Friday 22 May 2009

Balik Kampung

Dah tak sabar sangat dah aku nak balik ni. Hari ni bos meeting sepanjang hari. Aku dari pagi lagi duk fikir strategi nak mengawalkan aku keluar dari ofis.

Seminggu ni hidup aku berterabur. Ibu takder.. ayah takder.. nasib masih ader juga geng karas aku ni sorang yang tinggal. Tadi aku dah pas dekat 2nd bos aku laporan audit klinik hari tu. Lega la juga. Tengahari tu aku turun makan dengan senior aku. Budak2 nih da goda-goda ajak pegi redbox, tapi stik takder... aku kuchiwa.. senior aku pon kebetulan ader keje tak siap, so aku makan la nasi ngan lauk ikan keli masak lemak... sedaaaaaappppnyaaaaaa!!!!

Lepas makan, dah hisap rokok sebatang dua.. senior aku"jum kita pegi melawat dorang" aku jom ajerr... baru beberapa minit duduk, tiba2 waitress datang nak amik order. Terpaksa la kitaorang makan lagi sekali. Tapi hari ni aku tak hampa sebab aku dapat fish ngan chips.. sedap jugak lerr. Nak muntah kenyang!

Dekat pukul tiga aku naik ofis. Balik2 tanya Daus.. patut tak aku cabut jer tanpa minta izin. Daus"Kalau ko bagitau pun elok juga, tapi kalao ko bagitau pastu dia tak kasik, susah pulak ko"Akuÿe lah kan... alaaa... cabut je la!" muhuhaha... dekat2 pukul aku cabut. Aku pun balik keje 4.30.. kalau minta pun sure boleh jer cuma mulut aku ni la yang berat.

Aku amik teksi pegi KL sentral.. pastu naik bas pegi LCCT. Teksi dari midvalley ke KL sentral RM7.50, naik bas dari KL sentral g LCT baru 8 hengget jer.. uh uh uh... dalam pukul 5 lebih aku sampai dekat LCCT.. singgah makan mcD sementara tunggu makcik aku sampai.

Aku punya tiket baru RM106 hengget jer pon pegi balik, termasuk makan 14 hengget ngan beg 5 hengget ngan seat 10 hengget... murah! murah!

Dalam pukul 11 aku bertolak dari airport. Dalam perjalanan balik tu, sempat lagi ayah aku mengutuk kementerian aku kononnya amalkan rasuah paling besar. Memang lerr... da kementerian aku tu kira kementerian giant dekat Malaysia nih.. apa taknyer... aku senyap jer la.. malas nak bertekak time penat2 ni. Tak penat pon aku tak bertekak juga ponn.. tak kuaserr.. hahaha

Dalam kol 12 lebih juga sampai umah lepas hantar makcik aku ngan anak dia. Sempat jugalah aku jumpa nenek aku. Bestnyerrla aku beradu malam ni... krooooo~~~hhh

Thursday 21 May 2009

Bizi

Minggu ni aku bizi banget.. kenapa kah??

Bos dah kejar2 nak report. Pastu kejar2 nak matrix kompentensi... surat aku banyak nih tak fail lagi... huahua. Fail projek yang Paly tinggalkan pon aku belum sempat bukak. Mecik! Tengahari aku tak turun lunch pown... T_T

Tadi aku ngan Dauz gi RedBox... ajak adik... dia nak suh kitaorang belanja. Ko hengat kitaorang ni chop duit haper... huahua... aku g ngan Daus je la. Yang penting aku nak makan jek. Ingat ada la stik..tapi takder... ku kechiwa! Nasib ada kek dia yang amat sedap.. sedapnyaaaaa..... Sakit leher aku gara2 gelak... bukan nyanyi.. gelak oke!


Tak sabar nak balik kampung.... waaaaaaaaaaaaaaa

Sunday 17 May 2009

Mid Valley The Gardens

Khabar angin yang bertiup kencang tentang perpindahan pejabat membuatkan aku juga tergolong di antara mereka yang berasa sedih meninggalkan Mid Valley. Kombinasi 430 buah kedai di Mid Valley megamall dan The Gardens sudah cukup untuk menzahirkan betapa tempat ini bagaikan syurga membeli belah. Sekadar menyatakan adanya pasaraya besar seperti Isetan, Carrefour, Jusco dan Metrojaya sememangnya tiada yang perlu disangkal lagi.

Khabar angin menyatakan destinasi perpindahaan adalah ke kawasan Ampang, ada juga yang menyatakan di Jalan Tun Razak. Semuanya masih samar lagi. Dalam pada khabar angin yang bertiup, rombakan juga akan dilaksanakan di tingkat 26 untuk membolehkan unit lain menduduki tingkat ini. Ah! tunggu saja saatnya tiba.

Apa yang mahu aku lakukan di hari ahad ini? Mahu menuju keluar, matahari menyakitkan kulitku. Terlebih tidur juga membuatkan kepala ku pening. Mahu bermain alat muzik, mood muzikal tidak menjiwai aku di saat ini.

Friday 15 May 2009

KFC for the first time

Semalam aku pegi Lukut.. buat audit klinik... huaaaa.. amat penattt!

Pagi tu dalam jam 8.30 bertolak dari office. Sampai Lukut dekat jam 10 pagi. Bos aku yang dua orang tu campak je kitaorang dekat klinik sebab dorang nak kena pegi meeting dekat PD. Maka tinggallah aku ngan ibu, Paly & budak praktikal tu dekat klinik.

Pegi check la mana2 yang patut. Yang tak patut pun kitaorang check juga.. gilo apo. Dalam pukul 11 lebey kitaorang ingat nak keluar pegi makan jap. Kesiann ibu... dari pagi dia tak sarapan sampai mood pun dah hilang. Dah lawa2 nak keluar... tiba2 ibu dapat sms dari bos. Dorang dah on the way balik pegi Lukut.. haaampehh! Pastu stay lagi 2 jam dekat situ.. dekat2 pukul tiga kot barulah dapat makan..

Letih gila.. next time aku pegi audit aku nak pakai high heels!

Tadi meeting the whole half day.. hehe. Dah la bos tanya kitaorang pasal meeting yang kitaorang attend bulan 3... jangankan bulan 3, meeting 3 hari lepas pon aku dah tak ingat. Habis meeting, bos bagi 200 dekat ibu suh pegi beli apa yang patut tuk farewell Paly.. hari ni last day dia before dia pegi Bomba.

Dan... hari ni jugalah hari pertama aku makan kfc setelah sekian lama. Since ari first aku duduk dekat KL nih, tak pernah lagi la aku singgah dekat kfc... mc D je la. Ada la juga dalam 4 bulan kot.. hua hua. Meriah jugala makan ngan kek secret recepi.. mah vellous..



Pasni dah takde pak lawak... dia ni jelah budak yang paling poyo dalam unit kitaorang. Even adik yang paling muda, Paly ni lagi macam budak2. Ayah pon kata dia comel. Dia memang comel.. ngan perut boroi, suara kecik tapi badan besar.. kekekekkk.. muka tak malu. Asal ader awek jer.. mesti kitaorang tengok reaksi dia dulu. Dan tiap kali tu juga dia mesti senyum2 ala kerang busuk... ha ha ha. Pastu gelakkan dia ramai2. Tapi macam biasa la... dia poyo dan boroi!

Semalam aku ngan ibu pun panjat tangga nak tengok ducting dalam syiling, tapi dia boleh duduk je sambil goyang2 kaki. Dia dah takder mood la tuh. Dah la nak pindah.. bos pula bagi dia keje banyak2... kalau aku pun bosan kot... ha ha ha. Mesti ibu rindu dekat dia pas ni. Dia ngan ibu kan memang geng karas bab mengutuk.

Hari ni semua ada... except Daus yang berchoti. Tak per la Dauz... aku dah simpan gambar kitaorang tuk ko tengok je.. ha ha ha.

Katy Perry ni memang la comel. Tp Adam Lambert ni.. Nyammmm.. Only he is G. Rugi i ;-)

Sunday 10 May 2009

Oh! Ibuku

Hari ini aku buat apa?

1. Bangun. Petik Gitar. Tekan keyboard.
2. Call mama. Wish Selamat Hari Ibu.
3. Gosok gigi. Masak air. Minum nescafe. Makan kerepek pisang.
4. Petik Gitar. Nyanyi. Tekan keyboard. Nyanyi.
5. Pakai baju lawa. Keluar beli makan tengahari.
6. Makan nasi. Makan ayam goreng. Kuah kari. Nescafe.
7. Layan facebook. Buka email. Bosan.

Semalam Dauz sms aku just tuk bagitau dia g Red Box. Ha ha. Pergi juga dia akhirnya. Melepas tekanan diri katanya. Apa dia ingat aku ini tak tertekan? Ha ha... memang tak pun. Aku payah nak tertekan ni. Hal-hal atau benda yang menyebabkan aku letih nak fikir atau layan, aku tinggalkan saja. Ulang lagi sekali. Aku tinggalkan saja!

Aku dah pasang tikar dekat bilik aku ni. Oh! Aku sangat suka sebab tak nampak rambut yang berguguran. Aku nak simpan rambut panjang aku ni. Sayang nak potong.

Semalam lepak ngan kakak dekat bilik aku tengok cerekarama Restu Mentua. Aku rasa, sepanjang dekat 5 tahun dekat Labuan dulu, aku pernah tengok dua tiga kali je cerekarama ni. Tapi dekat sini, baru dekat 4 bulan aku dah tengok berapa kali dah. Kalau kakak aku ni tak balik kampung, inilah aktiviti kitaorang. Kalau dia takder, tak de nye aku nak bersungguh tengok. Tengok dalam bilik ada tilam... tu yang best.

Kelakar aku tengok cerita Restu mentua ni. Sengal kalau dapat mak mertua macam ni,semua serba tak kena. Tapi sebab mak mertua dia ni single mother so aku rasa aku boleh faham la kot kenapa dia boleh jadi macamni. Selama ni dia sorang2 jer yang jaga anak2, anak tu lah harapan dan kekuatan dia. Kalau aku jadi single mother pun, rasanya aku "jeles" juga kalau anak aku khawin. Jeles in terms of takut perhatian dia dah beralih dan dah tak macam sebelum2 tu. Tambah lagi husband tak de & besarkan anak tu sorang2..mesti perasaan dia tu lain dari ibu yang masih punya suami. Jadi macam mak aku la senang, tak de mentua. Ha ha ha.

Semalam baru aku tahu, lepas suami, isteri kena utamakan ibu bapa suami dulu dari ibu bapa sendiri... mmm...

Bagi aku la, kalau bercerai dengan suami pun, selagi anak2 tu si isteri yang jaga.. si isteri pasti survive sebab anak-anak tu jadi tonggak kekuatan dia, kecuali la mak2 yang tak sedar diri ni & meletak kepentingan diri dia lebih dari anak2. Ada juga mak yang macam ni. Perempuan ni kan memang unpredictable!

Hari ni hari ibu. Aku dah call mak aku tadi. Aku rasa amat beruntung sebab aku masih ada kedua-duanya. Walaupun mak aku memang tak boleh dijadikan best friend sebab dia suka terkejut bila dengar things yang dia tak expect & ayah aku pula jenis garang ngan anak2, tapi dorang berdua nilah perkara terbaik yang aku ada dalam hidup, selain anak aku pula satu hari nanti. Walaupun nasihat mak aku selalu tak masuk dalam kepala & nasihat ayah pula macam pedang yang menikam jantung aku.. dan walaupun ada kalanya cara mereka menunjukkan kasih sayang tidak dapat diterima oleh akal aku, aku adalah anak yang sangat bertuah kerana mereka ibu bapa aku.

Friday 8 May 2009

Kerja Gila

Hari ni aku sorang la... ibu dah balik Sabah.. terpaksa lah aku menumpang kasih ngan bebudak nih.

Alaa.. tempat kitaorang ada team lain nak masuk, kenalah buat rombakan seat.. hesh! kacau. Claim aku pulak kena return balik. Marah tak rasanya kalau benda yang aku tak claim kena pertikai. Suka hati akulah nak claim atau tak. Agak2 aku amat kayas sampai claim makan yang almost seratus lebih tu aku tak claim, tak boleh ke dorang diam2 jer. Heish.. saja nak bagi aku darah tinggi.

Tengahari aku pegi Rhapsody. Tak tahan sangat dah aku nak kuncipapan ngan gaytar tuh... sauk la dua sekali. Aku rasa macam poyo juga la mengangkut gitar kat belakang, pastu kuncipapan dekat tangan... pastu pakai baju kurung. Baju kurung pink! hahahahahaha.

