotani is left alone in Tokyo, but she has overcome her shyness, and is finally able to smile. She also becomes popular among the other students, and is no longer bullied. The end of the drama sees all three characters being able to "live wherever [they] are", having learned the meaning of friendship and love.

This is a story about friendship, based on a book. There is something about this drama that made me attached to it from the beginning. Maybe because of a slower story line or maybe i just like the story the way it is. The guy who played Kiritani Shuuji in the drama was Kamenashi Kazuya from a Japanese boy band KAT-TUN. I started liking this boy since Gokusen 2. I am just a bit annoyed by the Kusano Akira character played by actor Yamashita Tomohisa. But I cannot blame him since he purposely has to portray as an annoying person for that drama and it worked on me. They became real friend at the end and I loved it.

Thursday 18 June 2009

Roasted chicken.

I spent my whole day at construction sites at Shah Alam and Cheras today. What a tiring day and I even looked like roasted chicken, but the feeling was so good. I really missed my previous work. Working on site always gave me a refreshing day. It is still something that i am unable to explain, up until today.

My friend said to me there was a kind of sad feelings in her to see all those labor who worked so hard for a spoon of rice. That is the feeling that i always carry in my heart every time i saw them. Being paid daily basis is different from being paid monthly. If one were unable to work for a day, the gaining for that they will be nothing... I used to see peoples who worked 8 hours per day getting paid RM 10, for that 8 hours. It saddened me.... It made me realize how lucky i am to be at my position.

Working for a big organization is not as easy as what i always imagine before. There were lots of things, lots of procedures but lack of unity and standardizing on the system. Communication played a very important role above all and as clearly known to myself, i am so damn bad in communicating with others!

Sunday 14 June 2009

Sun is the Day

Hari ni dah ahad.. sepanjang minggu menghabiskan masa memutar dvd sememangnya sedikit meletihkan. Sepanjang dua minggu kebelakangan ini aktiviti untuk masa lapang sangat padat. Terasa gian untuk memetik gitar dan menekan kekunci keyboard. Terasa rindu untuk menulis di dalam blog. Terasa tidak mahu terikat dengan permainan video game. Terasa mahu tidur sepuas-puasnya. Juga terasa ingin bercinta. Owh! Sungguh melodramatik pabila diri terlibat dalam aktiviti menonton cerita cinta.

Friday 12 June 2009

Sawada and Yankumi

I watched Hana Yori Dango starting last night. It was hard for me to accept the first season but I started to like it at second season. I am not a fan of Mao Inoue and I think Matsumoto Jun looked ugly in that drama. He looked so much better and handsome back at Gokusen day. But I am not blaming his hair because they were just trying to make him resembled the Domiyuji portrayed in the manga. Maybe I should blame the lightining or filming technique? O?? For Mao Inoue, it is no doubt that she is cute but she is “not enough” for Domiyuji character.

I started watching it after finishing Gokusen 2. I think Gokusen 2 is not bad either but I prefer Gokusen 1. I like the fact that I can relate to Sawada and Yankumi’s character. For a young boy, it is not a surprise if they tend to adore adults. As for Sawasa Shin, he can be considered as a loner and all he has were his friends and there was Yankumi, who is always supporting him and his friends. I am touched also if I were him. If you blend with the drama, you will see clearly that Sawada has feelings for Yankumi. What I like about the drama is that they did not exploit Sawada's feeling which can cross the limits of teacher-student relationship. I love they put a limit there and I loved it when Sawada confessed about it to the other three guys who also have feelings for Yankumi at the end of the show.

I read the manga which on the 2008 SP, Yankumi returned Sawada’s feelings after he saved her. He even told Yankumi the reason he was behaving good during his school days only because he has feelings for Yankumi, which of course Yankumi rejected it at first. Both Nakama Yuki and Matsumoto Jun did a great job translating the manga into drama. Matsumoto Jun acting was really good in there. His character was portraying a loner young boy with a cold expression on his face while Nakama Yuki played a clumsy and funny person and both did not over doing it. If only Nakama Yuki fighting-body-language was a bit sharp, I think I will appreciate it more. I hope they film the Gokusen manga SP 2008 and bring back these two together.

Tuesday 9 June 2009

Arwah Laptop



Goodbye my laptop T_T U die so sudden


Thursday 4 June 2009

Ini adalah antara gambar kenangan masa aku tecit time kitaorang duk Ukey.. comey kan aku.. tecittt je





Aku duk sini dalam 2 tahun cam tu kot. Masa ni bapak aku sambung degree dia dekat University Of Hull, East Yorkshire, England.

Wednesday 3 June 2009

Annoyed tak bertempat

Hari ni banyak aktiviti. Nak kata sibuk sangat, tak lah juga.. tapi dari pagi ada je hal. Dalam banyak2 hal yang aku suka buat kat opis ni yekla eksen dekat 2nd boss aku. Ha ha ha... kenapa aku begini.

Tadi aku eksen pasal aku nak g jumpa menteri besok... kuikuikui... lawak la encik ni. Aku ni jenis poyo... kadang benda yang orang lain rasa annoying pun bagi aku still tadak hal punya. Dari skolah aku memang macam ni.. even the world around aku succumb pown aku still steady... eksen laaagiii... kuikuikui.. Eksen adalah satu benda yang annoying tapi aku suka buat orang annoyed. Sepa suruh orang tu banyak sangat aura negatif kann.. tengok macam aku.. ko nak eksen, eksen la.. tadak hal punya. Paling koman buat tebal taik telinga aku jek dengar.. bukan mendatangkan rugi pon ko nak eksen..

Tengahari aku ngan ibu teman member dari state ni shopping barang baby. Tadi kitaorang ader discussion ngan contractor. Nasib aku ada boss yang steady! Aku kalau diberi pilihan nak pindah dari HQ dalam masa 2 3 tahun ni.. aku fikir 40 kali kot. Often dengar duduk state ngan kader macam best jek.. tak macam kuli2 batak kat Hq ni.. tapi aku sangat bother dengan experience & skill yang bakal aku kumpul kalau aku dekat HQ ni. Haaa... things macam ni baru seswaii nak annoyed.. Ini sekadar orang eksen pon kecoh!

Aku sangat annoyed kalau aku takder keje.
Aku sangat annoyed kalau keja aku cuma itu itu je hari2.
Aku sangat annoyed kalau aku kena tanya aku tak dapat jawab hal teknikal nih.

Aku tak suka cabaran banyak sangat tapi...

Aku sangat annoyed kalau hidup aku tak mencabar.
Aku sangat annoyed kalau kena bayar gaji buta.
Aku sangat annoyed kalau tak seterrer senior aku dekat opis nih.
Aku sangat annoyed kalau aku tak capai tahap macam boss aku sekarang ni.

Citer pasal boss aku. Tadi Zul panggil aku, boss nak jumpa. Rupernya boss aku ni dapat email & dia tak reti nak jawab.. haaa.. kalau cengini ayah aku yang umur 57 tahun tu lagi terrer.. ha ha. Berbalik kisah boss aku. Dia pass aku mouse, suh aku tolong reply.. Aku"ncik.. sy nak keyboard baru bley taip" Boss aku"laa.. (sambil tergelak) ko duduk sini" dia bangkit dari kerusi dia. Fuh! Aku"berdebar saya duduk kerusi ncik nih" Boss aku gelak. Kebetulan tengah aku menaip tu, ibu lalu. Aku tak tahan bila boss aku panggil ibu suh tengok aku duduk tempat dia.. ha ha ha... Kalau senior aku nampak ni, sure satu bangunan opis ni kecoh.. kekekekekek..

Aku sangat suka duduk HQ ni! Itulah kesimpulan post aku hari ni... muhuhaha

Tuesday 2 June 2009

Tulah ngan Boss

Semalam aku tido lewat dari biasa.. Aktuali aku dah set da pon jam before i go sleeping2.. mcm biasa la aku set pukul 5.50 pagi.. alih2 pagi ni aku bangun kol 6.32 pagi.. waaaaaaaaaaaaaaa.... sepa la yang jahat ni!

Kol 6.32 pagi kalau ikut aku dah celepak celepok dah menapak pegi lrt stesen... kelam kabut aku mandi... nak mc aku terkenang plak aku ader meeting pagi & petang.. lagipon tak der hari aku nak duk umah hari2 biasa ni. Kol 6.45 aku kuar umah... terrer tak terrer aku. Mandi cam kobau.. pakai baju cam charlie chaplin... aku memang terrer bab mencepatkan diri.. no hal punya!

Balik2 toleh belakang sambil menapak tengok ada tak teksi... kitaiii!! tak der satu teksi pon lalu.. boleh plak pagi2 cam ni tak de teksi. Hampehh! AKu turun nak g komuter.. macam jauh giler... tak ble jadik nih... aku patah balik.. tengok jam 5 minit lagi kol 7. Aku tak silap train dari BTS bertolak jam 6.57 pagi.. sure tak sempat kalau. Pastu aku turun g lrt.. kot2 kat situ ada teksi. Haremmm takder.. Jam dah kol 7 .05 minit... tak ble jadik ni.. aku jalan direct sampai stesen komuter SS.. sepanjang beberapa minit aku berjalan tu ponn tak der juga teksi yang lalu.. Adehh.. malang sungguh nasib gwe..

Sambil menghunus payung, aku berjalan melepasi kawasan anjing2 melepak.. dalam hati dah set dah... kalau anjing2 ni buat aper2... tak pukul, aku cabut langkah seribus. Ha ha... akhirnya dalam kol 7.15 aku tersembul dekat stesen komuter SS. First time nih aku sampai sini... selalu aku naik lrt pg BTS, then baru tukar train.

Stesen ni sunyi kalau pagi... takut sket la. Lagipun kedudukan dia quite ke dalam & isolated. Kol 7.30 sharp aku sampai stesen komuter midvalley... punch card aku 7.40 ler pagi ni... lewat 10 minit gara2 aku ketulahan ngan boss semalam... cash aku kena! huhu

Ibu ngan senior aku cuti.. ayah plak g kursus... tinggal ler beberapa kerat kitaorang dekat opit tu.. Pagi patut aku ada meeting ngan orang state... tp bos aku sendiri je kot yang pegi. Lagi pon takder pekdah pon aku ada... buat tebal taik telinga jer dengar. Petang aku g meeting kat tingkat aku. Alamakk... mamat ni emsem la pula.. kuikuikui! Dah ler balik tadi aku berdua2an ngan dia dalam lift.. dia kater tak pernah nampak aku before nih.. aku yang besar ni dia tak nampak.. hesh! haha... memang ler... da dulu ini bukan projek aku.. Paly la ni!!! Eiiii!!