Edited*
Ini la benda alah yang aku besungguh2 beli lagi bersungguh2 angkut keluar dari midvalley..

Dauz call just now... budak ini ajak aku g karoke tengah2 malam buter ni, gilo apo.. pastu dia mengekek... nasib aku tak tido, kalau tak, kecik hati ko dik kena sembur... kekekekeke. Tak lah... aku manada pandai sembur orang, saper yang kena sembur ngan aku memang sangat bertuah sebab selain semburan ayat, semburan air liur pon sure kena lah. Aku suh dia call Paly.

Thursday 7 May 2009

Matahari lagi!

Ahh... tertekannn... hari ni aku takder buat apa pon... tu yang aku tertekan tuh.. ha ha ha. Ibu nak balik Sabah hari nih... bestnyehh.. Chelsea dah kalah semalam... tak bestnyeh.

Hari ni ada taklimat pasal sterilizer. Half of my day dah dipenuhi dengan acara menghadirkan diri ke taklimat. Tengah aku lepak2 dekat meja sambil bersenang lenang petang tu... tiba2 ada satu inchik nih singgah dekat meja aku.. alapak! inchik yang suka menyakat aku tuh.. inchik ni pangkat2 bos la pada kitaorang, cuma dia ni cawangan lain. Dia tanya aku bila aku nak ajak di g menyanyi... chet!! Dia kata nak dengar suara aku. Yang aku tak tahan tuh, dia siap boleh story plak aku nyanyi macamana. Ini yang aku gerammmm ngan senior aku nih! Chett! Dialah yang pandai2 cerita ni.

Mesti dorang dah bergossip sakan! Orang lelaki ni kalau bergosip kalah pompuan. Aku terkenang plak member lama aku tuh.. ha ha ha.

Aku rasa kekok ngan incik ni. Mmmm... tahu la aku kan tak suka crowd & mingle dengan sebarang orang nih. Aku lebih suka sendirian atau berada dalam group beberapa orang yang aku anggap close jer. Sepanjang 28 tahun aku hidup, irc pon aku tak pernah masok, apa lagi bother nak layan chat dengan orang2 yang aku tak kenal. Dari skolah pon aku tetap rasa sorang2 tu lagi fine dari chat dengan ntah saper2 yang muka dorang pun aku tak nampak. Aku prefer real friends. Recently jer la dalam facebook, tu pon tengok juga orangnya. Rasa2 aku tak berkenan, aku tak layan pon... tapi ada sorang ni la yang aku pernah jumpa. Rasanya ada entry pasal dia before nih. Meeting jer..bukan dating.. Haha..

Aku jenis yang jaga mana tempat aku pergi. Aku sentiasa pegang, kualiti kawan2 yang aku kenal @ yang aku baru nak kenal akan berkait rapat dengan tempat2 yang selalu dorang pegi & kunjungi. Mungkin kenyataan aku ni macam bias, tapi ini personal opinion aku. Aku akan jauhi tempat2 and perkara2 yang aku tak suka nak masukkan dalam life aku. Menyemak geng! Even g karaoke pun, tengok juga aku pegi dengan siapa & tempat karaoke tu dekat mana.

At the moment, most of time ber'hibur'aku time hari kerja. Pegi pun ngan geng2 ofis.. Hujung minggu kalau tak keluar ngan adik, aku keluar ngan kakak aku kat rumah ni.

Pada aku, ada orang yang kita baru kenal or jumpa sekali dua, dah terasa mesra & seolah2 ada connection dan ada pula yang kita dah bertahun2 kenal tapi still terasa kekok. Aku tak kisah sorang2 sebab kalau ada kawan, aku hanya mahu kawan2 yang berkualiti jer. Aku dah memang macam ni, nak buat macamana. Kalau orang yang baru kenal aku, mostly dorang ingat aku sangat friendly.. tapi sebenarnya aku sangat distance. Tapi aku kalah pada orang yang bagi aku space & tak berhenti2 approach aku... bila orang baik ngan aku, aku rasa macam lemah jer... ha ha ha.

Inchik tu kutuk2 Chelsea sebab kalah semalam... senior aku minat Chelsea.. sungguh2 inchik tu mengutuk dia. Pastu kata kat senior aku*Ko nak tukar club ke tanak?! Chelsea main hancur.. haa... tu lagi sorang, matahari ko tuh, sama juga minat Chelsea.. aikk! Tiba2 aku pun kena tempias nih. Aku nak kata minat sangat, tak ler... tapi aku amik taww la juga games dorang. Kalau baca paper, mesti tang keputusan liga tu yang aku belek dulu. Nak kata aku saja amik tahu sebab nak making conversation ngan guy, aku rasa aku tak pernah pula join mamat2 sembang pasal bola nih... aku tau saja dah cukop... aku minat la ni... kann? Ha ha ha

At the moment... tengok berita pasal Perak nih... ntah apa2 la dorang ni!


Tuesday 5 May 2009

30

Blogging dari lrt station, hari pun masih gelap dan mata pula masih mengantuk. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku tidur lagi tapi apa pilihan yang aku ada? Kalau bangun lewat, jam dah tunggu aku. Org pun makin ramai. Mahu tak mahu terpaksa pula aku keluarkan skill menghimpit nanti. Buat mereka yang kurang tahu, menghimpit adalah satu perbuatan yang tidak salah tapi sangat menjengkelkan.

At the moment aku tengah tunggu komuter pula. Things yang aku tak suka dengan komuter ni, jalan dah la slow, schedule pula selalu tak sharp. Aku sedar diri aku yang tak de kereta ni.

Tadi aku g melawat kedai gitar dekat mv.. dia ada offer lesson nak belajar main gitar. Oke juga, 4 or 5 classes per month @ 110 for beginner. Aku nyer problem main gitar ni bukan apa... sebab aku malas. Note susah jer aku tukar g note major.. pandaiii! Main keyboard pon samer... aku tak tahu pown note apa yang aku tekan... as long aku boleh nyanyi lagu tu... boleh la aku main lagu tu. Tapi yang paling aku suker buat ngan keyboard, set dia main piano & aku just change tempo & note2 dia to make it sound like i played it. Sometimes tu bukan guna fingerings, guna finger jek.. ha ha ha. kunun2 macam aku lah yang main sambil menyanyi... ha ha ha.. velly the terrer.. paling aku sooka sekali main lagu jewel sambil poyo poyo ah nyanyi... ha ha.

Tadi aku balik naik teksi gara2 komuter delay 30 minit. Aku dah kata komuter ni memang sengall! Aku tahan la satu teksi nih, tanya kalau g umah aku berapa hengget. Dia kata kena tambah 3 ringgit in addition to meter reading. Aku terus tutup pintu teksi. Hampeh! Hari tu aku terkena dah sekali, indian guy juga. Suka2 hati mak dorang jer! Pastu dia hon aku... bule la, tak yah tambah kata dia. Dia ingat aku ni gepren dia haper nak main pujuk2 ala2 Kuch Kuch Hotak Hei! Nasib aku oke jer.. dalam hati hangit gak la.

Aku call Dauz kol 7 lebey tadi... dia g KK sebab ada meeting & balik Rabu ni. Ibu plak balik KK khamis... yelok la tuh. Aku hampir2 gak nak dengki tapi aku pon balik gak 22 hb ni kannn. Dalam ramai2 kat opis nih, aku selesa ngan Daus nih selain ayah ngan adik... ibu jangan citer la... tanpa ibu manada anak dia... kann... ha ha ha. Ayah sebab dia dah khawin, pastu sebaya... dia matured yang kadang2 tak berapa nak matured. Dia dengan ibu memang satu kapal. Kalau dengan ayah & Dauz nih... aku tak kisah nak lepak ngan dorang samader ada keje, borak2 kosong or diam je.. bagi aku suasana tu tak kekok langsung. Kalau dekat tempat lama dulu tak yah cerita... memang smua ok.

Story pasal ni.. ari tu budak2 nih borak2 pasal jodoh ngan orang muda. Aku bagitau la... aku tak dapat terima la benda tuh. Dorang tak puas ati... apsel pulak aku tak setuju walhal Nabi Muhammad ngan Siti Khadijah ok jer... ha ha ha. Aku*1st aku bukan nabi, 2nd sebab aku takder adik lelaki. Aku suker sangat budak2 lelaki yang muda2 lagi nih.. kadang2 aku rasa dorang comel... benda bodoh pon terasa macam comel dan kadang2 memang bodoh la kann. Ha ha ha... Setiap kali tu aku rasa macam nak adik lelaki jer. Aku nak cari bf yang ramai adik lelaki lah... ha ha ha.

At the moment aku memang tak boleh terima benda tuh... tapi aku tak menolak takdir, siapa yang tahu aturan Tuhan. Sebab tu dalam hidup kena sederhana je... jangan terlalu suka atau terlalu benci. Paly duk kenen aku ngan adik... budak ini.. berbuih dah mulut aku pesan dekat dia supaya dia buat benda lain yang lebih berpekdah. Tapi manusia ni memang macam ni lah... bagi aku, biarkan saja.. anggap jer as hiburan telinga. Sekarang aku dah gain attitude baru... aku dah belajar tuk tak payah nak bother explain apa2 dekat orang. Keep them wondering if they want to make themself wonder.. none of my business.. wah! kasar nih.. hehe .. Aku? kasar? Mmm.. aku tak kasar... agresif ye! You chop me, I divide u into two... dare ah? ha ha ha

Layan lagu Aizat. Hello! Bila masa aku minat Aizat? suka hati aku lah.

Sunday 3 May 2009

Frust

28 and happy... yeay. Happy birthday girl.

28 is a great year... even though some of my plan did not come true, but it is okay. Even in the worst situation in this life, forever keep the thought about the ONE in your heart. Let yourself feel the love that he is offering and all the possibilities that might be opened when the path you took previously was closed drastically. Do not envy me because I am positive. Get your own aura babe!

I went out with my sister last night to Regular's Cafe, nearby our house. It was a cozy place and the food was not a disappointment either. Our wish to enjoy life band performance that night turned to a frustration. We were told by one of the waitress the place will be closing soon due to lack of response from customers. Poor thing!

For frustrations that need to be swayed, we started to take out all our phone and strike a pose. Yes! this is a proud statement about how many phone we have.. please save all your thoughts to yourself. Later at home, i successfully uploaded it as a special dedication to my other housemate on fb. She loved to take a photo of herself and posted it on fb. We used to laugh about it till it was our turn last night.

I spent my weekend at home studying about chillers on and on again. What the thing thing happened to my head! Pressure head that contain a loss due to friction. Who can understand this, please, don't raise you hand. I have problem to recall all the things i said and don't blame me for the number 28 i just got last night.

I cannot wait to go home this 22nd. I missed my 8135 very much. Owh! I hate to fly. Why Sabah is not accessible by road from here. It is 20 already... make it happen gov!




Friday 1 May 2009

Layan magi sambil tengok citer New Reservation tengah2 hari ni best pula... Sedapnyaaaa... dalam banyak2 makanan, magi ni salah satu dari top list aku. Ha ha ha... senang dimasak sedap dimakan. Tapi memang maggi ni memang sedap sebenarnya... terima kasih la kepada saper yang invent mee segera.. hehe..

Weather macam mendung2 jer dekat luar tu.. ingat nak keluar p melawat leng not chai kat kedai dvd tu... mesti dia dah rindu dekat aku sebab aku dah lama tak melawat kedai dia ;)

Aku kena diet dah sekarang ni... kalau tak, tak lama lagi aku sure bertukar menjadi agumon nih. Luckily ibu pun diet juga sekarang nih... so takder la makhluk perosak diet antara kitaorang sebab aku pon on diet (konon!) Bila badan dah naik ni... rasa macam tak fit tu yang tak sedap. Lepas raya jer aku dah naik almost 10kgs.. Patut aku bersedih.. tapi aku gumbira la la la la.. orang kata kalau kita tension kita akan makan banyak tapi aku makan banyak bukan sebab aku tension... ha ha. Rasa macam terlepas satu beban dari diri aku lepas aku buat keputusan tu. Rasa ringan & bebas... memang la ader rasa sedih kan, tapi perasaan tu cuma small portion jer.

Kol 8 malam dah ni... jap lagi nak tengok one in a million... At the moment tengah layan cerita My Girl.. lamanyer dah la tak tengok balik citer nih... ibu la ni hari tu kecoh2 nak tengokk citer2 korea yang dah lama aku tinggalkan. Tapi dalam ramai2 hero... Lee Dong Wook tatap mendapat tempat 1st dalam hati aku (soorie la abg The Rock).. hu hu hu. Ingat lagi member aku pernah cakap time first time citer ni kuar dekat tv.. member*Na.. mamat ni muka dia macam c KxpCxxx kan.. Aku*Eh! manada..(dalam hati.. betul2!) Ha ha ha

Sebut pasal ni, teringat 2006.. masa first time shutdown dekat SFI... the best year!

Tengok part yang Yoo Rin tanyer Gong Chan samada inchik tu suka dia atau x... aku paling suka part ni bila Gong Chan yang macam takder perasaan tu terkejut.. comel gila.. (mesti orang yang pernah aku tanya soalan ni terkejut macam tu gak.. ha ha ha) Other part yang aku suker time dorang buat kek... cumieeeeellll!!. Nasib la yang ni kisah kat citer jer... kalau in real life.. melepas dah inchik tu. Kalau kita terlepas someone yang sebenarnya sangat serasi dengan kita, mesti sedihkan. Tapi serasi ni ada banyak pengertian... hanya orang yang merasa je tahu. Kalau kes aku, aku tak menyesal dah la kot. Aku tahu apa yang aku buat tu betul... kenapa aku cakap macam ni, biarlah rahsia ;)

Tapi aku sangat tak setuju kita memilih atas dasar desperate sebab faktor2 seperti keadaan diri, usia etc.. Aku ada jumpa member yang macam ni. Kesian.. tapi dari positive side, mungkin bukan sebab desperate dia memilih, tapi sebab tuhan dah tentukan itulah masa dia bertemu orang yang tuhan tentukan untuk dia. Bagi aku, orang nak kata apa, biarkan sahaja sebab manusia sememangnya berfikir sekadar yang mereka mampu.. dan selalunya dipengaruhi nafsu.. Akal manusia dibatasi oleh limit-limit yang diciptanya sendiri dalam mindanya.. selalu mahukan apa yang dimahu sahaja... tapi hanya pencipta kita yang tahu apa yang terbaik buat kita.

Tapi kalau Dong Wook ni jadi boypren aku... aku tak mahu la kot... tak seswaii (yerrr... aku sedar diri) he he.

Thursday 30 April 2009

Sengal

Malasnyaaaa... tengah membaca buku ni sambil tengok American Idol... hari ni tak banyak aktiviti sangat... tadi g meeting ngan ibu dekat hq. Punya la bosan... mesti ibu nyesal ikut aku.. ha ha... ampun bu!

Kebetulan kitaorang memang nak pegi BEM.. before tu pegi tebalkan muka minta inginiur disiplin lain tulung sahkan sijil... before ni susahnya aku nak g cari ir2 ni... Time belajar dulu tak hirau sangat nak register ni... tapi kalau sekarang ni aku tak daftar... haa... malu kerajaan Malaysia hire orang cam aku.

Lepas dari BEM.. pegi meeting yang bosan tu... pastu melawat Sogo yang bosan juga tu. Yang paling aku suka dekat Sogo cuma uncle india yang jual muruku dekat bawah tu jer.. hu hu. Lega sangat rasanya hari ni.. BEM registration, laporan tahunan & claim p PD hari tu dah settle... tinggal borang tapisan keselamatan je la lagi.

Kat tv ni... aku macam berkenan plak tengok [Adam Lambert... tapi Jamie Foxx ni memang macam emsem la... kadang2 suker gak tengok orang yang kunun mcm emsem ni... tapi kadang yang over tu annoying plak. Pastu nampak Tomok plak.. bagi la Tomok menang... sengal aku tengok yang pompuan tu...

Wednesday 29 April 2009

Gadis what?

Semalam aku rasa letih yang amat sangat... Lepas maghrib aku terus tido... nasib aku tak tido pakai telekung... baknya hosmate aku bukak pintu... silap2 ada yang pengsan tengok aku putih jer... ha ha ha... Pastu isyak aku kol 5 pagi... aaa... jangan tiru! Ustaz tak penah ajar kat skolah ni tau.

Senin tu aku pakai sopan jer... ala2 innocent aku tu lah.. ngan baju kurung, tudung bawal yang tutup dada + spek pink kesayangan aku tu (sayangla sebab belum calar kannn)... budak2 kater aku ala2 awek soleha... ha ha ha... pooodahhh! Nak dijadikan jugakcerita, pasal TA aku... incik ni baya2 ayah aku ni... rindu ayah plak.. chet! Tengah2 aku menyuap meehoon... tiba2 dia dtg dekat aku kat food court tu & kater *can you maintain this type of dressing... aku*haaa (sambil poyo & tersipu2 -kunun)

Sebenarnya biasa je pon... sebab dorang ni tak biasa tengok aku dressing mcm ni je. Tadi ader taklimat dari mitsubishi... time beratur nak amik makanan... Fad kater kat ibu*aku ketuk ko karang, nanti ko bertambah pendek.. Aku*ko berani tak ketuk kepala aku Fad... Ibu*ah la Fad... ko berani tak ketuk kepala dia.. asyik aku je kena.. Daus*E*#3# pompuan suci... dia tak berani nak buat dekat perempuan2 suci ni... Aku*haaaaaaaaa? kunun aku ni ala2 gadis2 ayu la maksud dorang tu... pelizzzzz! Tak pernah la selama 28 tahun aku hidup ni aku dengar orang kata macam ni dekat aku... ha ha ha... Tapi mungkin aku dah tak macam dulu kot... da tuha... hehe... tapi rasanya aku memang macam ni aper. Aku memang baik ngan budak pompuan tapi ngan budak lelaki aku jahat... he he.

3 Mei ni aku akan disahkan memiliki usia 28 tahun... tua dah... aiyoookkk! kaciannn deh loh...

Monday 27 April 2009

Aku sooookaaaaaaa

Letih semalam masih terasa hari ni. Dari pagi aku dah kelam kabut nak settlekan report yang aku tak sedar rupa2nya nak kena submit hari ni. Meeting dekat hq pukul 9.30. Bos aku nampak aku kelam kabut siap gelakkan aku & pesan dekat member ni jangan kacau aku... chet!

Aku ajak ibu temankan aku. Dalam pukul 10 kitaorang turun le nak pegi tahan teksi konon. Baru jer nak melangkah kuar dari mv, Yati call bagitau meeting dah habis. Laaaa... buang masa dan tenaga jer la. Khamis ni nak kena submit yang final kononnya. Aku nak kata aku pemarah niee... tapi tak sampai hati aku nak marah pula. Diorang ni ingat orang teknikal ni banyak masa ke nak layan dorang. Panggil meeting jauh2... tapi bukan meeting. Sekadar nak submit benda tuh, elok panggil despatch jer (bak kata Yati)! Ni yang aku geghamm nih.

Dah tak jadi nak pegi.. aku dengan ibu tukar plan pula. Malas rasanya nak naik... kitaorang decide nak rest awal la.. so kol 12 nanti tak yah la kitaorang turun. Pegila makan dekat mcD.. pas tu pegi round2 dekat bawah kejap tengok cd.

Hari ni connection dekat ofis dah block fb, mb dan seangkatan dengannya.. hari tu aku dapt gak la menembusi api-dinding tapi hari ni dah block terus.. Yang aku bengang... even website yang ble tulung aku translate report pun dorang block. Block la... aku macam tak boleh guna digi data aku... ha ha.. full bar tu dekat opis. Even tak la selaju mana... boleh juga la kalau takat nak download lagu tu.

Sunday 26 April 2009

L.E.T.I.H

Penatnya... semalam aku dah sungguh2 berjalan dengan adik dan hosmate dia pegi Alamanda tengok citer Cop Mall.. oke juga la cerita tu... cerita lawak.

Dah nak balik tu... adik tanya, nak pegi Danau Kota tak... since hosmate dia tu tau jalan nak pegi... bole la pegi. Call kakak aku dekat umah...tanya kot2 dia nak ikut tak. Before pegi tu... singgah ambil dia dulu. Danau kota ni besar lagi la dari downtown... Dapat la long dress sehelai.. sesshii you! .. aku kan memang hantu dress. Balik tu ntah pukul berapa dah... singgah makan dekat gerai mamak dekat area umah sambil tengok bola. Aku dah mengantuk gila time tu. Dari pagi aku dah sungguh2 mop lantai... laundry day aku kan hari ni... aku basuh dengan tangan jer baju2 aku sebab dalam mesin tu kakak aku rendam baju.

Tadi tengah sedap2 aku tido, kakak aku panggil ajak g Midvalley pula. Adoiii... letihnya aku. Malam ni sure tido awal.

Saturday 25 April 2009

SKALA

Jam dah pukul berapa ni tapi mata tanak juga tutup. Takpela... besok pun tak kerja. Luckily bilik aku sangat gelap... matahari tak masuk langsung. Pukul 12 tengahari pun still rasa macam kol 12 malam tu... Oh! Sungguh gumbira.

Lepak2 dekat ruang tamu ni sorang sambil layan website SKALA... owhh... aku dihantui SKALA. Punyalah teruk aku cuma dapat marah 3/15 jer time first quiz. Apala bijak sangat aku nih... hu hu. Final quiz dapat 10/15... oke la. Masih kategori be***** la juga pon. Sampai ke malam pon aku menghantukan diri aku pasal hal opis. Aku patut keje malam gak macam member aku sorang tu. Sejuk lagi tenang... konpem mengantuk la yang aku tahu. Tau je la aku ni jenis yang pantang nampak langit gelap jer... sibuk la fikir tang tido... apala nak jadik.

Layan kuliah agama dekat TV 1 rasa macam insaf plak.. hu hu. Bicara mufti nih.. jangan main2. Alamak... baru nak insaf... dah habis pulak dah. Aku tak tahu nak buat apa dah ni. Patut tadi aku confirm je dekat adik time dia ajak g downtown.

Besok adik ajak g Alamanda... tengok wayang. G tempat lain sure sesak gila time hujung minggu ni. Rasa-rasa aku la... macam tak jadi juga ni kalau gini gayanya. Keje aku nak buat translation laporan tahunan pon tak siap lagi. Aku dah la buat version BM... ni nak translate g BI lagi... PTD ni memang sengal. Aku suh bos aku check... dia awal2 dah pening. Adoiii...

Aku nak bawa keta datang sini... korek2 dari my mom... kalau aku nak bawa keta datang...my dad kata nak sponsor. Itu suda bagus! Dalam keadaan aku yang haru biru macam ni nih... cukup-cukup makan je lah. Tapi sebenarnya elok kerja dengan swasta dulu before masuk government bagi aku... benefits? masuk gomen pas dah keje swasta beberapa tahun kay!

Keja macam aku ni kena hati-hati. We are exposed to so many things yang bahaya.. sebab 2 dapat elaun kritikal kot.. hu hu. Itu belum terms kawan2 & orang2 yang nak rapat sebab ingat kita boleh bagi dia projek. Tang ni yang aku malas. Parasite! Dulu time dekat tempat lama... ada juga la yang approach aku konon2 aku boleh la tolong.. sorry geng... salah orang.

Da dekat pukul 3 setengah ni... kalau macam ni gaya... confirm la aku tak bangun nak tengok cerita fevret aku kol 9 pagi. Telinga pun rasa macam pekak semacam ni... apa pasal pula. Ni mesti gara2 badan nak minta bawak g tidur ni.... g tido lah.

Friday 24 April 2009

My course is continued again today. Thank god our lecturer ni in rushed to finish the syllabus.. kalau tak mau aku kecik hati. Tadi aku pegi Sogo dengan sorang member... hari mari membuli member lelaki.. ha ha ha. Nasib la member ni sporting teman aku pilih baju kurung even dia non-muslim..

Aku sampai rumah dalam jam 5... terasa letih tapi macam nak pegi tengok wayang nih. Sms adik... adik ader program pula malam nih. Dia balik keje, sms aku ajak makan dekat depan... Nasiblah beberapa langkah jer da sampai. Adik tak cam aku sebab aku pakai tudung biasa ngan spek pink aku tu... hua hua. Hari tu adik tak der... so dia tak pernah nampak langsung la aku pakai macam ni. Tapi hari ni aku improve sket la ngan jubah sesshi... he he he.. Ibu kalau nampak mesti kutuk aku...

Speaking about ibu, dia pun ada kursus juga dekat Cheras. Dia call time lunch. Dari suara dia yang ala2 tak bermaya tu, membuatkan aku seolah2 terasa akan bosannya dia. Aku apa lagi... bagi api2 dengki la sebab aku dekat Sogo time tu.. padahal aku bukannya suka sangat dengan Sogo pun. Sesak sangat... esp time offer.. Takpelah... aku bayar lebih sikit pun tak pe dari bersesak2 dan berserabut. Lebih banyak... tak payah beli langsung la jawabnya.