Petang aku balik lewat sebab meeting tu habis dalam jam 5. Tu pon aku cabut before chairwoman close d meeting. Aku naik teshi.. adehh... sampai umah terus basuh baju... masak air.. minum air... mandi air.. & semua la aktiviti yang melibatkan air.. Second day aku ni... badan cergas, perut pon da tak sakit tapi aku rasa mcm tak stabil... cam nak jatuh pon ader time jalan.. patut aku jatuh time dekat lift tadi.. bule gak mamat tu tulung angkat aku... hahaha

Monday 1 June 2009

Aku boss

Hari ni patutnya kitaorang pegi N9.. bos pon da tanya2 awal2 pagi lagi...kitaorang tak pegi ker room to room punya audit. Aku kata lah tunggu 2nd boss punya arahan.. Tapi ibu lagi selamba, bos tanya dia "tak pegi ker?", boleh dia tanya en tu balik... "en tak pegi ker?"... kekekekek.

Pagi sebok update report.. petang plak buat report punch card. Punyalah dulu aku keje dekat 5 tahun tak guna punch card pon.. punch kalao nak kira ot jek time ada shutdown.. aku saja eksen2 bagitau boss 2nd aku yg dulu aku tak pernah punch card pownnn... mesti inchik tu berbulu.. hihihi... pastu aku selamba tanya dia.. kenapa dia lambat 3 kali bulan lepas... muhuhaha... suka suki jek aku nih, mcm aku plak bos.

Adik aku bulan ni jer da 5 kali lewat... 2 tak kira lagi yang org lain tolong punch. Aku pun tak faham budak ni. As long ketidakberdisiplinan dia tak menganggu keje aku... aku tak bother sangat. Lantak dia la nak malas ker, malis ke... yang penting tak ganggu hidup aku. Kalau ikut aku nak tulis jek dalam report aku, tapi aku tanak ler menyusahkan satu unit g punch card kat tempat pengarah. Skema skema juga, tapi jangan ler sampai menyusahkan orang kannn...

Aku dari dulu cukup tak minat budak2 lelaki yang tak der disiplin nih. Yang keje memanjang mc.. padahal malam tengok bola la... main game la... repair keta lah... dahlah tu... kalau time keje, konon bizi padahal tah haper di buatnya ntah masa keje selain bertenet, berborak & main henpon. Org lain pon ber'hibur'juga time keje, tapi keje tetap jalan. Aku memang tak admire lah lelaki2 yang jenis macam ni. Tak alive langsung!

Hari ni aku first day... sakitnye perut aku. Dulu kalau boss lama aku, kalau dia nampak muka aku cam mayats & ala2 tak hengen nak layan dia... mesti dia taw aku hujung bulan & suh aku duduk jek. Bos kat cni aku belum geng..hehe. Kalau dekat swasta boleh la kawan2 ngan bos, gomen ni ada "protokol'' yang telah di set dalam minda dorang, oleh diri sendiri.. tak der saper pon suruh sebenarnye. Mentality issue ni memang aku aware sangat dari dulu. What to do...

So far... aku suka kerja aku sekarang. Nak banding dulu, beban kerja aku sekarang lebih banyak. Responsibility lagi besar. Even kitaorang bukan doktor yang menyelamatkan nyawa orang, tapi kitaorang responsible tuk pastikan doktor2 & pekerja kesihatan ni mendapat fasiliti2 yang sepatutnya, yang berkualiti serta selamat untuk digunakan. Korang ingat doktor tu test ker equipment2 dorang tu... dorang pakai jek.. kitaorang yang test.. haaaa... kan da emo... kuikuikui!

Petang aku naik komuter balik umah... uishh... da lama giler aku tak naik komuter kalau time balik keje... asal sampai jer tangga depan Jaya Jusco tu, aku mesti turun bawah g teksi. Kalau straight, naik komuter.. tapi tangga tu memang berhantu lah beberapa minggu kebelakangan ni... aku mesti nak turun jek... ha ha ha.. Masa aku memang banyak... yang nipis poket aku la. Kalau komuter ni sharp, beza dalam setengah jam jek aku sampai umah. Naik teksi, dalam kol 5 aku dah sampai umah... naik komuter & lrt.. kira2 kol 5.30 la...

Aku pening kepala sekarang nih... macam berpusing jek aku rasa... ni gara2 darah yang nak kena buang g drain lah ni... kadang2 rasa macam nak demam... perut rasa kembung... jerawat jangan kata lah... badan panas.. perut sakit.. cubalah org2 lelaki ni merasa benda nih... tau lah macamana sengsaranya jadi pompuan ni. Sapa tak moody kalau tak selesa.. kannnnn.. time2 ni aku ble kuar taichi kalau ada yang cari pasal..

Sunday 31 May 2009

Bapa dan hari Ahad

Selepas melantak magi... aku keluar pegi berjalan2.. jumpa member opis lama. Owshhh... ropanya ada donut lagi sadaps dari Big Apple ngan Jacko yaktu Krispy Kreme... yang hanya ader satu jek kot kat mesia setakat nih. Ni pon member kawan aku tu yang bagitaww.. aku copy jerk info dia.. hahaha

Penat berjalan dari Times Square ke Lot 10.. pastu tak beli aper pon member2 nih... dok risau anak dia yang tidor kat hotel.. susah jugak kalau ader anak2 nih... tambah yang kuat meragam... aku rasa anak aku sok tak berani kot nak meragam ngan aku... kekekekekek... aku pukul tak, cubit pon tak kot... tapi silence treatment yess! Budak ni tabley dimanja sangat.. tabley dimarah sangat.. aku raser the best thing yang bley buat, saiko budak tu... jangan ler sampai dia jadik saiko plak...

Tak diajar bertanggungjawab dari kecik, sampai ke besar la tuh. Macam kitaorang dulu.. even bapak aku bukanlah tentera, tapi kalau nak banding didikan dia ngan komander tentera... bapak aku lagi hebat kot. Mak aku siap simpan tu no telefon teledera.. ha ha ha

~ Tak menyahut lepas 2 or 3 kali panggil, kena la ko. Kater bapak aku, ko lahir dari perut mak ko sekali jer.. bukan dua 3 kali.
~ Kalau buku terkelepet2 pon, kena gak.
~ Kalau amik barang tak letak balik kat tempat asal, sah kena.
~ Kalau tak reti dekat dapur, memang kena.
~ Kalau adik aku sembunyi sampah bawah katil, kena!
~ Kalau membazir air masa basuh pinggan... kena sembur.

Tapi bapak aku sungguh garang, dia sangat penyayang. Aku ngan adik aku yang second jer bapak aku sangat tegas, ngan yang bawah2 tak berapa sangat. Tapi tengoklah kitaorang end up jadik juga manusia yang boleh dikatakan berjaya. Kalau buku latihan extra, tak yah bagitau pun dia sure belikan. Kalau pasal pendidikan, aku ngan adik aku no 2 tu sangat di amik berat... Aku rasa antara duduk rumah ngan asrama... aku akan lebih success kalau duk umah.

Nasib juga otak aku ni clear... lepas jugalah pangkat 1 SPM even aku tak menyentuh buku sangat time nak SPM. Skolah aku dahler rekod 100% pangkat satu SPM... saspen aku time year aku tu aku buat spoil rekod skolah... nasib lah tak. Tapi kalau ingat2, terasa different la time PMR ngan SPM. At least PMR aku masih berdaya usaha... tapi time SPM... langsung aku tak der buat apa. Kelas every week, boleh kata tiap2 hari ada saja yang aku ponteng.. esp kelas BI. Aku ingat puan tu sound aku... kalau u ni dalam set 1 or 2.. tak pe... tapi u dalam set 7! Set 7 ni set budak paling benghap la kat skolah aku. Ellehh... SPM aku BI 2 aper... aku eksen je tu cikgu... kekkekekeke.. Balik prep aku terus tido, tak study... dalam prep pon aku tido... muhuhaha... problem betul aku zaman tu.

Kalau duk umah... aku rasa sure aku cemerlang gemilang dan terbilang punya lah... kuikuikui

Saturday 30 May 2009

Umur

Sepanjang hari ni aku melepak dalam bilik. Semalam aku dah awal2 mengemas umah.. rajin nak... balik2 keje terus pegang penyapu ngan mop.

Banyak hal aku ble buat dalam bilik nih... sapa kata aku bosan. Aku ader gitar..keyboard..dvd cetak rompak yang banyak.. bley online.. jahit baju pon ble... tidor lagi la bule.. hah! korang ader sumer tu? muhuhahaha... aku konon nak review drawing klinik tu... haremmm tak bersentuh hari ni.

Malam kakak aku balik ngendeng2 kat aku tak kasik aku tidor... kakak aku sorang ni memang macam nih. Koman2 ayat dia "ko lah adik paling hampeh dalam dunia" muhuhahahaha... since bekerja ni... ropanya aku dah tak der geng yang sebaya... kakak or adik2 jek... ibu jek lah sorang..

Masa T&C tak jadik tu, sempat berkenalan ngan budak state ni, pompuan la. Kebetulan adik pada previous designer klinik yang kitaorang audit nih. Tapi yang ni bukan main story... main story dia... aku tanyalah umur budak tu... dia kata 24... pastu aku kater lah "muda lagi dari kitaorang" budak tu" umur berapa?" aku jawab 28 dia macam tak cayo... den dah kabar da!! kekekekekke... kat facebook pon kate aku nampak 16 what... ;P

Friday 29 May 2009

Hari kotak

Hari jemaat adalah hari kotak merah. Sepagi aku bizi buat apa ntah...

Pegilah dengan ibu berdua... pastu aku sms senior aku ajak dia pegi. Biasa friday kitaorang makan sama sebab dia pon sensorang, geng pegi sembahyang jemaat. Dia kata this week dia nak pegi main KK9 ball... aku pon tak taww apa barang nih...

Da kitaorang melantak... dia call tanya no bilik. Kedai dorang nak pegi tu tutup... kedai snooker upernya. Tu lah... orang kat kedai snooker tu pon pg sembahyang jemaat apa!

Tanya 2nd boss petang tu... senin ni nak kena pegi lagi ke audit. Balik2 buat benda sama... ni kalau pegi lagi masuk kali ketiga. Dahlah kitaorang budak baru & tak tahu sangat... bos pula tanak pegi sebab kaki sakit. Tapi pon betul juga kata bos aku tu... macam tu je satu projek yang kitaorang jaga plak. Dahlah kitaorang designer jek.. jaga state punya responsibility. Sengal aku! Tapi dari segi positif, elok juga sebenarnya for learning purpose. Aku tengok yang handle tu pon tak taw aper2 sangat... siap kitaorang yang pon tak taw aper2 ni advise dia. Ala... nanti beberapa tahun time aku taww banyak apa, siaplah!! (Azam negatif yang positif!)

Senin aku datang ofis dulu la... apa2 hal baru fikir..