Thursday 23 April 2009

Mood

Mood aku dah beransur elok. Semalam aku rasa sangat2 lah takder mood. Adik kata dekat aku... jum g tengok wayang la... owahhh... tak de mood. Aku ajak dia pegi Melaka hujung minggu... banyak pula soal budak ni macam polis. Malam tu dia ajak aku g makan sebab dia tahu aku jiwa kacau. Aku sungguh la takde mood.. Pukul 8 lebih aku dah tidor.

Hari ni aku ada kursus dekat hq. Nak kata bosan, seronok juga... nak kata seronok... bosan pula.

Laparnya aku tengahari tadi... kursus tu punyalah pack. Lepas tu yang kelakar... sebab aku tiga orang... then time nak kena tukar2 data antara tiga orang ni yang confusing sikit. Kalau dua orang je tak de hal. Tadi group aku 3 orang... aku sorang pompuan. Balik2 ada problem sebab kitaorang bertiga dah bengong & confuse sapa buat kerja sapa. Data tu kena pass2 among us... tu yang pening tu. Yang sorang tu sebaya aku... punya la comel, comel gila... kecik je.. muka pula muka yang suci jek.. ahahah... Advantage orang kecik ni nampak muda jer kan.. tapi kalau comel la... kalau tak comel, tak de maknanya..

Besok ada kursus lagi... huaaaarrrghh...

Tuesday 21 April 2009

Pantun 4 kerat vs cili padi

Hari ni food journey aku, ibu dan ayah bersambung. Kalau semalam dekat Tony Romas... hari ni pula dekat Italianese... Mmm.. Selain Chilis... Italianese ni pon aku tak berapa berkenan. Aku rasa better lagi Chillis kot... As for Tony Romas... yang ni recommended.

Order pasta... as usual la aku memang suka fetucinni type... spaghetti second choice while macaroni aku tak berapa minat sangat... then gravy of course la bolognese. Aku terasa hampa jugala dengan taste dia... aku rasa sedap lagi dekat pizza hut... pizza hut ni yang aku sengal sometimes taste dia pandai berubah. Tapi kalau aku terkenang Little Italy... memang kecur la air liur aku. Kenapalah dorang buka dekat kk jer... buka la dekat KL... pls! pls! pls!

Aku keluar ofis sharp jam 4.30. Turun beberapa tingkat... ada lah dalam 6 or 7 orang masuk... semuanya lelaki & aku sorang la pompuan dalam tu. Dalam ramai2... ada sorang inchik ni.. memang aku kenal la & since dia pun orang atasan juga.. Tiba2 inchik tu kata... korang nak request lagu Matahari... aku ada penyanyi ni datang dari Sabah sambil gelak2. Oooo.. kata aku tu! Memang dia nak kata dekat aku tapi buat2 bodo mcm aku takder dalam tu & tak langsung pandang dekat aku ni. Pastu siap perli sambil berpesan lain kali kalau nak buat jahat, jangan buat jahat sekali ngan bos sbb nanti semua orang tahu... tu tak pe lagi, kalau keluar pantun perli macam dekat lift ni kan naya... sambil gelak2... Dalam lift tu ada pantun menyindir orang2 yang tak pegi semayang jumaat... ha ha ha. Aku patut publish pantun tu...

Masak lemak cili padi...
Siapa tak makan terasa rugi...
Bas untuk pergi sembahyang jumaat dah disediakan...
Nak apa lagi..

Lebih kurang la... ha ha ha

Chet! Bila da nak dekat sampai destinasi dorang... inchik tu*Eh! awak* Konon buat2 baru perasan aku... Aku*sabar jer la (dalam hati jer tapi)*

Monday 20 April 2009

THE CLIMB

Hari ini hari yang paling sunyi dalam hati aku. Disebalik tawa dan keriangan yang terpancar dari wajah, aku merasakan satu ruang isolasi terbina dalam hati. Aku sebenarnya kurang mengerti apa yang berlaku di dalam ruangan itu, namun kesunyian itu membuatkan aku berasa selesa.

Memikirkan tentang aku dan kehidupan, terasa kerdilnya diri ini di sisi penciptaku. Segala apa yang pernah aku bayangkan seolah-oleh terbuka jalan menuju kearahnya satu demi satu setelah aku kehilangan sesuatu yang sungguh aku mahukan dalam hidup ini. Dan memang lumrahku sebagai insan biasa, aku hanya mengingini segala yang aku inginkan, tetapi aku lupa penciptaku lebih tahu apa yang terbaik buat aku.

Aku belajar untuk menimbang dan menerima...Aku juga mula memahami tangisan itu seolah-olah air yang menyucikan hati... Aku menyedari bahawa kesunyian itu hanya satu ilusi.... Dan keriuhan itu bermakna sunyi...
******* ******* ******** ******** *********
I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Somebody's you're going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

THE CLIMB - Miley Cyrus


Saturday 18 April 2009

Satur Day

Saturday datang lagi... tapi kali ni datang dengan mood malas. Even so... hari ni masih hari laundry sedunia. Kakak aku sorang da balik kampung semalam while lagi sorang pegi PD. Yang tinggal of course la aku sorang.

Malasnya nak keluar. Weather pula macam seswai jer untuk tidur. Layan movie lagi best. Leng not chai dekat kedai tu dvd tu pun da kenal aku dah... aku kan memang pandai berkawan baik ngan orang2 dekat kedai... ha ha ha. Undiscovered talent..

Sejak dua tiga menjak ni... rindu aku pada kereta macam membuak2 jer. Aku macam nak g beli kereta baru jer gara2 da tak sanggup nak naik komuter & lrt. Nak arrange keta aku datang... mau2 sebulan dua kot... nak urus tu pun lepas juga duit deposit kereta baru. Tapi aku sayang kereta tu... esp tang plat dia. Boleh nak tukar... tapi nak urus tu aku malas.. bayar bill pun aku pakai online... atm pun aku benci nak pegi..

Friday 17 April 2009

Paly dan E71

Hari ni hari aku kemas ofis... bos aku dari hari tu duk hint2 suh aku ngan ibu tengok2 kan opis yang bersepah ni... keje aku nak translate report tu sah2 tak siap lagi... tapi aku saja nak buat bodo. dari pagi aku rasa macam tak selera.. padanla... hujung bulan upernya.

Tadi aku dapat komputer... komputer tu komputer projek ayah tapi meja ayah memang dah ada komputer kann... so aku amik la.

Tadi aku lepak2 dengan Dauz dekat meja aku. Dia kata dia nak beli hanpon nokia yang E71 tu. Aku bukak lah lelong nak tengok gambar hanpon tu sambil survey harga... Mentang2 wide screen... besar la gambar hanpon tu kann.. Lama gak sembang2... Paly join kitaorang. Tiba2 budak ini tekan2 screen komputer aku konon2 dia tekan keypad handpon tu... aku tau la gambar dia besar... tapi yang aku muskeel... aku ngan Dauz siket punya lama tengok gambar tu tak pernah terfikir nak tekan2 macam yang dia buat... punya la kitaorang gelak sampai nak sakit perut bila aku persoalkan benda tu & Dauz respond dengan kata Paly spastik... ha ha ha ha ha.... Paly pun gelak... budak ini memang sangat kelakar... Time aku tulis entry ni pun aku masih boleh tergelak..

Dia story... bos suh dia buat perangai gila dekat opis baru nanti sepaya dorang nyesal hire dia, & pulangkan dia balik dekat cawangan kitaorang. Bos aku ni pun kadang2 lawak. Dauz plak suggest kat Paly *Time kat tempat baru nanti, ko slalu la main air macam orang sewel supaya tercapai hasrat ko nak bagi orang2 dekat ofis baru ingat, memang ada wayar putus dalam kepala ko*... ha ha ha.

Paly ni dah minta tangguh la nak daftar dekat opis baru dia. Yang kelakar... dia da awal2 usha awek2 dekat sana... dia kata kat sana raaamaaii awek... Awek yang dia dok usha dekat sini kata dia sekadar ranking No 20 jer kalau dekat sana... Suka ko lah dik! Tadi adik tanya dia... ko kan nak pegi dah... nanti ko tak rindu ker awek yang dekat sini...sambil gelak2.. tiba2 ayah sound aku... oi! dorang kata dekat ko la tuh! Laaa... apsal aku lembab sangat... dorang siap gelakkan aku... ha ha. Mentang2 lah aku ngan ibu jer dua orang pompuan dekat unit kitaorang kannn... Kalau time dekat Labuan dulu...aku selalu sound koncho2 aku... kamurang ni kalau tiang lampu pakai skirt pun kamurang mengorat.... sengih2 la koncho2 aku yang terdiri dari pokcik2 sampai la ke adik2..

Dauz macam 'terkesima' bila dengar aku panggil adik, ADIK.. boleh dia gelak. Aku kata memang la dia adik... muda 5 lima tahun dari aku tu...4 tahun dari Dauz laa. Aku story dekat Dauz... aku nak kenalkan adik ni dengan awek dari Labuan semalam tapi adik pula jual mahal. Dauz*dia nak kat ko tu* Aku*budak2 tu* Dauz*Budak sangat ea (sambil gelak2)*

Adik aku ni sakit kebelakangan ni. Duk kenyit2 mata dekat aku...itu aku tak heran lagi, biasa dah... tang kat orang yang aku tak kenal dia bagi tau aku kekasih dia tu yang aku sengal... Hampeh budak ini... jatuh saham aku. Nasib la aku ni jenis yang memang tak amik hati. Adik aku ni memang macam ni.. dah la mengorat awek time aku ada. Tunggu lah aku blah... mesti awek2 tu tak respond sebab nampak aku.. apa la budak ini.

Dauz tanya aku... siapa yang ko gelar ayah ni? Tu lah Dauz... ko tak tahu dekat ofis ni aku ada ibu, ayah, abang & adik2 lelaki yang ramai termasuk lah ko... satu family complete. Dia gelak je. Aku kata kat ayah... tanak la panggil ayah nama panggilan biasa dia eddie... aku kata nak panggil dia dengan nama belakang dia... hisyam... awww... adik aku gelak jer. Hari tu aku kenakan kakak aku kat umah ni... aku saja2 panggil dia kak ida instead of nama ayu dia tu... bengang jer dia... ha ha. Ampun yah! Ampun kak!

Aku panggil orang ikut suka aku kannn.. tapi orang pun panggil aku ikut suka dorang juga. Ni haa senior aku duk panggil aku matahari sebab aku nyanyi lagu matahari time karuke tu hari. Nasib aku tak buka story aku yang panjang berjela tentang betapa minatnya aku pada bunga matahari... bukan pada lagu matahari tu. Hari tu dorang duk panggil cikgu Agnes... tapi Paly la yang aku tak tahan bila panggil ibu si pendek... suka2 dia jer budak ini... ibu plak kalau balas gelar dia si botak. Seswaiii! Bila dia kutuk2 ibu rendah... ibu kata kat dia*aku doa2 ko dapat awek nanti lagi pendek dari aku* Ha ha ha ha... makbul tu doa seorang ibu.. Fad jer tak tahu ni kot!

Sunyi ibu tak der... tadi senior aku ajak g makan dekat redbox... ulangan... makan oke... bukan nyanyi.. mmm... ibu takder ni... tanak la aku pegi sorang. Isnin ni ada audit... baru la masing2 sibuk2 nak tengok fail2 projek. Tadi aku sign petisyen yang mengatakan aku setuju ofis ni berpindah. Kata dorang nak tanak next year memang kena pindah juga. Aku follow jer majoriti unit aku... kang aku sensorang2... kecik ati aku :D

Thursday 16 April 2009

Cerita Dauz dan telur

Semalam aku temankan budak ofis lama tidor dekat mv. Petang tu dia call aku... aku khusyuk sangat bertenet sampai tak perasan. Pastu aku call la dia balik... dia bagitau dia da sesat. Astaga budak ini. Dia kata dia da sampai dekat secret recepi... dekat coffee bean... dia kata dia da penat pusing2 dengan buku dia tapi tak jumpa jalan nak pegi hotel. Waduh! Padahal sebelah tu jer sebenar benarnya... Aku suh dia tunggu je dekat ctu kalau tak jumpa juga jalannya... Dalam 10 minutes aku call dia dia balik... nasib dia da jumpa la jalan yang hilang tu. He he...

Malam tu sungguh2 la dia pegi bershopping. Aku duk kutuk dia... kalau tak since the day before dia dah boleh shoppping..da takut punya hal. Aku tak salahkan dia kalau dia sesat..for those yang tak biasa... confirm boleh sesat la dalam ni. Esp tang dekat level bawah... aku nak kata kat aku ni sebenarnya. Member tu shopping sampai kedai dah turun pintu separuh... nak buat macamana... kalau ada kedai buka 24 jam dekat dalam mv ni takpe la juga. dekat jam 10 lebih.. kitaorang pegi makan dekat McD.

Sampai bilik hotel da dekat jam 11. Bau kupi yang crime partner aku kirim sungguh menusuk kalbu. Thanks laling.. Kupi tu memang kupi favorite kitaorang. Dulu duduk sebla2 meja... makan & minum, semuanya berjemaah. Hari2 sembang tak habis... sampai sekarang masih gak nak sembang tiap2 hari even dalam YM jer.. Ha ha ha... Nasib pes laksa Sarawak yang bos aku susah2 nak cari tu tak keluar bau... itu lagi menusuk... mau aku p cari dapur tuk merealisasikan impian aku berlaksa sarawak. Thanks Kak Suzy... marvelos!

Dalam pukul 7 lebih aku check out dari hotel.. sampai2 jer dekat little Penang... aku ble terjatuh dengan beg berat aku. Pulak tu aku jatuh siap dengan spesel pose... jatuh terlutut...tapi sebla lutut jer...sebla kaki lurus jer kedepan ala2 orang menari pun ada... aku toleh belakang..owh! nasib tiada orang... malu tu! apa la orang dekat restoran tu... even kelam kabut nak tutup restoran pun semalam... mop la lantai tu dulu. Kan aku dah tergelincir! Dorang patut tahu aku pakai kasut 3 inci... memang tak sakit kalau jalan berbatu2 pun.. tak juga sakit sangat masa aku jatuh tu... yang amat sakit adalah malu! M.A.L.U kalau orang nampak... ha ha ha... depan ofis aku tu.

Aku sampai ofis dalam pukul 7.22... punch kad.. tunggu nak ajak sepa pula temankan aku breakfast dekat hotel. Free kan... rugi tu tolak.. Since ibu takder... option aku semua inchik la... nak bujang ada... da kawen ada... pilih jer... he he he. TA masuk... mmm... inchik ni tara2 ayah aku... tak bule la... Dauz plak masuk... lalu tepi meja aku ala2 macam nak singgah... aku pun buka la mulut..*Jom* Dauz*Mana* aku tunjuk kad hotel... *bekfast dekat sini* Dauz*jom! tapi aku belum setup rambut* Tiap pagi jer dia mesti setup rambut dekat ofis... kata naik motor kan.. ha ha.

Aku turun la dengan Dauz... sampai2 aku terus g cari seat while Dauz g survey food.Aku bangun, balik g seat, makan dua tiga suap...baru aku perasan.. mana Dauz ni tak tiba2 lagi g meja. Aku toleh2...nampak dia dekat section atas. Aku ingat dia nak g amik apa ker... tiba2 nampak dia duduk plak... then nampak dia makan... aikk! Aku call dia. Aku*Aitt..knapa ko kat situ* Dauz*Eh! mamat tu tunjuk dekat sini la* Aku*manader... dia tunjuk dekat sini laa... Dauz*Taaak! dekat sinilah* Aku*Aaaaa... yelah... aku g sana la* chet!

Da naik ofis... Dauz kira berapa bijik telur da dia makan... kira punya kira... haaa! 3 buiji stengah... ha ha ha. Aku*Eh! ko ni nak bina badan ker Dauz* Dauz*ha ha ha*

Tengahari kitaorang dua2 tak lalu nak makan sebab pagi dah makan banyak.Turun juga pegi food court dekat bawah tu... makan cucur udang jer. Dauz*Jom (sambil tunjuk isyarat stereng keta* Aku*mmmmm*... Dalam jam 1.30 kitaorang kuar la dari situ... Dauz*masih sempat lagi nih* Aku*yelaaaaaa*

Pegila race dekat atas.. aku kalah 2 game. Main advance memang sah lah aku kalah sebab aku reti bawa auto jer. Sampai main game pun aku still tak reti2 bawak manual... ha ha ha... Aku memang sengall!

Aku upload gambar makanan time aku ngan ibu g redbox. Lupa nak mention ader bubur kacang...ada sup labu kots (oren).. ader pudings2... ader salad2... ader maaaasaaamm2... ha ha ha...


Wednesday 15 April 2009

Tera dan hari ini

Pagi tadi time aku turun kerja, hujan agak lebat juga. Since semalam aku tak dapat nak temankan budak ofis lama aku tidur dekat hotel... pagi ni aku janji la nak breakfast dengan dia. Alkisahnya semalam dia sms aku dekat2 jam tujuh. Biasanya aku "wujud"lagi time2 gitu. Tapi semalam aku makan banyak sangat. Starting from 3 jenis kek, salad2 sotong, udang & ketam, lemon chicken...fries... dll.. aku rasa mata aku berat. Pula tu dah nyanyi lebih dari 10 lagu. Ha ha.. Sedar2 je dah pukul 9. Kalau hitung2 aku nak mandi & bersiap2... 45 minit pun ada... belum masuk nak sampai dekat mv. Kesian juga dekat dia... nasib la reti juga pegi turun & cari secret recepi.

Pagi tadi... 7.53 aku tunggu dia dekat lobi hotel... dah dekat 8.20 tak turun2 juga..last2 aku cabut, kebetulan aku ada meeting dekat hq..aku menapak la pegi komuter station. Aku rasa tak ramai orang yang sanggup menapak macam aku ni walhal kereta ofis ada. Ala...setakat 1 ringgit jer... nak berkira sangat..kann! bak kata member aku.. takkan penolong pengarah nak menapak... ha ha... aku mana kesah benda2 tu. Janji kerja aku jalan & orang tak pijak kepala aku, sudah. Lebih2 kang aku s***k kang.. (Baca dengan ganazz! aummm)

Sampai2 jer... laaaa... meeting tak der. Sungguh2 diorang tulis dekat surat dari 9.30 till 4.30. Ooo.. rupanya encik yang perasan datuk K tu ada operation. Last2 kitaorang sembang ramai2. Da kenal konon.. da macam geng baik tu. Tadi sorang member ni sungguh2 ajak g berjalan dekat Sogo...katanya tak pernah pegi. Aku on je. Inchik ni keje satu ofis dengan aku, tapi cawangan lain la.. sebelum ni memang tak pernah berlaga bahu pun even keje tempat yang sama.

Tumpang one of this inchik pegi sogo... cucuk2 Yati suruh ikut sama.. hehe.. Pegi la round2 Sogo bertiga..pastu g makan dekat atas.. Sembang sikit punya lama... tak sedar da 2 jam lebih kot dekat Sogo. Baru terhegeh2 nak balik. Inchik ni nak khawin lagi beberapa minggu... macam2 la story.. aku memang cukup suka kalau kawan yang ala2 kawan lama ni... @ sebenarnya aku jer yang anggap semua orang yang baru aku kenal macam kawan lama... ha ha ha. Yati punya ofis dekat je denga Sogo..so aku balik berdua la dengan inchik tu.. kalau bos jumpa ni sure query.. ni g dating ker g meeting... orang pegi meeting naik keta kompeni..kitaorang pula naik komuter.

Ada sorang ni memang sangat peramah..orang utara la katakan. Semua dia macam tahu jer..Yati suh la aku tanya berapa lama dah dia ni keje. Aku suh la Yati tanya sendiri.. Yati tanak.. so aku katala dekat inchik tu.. Aku *Ijan.. Yati nak tanya soklan*.. Ijan * soklan apa*.. Yati *Soklan cepu emas*.. pastu Yati bisik kat aku.. *tanyalah dia da ada awek belumm*.. ha ha ha ha ha.

Dia ni sebaya Yati.. muda la dari aku.. muka dia aku teringat pemain badminton yang nama apa ntah tu.. comel juga.. tapi gamat la kalau dia ada. Ijan *soklan apa yang cepu emas?* sambil ulang banyak2 kali. Aku cerita la tadi aku jumpa dia dengan awek dekat kantin.. so aku tanak la tegur kot2 makan penampar ke..Yati*oooooo.. tu la soalan kitaorang*. Sungguh2 la dia explain.. tu bukan awek dia. Aku ngan Yati *oooooo*... ha ha. Itu belum tang Yati nak kenenkan inchik tu dengan aku.. Aku*muda la..tak rela* Yati*Zaman sekarang tak kesah* Aku*aku kesah!* Yati*ha ha ha*

Hari ni baru aku ada kesempatan nak upload lukisan Tera... ha ha ha.. Kejam nye Tera buli aku melukis gambar2 pelik2 nih.. Aku boleh layan dia buat ABC.. 123.. aku memang patut buka nursery ni rasanya. Tapi memang one of aku punya cita2 tu.. tah bila nak tercapai. Rumah anak2 yatim pun aku belum jumpa ni... padahal ada da nampak dalam google map dekat2 area rumah.

Tuesday 14 April 2009

Kotak merah lagi

Semalam aku keluar minum dengan adik lelaki aku. Dekat mana lagi kalau bukan dekat favorite spot dia.. Time aku keluar dari rumah tu... hujan la..sejuk amat sampai menggigil aku. Member adik yang come tu pun ada,cuma dia datang lewat sikit. Lama da tak jumpa budak ini. Kalaula aku ada adik lelaki macam ni... eeee... comeynyer dimple dia..

Dalam pukul 11 aku sampai rumah...lepak dengan hosmate layan cerita P Ramlee plak. Aku tak berapa minat tengok cerita dulu2 ni...tapi kakak2 yang dua orang kat rumah aku ni mmg minat la... aku rasa aku dah tido pun kakak ku sorang tu still layan lagi tengok cerita tu.

Adik cerita dekat aku... Paly kena transfer pegi Bomba after 16 ni... laaa... bila pula mamat ni dapat berita dia kena transfer.. alaaa.. sedih la lepas ni dah tak der pak lawak.

Time lunch aku g redbox ngan ibu. Pegi berdua je..gara2 nak makan punya pasal. Best! Nyanyi smua lagu bodo2 nih. Yang best hari ni kitaorg dapat baaanyak kek.. Biasa memang tak sempat..da habis.

Monday 13 April 2009

SAYANG AUNTIE

Semalam budak comel tu datang lagi.. Nama dia Tera... Sibuk nak ikut mak ngah dia sebab nak mandi dekat swimming pool. Then merajuk2 sebab hujan dia tak dapat pegi mandi... he he. Pastu dia mandi juga...tapi mandi dekat shower room sambil lompat2 berangan dia mandi swimming pool. Aku masak magi... dia ble tambah tiga kali tu.. aku rasa mau sebungkus juga. Takpe... mak ngah dia bagi makan magi... skali skala... tapi tang sebungkus tu yang aku suspen. Selera betul dia... Badan keding jer.

Pastu aku layan dia tengok Shrek. Aku rasa since semalam, ni kali ke 4 atau 5 aku ulang tengok benda ni. Demand tu nak tengok dalam bilik aku. Tau la kat bilik tv 32"+ atas tilam... kat luar ader karpet jer. Aku layan la dia main cikgu2... borak2.. main geletek2... tiba2 dia peluk aku & kater SAYANG AUNTIE! Aku plak yang terpaku. Time tu aku rasa macam nak anak plak.. he he he.

Tadi aku bangun awal. Da siap2 semua.. aku tutup la lampu bilik, bawa semua barang aku keluar & tutup pintu. Oh! baru aku perasan yang handphone aku yang ada kunci tu tertinggal dalam bilik. Subuh2 lagi aku dah waste masa aku tuk try buka pintu. Ini da second time da nih! eeeeee...gerammmm! pula tu aku tak berjaya... bertambah la geramnya aku pada diri ku ini.

Aku sampai lewat 13 minit pagi ni. Nasiblah... aku tanya Dauz boleh tak dia tolong buka almari besi aku yang terkunci .. pastu ayah... dia tarik sekali ja dah terbuka. Bahaya giller.. senang jek nak bukak. Takut juga sebab aku selalu simpan barang2 espesel dalam tu. Tapi floor aku ni orang tak ramai sangat. Cleaner2  pon balik awal..just takut je la..

Tadi tengahari kitaorang lunch dekat RedBox.. Satu geng sudah mari serang RedBox. Ayah, Dauz, Paly, adik, ibu ngan aku. ZA cuti. Ni hari merdeka bagi kitaorang sebab bos takder, senior takder... so kitaorang semua keluar tanduk. Turun je yang awal tadi... masuk balik jam 2 juga. Nak buat nakal konon tapi skema!

Petang aku balik naik teksi..dah jiwa kacau gara2 bilik terkunci. Dekat sejam lebih gak aku cuba..sampai hampir nak give up dah..last2 terbuka juga. Tapi yang luka2 jari jemari aku nih.