Thursday 28 May 2009

OTstesen

Hari ni aku otstesen ke N9.. konon nak buat T&C.. yelah T&C sangat lah kalau kontraktor pon tak buat internal test. Jangankan test... equipment pon dorang blom siap pasang. State yang jaga... so kitaorangt tak ble la nak memandai2 sangat cam yang aku buat semalam... ha ha ha.

Aku call direct kontraktor tu sebab state kater dorang cam tolak2 & tanak layan. Aku cakap jer HQ.. haaa... melompat la. Pukul 7.18 aku sampai ofis & amik form T&C dari senior aku. Kol 7.30 aku turun sarapan dekat Toast Box. Aku call ayah ajak sarapan sama sebab semalam dia beria2 nak ajak pegi tempat tu. Da dekat kol 8 lebey dia tak sampai2 lagi... aku cabut la g komuter station.

Kol 9 lebih aku sampai Seremban.. ibu dah tunggu. Kol 10 sharp kitaorang dah tercongok dekat klinik tu. Kol 2 la habis semua.. singgah makan dekat Seremban 2... sedapnyerrrr... mula2 berkira2 nak balik KL ke tak... last2 kitaorang balik juga lerr.. kol 4 sampai KL. Bos dah ready tunggu... ui... nasib baik kitaotrang balik. Dia tanya, T&C macamana... story lah tak der buat T&C pon... terus dia kata... laaa.. lamanya pegi, ngan saya hari tu lagi cepat. Chopp! bos ni cam suspek kitaorang ular jek... hello! nak kecik ati ni!!! Kitaorang sungguh2 berada dekat klinik tu tawwwww!!!!

Wednesday 27 May 2009

BATA sale

Rasa macam malas sangat buka mata pagi ni. Badan rasa macam letih je lagi. Sampai2 ofis, dapat tahu ada meeting sidang redaksi... heshhh! apa lagi kannnn...

Geng yang sama2 involve buat benda alah ni call ajak pegi sama2... nasib lah dah ada kawan... kalau tak menapak la aku sensorang macam cipan. Tengahari turun jalan dekat bawah dengan ibu... dekat kol 2 dia naik & aku direct to komuter station. Before sampai destinasi sebenar aku yaktu komuter station, sempatlah aku singgah bata & beli 3 pasang sandal. Punyalah aku gumbira sandal yang aku pevret to offer sampai 70%. Dulu 50%, last month takder offer... this month 21 hengget jer after less... borongg laa... apa lagi. Nasib aku da settle bayar, member tu call.. kalau idak.. kecik hati ler ko tunggu bang!

Meeting kol 3 petang. Hari tu nak buat magazine, kali ni nak buat buletin pula. Tensi aku dorang ni... tak sudah2!

Tuesday 26 May 2009

KKKL

Kol 7 lebih aku bangun... sarapan... siap2 nak g airport since my dad kata eloklah bertolak dalam jam 8 or sembilan. Petang ni my dad kata dia ada kelas.. tunggu punya tunggu... jam 11 barulah aku bertolak dari rumah...adehh... my dad biasalah...

Dalam pukul 12 lebih sampai airport. Aku bawak barang dalam 17 kilo... kalau ikut memang kena bayar. Luckily gadis yang dekat ticketing kaunter tu sedara... lepas la. Sempat pegi minum dengan my dad sambil sembang2. Dekat2 pukul satu baru my dad balik.

Aku tunggulah dekat airport tu, flight aku jam 2.05 petang. Dalam pukul 5 aku clear barang & amik teksi pegi umah. Dalam 70.60 lah satu trip. Sepanjang perjalanan tu aku dok berfikir, untung ke teksi airpot ni. Dahlah amat jauh..

Sampai rumah... amat letih.. Sempat lah kemas barang2 bawaan aku dari Kg before tidor... Tak bestnyaaaaaa... nak cuti lagi!!!

Monday 25 May 2009

Kereta Oh! kereta

Awal aku sampai KK pagi ni. Kalau dah aku sungguh2 racing dekat jalan tu kannn.. Sampai2 terus pegi bank. Sapspen gak aku tunggu mamat kat konter tu kira2 brapa aku nak kena bayar insurance keta aku. Hari tu aku transfer NCD keta lama g keta baru ni.. kalau ikut tahun ni dah masuk tahun keempat.. so 45% la.

Owshhh.. nasib baik AMbank dekat LA da uruskan. Bagus! Bagus! Aku bayar dalam 450 jer la.. kalau tak kena la aku bayar dalam 6 ratus lebey.. dah settle insurance ngan payment tuk bulan ni, aku pegi shopping.. hahaha.. Shopping punya pasal la ni sampai aku hampir terlupa nak pegi jumpa shipping and forwarding agent. Nasib tak jauh dari KK time aku realize.

Kalau naik flight, kos baru dalam RM2,450 jek.. turun dekat Subang & delivery 1 hari. Kalau naik kapal laut, takes seminggu to dua minggu. RoRo 2,150 & masuk kontena 1950 turun dekat Port Klang. Beza tak banyak ponn.. masalahnyer mana aku nak cekau duit nih.. muhuhaha.. nak pindah KL hari tu pon kasar2 dalam 10 ribu juga aku habis.. waaaaaaaaaaaaa... kalau aku dok Labaun jer, tak ler aku susah2 macam ni. Positif! Positif!

Kol 4 lebih aku sampai umah. Bapak aku tanya tadi, awal ker kamurang sampai umah. Semalam dia pelik.. apsel kitaorang balik awal. Aku balik packing & basuh baju ler jawabnya.. besok dah nak balik KL.. sangat tidak best!

Sebenornya aku sampai dalam kol 2.. sempat lah aku menunaikan impian lama aku tuk mengkerintingkan rambut aku ni. Da lebih 20 tahun aku berambut lurus... gara2 terguda oleh my mom ngan my sis yang beria2 suh pegi.. aku pon pegila.. mak aku kater kejap je tapi mokcik yang punya saloon tu beria2 bonar bercerita dengan aku... sedar2 kol 4 jugala aku keluar dari salon dia. Adik aku pon kater dia hari tu kejap jek... i sapspen nih... kekkekeke... alaaa... anak makcik tu baru form 3... muda sangat plak...

Sunday 24 May 2009

Aku drebar

Hari ni aku kena la memenuhi janji dengan mak aku untuk menjadi drebar dia pegi shopping. Besok aku kena turun KK lagi tuk urus hal kereta pula.

Shopping sakan nih, macam dekat KL aku tak puas shopping plak. Tapi bagi aku, aku lagi suka shopping dekat KK rather than KL. Small place ni senang nak cari barang & aku tak tamak nak pilih2 sangat. Kalau dekat KL, kalau dekat kaunter tu berderet orang beratur, jangan harap aku nak join. AKu rela lagi oii beli time takder offer. Aku bukan boleh crowd nih.. Shopping kali ni nak beli baju mak aku jer ponn.. dah lama dah cita2 dia nak naik haji ni, tahun ni tercapai la kot.

Gara2 nak lepas gian driving aku sanggup ulak alik pegi kampung dalam 200 lebey km padahal umah dekat KK tu pon ader. Singgah dekat kedai nak beli mee ngan sayur. Lama dah aku tak masak. Pastu nampak ader pakcik ni jual udang galah ngan lobster. Murah giler kalau RM20 jer sekilo lobster nih.. sure Daus geram tengok udang ni murah. Dia sibuk nak pesan udang, tapi kebetulan dia pun nak pegi KK besok, so aku suruh ler dia angkut udang2 dia sendirik.

Sampai2 umah aku terus masak. Aku sup ler udang besar tu pastu letak udang banyak2 dekat mee goreng aku. Sayur sehengget kat sini macam rega 2 hengget dekat KL.. sehat tu masakan aku.. hehehe.. Biler dah masak... chett!! aku rasa tak sedap!!

Saturday 23 May 2009

Hari kedua di kampung

Pagi ni aku bangun dalam kol 6 lebih since aku dah janji dengan mak aku nak jadi drebar dia. Kol 7 kitaorang round2 pasar tamu beli sarapan. Lepak dekat gerai makcik, dekat2 kol 8 baru la mak aku pegi masjid tuk kursus haji dia. Time aku nak balik, aku konon nak corner la dekat parking lot masjid tu...boleh aku tak lepas & langgar divider. Oiii! malu tuuu...

Rindunyerr aku dekat kereta aku ni.. eeeeee... gelak adik2 aku bila aku buat gaya peluk keta ala2 peluk bantal... memang aku sangat rindu lah. Giler.. selama 5 tahun aku drive, tiba2 keta takder.. apa tak meroyan 4 bulan tanpa kereta. None at all!

Dekat kol 10 setengah aku pegi amik mak aku dekat masjid. Round lagi satu round dekat pasar tamu ngan adik aku. Sempat la juga sapu spek mata 2 3 pasang... ala... kalau da rega bawah 10 hengget... kannn..

Petang aku g majlis nikah kakak sepupu aku. Ni kali kedua or ketiga aku g majlis nikah orang. Tersentuh jugalah aku.. kalau tak aku pun dah bergelar isteri pada orang yang aku sayang. Tapi kalau dah takder jodoh, nak buat macamana. Tengok kakak aku ni... baru beberapa bulan menjanda dia da kawen balik.. emsemm pulak tu husband baru dia.. he he he.. Time kat umah pengantin ni, makcik2 ni bule kata sumer kenal la kalau bagitau nama aku, tapi kalau setakat tengok muka aku doang tataw pulak! Chett!! Dorang kater aku macam pakistan ler... laaa... cakap jer derek aku cam kelingg.. tak baek taww!! Tulah kelebihan dan kekurangan anak sulung kann.. anak bawah2 selalunya tak glemer... ngehngehngeh..

Mak mentua baru kakak aku plak sungguh2 nak mintak address aku. Mentua dia ni orang Selangor... takat nak baik2 tak layan la makcik tapi kalau makcik ader anak emsem, tinggi dan yang sewaktu dengannya.. boleh la.. kekkekekekkeke

Moga kekal ke anak cucu.. AMIN~~


Friday 22 May 2009

Balik Kampung

Dah tak sabar sangat dah aku nak balik ni. Hari ni bos meeting sepanjang hari. Aku dari pagi lagi duk fikir strategi nak mengawalkan aku keluar dari ofis.

Seminggu ni hidup aku berterabur. Ibu takder.. ayah takder.. nasib masih ader juga geng karas aku ni sorang yang tinggal. Tadi aku dah pas dekat 2nd bos aku laporan audit klinik hari tu. Lega la juga. Tengahari tu aku turun makan dengan senior aku. Budak2 nih da goda-goda ajak pegi redbox, tapi stik takder... aku kuchiwa.. senior aku pon kebetulan ader keje tak siap, so aku makan la nasi ngan lauk ikan keli masak lemak... sedaaaaaappppnyaaaaaa!!!!

Lepas makan, dah hisap rokok sebatang dua.. senior aku"jum kita pegi melawat dorang" aku jom ajerr... baru beberapa minit duduk, tiba2 waitress datang nak amik order. Terpaksa la kitaorang makan lagi sekali. Tapi hari ni aku tak hampa sebab aku dapat fish ngan chips.. sedap jugak lerr. Nak muntah kenyang!

Dekat pukul tiga aku naik ofis. Balik2 tanya Daus.. patut tak aku cabut jer tanpa minta izin. Daus"Kalau ko bagitau pun elok juga, tapi kalao ko bagitau pastu dia tak kasik, susah pulak ko"Akuÿe lah kan... alaaa... cabut je la!" muhuhaha... dekat2 pukul aku cabut. Aku pun balik keje 4.30.. kalau minta pun sure boleh jer cuma mulut aku ni la yang berat.

Aku amik teksi pegi KL sentral.. pastu naik bas pegi LCCT. Teksi dari midvalley ke KL sentral RM7.50, naik bas dari KL sentral g LCT baru 8 hengget jer.. uh uh uh... dalam pukul 5 lebih aku sampai dekat LCCT.. singgah makan mcD sementara tunggu makcik aku sampai.

Aku punya tiket baru RM106 hengget jer pon pegi balik, termasuk makan 14 hengget ngan beg 5 hengget ngan seat 10 hengget... murah! murah!

Dalam pukul 11 aku bertolak dari airport. Dalam perjalanan balik tu, sempat lagi ayah aku mengutuk kementerian aku kononnya amalkan rasuah paling besar. Memang lerr... da kementerian aku tu kira kementerian giant dekat Malaysia nih.. apa taknyer... aku senyap jer la.. malas nak bertekak time penat2 ni. Tak penat pon aku tak bertekak juga ponn.. tak kuaserr.. hahaha

Dalam kol 12 lebih juga sampai umah lepas hantar makcik aku ngan anak dia. Sempat jugalah aku jumpa nenek aku. Bestnyerrla aku beradu malam ni... krooooo~~~hhh

Thursday 21 May 2009

Bizi

Minggu ni aku bizi banget.. kenapa kah??

Bos dah kejar2 nak report. Pastu kejar2 nak matrix kompentensi... surat aku banyak nih tak fail lagi... huahua. Fail projek yang Paly tinggalkan pon aku belum sempat bukak. Mecik! Tengahari aku tak turun lunch pown... T_T

Tadi aku ngan Dauz gi RedBox... ajak adik... dia nak suh kitaorang belanja. Ko hengat kitaorang ni chop duit haper... huahua... aku g ngan Daus je la. Yang penting aku nak makan jek. Ingat ada la stik..tapi takder... ku kechiwa! Nasib ada kek dia yang amat sedap.. sedapnyaaaaa..... Sakit leher aku gara2 gelak... bukan nyanyi.. gelak oke!


Tak sabar nak balik kampung.... waaaaaaaaaaaaaaa

Sunday 17 May 2009

Mid Valley The Gardens

Khabar angin yang bertiup kencang tentang perpindahan pejabat membuatkan aku juga tergolong di antara mereka yang berasa sedih meninggalkan Mid Valley. Kombinasi 430 buah kedai di Mid Valley megamall dan The Gardens sudah cukup untuk menzahirkan betapa tempat ini bagaikan syurga membeli belah. Sekadar menyatakan adanya pasaraya besar seperti Isetan, Carrefour, Jusco dan Metrojaya sememangnya tiada yang perlu disangkal lagi.

Khabar angin menyatakan destinasi perpindahaan adalah ke kawasan Ampang, ada juga yang menyatakan di Jalan Tun Razak. Semuanya masih samar lagi. Dalam pada khabar angin yang bertiup, rombakan juga akan dilaksanakan di tingkat 26 untuk membolehkan unit lain menduduki tingkat ini. Ah! tunggu saja saatnya tiba.

Apa yang mahu aku lakukan di hari ahad ini? Mahu menuju keluar, matahari menyakitkan kulitku. Terlebih tidur juga membuatkan kepala ku pening. Mahu bermain alat muzik, mood muzikal tidak menjiwai aku di saat ini.

Friday 15 May 2009

KFC for the first time

Semalam aku pegi Lukut.. buat audit klinik... huaaaa.. amat penattt!

Pagi tu dalam jam 8.30 bertolak dari office. Sampai Lukut dekat jam 10 pagi. Bos aku yang dua orang tu campak je kitaorang dekat klinik sebab dorang nak kena pegi meeting dekat PD. Maka tinggallah aku ngan ibu, Paly & budak praktikal tu dekat klinik.

Pegi check la mana2 yang patut. Yang tak patut pun kitaorang check juga.. gilo apo. Dalam pukul 11 lebey kitaorang ingat nak keluar pegi makan jap. Kesiann ibu... dari pagi dia tak sarapan sampai mood pun dah hilang. Dah lawa2 nak keluar... tiba2 ibu dapat sms dari bos. Dorang dah on the way balik pegi Lukut.. haaampehh! Pastu stay lagi 2 jam dekat situ.. dekat2 pukul tiga kot barulah dapat makan..

Letih gila.. next time aku pegi audit aku nak pakai high heels!

Tadi meeting the whole half day.. hehe. Dah la bos tanya kitaorang pasal meeting yang kitaorang attend bulan 3... jangankan bulan 3, meeting 3 hari lepas pon aku dah tak ingat. Habis meeting, bos bagi 200 dekat ibu suh pegi beli apa yang patut tuk farewell Paly.. hari ni last day dia before dia pegi Bomba.

Dan... hari ni jugalah hari pertama aku makan kfc setelah sekian lama. Since ari first aku duduk dekat KL nih, tak pernah lagi la aku singgah dekat kfc... mc D je la. Ada la juga dalam 4 bulan kot.. hua hua. Meriah jugala makan ngan kek secret recepi.. mah vellous..



Pasni dah takde pak lawak... dia ni jelah budak yang paling poyo dalam unit kitaorang. Even adik yang paling muda, Paly ni lagi macam budak2. Ayah pon kata dia comel. Dia memang comel.. ngan perut boroi, suara kecik tapi badan besar.. kekekekkk.. muka tak malu. Asal ader awek jer.. mesti kitaorang tengok reaksi dia dulu. Dan tiap kali tu juga dia mesti senyum2 ala kerang busuk... ha ha ha. Pastu gelakkan dia ramai2. Tapi macam biasa la... dia poyo dan boroi!

Semalam aku ngan ibu pun panjat tangga nak tengok ducting dalam syiling, tapi dia boleh duduk je sambil goyang2 kaki. Dia dah takder mood la tuh. Dah la nak pindah.. bos pula bagi dia keje banyak2... kalau aku pun bosan kot... ha ha ha. Mesti ibu rindu dekat dia pas ni. Dia ngan ibu kan memang geng karas bab mengutuk.

Hari ni semua ada... except Daus yang berchoti. Tak per la Dauz... aku dah simpan gambar kitaorang tuk ko tengok je.. ha ha ha.

Katy Perry ni memang la comel. Tp Adam Lambert ni.. Nyammmm.. Only he is G. Rugi i ;-)

Sunday 10 May 2009

Oh! Ibuku

Hari ini aku buat apa?

1. Bangun. Petik Gitar. Tekan keyboard.
2. Call mama. Wish Selamat Hari Ibu.
3. Gosok gigi. Masak air. Minum nescafe. Makan kerepek pisang.
4. Petik Gitar. Nyanyi. Tekan keyboard. Nyanyi.
5. Pakai baju lawa. Keluar beli makan tengahari.
6. Makan nasi. Makan ayam goreng. Kuah kari. Nescafe.
7. Layan facebook. Buka email. Bosan.

Semalam Dauz sms aku just tuk bagitau dia g Red Box. Ha ha. Pergi juga dia akhirnya. Melepas tekanan diri katanya. Apa dia ingat aku ini tak tertekan? Ha ha... memang tak pun. Aku payah nak tertekan ni. Hal-hal atau benda yang menyebabkan aku letih nak fikir atau layan, aku tinggalkan saja. Ulang lagi sekali. Aku tinggalkan saja!

Aku dah pasang tikar dekat bilik aku ni. Oh! Aku sangat suka sebab tak nampak rambut yang berguguran. Aku nak simpan rambut panjang aku ni. Sayang nak potong.

Semalam lepak ngan kakak dekat bilik aku tengok cerekarama Restu Mentua. Aku rasa, sepanjang dekat 5 tahun dekat Labuan dulu, aku pernah tengok dua tiga kali je cerekarama ni. Tapi dekat sini, baru dekat 4 bulan aku dah tengok berapa kali dah. Kalau kakak aku ni tak balik kampung, inilah aktiviti kitaorang. Kalau dia takder, tak de nye aku nak bersungguh tengok. Tengok dalam bilik ada tilam... tu yang best.

Kelakar aku tengok cerita Restu mentua ni. Sengal kalau dapat mak mertua macam ni,semua serba tak kena. Tapi sebab mak mertua dia ni single mother so aku rasa aku boleh faham la kot kenapa dia boleh jadi macamni. Selama ni dia sorang2 jer yang jaga anak2, anak tu lah harapan dan kekuatan dia. Kalau aku jadi single mother pun, rasanya aku "jeles" juga kalau anak aku khawin. Jeles in terms of takut perhatian dia dah beralih dan dah tak macam sebelum2 tu. Tambah lagi husband tak de & besarkan anak tu sorang2..mesti perasaan dia tu lain dari ibu yang masih punya suami. Jadi macam mak aku la senang, tak de mentua. Ha ha ha.

Semalam baru aku tahu, lepas suami, isteri kena utamakan ibu bapa suami dulu dari ibu bapa sendiri... mmm...

Bagi aku la, kalau bercerai dengan suami pun, selagi anak2 tu si isteri yang jaga.. si isteri pasti survive sebab anak-anak tu jadi tonggak kekuatan dia, kecuali la mak2 yang tak sedar diri ni & meletak kepentingan diri dia lebih dari anak2. Ada juga mak yang macam ni. Perempuan ni kan memang unpredictable!

Hari ni hari ibu. Aku dah call mak aku tadi. Aku rasa amat beruntung sebab aku masih ada kedua-duanya. Walaupun mak aku memang tak boleh dijadikan best friend sebab dia suka terkejut bila dengar things yang dia tak expect & ayah aku pula jenis garang ngan anak2, tapi dorang berdua nilah perkara terbaik yang aku ada dalam hidup, selain anak aku pula satu hari nanti. Walaupun nasihat mak aku selalu tak masuk dalam kepala & nasihat ayah pula macam pedang yang menikam jantung aku.. dan walaupun ada kalanya cara mereka menunjukkan kasih sayang tidak dapat diterima oleh akal aku, aku adalah anak yang sangat bertuah kerana mereka ibu bapa aku.