Sunday 12 April 2009

Babysitting

It is Sunday night and i am stuck babysitting a little girl.. But i looove it. She is 6 dan budak ini sangat comel lagi sangat manja. This is her first time meeting me tapi dia boleh selamba jer baring on my lap nih sambil tengok dvd. Bestnya jadi budak kecil... They don't have to worry about anything.Tapi kalaulah aku diberi peluang untuk jadi budak kecik, aku pilih umur aku sekarang. It takes like forever to grow up man!

I might not have my own family yet,like most of my friend about my age and nothing to be so damn pround of about my accomplishment in life too but i am happy with my life and i am full of positive energy. A friend of mine once told me that i must get married soon so that i can own my happiness. Personally, i think this people has narrow perspective on the true definition of happiness. Some even questioned my decision quitting the engagement.

For me, how we define the meaning of happiness depends on oneself. One should bear in mind a smile hides a thousand secrets that cannot be seen with bare eyes.

Huhu.. Layan my laling the Rock ni sampa tak perasan da lewat sangat da ni.. Daa

*Continue* - i received this sms..

*kak jangan marah ya. Saya tidak ingat d mana saya letak tu kamera. Lama udah saya tidak kacau tu camera. Time saya bertanding nasyid saya ada bawa kamera*

Alahai.. Nda sampai hati mo cakap apa2.. Budak ini... Ha ha.. Nasib bukan dslr aku tu yg dia tercicir.. Waaaaaa.. Rindu kamera...

Saturday 11 April 2009

Me Saturday

I woke up quite early this morning because I didn't want to miss my favorite show. I turned the tv on and enjoying the watching from my bed. I felt so lazy to even lift my butt off this bed to visit the toilet. I was about to leave my room when i realized there was an envelope under my door. Oh! I remembered yesterday my house mate asked me to pay a bill at management office.

Saturday is laundry day, as usual. I cleaned the house and prepared nasi lemak. There must be something wrong somewhere about me at these past few days.. Ha ha. I am not telling.. And.. I cut my hair too.. I was thinking about going to saloon but i hate the idea of letting people touching my hair. I loved it when people touched my head, but no my hair *confused*

I went to mph after lunch yesterday and ended up buying four books. Worst than going to Red Box in terms of budget control ;)

I would like to honor my appreciation to opera mini. It let my W760 take over my browsing activities, ym, email, facebook etc from my laptop. Since it is similar to browsing via Mozilla.. all i have to carry is a phone, everywhere. But do beware of lubang jamban!

Friday 10 April 2009

Kawan lama

Rindunya aku dekat mamat nih!!!

Tadi time aku nak clear list ym.. Tiba2 dia online.. Berkurun dah aku tak pernah 'terserempak' dengan dia dlm ym nih..tiba2 muncul. Aku kenal dia ni time zaman U..geng rapat tu.

Tadi bos lama tanya aku.. Ko nak tak temankan budak aku tidur dekat hotel..taula org pompuan ni suka bab takut2 ni termasuklah aku.. Ha ha... Dan aku juga memang suka tang temankan org ni asalkan breakfast aku free. 3 hari la aku betapa dekat midvalley next week..yeay!

Aku sangat mengantuk... Daaa..

Thursday 9 April 2009

Cuti cuti

Semalam aku tercekik kulit udang! Ha ha ha.. Semua ni gara-gara kelam kabut nak balik la ni. Time kitaorang nak balik baru nak buat menu udang, sebelum ni balik-balik ayam... One of the main reason aku nak balik is because of the food.. sikit-sikit makan.. sengal aku. Aku tau la takde siapa paksa aku makan..ha ha ha.

Dalam jam 12.30 kitaorang bertolak ke Seremban. Yati nak melawat cousin dia dekat Hospital Tunku Jaafar. Aku sampai KL dalam jam 3 lebih. Aku minta Yati campak aku dekat LRT station jer, senang... Lagipun barang aku tak banyak. Aku kalau nak travel by kenderaan selain kereta aku sendiri, aku takder problem tapi kalau travel bawa kereta sendiri, mulalah aku nak bawa barang satu rumah..

Hari ni aku tak kerja..nak kata gembira sangat, hati aku berada dekat ofis. Bukanlah ada jejaka emsem yang boleh aku tengok pun dekat ofis,memang tak ada langsung.. he he he.. tapi selain duduk rumah...ofis pun aku suka duduk juga. Senang aku ni, semua aku suka..ha ha. Aku ingat nak ajak ibu lunch & terus masuk ofis tengahari, tau ibu jawab apa? Dia kata, tak payah la ko pegi ofis..rajin bebenor.. Duduk jelah dekat rumah tu diam2! Chet!

Aku bukan apa..aku punya report ni nak tunjuk dekat bos.. kot2 pengarah nak kutuk aku lagi pasal gambar..at least ada masa nak pegi ambil gambar baru. Dulu pun masa dekat Labuan, mind aku dah memang kena set. Isnin sampai Jemaat tempat aku hanya dekat ofis, sabtu half day sampai ahad... mesti duduk rumah. Kalau aku kena ot, terpaksala aku pura2 gembira..huhu. Kalau aku amik cuti pun, jiwa aku tetap gelora nak fikir pasal ofis walaupun kerja aku taklah banyak mana pun. Kadang2 kalau aku call koncho2 time dorang tahu aku cuti, diorang siap suruh aku pergi bercuti sungguh2. Memang manusia ni problem kan.. time kerja nak cuti tapi time cuti nak kerja. Mental!

Aku melawat ke Berjaya Times Square petang tadi... end up bukan pegi cuci mata tapi pegi digi centre. Aku pun tak paham la dengan diri sendiri. Balik aku singgah beli belah nak memasak laksa Sarawak yang taklah nak Sarawak sangat. Dah crime partner aku susah2 pos dari Labuan.. Thank u laling...

Jenuhnya aku nak cari Kerang dalam tin... org dekat sini ni tak makan yang dalam tin kot. Sampai2 rumah, aku singgah dekat kedai kat umah aku sebab aku terlupa nak beli bihun. Ada ke patut aku boleh lupa bihun. Sungguh la tak faham kenapa aku hari ni. Dua tiga langkah lagi nak sampai rumah, baru aku sedar aku tak beli santan pulak dah. Oh mai gud! Aku memang bengong.. clap! clap! Terpaksalah aku patah balik pegi kedai...nasib baik kedai tu dalam 20 langkah jer!

Ayam ada, udang ada... kerang tiada.. telur pun aku lupa.. tauhu kering takder... memang tak semeriah aku dekat Labuan lah! Merajuklah dengan KL nih! hu hu... Sebenarnya aku yang malas nak cari, salahkan orang pula.

Malam berjayalah aku masak dengan bersungguh2. Sibuk masak... sibuk YM... nasib kuah aku tak kering.. Sempoi! Inilah kali pertama dalam sejarah rumah ni aku memasak. Ha ha... malas gila. Dulu duduk Labuan senang sebab aku tak payah nak bertarung dengan jem & buang2 masa aku tuk tunggu train. Sekarang, kalau aku balik masak sungguh2 pun, aku bukan ada laki & anak pun..(adik akuuu yang cakapp) buang karan aku jer... baik aku singgah kedai mamak dekat rumah. Dorang pula kalau nampak muka aku jer, bihun goreng aaa... kalau time dorang pandai2, adekk.. dua aaa bihunn... cheh! ingat perut aku ni recycle machine hape. Tapi memang hari2 la aku order bihun. Bukan salah uncle2 tu ponn...

Wednesday 8 April 2009

Home

Aku rasa aku dah out of my mind... tapi ayat ni takder kaitan dengan entry hari ni.. huhu

Semalam aku tidur dalam kol 12 lepas iron baju. Petang tu aku bangun nak turun g meeting, cari iron dalam lemari... aik... dah takder iron tu.. Mesti dorang selongkar lemari nak cari iron tu... aihh... Aku call room service, tunggu dalam 20 minit tak sampai2. Aku hangit2 gak, tapi belum la tahap terbakar.

Aku g makan dengan Yati. .. lepas habis meeting dalam jam 11 tu, aku call lagi room service. Aku tanyala pasal iron.. Mamat tu jawab.. We tried to deliver to your room before but there was no one... haaa... aku jawab dengan bahasa Melayu yang memang sangat aku fasih macam ni... yelah... dah awak lammmbat sangatttt kannnnn... (tekan sikit time baca tu)... tapi nada lembut la..

Pagi ni meeting start jam 8.45. Rasa macam sangat bahagia dapat bangun selewat jam 7.30..heh. Sarapan memang meriah...esp tang lontong. Teringat lontong dekat Boulevard hotel. Tapi lontong ni pun sedap juga..pedas la tapi. Rindu gilo nak makan masakan orang kat N9 ni. Aku rasa, dalam banyak2 masakan... aku berkenan masakan orang sini..hehe. Nasib aku pompuan, kalau tak aku dah cari wife orang sini... tapi mesti yang pandai masak ler... ataupunn.. apa kater kalau aku cari mak mertua orang sini nanti... ha ha ha.

Nak dijadikan cerita, encik yang kata dia tara ayah aku tu buat lawak lagi. Tadi dia datang dekat aku, suruh aku berdiri seblah. Aku yang blur ni pun berdiri la...owh... nak sukat tinggi rupanya pokcik ni.. ha ha ha... memang aku tinggi lagi la sebab kasut aku da 3 inchi kannn... Dah dia duduk tempat dia kat depan, dia tanya aku umur berapa. Aku jawab la 28, pastu dia kata umur dio 28, sayo 40.. tah apa dia mengomel..tiba-tiba terkeluar ayat dalam slang Kelantan dia.. ok tu... macam siti dengan Datuk K... Aku macam nak guling2 nih lagi sekali.. Nasib ada 3 orang je dalam tu.. ha ha ha ha ha.

Jam 10 lebih, dia kata hari ni boleh balik. Excited la semua orang. Before dia nak balik, inchik tu g la salam dengan yang lelaki & kata orang pompuan tak boleh la. Tiba-tiba da dekat tempat aku, dia panggil aku & hulur tangan pula pura2 nak shake hand.. Yang lain pun gelak..nasib diorang tak dengar lawak dia pagi tadi.. Kalau tak.. heh

Tapi tadi macam best pula. Baru je kitaorang nak berkenalan, dah nak balik pula. Ada yang ajak pegi mandi laut, ada yang nak buat sukaneka, g Teluk Kemang makan ikan bakar.. BBQ pun ada. Yang datang ni semua sporting. Siap dah tukar2 no telefon. Nanti Rabu depan kitaorang akan jumpa lagi. Separuh je yang balik, separuh lagi balik besok. Rugi sebab dah bayar sampai malam ni, tapi dah hati nak balik rumah gak.. Hajat nak g fish spa & amik gambar pun tak kesampaian. Semalam member2 tu tanya, kenapa tak turun, kitaorang tunggu2 gak dekat kolam sbb korang kata nak g mandi... huhu

Adik aku tanya kenapa aku nak balik gak, baru berapa hari aku tinggalkan rumah, lagipun aku bukan ada husband or anak pun dekat rumah. Ha ha ha.. soalan tipikal yang selalu orang tanyakan. Mmm.. Each person has different opinion and way of handling their life, this is for sure...

Tuesday 7 April 2009

2nd day of isolation

Semalam aku dapat kawan baru gara-gara tersalah call. Nasib baik perempuan... he he he. Dalam pukul 6 petang aku turun round2 dekat bawah. Kol 7.45 aku dah janji nak g makan dengan kawan tu. Malam ada sesi pengenalan. Encik tu lepaskan kitaorang sebab dia tengok mata pun semua dah merah.

Time makan,jumpa lah team yang hadir meeting ni..bila aku bagitau umur aku 28, dorang tak percaya plaks. Haihhh...tua dah aku nih.. Makan not bad juga... tapi kalau hari2 macam ni, bule gila aku + gemuk gila..

Tadi time edit report, incik yang incharge tu buat lawak. Dah abis kitaorang gelak, dia katalah, suker dia... tiba2 dia sambung ayat and kata kat aku specifically... awok jangan suka kat saya, saya ni tara2 ayah awok... ha ha ha ha... kalau lah aku boleh berguling2 dekat situ... Yang lain gelak giler. Aku kater kat inchik tu, saya rasa teraniaya nih inchik... Dorang gelak jer..

Kol 6 aku jalan2 dekat bawah... amik gambar. Aku nak dedicate satu gambar untuk ibu... he he he.. Nanti aku nak bagitau ibu aku suruh baca diari aku nih.

Malam ni, kol 11 baru balik bilik... hu hu... tak penat tapi bosan. Ada few things la yang aku quite hangit cikit dengan resort ni. Luckily report yang aku buat, inchik tu takder komen langsung. Tadi pun sama, dia panggil aku g depan.. and not to mention aku lupa C. kesihatan tu refer tu aku... ha ha. Aku sampai depan, dia kata ok dah, buleh duduk... chet! rugi calorie aku berjalan 5 langkah.