Friday 8 May 2009

Kerja Gila

Hari ni aku sorang la... ibu dah balik Sabah.. terpaksa lah aku menumpang kasih ngan bebudak nih.

Alaa.. tempat kitaorang ada team lain nak masuk, kenalah buat rombakan seat.. hesh! kacau. Claim aku pulak kena return balik. Marah tak rasanya kalau benda yang aku tak claim kena pertikai. Suka hati akulah nak claim atau tak. Agak2 aku amat kayas sampai claim makan yang almost seratus lebih tu aku tak claim, tak boleh ke dorang diam2 jer. Heish.. saja nak bagi aku darah tinggi.

Tengahari aku pegi Rhapsody. Tak tahan sangat dah aku nak kuncipapan ngan gaytar tuh... sauk la dua sekali. Aku rasa macam poyo juga la mengangkut gitar kat belakang, pastu kuncipapan dekat tangan... pastu pakai baju kurung. Baju kurung pink! hahahahahaha.

Edited*
Ini la benda alah yang aku besungguh2 beli lagi bersungguh2 angkut keluar dari midvalley..

Dauz call just now... budak ini ajak aku g karoke tengah2 malam buter ni, gilo apo.. pastu dia mengekek... nasib aku tak tido, kalau tak, kecik hati ko dik kena sembur... kekekekeke. Tak lah... aku manada pandai sembur orang, saper yang kena sembur ngan aku memang sangat bertuah sebab selain semburan ayat, semburan air liur pon sure kena lah. Aku suh dia call Paly.

Thursday 7 May 2009

Matahari lagi!

Ahh... tertekannn... hari ni aku takder buat apa pon... tu yang aku tertekan tuh.. ha ha ha. Ibu nak balik Sabah hari nih... bestnyehh.. Chelsea dah kalah semalam... tak bestnyeh.

Hari ni ada taklimat pasal sterilizer. Half of my day dah dipenuhi dengan acara menghadirkan diri ke taklimat. Tengah aku lepak2 dekat meja sambil bersenang lenang petang tu... tiba2 ada satu inchik nih singgah dekat meja aku.. alapak! inchik yang suka menyakat aku tuh.. inchik ni pangkat2 bos la pada kitaorang, cuma dia ni cawangan lain. Dia tanya aku bila aku nak ajak di g menyanyi... chet!! Dia kata nak dengar suara aku. Yang aku tak tahan tuh, dia siap boleh story plak aku nyanyi macamana. Ini yang aku gerammmm ngan senior aku nih! Chett! Dialah yang pandai2 cerita ni.

Mesti dorang dah bergossip sakan! Orang lelaki ni kalau bergosip kalah pompuan. Aku terkenang plak member lama aku tuh.. ha ha ha.

Aku rasa kekok ngan incik ni. Mmmm... tahu la aku kan tak suka crowd & mingle dengan sebarang orang nih. Aku lebih suka sendirian atau berada dalam group beberapa orang yang aku anggap close jer. Sepanjang 28 tahun aku hidup, irc pon aku tak pernah masok, apa lagi bother nak layan chat dengan orang2 yang aku tak kenal. Dari skolah pon aku tetap rasa sorang2 tu lagi fine dari chat dengan ntah saper2 yang muka dorang pun aku tak nampak. Aku prefer real friends. Recently jer la dalam facebook, tu pon tengok juga orangnya. Rasa2 aku tak berkenan, aku tak layan pon... tapi ada sorang ni la yang aku pernah jumpa. Rasanya ada entry pasal dia before nih. Meeting jer..bukan dating.. Haha..

Aku jenis yang jaga mana tempat aku pergi. Aku sentiasa pegang, kualiti kawan2 yang aku kenal @ yang aku baru nak kenal akan berkait rapat dengan tempat2 yang selalu dorang pegi & kunjungi. Mungkin kenyataan aku ni macam bias, tapi ini personal opinion aku. Aku akan jauhi tempat2 and perkara2 yang aku tak suka nak masukkan dalam life aku. Menyemak geng! Even g karaoke pun, tengok juga aku pegi dengan siapa & tempat karaoke tu dekat mana.

At the moment, most of time ber'hibur'aku time hari kerja. Pegi pun ngan geng2 ofis.. Hujung minggu kalau tak keluar ngan adik, aku keluar ngan kakak aku kat rumah ni.

Pada aku, ada orang yang kita baru kenal or jumpa sekali dua, dah terasa mesra & seolah2 ada connection dan ada pula yang kita dah bertahun2 kenal tapi still terasa kekok. Aku tak kisah sorang2 sebab kalau ada kawan, aku hanya mahu kawan2 yang berkualiti jer. Aku dah memang macam ni, nak buat macamana. Kalau orang yang baru kenal aku, mostly dorang ingat aku sangat friendly.. tapi sebenarnya aku sangat distance. Tapi aku kalah pada orang yang bagi aku space & tak berhenti2 approach aku... bila orang baik ngan aku, aku rasa macam lemah jer... ha ha ha.

Inchik tu kutuk2 Chelsea sebab kalah semalam... senior aku minat Chelsea.. sungguh2 inchik tu mengutuk dia. Pastu kata kat senior aku*Ko nak tukar club ke tanak?! Chelsea main hancur.. haa... tu lagi sorang, matahari ko tuh, sama juga minat Chelsea.. aikk! Tiba2 aku pun kena tempias nih. Aku nak kata minat sangat, tak ler... tapi aku amik taww la juga games dorang. Kalau baca paper, mesti tang keputusan liga tu yang aku belek dulu. Nak kata aku saja amik tahu sebab nak making conversation ngan guy, aku rasa aku tak pernah pula join mamat2 sembang pasal bola nih... aku tau saja dah cukop... aku minat la ni... kann? Ha ha ha

At the moment... tengok berita pasal Perak nih... ntah apa2 la dorang ni!


Tuesday 5 May 2009

30

Blogging dari lrt station, hari pun masih gelap dan mata pula masih mengantuk. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tidur lagi tapi apa pilihan yang aku ada? Kalau bangun lewat, jam dah tunggu aku. Org pun makin ramai. Mahu tak mahu terpaksa pula aku keluarkan skill menghimpit nanti. Buat mereka yang kurang tahu, menghimpit adalah satu perbuatan yang tidak salah tapi sangat menjengkelkan.

At the moment aku tengah tunggu komuter pula. Things yang aku tak suka dengan komuter ni, jalan dah la slow, schedule pula selalu tak sharp. Aku sedar diri aku yang tak de kereta ni.

Tadi aku g melawat kedai gitar dekat mv.. dia ada offer lesson nak belajar main gitar. Oke juga, 4 or 5 classes per month @ 110 for beginner. Aku nyer problem main gitar ni bukan apa... sebab aku malas. Note susah jer aku tukar g note major.. pandaiii! Main keyboard pon samer... aku tak tahu pown note apa yang aku tekan... as long aku boleh nyanyi lagu tu... boleh la aku main lagu tu. Tapi yang paling aku suker buat ngan keyboard, set dia main piano & aku just change tempo & note2 dia to make it sound like i played it. Sometimes tu bukan guna fingerings, guna finger jek.. ha ha ha. kunun2 macam aku lah yang main sambil menyanyi... ha ha ha.. velly the terrer.. paling aku sooka sekali main lagu jewel sambil poyo poyo ah nyanyi... ha ha.

Tadi aku balik naik teksi gara2 komuter delay 30 minit. Aku dah kata komuter ni memang sengall! Aku tahan la satu teksi nih, tanya kalau g umah aku berapa hengget. Dia kata kena tambah 3 ringgit in addition to meter reading. Aku terus tutup pintu teksi. Hampeh! Hari tu aku terkena dah sekali, indian guy juga. Suka2 hati mak dorang jer! Pastu dia hon aku... bule la, tak yah tambah kata dia. Dia ingat aku ni gepren dia haper nak main pujuk2 ala2 Kuch Kuch Hotak Hei! Nasib aku oke jer.. dalam hati hangit gak la.

Aku call Dauz kol 7 lebey tadi... dia g KK sebab ada meeting & balik Rabu ni. Ibu plak balik KK khamis... yelok la tuh. Aku hampir2 gak nak dengki tapi aku pon balik gak 22 hb ni kannn. Dalam ramai2 kat opis nih, aku selesa ngan Daus nih selain ayah ngan adik... ibu jangan citer la... tanpa ibu manada anak dia... kann... ha ha ha. Ayah sebab dia dah khawin, pastu sebaya... dia matured yang kadang2 tak berapa nak matured. Dia dengan ibu memang satu kapal. Kalau dengan ayah & Dauz nih... aku tak kisah nak lepak ngan dorang samader ada keje, borak2 kosong or diam je.. bagi aku suasana tu tak kekok langsung. Kalau dekat tempat lama dulu tak yah cerita... memang smua ok.

Story pasal ni.. ari tu budak2 nih borak2 pasal jodoh ngan orang muda. Aku bagitau la... aku tak dapat terima la benda tuh. Dorang tak puas ati... apsel pulak aku tak setuju walhal Nabi Muhammad ngan Siti Khadijah ok jer... ha ha ha. Aku*1st aku bukan nabi, 2nd sebab aku takder adik lelaki. Aku suker sangat budak2 lelaki yang muda2 lagi nih.. kadang2 aku rasa dorang comel... benda bodoh pon terasa macam comel dan kadang2 memang bodoh la kann. Ha ha ha... Setiap kali tu aku rasa macam nak adik lelaki jer. Aku nak cari bf yang ramai adik lelaki lah... ha ha ha.

At the moment aku memang tak boleh terima benda tuh... tapi aku tak menolak takdir, siapa yang tahu aturan Tuhan. Sebab tu dalam hidup kena sederhana je... jangan terlalu suka atau terlalu benci. Paly duk kenen aku ngan adik... budak ini.. berbuih dah mulut aku pesan dekat dia supaya dia buat benda lain yang lebih berpekdah. Tapi manusia ni memang macam ni lah... bagi aku, biarkan saja.. anggap jer as hiburan telinga. Sekarang aku dah gain attitude baru... aku dah belajar tuk tak payah nak bother explain apa2 dekat orang. Keep them wondering if they want to make themself wonder.. none of my business.. wah! kasar nih.. hehe .. Aku? kasar? Mmm.. aku tak kasar... agresif ye! You chop me, I divide u into two... dare ah? ha ha ha

Layan lagu Aizat. Hello! Bila masa aku minat Aizat? suka hati aku lah.

Sunday 3 May 2009

Frust

28 and happy... yeay. Happy birthday girl.

28 is a great year... even though some of my plan did not come true, but it is okay. Even in the worst situation in this life, forever keep the thought about the ONE in your heart. Let yourself feel the love that he is offering and all the possibilities that might be opened when the path you took previously was closed drastically. Do not envy me because I am positive. Get your own aura babe!