Petang konon nak pergi jalan2 & tengok fish spa.. dah masuk bilik, malas pula nak keluar. Lagipun panas dekat luar. Member tu pula belum siap buat kerja & aku macam tak cukup tidur.. so aku tidor la sejam.. besok la kitaorang g jalan2. Dekat sini ada karaoke juga. Tempat ni sesuai kalau bawa family. Beach takde, but they do have man-made beach 5x Olympic size swimming pool (konon) with sand castling area, waterslide, jacuzzi and fountain...

They also have karaoke room, video games room, open air theatre/ stage, bicycles and many more... Apsal tiba2 omputeh... hu hu... Bilik aku studio room yang boleh 4 orang duduk... fuh!



Monday 6 April 2009

Oh! Tidaaakkk

Before subuh aku dah perasan air tak de.. .ni kalau air takde sampai pagi ni macamana. Tak pernah pula happen macam ni before. Time aku nak try bangun lambat g kerja, air pula takde. Aku rasa teraniaya nih.

Seperti yang aku jangka memang jadi, subuh tu aku bangun air memang takde juga. Aku fikir, naya ni kalau aku nak buang apa2. Last2 aku terus bangun, mandi dengan segala baki air yang tinggal dan turun pegi office. Oh! Tidak.

Sampai office, aku call ibu.. dia pun pelik kenapa aku wujud pagi ni. Dalam jam 11 setengah, aku ajak ibu turun. Terserempak pula dengan para bos, ibu la yang gelabah. Siap mengaku tu dia just nak temankan aku turun je.. ha ha. Sorry ibu..

G merayau dekat kedai fevret ibu lepas singgah farmasi. Train aku sampai dalam jam 12.59. Saja nak naik train, malas nak panggil driver. Aku ni ntah hapa2... kemudahan ada tanak guna, kan... ;) Takpe la... as long aku boleh arrange sendiri, should be ok.

Aku sampai seremban dalam jam 2 lebih. Tengah2 aku order makan, ada adik ni duk interview aku... kakak kerja mana... bla bla bla. Dia puji2 la aku sikit...nak bagi laku kedai dia lah tuh! He he

Belum kes aku tersalah tunggu train. Tak tahula, aku selalu ada problem tang train ni. Aku tunggu train g rawang! nak g mana!! Nasib train g Seremban lewat 2 minit...sempatlah aku tukar train dengan muka poyo macam biasa.

Aku sampai resort dalam dekat2 kol empat. Nasib abang bawa teksi tu ok. Terhibur juga hati aku yang lara tapi tak berapa nak lara nih. Huhu... Luckily juga aku amik kamera tempat adik tadi... dapat lah aku snap gambar bilik yang tak berapa nak lawa nih!





Saturday 4 April 2009

Sabtu datang lagi

Semalam adik ajak aku pegi karaoke join dia dengan housemate. Hmm... tiba-tiba aku rasa sangat malas.

Hari Sabtu hari aku bangun lewat. Biasa hari Sabtu nih hari aku bersembang @ belajar sambil basuh baju. Hari ahad plak, aku settle semua hal untuk Monday selain dari membelek buku. Banyak yang aku kena belajar sekarang ni, both technical and management aku kena cover sebab team aku jaga projek. Time jaga projek ni sure lah ada macam-macam involving both aspects. Aku macam takder life eh? Ha ha ha.

Management kalau tak tahu, pening juga since tak tahu work flow and how it is to be done actually. Technical part memang sure kena kaw-kaw la kalau tak tahu. Kalau sampai kena tanya, are you sure you are mechanical engineer, mana pula aku nak letak muka nanti. Heh. Ala... we grow with time... one day bila teringat balik time2 sekarang, mesti gelak :)

Aku ni memang sangat suka duduk rumah, macam-macam aku boleh buat... memasak, menjahit.. petik gitar tua aku... Dulu Sabtu aku kerja... balik kerja aku mesti berkasih dengan keyboard. Rinduuuunyaaaa.... lama dah tak main. Hari tu ada tengok dekat Yamaha, model higher sikit dari keyboard aku, dalam seribu lebih juga. Tunggu la... kalau aku dah tak boleh tahan, beli juga tu nanti.

Sekarang, macam orang lain yang duduk KL ni yang membuang masa dua tiga jam sehari untuk berada di jalan sahaja. Duduk KL bagi aku biasa je. Orang tanya, macamana duduk KL, ok tak, culture shock tak... Mmmm... for me, walau di mana aku berada, it is still up to diri sendiri. How you adapt and deal with your environment and current life. Tak ada hal la culture shock kalau kita sendiri tahu apa kita mahu. Depend samada nak ikut orang atau nak orang ikut kita. Give and take itu bagi aku sangat penting.

Aku dah siap iron baju and packing. Besok aku nak kemas bilik pula.

Friday 3 April 2009

I always love Friday

Friday hari yang paling aku suka antara banyak2 hari sebab hari ni tanda bermulanya hujung minggu, bagi aku la... Urusan nak pegi PD dah settle pun.. Isnin sampai jumaat la aku duduk PD.

Petang aku balik naik cab. Dalam pukul 7 adik aku call tanya nak pegi tak tengok Fast & Furious. Ok juga... dalam pukul 8 lebih dia datang ambil aku. Jenuhnya nak cari parking dekat Midvalley.. dekat setengah jam pusing-pusing kat citu jer. Pukul 9, dekat2 kitaorang nak sampai dekat reception kaunter GSC, ader announcement kata tiket tuk F&F dah habis. Gadis dekat kaunter tu kata show yang ader cuma tinggal yang kol 1.45 pagi... hu hu...

Dengan hampa dan keciwa... aku dengan adik keluar la dari Midvalley menuju ke Shah Alam. Adik aku ni dulu duduk situ, pegila jumpa member dia. Kitaorang pegi makan dekat seafood restaurant dekat tasik Shah Alam. Teringat Labuan...

Member dia mati2 ingat kitaorang ada apa2. Aku ngan adik pula memang sporting... berlakon la kadang-kadang tu. Ha ha ha. Adik pun faham aku anggap dia macam adik, sama macam dia anggap aku macam kakak.

Tapi aku memang percaya pada love at first sight. Kadang-kadang bukan sebab wajah @ penampilan... when there is something about someone, hati ni lebih tahu... cheeewahhh!

Dah makan, kitaorang pegi round KL. Macam takder aktiviti sangat dah kitaorang. Tiba-tiba aku teringat kisah aku dengan member kena tangkap jabatan agama time jalan-jalan dekat area rumah, bawah lampu depan rumah orang yang ramai orang pun boleh kena tangkap... kelakar pula kalau aku ingat.

Thursday 2 April 2009

Demam la pls...

Semalam aku tak dapat tidur... jam seblas aku sampai rumah.. bila nak lelap jer, mata aku segar... adoiih! Kol 1.30 aku bangun makan ubat.. kebetulan kakak aku sorang ni terjaga, dialah teman aku dekat ruang tamu nih. Siap membebel tu suruh aku masuk tidur dalam bilik, kat luar ni banyak nyamuk, nanti kena denggi katanya.

Lepas telan panadol, dlm kol 2 lebey aku tidor. Better la daripada tadi... tapi aku bangun sikit la punya awal. Story dekat adik, adik kata, awat, aku duk teringat kat mamat semalam ker. Chet! Adik ni kesitu pulak.

Harap-harap sangat aku demam... jadi tak perlulah aku nak g PD.. hu hu. Tapi aku sihat dan kuat pulak nih T_T

Wednesday 1 April 2009

April ini...

Hari ni aku jumpa pengarah regarding laporan tahunan. Selama beberapa bulan ni, ni kali pertama aku jumpa puan ni.

Bos aku tunjuk la hasil kerja yang aku submit untuk laporan tahunan. Kaw-kaw aku kena kutuk nih sebab gambar yang kitaorang ambil tak lawa. Bos aku tak terkata la sebab puan tu arkitek, kitaorang ni saper la. Engineer... kalau awam tak pe lagi, ni mekanikal. Bos aku gelak, dia kata kalau bagi saya ni puan dah cukup cantik dah ni. Ha ha ha..

Aku kena pegi PD seminggu next week. Aku malas nak pegi, dahlah sorang2.. kalau ibu ader x pe juga. Pengarah nak arkitek senior pegi dengan aku... hu hu. Seminggu tu... lemah aku!

Tuesday 31 March 2009

Bengkel kaedah mengingat.

Soalan first yang aku tanya pada diri aku, aku dah kurang ingatan ker sampai nak hadir kursus ni... ha ha ha

Kursus ni biasa je, tapi yang best attend ramai-ramai dengan geng. Aku duduk sebelah ibu dan ayah. Member dua orang ni aku panggil ibu dan ayah sebab dorang berdua je yang dah kahwin antara kitaorang 6 orang yang baru masuk. Ibu dengan aku, yang empat lagi lelaki. Aku dengan ibu dan ayah ni sebaya, tapi aku tak kahwin lagi la.. hehe. Yang lagi tiga adik kitaorang la.

Geng yang masuk seangkatan dengan aku ni memang best & gila-gila. Ibu memang selamba dan ikut sukahati dia jer.. ibu ni kawan aku masa sekolah.Memang geng rapat, tapi lost contact time U. Dorang panggil dia Ezy, tapi aku sorang je panggil dia dengan nama timangan. Nasib ader dia...

Ayah plak, macam ayah & skema. Dia belum ada anak lagi, so, aku tolonglah jadi anak angkat dia sementara. Nanti anak dia aku boleh panggil cucu kot. Dia dengan ibu memang seswaii... skema tapi boleh main kejar-kejar tu dalam ofis. Kalau jalan dengan dorang dua ni, memang rasa teraniaya la aku. Ayah jalan laju gila, ibu pulak slow.. aku tersepitz dekat tengah2..

Paly.. mamat ni sangat kelakar. Imagine badan besar dan kepala botak. Ibu selalu kutuk kater dia muka mcm gengster tapi jiwang & dia pula kutuk ibu ketot sebab ibu rendah. Memang sakit perut la kalau dorang dua ni start sesi mari mengutuk sesama sendiri. Mamat ni sangat 'comel', bukan muka oke, tapi gaya dia... tak payah nak suruh dia buat lawak, teringat dia jer aku dah nak ketawa.

Dauz.. yang ni badan besar juga. Dia pun kelakar, tapi cool. Xla budak-budak sangat mcam adik yang lagi sorang tu. Dia ngam kalau kawan tu ader, kalau tak dia ni macam bersopan santun jugak.

ZA.. yang ni pendiam. kadang-kadang tak perasan pun dia ader sebab dia duduk terselindung dari yang lain.

Time kursus tu, aku rasa macam ibu dengan aku jer yang paling kesoh, esp ibu. Incik tu siap tahu nama kitaorang. Ayah duk kutuk adik yang dua orang tu bersopan santun gila masa kursus sebab duduk depan awek comel. Ha ha ha.. Nasib la kursus tu setengah hari jer. Aku rasa sama jer ingatan aku sebelum dan selepas kursus pun.

Monday 30 March 2009

Siapa ni?

Biasa aku pergi kerja dengan tudung jaring kaler hitam aku tu. Aku suka ikat tudung & pakai spek mata aku yang bingkai itam, tapi hari ni aku pakai baju kurung biasa & sarung tudung bawal kaler putih dengan spek mata pink aku ala2 gadis innocent. Dah lama aku tak pakai tudung bawal nih. Aku suker pakai tudung jaring sebab senang & tak payah iron.

Aku nampak ibu masuk office dari pintu belakang. Bila aku tegur, dia buat poyo jer & say hai dekat aku and terus je pergi dekat cubicle dia. Biasa dia pandai tu datang cari aku lepas letak barang-barang dia. Seperti yang aku jangka, dia datang meja aku.. Panjang bebenor laaa dia sebab dia almost tak dapat recognize aku tadi.. ha ha ha. Padan lah dia buat bolayan time aku tegur.

Nak turun breakfast, terserembak dengan 2nd bos aku. Ibu kenalkan dekat incik tu yang konon2nya aku ni staff baru. Dia sengih jek. Bila dia  da start pandang aku dengan penuh kompius, ibu terus gelak. Encik tu terkena sebab tak cam aku rupanya.

Lepas breakfast, aku duduk la dekat cubicle aku sambil baca paper. Tiba-tiba Paly masuk dari pintu seblah tepi. Dia tengok aku sekali pandang, pastu dia toleh lagi. Aku senyum la...Pastu baru di perasan itu aku. Gelak dia.

Dauz ngan koncho2 yang lain-lain pun sama gak terkompius. Mati2 ingat aku staff baru. Tu belum makcik cleaner yang selalu tegur2 aku. Dia kata kalau aku tak tegur dia tadi, memang dia tak kenal itu aku. Hahaha.. hari yang kelakar.

Wow! Ha ha ha.. Dorang kata aku macam cikgu, panggil aku cikgu Agnes. Ayah la ni..mentang-mentang wife dia cikgu. Ibu siap kata, ini bukan gaya engineer. Dia kata aku pakai macam ni lebih teruk lagi dari kerani. Kaw-kaw tu kutuk aku.. hampeh budak2 nih! Ibu la paling teruk, dia kata ko jangan jalan dengan aku kalau pakai macam ni lagi. Hampes!

Last sekali, bos aku pon terkena jugaks. Awal2 pagi tu dia dah panggil aku, da petang baru terbukak citer yang dia pon kompius. Padan la aku tengok muka dia blur time aku masuk bilik dia tadi.

Sunday 22 March 2009

Shuo Hao De Xing Fu Ne

Shuo Hao De Xing Fu Ne

你的回話凌亂著.
在這個時刻.
我想起噴泉旁的白鴿.
甜蜜散落了.

情緒莫名的拉扯.
我還愛你吶.
而你斷斷續續唱著歌.
假裝沒事了.

時間過了走了.
愛情面臨選擇.
你冷了倦了我哭了.
離開時的不快樂.
你用卡片手寫著.
有些愛只給到這真的痛了.

怎麽了.你累了.說好的.幸福吶
我懂了.不說了.愛淡了.夢遠了
開心與不開心.一一敘說著.你在不捨
那些愛過的感覺都太深刻.我都還記得

你不等了.說好的.幸福吶
我錯了.淚乾了.放手了後悔了
只是回憶的音樂盒還旋轉著.
要怎麼停呢

你的回話凌亂著.
在這個時刻.
我想起噴泉旁的白鴿.
甜蜜散落了.

情緒莫名的拉扯.
我還愛你吶.
而你斷斷續續唱著歌.
假裝沒事了.

時間過了走了.
愛情面臨選擇.
你冷了卻了我哭了.
離開時的不快樂.
你用卡片手寫著.
有些愛只給到這真的痛了.

怎麽了.你累了.說好的.幸福吶
我懂了.不說了.愛淡了.夢遠了
開心與不開心.一一敘說著.你在不捨
那些愛過的感覺都太深刻.我都還記得

你不等了.說好的.幸福吶
我錯了.淚乾了.放手了後悔了
只是回憶的音樂盒還旋轉著.
要怎麼停呢


your reply is in a mess
at this moment in time,
i thought of the pigeon beside the fountain,
the sweetness is scattered.

a mysterious tugging of my emotions
do i still love you?

but you continued singing
pretending that nothing has happened.

time has passed and left,
love is faced with a choice.
you've become cold and i've cried
the unhappiness you felt when you left,
you just wrote them down on a card.
sometimes love can only be like this and it's really painful.

what happened, you're tired, where is the happiness that we agreed on?
i understand, don't say anymore, love has weakened, my dreams have drifted.
being happy or not, narrating them one after another, you cant bear it.
those feelings of loving were way too deep, i can still remember them.

you're not waiting anymore, wheres the happiness that we agreed on?
i was wrong, tears have dried, we've let go, we've regretted.
only that musical box of memories still continue to turn,
how can it be stopped?

.... and there were tears....

Friday 20 March 2009

Red Box

Aku dengan ibu dah determine nak g Red Box hari ni. Time nak turun tu, senior kitaorang call, tanya macamana plan tengahari nih. Owh... ingat lagi rupanya dia pasal ni. Book la bilik untuk 4 orang.

Ibu la kelakar, siap berduet nyanyi satu lagu tu sampai dua kali ngan member tu. Yang best ni, makan dia sedap. Lagipun tempat ni open. Kitaorang dapat bilik besar, sofa sorang satu..heheh. Aku rasa lagi berbaloi g sini dari makan dekat luar. Makan dekat secret recipe, paling koman 15 ringgit gak habis. Duduk plak takkan nak lama2..

Dekat Red Box.. makan + minum + 3 hour baru cost RM17.25 je. Kalau makan dekat luar, belum campur kos shopping lagi sebab nampak barang2 ;D Nak datang sini sekadar nak makan jer pun tak per...

Wednesday 18 March 2009

Ntahapahapa

Pukul 3 baru bertolak g ministry tuk submit report. G naik komuter jer, malas nak panggil driver. Lagipun bukan jauh sangat. Turun2 je dekat station, komuter pun sampai. Taklah wasted my 20 minutes for waiting.

Sampai dekat stesen KL, aku panik ;) lalu turun lah aku dari train. Aku tengok pelik semacam je, then aku masuk balik dalam train. Tapi aku tukar gerabak la... pandai pulak aku malu. He he... nasib baik sempat.

Before pukul 4, urusan aku selesai. Aku nak balik office malas sebab aku balik kerja jam 4.30. Lagipun, tunggu train pun dah cukup buang masa aku. aku shopping la dekat Sogo tu. Hmm...

Monday 16 March 2009

Picture taking trip

Tadi aku berjaya minta tolong senior aku dapatkan driver tuk trip ambil gambar dekat HKL & bangunan dekat Jalan cenderasari. Aku pergi dengan adik & ibu.. Kejap je pun sebab dekat.

Aku masih tunggu gambar2 yang state akan email. Rabu aku dah kena submit dekat bahagian korporat, aku ada besok sahaja lagi untuk settle semua nih.

Thursday 12 March 2009

Aku dan ibu

Patutnya aku hadir kursus aircond semalam sampai khamis ni... Rugi i..

Tapi takpe lah... Hari senin tu went bowling with ibu, daus & ZA.. Ha ha.. kelakar gila la c ZA ni. Ada skill tu baling bola bowling. Aku siap rakam tu video dia, tapi malangnya time rakam tu skill dia x keluar plak. Daus targert 100 poibts, dia juara la hari ni. Aku 2nd.. ha ha ha. Hari tu aku main dengan ibu, baling bola bowling ala2 baling bola baling.

Da puas kitaorang main bowling, aku dengan ibu race pulak. Yang dua worang tuh lapar, so dorang g makan. Hari ni ibu kalahkan aku level beginner, tapi aku plak kalahkan ibu time level advance :D

Biasa aku memang tak pernah menang sebab aku aku bawak auto.. he he he. Buat malu jerr...

Inilah kerja aku dengan ibu dekat midvalley ni. Tahu saja mana nak habiskan duit. Aku rasa ni nak cover almost 10 years yang kitaorang hilang sebab lost contact. Ibu pun dah ada anak satu.. Aku juga yang ada anak tekak je..ahah.

Tuesday 10 March 2009

Naushore...

We left for Temerloh at 8 am. My boss driving skills made me nausea.. naushore ker kalau mabuk darat? *blur*

Singgah makan jap... time tu dah rasa lain macam... Sampai2 hospital jer, terus cari bilik air untuk mengeluarkan segala isi perut. Silap2 bukan aku melawat hospital, tapi orang datang melawat aku dekat hospital. Huhu..

Tadi before bertolak dah makan ubat gastrik. Selalu kalau travel memang aku makan ubat gastrik. Bukan sebab gastrik, tapi perut aku memnag problem. Kadang-kadang tengok mcaman drive tu bawak kereta gak. Bukan salah driver tu sebenarnya... heh.

Seram plak time masuk wad psikiatrik tadi... wad tu jer ada orang karaoke. Kuat pulak tu... Adala makcik tu datang dekat aku ngan ibu sambil kat tangan dia bawa air sambil senyum-senyum & puji-puji kitaorang. Supspen gila aku, mana la tahu kot2 dia simbah kitaorang dengan air tu... bukan-bukan jer aku nih ;D

Sunday 8 March 2009

My Beloved The Rock

Adik kata nak datang hari ni. Adik ni aku kenal dari dia form 3 lagi. Dulu kecik, sekarang pun masih kecik.. he he he...

Aku g tengok my beloved The Rock dengan adik. Cerita dia macam bosan juga... tapi takpe la demi kasih ku kepada The Rock. Yang paling aku suka tentang The rock ni senyuman dia. Aku ingatkan dia ni dah tua sangat, rupanya baru 36 tahun. Mmm... boleh lagi nih.. ;)

Balik2... adik nak kuar lagi g jumpa member. Tiba-tiba member yang nak ajak aku g kenduri khawin besok sms aku. Dia tanya, jadi tak aku nak ikut dia g Gemas *edit - ke Gemencih? * besok. Aku kata kalau dia takde bawak member, aku g la dengan dia. So, besok dia akan datang ambik aku la. Supspen juga, dahla tak pernah jumpa. Ok kot... dia ni member kawan skolah aku dulu. Yang kelakar, dia siap bagi no telefon member aku tu kot2 aku takut nak g ngan dia. Member tu pun g gak besok.

Tengah2 aku lena, member tu call pula. Kata dia ada member dia nak ikut last minute. Aku kata takpe lah, better dia g ngan member dia je. Nanti kekok pula, dahlah kitaorang kenal, nanti nak jawab apa pula dekat member dia kalau kena querie.

Friday 6 March 2009

Karaoke

Dekat jam 10 malam... adik sms aku ajak makan sate dekat depan. Dia kata nanti dia ambik ngan keta. Aik mamat ni nak g makan kat maner sampe nak collect aku ngan keta.. ha ha ha.

Dlm kol 1o aku tunggu dia kat depan... eh.. member dia yang come tu pun ada. Aku suka budak ni, nak kata comel sangat tak la pun, nak kata handsome pun tidak tapi dia come, macam adik adik.. aha.

Makan sate dekat bistro dengan sorang lagi housemate adik aku sambil tengok final Raja Lawak. Budak ni semua elok-elok perangai, tu yang aku berkenan tu dan terasa pula aku muda kembali ;) Habis makan, adik aku bising nak pergi... aku pun tak tahu mana budak ni nak pegi. Aku pun ikut saja... naik kat satu tempat ni... aaahh.. karaoke!

Aku tak pernah pula pegi karaoke sepanjang aku hidup ni.. ni la malam first. Karaoke dekat sini bersih, tak de binatang ayam macam dekat tempat aku dulu. Itu yang member aku yang ala-ala ustaz terasa dirinya tercemar. Aku gelak bagai nak rak dengar kawan tu mengadu.

Berbalik kisah aku. Budak-budak ni menyanyi macam tak ingat donia dah. Tapi budak yang come tu nyanyi tone suara dia sedap, macam penyanyi Indonesia. Dah la masa makan tadi dia bole tersedak. Bila dia perasan aku ternampak, boleh dia tutup mulut dengan muka yang merah. Budak ini... adik perempuan aku lagi macho tau!

Adik aku suara pun bole tahan juga, aku lupa nak puji. Ha ha ha.. Adik aku ni baik orangnya. Member aku kat ofis tu kata dia macam moody. Aku tak pula perasan lagi. Tapi member aku tu pun sejak kebelakangan ni asyik merajuk je.. ha ha ha.. Kenapa pula la. .

Thursday 5 March 2009

Trip to Seremban

Hari ni aku bertolak dari rumah lewat dari biasa. Train ke Seremban tiba lebih kurang jam 7 suku. Rasanya dah dekat 10 tahun aku tak menjejakkan kaki ke Seremban lepas tamat sekolah menengah. Seremban bagi aku masih sama walaupun banyak yang berubah. Tapi aku jauh lebih rindukan Batu Pahat..

Aku ke Seremban untuk meeting di Tampin. Nasib bos aku bagi aku pergi dengan member ni. Kebetulan dia duduk Seremban dan sesat adalah perkara yang paling menarik berlaku kepada kami hari ni. Tampin tak lah besar sangat, yang pelik tu kitaorang boleh sesat nak cari tempat meeting. Hu Hu...

Meeting start jam 10.30 tapi kitaorang sampai dalam jam 11 lebih... ha ha ha. Sampai-sampai, meeting pun dah nak habis. Habis meeting, singgah dekat gerai cendol. Pokcik kat kedai tu memang sangat suka sejarah. Bila orang bagitahu dia asal dari negeri mana, dia mulalah buka cerita sejarah negeri tu time zaman jipun... glemer ni pokcik tu... masuk tv... ha ha. Kat gerai tu yang bestnya, bayar singgit or 2 henggit... boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Minum sampai muak..

Lepas makan cendol..singgah dekat Lukut lawat site. Besar gila AHU dia. Padanlah tak boleh nak gantung.. hu hu