I went out with my sister last night to Regular's Cafe, nearby our house. It was a cozy place and the food was not a disappointment either. Our wish to enjoy life band performance that night turned to a frustration. We were told by one of the waitress the place will be closing soon due to lack of response from customers. Poor thing!

For frustrations that need to be swayed, we started to take out all our phone and strike a pose. Yes! this is a proud statement about how many phone we have.. please save all your thoughts to yourself. Later at home, i successfully uploaded it as a special dedication to my other housemate on fb. She loved to take a photo of herself and posted it on fb. We used to laugh about it till it was our turn last night.

I spent my weekend at home studying about chillers on and on again. What the thing thing happened to my head! Pressure head that contain a loss due to friction. Who can understand this, please, don't raise you hand. I have problem to recall all the things i said and don't blame me for the number 28 i just got last night.

I cannot wait to go home this 22nd. I missed my 8135 very much. Owh! I hate to fly. Why Sabah is not accessible by road from here. It is 20 already... make it happen gov!




Friday 1 May 2009

Layan magi sambil tengok citer New Reservation tengah2 hari ni best pula... Sedapnyaaaa... dalam banyak2 makanan, magi ni salah satu dari top list aku. Ha ha ha... senang dimasak sedap dimakan. Tapi memang maggi ni memang sedap sebenarnya... terima kasih la kepada saper yang invent mee segera.. hehe..

Weather macam mendung2 jer dekat luar tu.. ingat nak keluar p melawat leng not chai kat kedai dvd tu... mesti dia dah rindu dekat aku sebab aku dah lama tak melawat kedai dia ;)

Aku kena diet dah sekarang ni... kalau tak, tak lama lagi aku sure bertukar menjadi agumon nih. Luckily ibu pun diet juga sekarang nih... so takder la makhluk perosak diet antara kitaorang sebab aku pon on diet (konon!) Bila badan dah naik ni... rasa macam tak fit tu yang tak sedap. Lepas raya jer aku dah naik almost 10kgs.. Patut aku bersedih.. tapi aku gumbira la la la la.. orang kata kalau kita tension kita akan makan banyak tapi aku makan banyak bukan sebab aku tension... ha ha. Rasa macam terlepas satu beban dari diri aku lepas aku buat keputusan tu. Rasa ringan & bebas... memang la ader rasa sedih kan, tapi perasaan tu cuma small portion jer.

Kol 8 malam dah ni... jap lagi nak tengok one in a million... At the moment tengah layan cerita My Girl.. lamanyer dah la tak tengok balik citer nih... ibu la ni hari tu kecoh2 nak tengokk citer2 korea yang dah lama aku tinggalkan. Tapi dalam ramai2 hero... Lee Dong Wook tatap mendapat tempat 1st dalam hati aku (soorie la abg The Rock).. hu hu hu. Ingat lagi member aku pernah cakap time first time citer ni kuar dekat tv.. member*Na.. mamat ni muka dia macam c KxpCxxx kan.. Aku*Eh! manada..(dalam hati.. betul2!) Ha ha ha

Sebut pasal ni, teringat 2006.. masa first time shutdown dekat SFI... the best year!

Tengok part yang Yoo Rin tanyer Gong Chan samada inchik tu suka dia atau x... aku paling suka part ni bila Gong Chan yang macam takder perasaan tu terkejut.. comel gila.. (mesti orang yang pernah aku tanya soalan ni terkejut macam tu gak.. ha ha ha) Other part yang aku suker time dorang buat kek... cumieeeeellll!!. Nasib la yang ni kisah kat citer jer... kalau in real life.. melepas dah inchik tu. Kalau kita terlepas someone yang sebenarnya sangat serasi dengan kita, mesti sedihkan. Tapi serasi ni ada banyak pengertian... hanya orang yang merasa je tahu. Kalau kes aku, aku tak menyesal dah la kot. Aku tahu apa yang aku buat tu betul... kenapa aku cakap macam ni, biarlah rahsia ;)

Tapi aku sangat tak setuju kita memilih atas dasar desperate sebab faktor2 seperti keadaan diri, usia etc.. Aku ada jumpa member yang macam ni. Kesian.. tapi dari positive side, mungkin bukan sebab desperate dia memilih, tapi sebab tuhan dah tentukan itulah masa dia bertemu orang yang tuhan tentukan untuk dia. Bagi aku, orang nak kata apa, biarkan sahaja sebab manusia sememangnya berfikir sekadar yang mereka mampu.. dan selalunya dipengaruhi nafsu.. Akal manusia dibatasi oleh limit-limit yang diciptanya sendiri dalam mindanya.. selalu mahukan apa yang dimahu sahaja... tapi hanya pencipta kita yang tahu apa yang terbaik buat kita.

Tapi kalau Dong Wook ni jadi boypren aku... aku tak mahu la kot... tak seswaii (yerrr... aku sedar diri) he he.

Thursday 30 April 2009

Sengal

Malasnyaaaa... tengah membaca buku ni sambil tengok American Idol... hari ni tak banyak aktiviti sangat... tadi g meeting ngan ibu dekat hq. Punya la bosan... mesti ibu nyesal ikut aku.. ha ha... ampun bu!

Kebetulan kitaorang memang nak pegi BEM.. before tu pegi tebalkan muka minta inginiur disiplin lain tulung sahkan sijil... before ni susahnya aku nak g cari ir2 ni... Time belajar dulu tak hirau sangat nak register ni... tapi kalau sekarang ni aku tak daftar... haa... malu kerajaan Malaysia hire orang cam aku.

Lepas dari BEM.. pegi meeting yang bosan tu... pastu melawat Sogo yang bosan juga tu. Yang paling aku suka dekat Sogo cuma uncle india yang jual muruku dekat bawah tu jer.. hu hu. Lega sangat rasanya hari ni.. BEM registration, laporan tahunan & claim p PD hari tu dah settle... tinggal borang tapisan keselamatan je la lagi.

Kat tv ni... aku macam berkenan plak tengok [Adam Lambert... tapi Jamie Foxx ni memang macam emsem la... kadang2 suker gak tengok orang yang kunun mcm emsem ni... tapi kadang yang over tu annoying plak. Pastu nampak Tomok plak.. bagi la Tomok menang... sengal aku tengok yang pompuan tu...

Wednesday 29 April 2009

Gadis what?

Semalam aku rasa letih yang amat sangat... Lepas maghrib aku terus tido... nasib aku tak tido pakai telekung... baknya hosmate aku bukak pintu... silap2 ada yang pengsan tengok aku putih jer... ha ha ha... Pastu isyak aku kol 5 pagi... aaa... jangan tiru! Ustaz tak penah ajar kat skolah ni tau.

Senin tu aku pakai sopan jer... ala2 innocent aku tu lah.. ngan baju kurung, tudung bawal yang tutup dada + spek pink kesayangan aku tu (sayangla sebab belum calar kannn)... budak2 kater aku ala2 awek soleha... ha ha ha... pooodahhh! Nak dijadikan jugakcerita, pasal TA aku... incik ni baya2 ayah aku ni... rindu ayah plak.. chet! Tengah2 aku menyuap meehoon... tiba2 dia dtg dekat aku kat food court tu & kater *can you maintain this type of dressing... aku*haaa (sambil poyo & tersipu2 -kunun)

Sebenarnya biasa je pon... sebab dorang ni tak biasa tengok aku dressing mcm ni je. Tadi ader taklimat dari mitsubishi... time beratur nak amik makanan... Fad kater kat ibu*aku ketuk ko karang, nanti ko bertambah pendek.. Aku*ko berani tak ketuk kepala aku Fad... Ibu*ah la Fad... ko berani tak ketuk kepala dia.. asyik aku je kena.. Daus*E*#3# pompuan suci... dia tak berani nak buat dekat perempuan2 suci ni... Aku*haaaaaaaaa? kunun aku ni ala2 gadis2 ayu la maksud dorang tu... pelizzzzz! Tak pernah la selama 28 tahun aku hidup ni aku dengar orang kata macam ni dekat aku... ha ha ha... Tapi mungkin aku dah tak macam dulu kot... da tuha... hehe... tapi rasanya aku memang macam ni aper. Aku memang baik ngan budak pompuan tapi ngan budak lelaki aku jahat... he he.

3 Mei ni aku akan disahkan memiliki usia 28 tahun... tua dah... aiyoookkk! kaciannn deh loh...

Monday 27 April 2009

Aku sooookaaaaaaa

Letih semalam masih terasa hari ni. Dari pagi aku dah kelam kabut nak settlekan report yang aku tak sedar rupa2nya nak kena submit hari ni. Meeting dekat hq pukul 9.30. Bos aku nampak aku kelam kabut siap gelakkan aku & pesan dekat member ni jangan kacau aku... chet!

Aku ajak ibu temankan aku. Dalam pukul 10 kitaorang turun le nak pegi tahan teksi konon. Baru jer nak melangkah kuar dari mv, Yati call bagitau meeting dah habis. Laaaa... buang masa dan tenaga jer la. Khamis ni nak kena submit yang final kononnya. Aku nak kata aku pemarah niee... tapi tak sampai hati aku nak marah pula. Diorang ni ingat orang teknikal ni banyak masa ke nak layan dorang. Panggil meeting jauh2... tapi bukan meeting. Sekadar nak submit benda tuh, elok panggil despatch jer (bak kata Yati)! Ni yang aku geghamm nih.

Dah tak jadi nak pegi.. aku dengan ibu tukar plan pula. Malas rasanya nak naik... kitaorang decide nak rest awal la.. so kol 12 nanti tak yah la kitaorang turun. Pegila makan dekat mcD.. pas tu pegi round2 dekat bawah kejap tengok cd.

Hari ni connection dekat ofis dah block fb, mb dan seangkatan dengannya.. hari tu aku dapt gak la menembusi api-dinding tapi hari ni dah block terus.. Yang aku bengang... even website yang ble tulung aku translate report pun dorang block. Block la... aku macam tak boleh guna digi data aku... ha ha.. full bar tu dekat opis. Even tak la selaju mana... boleh juga la kalau takat nak download lagu tu.

Sunday 26 April 2009

L.E.T.I.H

Penatnya... semalam aku dah sungguh2 berjalan dengan adik dan hosmate dia pegi Alamanda tengok citer Cop Mall.. oke juga la cerita tu... cerita lawak.

Dah nak balik tu... adik tanya, nak pegi Danau Kota tak... since hosmate dia tu tau jalan nak pegi... bole la pegi. Call kakak aku dekat umah...tanya kot2 dia nak ikut tak. Before pegi tu... singgah ambil dia dulu. Danau kota ni besar lagi la dari downtown... Dapat la long dress sehelai.. sesshii you! .. aku kan memang hantu dress. Balik tu ntah pukul berapa dah... singgah makan dekat gerai mamak dekat area umah sambil tengok bola. Aku dah mengantuk gila time tu. Dari pagi aku dah sungguh2 mop lantai... laundry day aku kan hari ni... aku basuh dengan tangan jer baju2 aku sebab dalam mesin tu kakak aku rendam baju.

Tadi tengah sedap2 aku tido, kakak aku panggil ajak g Midvalley pula. Adoiii... letihnya aku. Malam ni sure tido awal.

Saturday 25 April 2009

SKALA

Jam dah pukul berapa ni tapi mata tanak juga tutup. Takpela... besok pun tak kerja. Luckily bilik aku sangat gelap... matahari tak masuk langsung. Pukul 12 tengahari pun still rasa macam kol 12 malam tu... Oh! Sungguh gumbira.

Lepak2 dekat ruang tamu ni sorang sambil layan website SKALA... owhh... aku dihantui SKALA. Punyalah teruk aku cuma dapat marah 3/15 jer time first quiz. Apala bijak sangat aku nih... hu hu. Final quiz dapat 10/15... oke la. Masih kategori be***** la juga pon. Sampai ke malam pon aku menghantukan diri aku pasal hal opis. Aku patut keje malam gak macam member aku sorang tu. Sejuk lagi tenang... konpem mengantuk la yang aku tahu. Tau je la aku ni jenis yang pantang nampak langit gelap jer... sibuk la fikir tang tido... apala nak jadik.

Layan kuliah agama dekat TV 1 rasa macam insaf plak.. hu hu. Bicara mufti nih.. jangan main2. Alamak... baru nak insaf... dah habis pulak dah. Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Patut tadi aku confirm je dekat adik time dia ajak g downtown.

Besok adik ajak g Alamanda... tengok wayang. G tempat lain sure sesak gila time hujung minggu ni. Rasa-rasa aku la... macam tak jadi juga ni kalau gini gayanya. Keje aku nak buat translation laporan tahunan pon tak siap lagi. Aku dah la buat version BM... ni nak translate g BI lagi... PTD ni memang sengal. Aku suh bos aku check... dia awal2 dah pening. Adoiii...

Aku nak bawa keta datang sini... korek2 dari my mom... kalau aku nak bawa keta datang...my dad kata nak sponsor. Itu suda bagus! Dalam keadaan aku yang haru biru macam ni nih... cukup-cukup makan je lah. Tapi sebenarnya elok kerja dengan swasta dulu before masuk government bagi aku... benefits? masuk gomen pas dah keje swasta beberapa tahun kay!

Keja macam aku ni kena hati-hati. We are exposed to so many things yang bahaya.. sebab 2 dapat elaun kritikal kot.. hu hu. Itu belum terms kawan2 & orang2 yang nak rapat sebab ingat kita boleh bagi dia projek. Tang ni yang aku malas. Parasite! Dulu time dekat tempat lama... ada juga la yang approach aku konon2 aku boleh la tolong.. sorry geng... salah orang.

Da dekat pukul 3 setengah ni... kalau macam ni gaya... confirm la aku tak bangun nak tengok cerita fevret aku kol 9 pagi. Telinga pun rasa macam pekak semacam ni... apa pasal pula. Ni mesti gara2 badan nak minta bawak g tidur ni.... g tido lah.

Friday 24 April 2009

My course is continued again today. Thank god our lecturer ni in rushed to finish the syllabus.. kalau tak mau aku kecik hati. Tadi aku pegi Sogo dengan sorang member... hari mari membuli member lelaki.. ha ha ha. Nasib la member ni sporting teman aku pilih baju kurung even dia non-muslim..

Aku sampai rumah dalam jam 5... terasa letih tapi macam nak pegi tengok wayang nih. Sms adik... adik ader program pula malam nih. Dia balik keje, sms aku ajak makan dekat depan... Nasiblah beberapa langkah jer da sampai. Adik tak cam aku sebab aku pakai tudung biasa ngan spek pink aku tu... hua hua. Hari tu adik tak der... so dia tak pernah nampak langsung la aku pakai macam ni. Tapi hari ni aku improve sket la ngan jubah sesshi... he he he.. Ibu kalau nampak mesti kutuk aku...

Speaking about ibu, dia pun ada kursus juga dekat Cheras. Dia call time lunch. Dari suara dia yang ala2 tak bermaya tu, membuatkan aku seolah2 terasa akan bosannya dia. Aku apa lagi... bagi api2 dengki la sebab aku dekat Sogo time tu.. padahal aku bukannya suka sangat dengan Sogo pun. Sesak sangat... esp time offer.. Takpelah... aku bayar lebih sikit pun tak pe dari bersesak2 dan berserabut. Lebih banyak... tak payah beli langsung la jawabnya.

Thursday 23 April 2009

Mood

Mood aku dah beransur elok. Semalam aku rasa sangat2 lah takder mood. Adik kata dekat aku... jum g tengok wayang la... owahhh... tak de mood. Aku ajak dia pegi Melaka hujung minggu... banyak pula soal budak ni macam polis. Malam tu dia ajak aku g makan sebab dia tahu aku jiwa kacau. Aku sungguh la takde mood.. Pukul 8 lebih aku dah tidor.

Hari ni aku ada kursus dekat hq. Nak kata bosan, seronok juga... nak kata seronok... bosan pula.

Laparnya aku tengahari tadi... kursus tu punyalah pack. Lepas tu yang kelakar... sebab aku tiga orang... then time nak kena tukar2 data antara tiga orang ni yang confusing sikit. Kalau dua orang je tak de hal. Tadi group aku 3 orang... aku sorang pompuan. Balik2 ada problem sebab kitaorang bertiga dah bengong & confuse sapa buat kerja sapa. Data tu kena pass2 among us... tu yang pening tu. Yang sorang tu sebaya aku... punya la comel, comel gila... kecik je.. muka pula muka yang suci jek.. ahahah... Advantage orang kecik ni nampak muda jer kan.. tapi kalau comel la... kalau tak comel, tak de maknanya..

Besok ada kursus lagi... huaaaarrrghh...

Tuesday 21 April 2009

Pantun 4 kerat vs cili padi

Hari ni food journey aku, ibu dan ayah bersambung. Kalau semalam dekat Tony Romas... hari ni pula dekat Italianese... Mmm.. Selain Chilis... Italianese ni pon aku tak berapa berkenan. Aku rasa better lagi Chillis kot... As for Tony Romas... yang ni recommended.

Order pasta... as usual la aku memang suka fetucinni type... spaghetti second choice while macaroni aku tak berapa minat sangat... then gravy of course la bolognese. Aku terasa hampa jugala dengan taste dia... aku rasa sedap lagi dekat pizza hut... pizza hut ni yang aku sengal sometimes taste dia pandai berubah. Tapi kalau aku terkenang Little Italy... memang kecur la air liur aku. Kenapalah dorang buka dekat kk jer... buka la dekat KL... pls! pls! pls!

Aku keluar ofis sharp jam 4.30. Turun beberapa tingkat... ada lah dalam 6 or 7 orang masuk... semuanya lelaki & aku sorang la pompuan dalam tu. Dalam ramai2... ada sorang inchik ni.. memang aku kenal la & since dia pun orang atasan juga.. Tiba2 inchik tu kata... korang nak request lagu Matahari... aku ada penyanyi ni datang dari Sabah sambil gelak2. Oooo.. kata aku tu! Memang dia nak kata dekat aku tapi buat2 bodo mcm aku takder dalam tu & tak langsung pandang dekat aku ni. Pastu siap perli sambil berpesan lain kali kalau nak buat jahat, jangan buat jahat sekali ngan bos sbb nanti semua orang tahu... tu tak pe lagi, kalau keluar pantun perli macam dekat lift ni kan naya... sambil gelak2... Dalam lift tu ada pantun menyindir orang2 yang tak pegi semayang jumaat... ha ha ha. Aku patut publish pantun tu...

Masak lemak cili padi...
Siapa tak makan terasa rugi...
Bas untuk pergi sembahyang jumaat dah disediakan...
Nak apa lagi..

Lebih kurang la... ha ha ha

Chet! Bila da nak dekat sampai destinasi dorang... inchik tu*Eh! awak* Konon buat2 baru perasan aku... Aku*sabar jer la (dalam hati jer tapi)*

Monday 20 April 2009

THE CLIMB

Hari ini hari yang paling sunyi dalam hati aku. Disebalik tawa dan keriangan yang terpancar dari wajah, aku merasakan satu ruang isolasi terbina dalam hati. Aku sebenarnya kurang mengerti apa yang berlaku di dalam ruangan itu, namun kesunyian itu membuatkan aku berasa selesa.

Memikirkan tentang aku dan kehidupan, terasa kerdilnya diri ini di sisi penciptaku. Segala apa yang pernah aku bayangkan seolah-oleh terbuka jalan menuju kearahnya satu demi satu setelah aku kehilangan sesuatu yang sungguh aku mahukan dalam hidup ini. Dan memang lumrahku sebagai insan biasa, aku hanya mengingini segala yang aku inginkan, tetapi aku lupa penciptaku lebih tahu apa yang terbaik buat aku.

Aku belajar untuk menimbang dan menerima...Aku juga mula memahami tangisan itu seolah-olah air yang menyucikan hati... Aku menyedari bahawa kesunyian itu hanya satu ilusi.... Dan keriuhan itu bermakna sunyi...
******* ******* ******** ******** *********
I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Somebody's you're going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

THE CLIMB - Miley Cyrus


Saturday 18 April 2009

Satur Day

Saturday datang lagi... tapi kali ni datang dengan mood malas. Even so... hari ni masih hari laundry sedunia. Kakak aku sorang da balik kampung semalam while lagi sorang pegi PD. Yang tinggal of course la aku sorang.

Malasnya nak keluar. Weather pula macam seswai jer untuk tidur. Layan movie lagi best. Leng not chai dekat kedai tu dvd tu pun da kenal aku dah... aku kan memang pandai berkawan baik ngan orang2 dekat kedai... ha ha ha. Undiscovered talent..

Sejak dua tiga menjak ni... rindu aku pada kereta macam membuak2 jer. Aku macam nak g beli kereta baru jer gara2 da tak sanggup nak naik komuter & lrt. Nak arrange keta aku datang... mau2 sebulan dua kot... nak urus tu pun lepas juga duit deposit kereta baru. Tapi aku sayang kereta tu... esp tang plat dia. Boleh nak tukar... tapi nak urus tu aku malas.. bayar bill pun aku pakai online... atm pun aku benci nak pegi..

Friday 17 April 2009

Paly dan E71

Hari ni hari aku kemas ofis... bos aku dari hari tu duk hint2 suh aku ngan ibu tengok2 kan opis yang bersepah ni... keje aku nak translate report tu sah2 tak siap lagi... tapi aku saja nak buat bodo. dari pagi aku rasa macam tak selera.. padanla... hujung bulan upernya.

Tadi aku dapat komputer... komputer tu komputer projek ayah tapi meja ayah memang dah ada komputer kann... so aku amik la.

Tadi aku lepak2 dengan Dauz dekat meja aku. Dia kata dia nak beli hanpon nokia yang E71 tu. Aku bukak lah lelong nak tengok gambar hanpon tu sambil survey harga... Mentang2 wide screen... besar la gambar hanpon tu kann.. Lama gak sembang2... Paly join kitaorang. Tiba2 budak ini tekan2 screen komputer aku konon2 dia tekan keypad handpon tu... aku tau la gambar dia besar... tapi yang aku muskeel... aku ngan Dauz siket punya lama tengok gambar tu tak pernah terfikir nak tekan2 macam yang dia buat... punya la kitaorang gelak sampai nak sakit perut bila aku persoalkan benda tu & Dauz respond dengan kata Paly spastik... ha ha ha ha ha.... Paly pun gelak... budak ini memang sangat kelakar... Time aku tulis entry ni pun aku masih boleh tergelak..

Dia story... bos suh dia buat perangai gila dekat opis baru nanti sepaya dorang nyesal hire dia, & pulangkan dia balik dekat cawangan kitaorang. Bos aku ni pun kadang2 lawak. Dauz plak suggest kat Paly *Time kat tempat baru nanti, ko slalu la main air macam orang sewel supaya tercapai hasrat ko nak bagi orang2 dekat ofis baru ingat, memang ada wayar putus dalam kepala ko*... ha ha ha.

Paly ni dah minta tangguh la nak daftar dekat opis baru dia. Yang kelakar... dia da awal2 usha awek2 dekat sana... dia kata kat sana raaamaaii awek... Awek yang dia dok usha dekat sini kata dia sekadar ranking No 20 jer kalau dekat sana... Suka ko lah dik! Tadi adik tanya dia... ko kan nak pegi dah... nanti ko tak rindu ker awek yang dekat sini...sambil gelak2.. tiba2 ayah sound aku... oi! dorang kata dekat ko la tuh! Laaa... apsal aku lembab sangat... dorang siap gelakkan aku... ha ha. Mentang2 lah aku ngan ibu jer dua orang pompuan dekat unit kitaorang kannn... Kalau time dekat Labuan dulu...aku selalu sound koncho2 aku... kamurang ni kalau tiang lampu pakai skirt pun kamurang mengorat.... sengih2 la koncho2 aku yang terdiri dari pokcik2 sampai la ke adik2..

Dauz macam 'terkesima' bila dengar aku panggil adik, ADIK.. boleh dia gelak. Aku kata memang la dia adik... muda 5 lima tahun dari aku tu...4 tahun dari Dauz laa. Aku story dekat Dauz... aku nak kenalkan adik ni dengan awek dari Labuan semalam tapi adik pula jual mahal. Dauz*dia nak kat ko tu* Aku*budak2 tu* Dauz*Budak sangat ea (sambil gelak2)*

Adik aku ni sakit kebelakangan ni. Duk kenyit2 mata dekat aku...itu aku tak heran lagi, biasa dah... tang kat orang yang aku tak kenal dia bagi tau aku kekasih dia tu yang aku sengal... Hampeh budak ini... jatuh saham aku. Nasib la aku ni jenis yang memang tak amik hati. Adik aku ni memang macam ni.. dah la mengorat awek time aku ada. Tunggu lah aku blah... mesti awek2 tu tak respond sebab nampak aku.. apa la budak ini.

Dauz tanya aku... siapa yang ko gelar ayah ni? Tu lah Dauz... ko tak tahu dekat ofis ni aku ada ibu, ayah, abang & adik2 lelaki yang ramai termasuk lah ko... satu family complete. Dia gelak je. Aku kata kat ayah... tanak la panggil ayah nama panggilan biasa dia eddie... aku kata nak panggil dia dengan nama belakang dia... hisyam... awww... adik aku gelak jer. Hari tu aku kenakan kakak aku kat umah ni... aku saja2 panggil dia kak ida instead of nama ayu dia tu... bengang jer dia... ha ha. Ampun yah! Ampun kak!

Aku panggil orang ikut suka aku kannn.. tapi orang pun panggil aku ikut suka dorang juga. Ni haa senior aku duk panggil aku matahari sebab aku nyanyi lagu matahari time karuke tu hari. Nasib aku tak buka story aku yang panjang berjela tentang betapa minatnya aku pada bunga matahari... bukan pada lagu matahari tu. Hari tu dorang duk panggil cikgu Agnes... tapi Paly la yang aku tak tahan bila panggil ibu si pendek... suka2 dia jer budak ini... ibu plak kalau balas gelar dia si botak. Seswaiii! Bila dia kutuk2 ibu rendah... ibu kata kat dia*aku doa2 ko dapat awek nanti lagi pendek dari aku* Ha ha ha ha... makbul tu doa seorang ibu.. Fad jer tak tahu ni kot!

Sunyi ibu tak der... tadi senior aku ajak g makan dekat redbox... ulangan... makan oke... bukan nyanyi.. mmm... ibu takder ni... tanak la aku pegi sorang. Isnin ni ada audit... baru la masing2 sibuk2 nak tengok fail2 projek. Tadi aku sign petisyen yang mengatakan aku setuju ofis ni berpindah. Kata dorang nak tanak next year memang kena pindah juga. Aku follow jer majoriti unit aku... kang aku sensorang2... kecik ati aku :D

Thursday 16 April 2009

Cerita Dauz dan telur

Semalam aku temankan budak ofis lama tidor dekat mv. Petang tu dia call aku... aku khusyuk sangat bertenet sampai tak perasan. Pastu aku call la dia balik... dia bagitau dia da sesat. Astaga budak ini. Dia kata dia da sampai dekat secret recepi... dekat coffee bean... dia kata dia da penat pusing2 dengan buku dia tapi tak jumpa jalan nak pegi hotel. Waduh! Padahal sebelah tu jer sebenar benarnya... Aku suh dia tunggu je dekat ctu kalau tak jumpa juga jalannya... Dalam 10 minutes aku call dia dia balik... nasib dia da jumpa la jalan yang hilang tu. He he...

Malam tu sungguh2 la dia pegi bershopping. Aku duk kutuk dia... kalau tak since the day before dia dah boleh shoppping..da takut punya hal. Aku tak salahkan dia kalau dia sesat..for those yang tak biasa... confirm boleh sesat la dalam ni. Esp tang dekat level bawah... aku nak kata kat aku ni sebenarnya. Member tu shopping sampai kedai dah turun pintu separuh... nak buat macamana... kalau ada kedai buka 24 jam dekat dalam mv ni takpe la juga. dekat jam 10 lebih.. kitaorang pegi makan dekat McD.

Sampai bilik hotel da dekat jam 11. Bau kupi yang crime partner aku kirim sungguh menusuk kalbu. Thanks laling.. Kupi tu memang kupi favorite kitaorang. Dulu duduk sebla2 meja... makan & minum, semuanya berjemaah. Hari2 sembang tak habis... sampai sekarang masih gak nak sembang tiap2 hari even dalam YM jer.. Ha ha ha... Nasib pes laksa Sarawak yang bos aku susah2 nak cari tu tak keluar bau... itu lagi menusuk... mau aku p cari dapur tuk merealisasikan impian aku berlaksa sarawak. Thanks Kak Suzy... marvelos!

Dalam pukul 7 lebih aku check out dari hotel.. sampai2 jer dekat little Penang... aku ble terjatuh dengan beg berat aku. Pulak tu aku jatuh siap dengan spesel pose... jatuh terlutut...tapi sebla lutut jer...sebla kaki lurus jer kedepan ala2 orang menari pun ada... aku toleh belakang..owh! nasib tiada orang... malu tu! apa la orang dekat restoran tu... even kelam kabut nak tutup restoran pun semalam... mop la lantai tu dulu. Kan aku dah tergelincir! Dorang patut tahu aku pakai kasut 3 inci... memang tak sakit kalau jalan berbatu2 pun.. tak juga sakit sangat masa aku jatuh tu... yang amat sakit adalah malu! M.A.L.U kalau orang nampak... ha ha ha... depan ofis aku tu.

Aku sampai ofis dalam pukul 7.22... punch kad.. tunggu nak ajak sepa pula temankan aku breakfast dekat hotel. Free kan... rugi tu tolak.. Since ibu takder... option aku semua inchik la... nak bujang ada... da kawen ada... pilih jer... he he he. TA masuk... mmm... inchik ni tara2 ayah aku... tak bule la... Dauz plak masuk... lalu tepi meja aku ala2 macam nak singgah... aku pun buka la mulut..*Jom* Dauz*Mana* aku tunjuk kad hotel... *bekfast dekat sini* Dauz*jom! tapi aku belum setup rambut* Tiap pagi jer dia mesti setup rambut dekat ofis... kata naik motor kan.. ha ha.

Aku turun la dengan Dauz... sampai2 aku terus g cari seat while Dauz g survey food.Aku bangun, balik g seat, makan dua tiga suap...baru aku perasan.. mana Dauz ni tak tiba2 lagi g meja. Aku toleh2...nampak dia dekat section atas. Aku ingat dia nak g amik apa ker... tiba2 nampak dia duduk plak... then nampak dia makan... aikk! Aku call dia. Aku*Aitt..knapa ko kat situ* Dauz*Eh! mamat tu tunjuk dekat sini la* Aku*manader... dia tunjuk dekat sini laa... Dauz*Taaak! dekat sinilah* Aku*Aaaaa... yelah... aku g sana la* chet!

Da naik ofis... Dauz kira berapa bijik telur da dia makan... kira punya kira... haaa! 3 buiji stengah... ha ha ha. Aku*Eh! ko ni nak bina badan ker Dauz* Dauz*ha ha ha*

Tengahari kitaorang dua2 tak lalu nak makan sebab pagi dah makan banyak.Turun juga pegi food court dekat bawah tu... makan cucur udang jer. Dauz*Jom (sambil tunjuk isyarat stereng keta* Aku*mmmmm*... Dalam jam 1.30 kitaorang kuar la dari situ... Dauz*masih sempat lagi nih* Aku*yelaaaaaa*

Pegila race dekat atas.. aku kalah 2 game. Main advance memang sah lah aku kalah sebab aku reti bawa auto jer. Sampai main game pun aku still tak reti2 bawak manual... ha ha ha... Aku memang sengall!

Aku upload gambar makanan time aku ngan ibu g redbox. Lupa nak mention ader bubur kacang...ada sup labu kots (oren).. ader pudings2... ader salad2... ader maaaasaaamm2... ha ha ha...